About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

AL FATIHAH...

Salam semua warga FB yang diKasihi & diRahmati ALLAH. Innalillahi wainnailaihiraji'un - Dengan sedih nya saya ingin memberitahu khabar duka yang Sahabat saya Pelakun Tersohor Puan Azean Irdawaty sudah diJemput ALLAH pulang ke Rahmatullah sebentar tadi diUniversity Hospital disamping ahli Keluarga yang dikasehi dan sahabat - sahabat terdekat. Saya memohon anda semua dengan ikhlas hati Mendoa kan semoga ALLAH menempat kan Roh beliau dihimpun kan bersama mereka-mereka yang beriman…….Moga ALLAH memberi kekuatan kepada ahli keluarga Allahyarhamah untuk menghadapi saat kesedihan ini…….
Marilah sama-sama kita semua sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah 
……Salam Takziah buat semua ahli Keluarga Allahyarhamah. 
Selamat Beristirehat dan bertemu Pencipta Mu Wahai Sahabat Ku yang dikasehi...
Moga ALLAH Himpun kan Roh mu dikalangan mereka yang Beriman. Ya ALLAH...Kau Ampun kan lah kesemnua dosa Sahabat ku ketika hidup nya ....Mari kita semua Mendoa kan Kesejahteraan Allahyarhamah dialam Barzakh. Amin Ya ALLAH…Semoga Tenang disana. Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini. Jazakum Allahu khayran.  FROM KAK PAH - Datuk Sharifah Aini FACEBOOK


Thursday, April 4, 2013

Telah Kembali pada maha PENCIPTA

Tanggal 2 April 2013 Kak Gee telah menghembuskan nafas nya 
yang terakhir di samping suami tercinta Abang Abil Fikri. 
 innalillahi wainnailaihi rojiun... alfatihah... salam takziah....
Semoga Roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin....
Marilah sama2 kita sedekah al-fatihah
Dan semoga Abang Abil Tabah dengan semua ujian dari NYA ini....








Monday, March 4, 2013

Arwah Adik Raimi Dalam Kenangan

allah hu akhbar...allah hu akhbar. allah maha besar. allah maha besar. apa yang engkau rencanakan, apa yang engkau utuskan buat kami sememangnya rahsia. tiada siapa yang tahu. apa yang akan terjadi dan sudah tertulis amat payah dan berat kami semua terima. tapi kami semua harus redho dengan takdir ini. baru hari ni mak long ada kesempatan untuk mencoretkan sesuatu buatmu sayang. Masih berlegar-legar di kotak fikiran maklong minggu-minggu terakhir mak long melayan adik raimi, abang danish, kakak Damia n Dina di Mid Valley. Adik Raimi riang sama seperti orang lain. Suara lembut adik Raimi memangggil nama mak long, "mak long, mak long abang, damia dina pergi kat tempat game sana, tinggalkan adik" tiada sebarang tanda atau perangai pelik adik Raimi pamerkan. Berkejaran ke sana ke mari, mak long pun turut sama berlari. takut adik dan yang lain2 hilang dari pandangan mata mak long. Rabu, 2 hari sebelum kejadian tu, tu lah hari terakhir mak long lihat adik, tu pun sebab adik keluar lewat ke sekolah. macam biasa perangai pemalu adik, sengih-sengih adik masih segar terpahat diingatan mak long. Tiada kundrat yang boleh menghalang, tiada daya lagi. dia lebih menyayangi adik, dan yang lebih buat mak long sedih dan hiba adik Raimi pergi pada tarikh hari lahir mak long. selagi mak long bernyawa, selagi itu mak long akan ingat tarikh ini Adik Raimi. Buat ayu dan goh supaya sabar dan tabah untuk menghadapi semua ini. Adik Raimi menunggu kalian berdua di syurga indah di sana. Sesungguhnya Jannah itu pasti buat mu sayang....

Adik Danish Raimi dalam kenangan kami semua.....  03.07.2007 - 01.03.2013









   

Wednesday, May 23, 2012

Moga Tenang Di sana


Copy from Moon Blog.....


Untuk makluman semua yang mengikuti kisah Norma dan Talib.. Norma telah meninggal dunia pada pukul 1.00 pagi tadi dan jenazah dimandikan di hospital Serdang dan terus di bawa ke Pontian subuh tadi.. Sekarang Moon dan keluarga dalam perjalanan ke Pontian.. Mama (Ibu mertua Moon) dari Taiping juga dalam perjalanan ke Pontian.. Moon akan berada di Pontian sehingga malam ini selepas tahlil, Insya Allah..

Moon ucapkan terima kasih buat semua yang prihatin selama ini.. harap halalkan makan dan minum arwah. 



Semoga suami arwah Talib tabah dan bersabar dengan semua yang berlaku...

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Norma, semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana.. Sesungguhnya dari Dia kita datang... dan kepada Dia kita kembali... 

Monday, February 20, 2012

Al-Fatihah Buat Latiff Ibrahim

Al-fatihah buat pelakon veteran yang cukup terkenal satu masa dulu iaitu arwah Latiff Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi tepat jam 6.05 petang yang disahkan oleh Datuk Khatijah Ibrahim di IJN Negara akibat serangan sakit jantung. Moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin. Marilah kita sedekahkan al-fatihah buat roh beliau.




Friday, January 20, 2012

Sedekahkan Al-Fatihah

SHAH ALAM - Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.
Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.
Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.
Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.
Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.
Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.
Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"
Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.
Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Sunday, October 23, 2011

Al Fatihah Buat Mak Long

... .innalillahiwainnailaihirojiun.......


Baru sahaja menerima 
satu berita yang menyedihkan
kami kehilangan seorang lagi 
ahli keluarga Ab Rasip...................


Al-fatihah.....
Buat Mak Long, kakak ipar Bapak
Isteri kepada arwah Pak Long Ghani


Semoga rohnya ditempatkan 
dikalangan orang-orang yang beriman
amin.....


"setiap yang bernyawa dimuka bumi ini
pasti akan pergi menemui maha PENCIPTAnya
itu pasti...."


Gambar di bawah di ambil 5 bulan lepas, dan 
inilah kali terakhir aku menemui mak long......