About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Tuesday, July 31, 2012

Bye July

Left July 2012 with mixed feeling. keje berlambak di office macam-macam yang pending. Bulan Puasa ni left office at 5.00pm. Lagi lah masa tu macam tak cukup-cukup jer. Berpinar-pinar bijik mata. Ngan sanggap, ngan mengantuk tetiba dan mula la nak tido. Performance pun cam merudum. Esok cam biasa masih nak mengadap kerja. Esok dah OGOS. Cepat betul masa berlalu. 

Ramadhan dan Raya. True felling is memang tak der mood langsung nak raya tahun ni. No mood nak service kereta, no mood nak shopping raya. no kuih raya. no itu and no ini. Preparation goes to the very low level. Mood Raya langsung tidak wujud dalam hati. Tapi kena gak gembirakan anak-anak sikit-sikit. Sedang mengira budget. Kena juga balik kampong kerana mak bapak dan adik beradik.

Lepas kerja tadi singgah di Bazar Ramadhan di Jalan Telawi Bangsar. Terkejut beruk Nasik Ayam RM6/-. Bulan Ramadhan ni Makan Malam lain dari yang lain. Perlu ada Air Manis,  selalu air kosong jer we all teguk. Kuih Muih dan pencuci mulut. Belanja harian pun bertambah 3X ganda banyaknya. Yelah bagi meraikan anak-anak yang berpuasa berlapar dan menahan dahaga. Abang especially, belum pernah tinggal puasanya. Tidak putus berdoa agar rezeki anak-anak akan ada untuk HARI RAYA yang akan tiba ni. 

Ok guys selamat berbuka. Salam Ramadhan. Kenapa ya felling ni jadi cam ni. berpusing 360o. Moga felling ini cepat baik dan sembuh seperti sediakala. 




Sunday, July 29, 2012

Cook For Berbuka Today

Apo tak cayo, pokok dek ekau la. Heee. Masih tidak percaya. Hari ni ME nak cooking lagi. Pepagi tadi dah ke pasar tani memberli bahan-bahan for cooking today. Hari bi berbuka lagi lah meriah. My 2 Sis Mima + Fariz and Eila + Fadz. Hari ni hari ke2 berbuka puasa with My Mom. Dan selaku anak yang jarang2 nak luangkan masa bersama mak. I'am trying to fulfilled selera my mom. Mak nak makan apa, minum apa. :D 

Menu nak masak hari ni...

Ikan Kembong Masak Asam
Kacang Buncis goreng sotong
Ikan Kerisi Goreng
Sambal Belacan + Ulam2

Kuih-Muih
Sponsored by Mima + Fariz :D

All the fish + sotong dah siap dicuci, sekarang nak rehat dulu. Petang2 nanti baru start COOKING. Baca betul-betul COOKING a.k.a MASAK. :D

SELAMAT BERBUKA GUYS 





Saturday, July 28, 2012

PANTAI DALAM + HKL + KL SENTRAL + PANTAI DALAM

MOM IN THE HOUSE. Yup Puan Rajabee Hussin in the house. Malam semalam dan malam ni mom sleep here, heeee gossipping and borak2 ngan mak sampai ke pagi sambung sampai ke hari ni. dan lagi, dan lagi. cito tak ponah an habih. Dan ME sooo terperanjat dapat berita my cousin 'Kak Tam' baru lepas operate, ada darah beku kat kepala. Kak Tam anak sedara Bapak, anak Mak Ngah Kiah Bukit Temensu. Soooo shock. Dan tanpa berlengah tengahari ni bergegas lah ME, MOM, Damia Dina n Zakuan ke HKL. Sampai sosek barek den. salah wad. Memang dah lama juga myself tidak ke HKL. Kesian Kak Tam, dalam kegembiraan semua umat islam menyambut Ramadhan, Kak Tam terlantar sakit tiba-tiba. Baru jer berjumpa keadaan Kak Tam sihat Walafiat. Moga Kak Tam cepat sembuh. Jumpa masa HARI RAYA nanti ya. Pada Abang Tam, sabar banyak-banyak ok. Sama-sama lah kita doakan Kak Tam sehat sedia kala dan yang paling penting dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. See betul kata Abang Abil http://abil4fauziah.blogspot.com/, penyakit memang akan menyerang tidak kira masa, waktu dan ketika bilanya. Juga tidak kita tua muda budak kecil dewasa. Ya, Allah sembuhkanlah Kak Tam, kesian melihatkan anak-anaknya yang masih kecil yang masih memerlukan perhatian dan belaian seorang yang bernama IBU. Kak Tam cepat sembuh ya.
 :(( :((

Kak Tam in yellow shirt...pic berholiday ngan adik beradik and
anak-anak serta anak2 sedara tersayang......[she still young]

Berita sedih dan disusuli dengan berita gembira bagi seluruh ahli keluarga Arwah Atok Ab Rasip + Arwah Wan Katek, Cicit Kedua for MAK n BAPAK. Cucu Sedara kedua for ME. Wah dah tuo bonar den ni, dah BERCUCU haaaa. Tahniah buat Along Ani, kakak sulong Kak Tam. Anak perempuan along ani, Dikmah dah selamat dibedah di wad bersalin KPJ Seremban. Dah 2 Cicit Mak Ngah Kiah. Tahniah sekali lagi buat Mak Kiah sekeluarga dan moga TABAH menghadapi keadaan Kak Tam yang sakit. Mari kita Doa banyak2 for Kak Tam.

CUCU SEDARA KE -2
dari KELUARGA ATOK AB RASIP
+ WAN KATEK
Congrate DikMah

Balik dari HKL, dan dah kebetulan MAK with me. Apa lagi singgah ke KL SENTRAL melayan mak bershopping. Syukur dapatlah ME belikan MAK kasut dan handbag for this coming raya. Hope you like it MAK. Takut lain kali dah tak berkesempatan nak jalan2 lagi ngan MAK. Ini jer yang along termampu belikan untuk MAK. Ariq Zakuan so happy dapat naik LRT then KOMUTER terus pulang ke Pantai Ria...Pantai Dalam. Mama BAM Zakuan so Happy. :D. Ok reader, nak OUT dulu, today ME nak masak. Aper salah dengar. Ia today MYSELF nak memasak ya for my mom. Ia, percaya lah. iyo, den nak masak. Apo memang korang tak cayo. tak cayo sudah. cayo lahhhhhhhh......... Heeeeee Out

SELAMAT BERBUKA TO ALL READERS  :D

Ya'allah berikan MAK BAPAK kesihatan yang baik....
Ya'allah berikan aku kesihatan yang baik...
Ya'allah berikan keluarga2ku kesihatan yang baik...
Ya'allah berikan saudara2ku kesihatan yang baik.....
Dan semoga semuanya baik-baik.... AMIN






Thursday, July 26, 2012

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh

Kita makhluk TUHAN yang sama
tidak ada beza.....
Yang bezanya adalah AMALAN kita
Rezeki dariNYA tetap sama
Cuma ada yang dapat lebih 
dan
ada yang dapat kurang


Kita hanya mampu bersyukur 
dengan REZEKI NYA ini
Pedulikan apa orang kata
Marilah kita bersama
BERSATU HATI.....
Kuatkan SEMANGAT untuk terus
HIDUP di bumi TUHAN yang SATU......


Bersatu kita TEGUH
Bercerai kita ROBOH
buktikan kita yang sikit ini
boleh BERSATU


Buang yang KEROH 
dan ambillah yang JERNIH


BERCAKAR tidak membawa kemana
Dan hanya MERUGIKAN kita semua
Marilah BERSATU menghabiskan 
sisa-sisa HIDUP dengan lebih BERMAKNA.....


DAN
jangan BIARKAN orang memperkotak katikkan
kita semua.....


ROSLIZA
ROSLINDA
RAFIZI
ROSFAZILAH

ROSMIMA



*__*



do not make assumptions
unless you know the whole story
if in doubt
ask the person directly
only Allah know me
and 
my heart than you all
I was not as bad as you think
Allah destiny

Monday, July 23, 2012

Sesajerrrr jerrrrr

Sometimes.....
people just know how to judge ....
and too quick to punish
but in our hearts that only ALLAH knows ...
and
Let us all THINK....
Salam Ramadhan :D
Maaf Zahri Batin





Pesanan: Sila baca dan fahamkan sahaja, 
tidak semestinya apa yang saya tulis ini 
diTUJUkan kepada kamu..
kamu dan kamu ....

Quote for tonight



hahahahahahaha

you is you...and me is always me :((





your have brains in your head
your have feet in your own shoes
you can steer yourself in any directions
you choose for you're on your own


and you know what you know
you are the women ....
who'll decides where to go
and what to do...
and you know better from yourself 
from other people around you


so let them talk what they like.....
and let them talk behind you.....
only you know yourself.....
only you know how to take care your own self
and what happen today is all HIS motion 
ALLAH know better.
let them talk....
until the Day of Judgment



Only ALLAH know.....
Yes, only ALLAH know better.




and this is my own shoes, let me take care of it





SKBF 2 _ Sports Day 2012



  • Abang:Mama...Abang dapat
  • Lompat Tinggi NO.1
  • Lompat Jauh NO.1
  • 4x100 NO.1
  • 4x200 NO.1
  • 4x100 [JEMPUTAN] NO.1
  • Mama: EXAM NO. BERAPA?
  • Abang: DIAM sambil tersengih2...
  • Mama: Jadi Cikgu PJK sudah la bang
[dlm hati]








Banyak pic yang tersadai di C3 mama. alat-alat nak mentransferkan picture2 seme dah kejahanaman. makanya, tersadailah picture-picture sport days 2012, SKBF 2 KL di C3 itu.  bila la nak dapat camaera digital yang canggih sikit????Tahun ni tahun terakhir abang menyumbang untuk rumah biru, dengan tema super biru the real steel. Abang bersama-sama geng telah melenyapkan impian si juara 3 tahun berturut-turut si merah. Syabas anak-anak biru. Mama pun umah biru gak dulu :D. Congrate sekali lagi pada anak-anak biru. Dengan 5 medals from abang, one from Damia kakak and one from adik Dina. Congrate kids, you did a vey god job. Anak-anak mama kalau bersukan memang selalu no 1. Pelajaran selalu so so so, suam-suam. Alhamdulillah juga untuk mama untuk anak-anak. Apa-apa pun mama tetap berbangga dengan anak-anak mama, walau dengan apa pun pencapaiannya. akademik mahupun sukan, cuma harapan, mama tidak mahu anak-anak melakukan kejahatan dan jauhilah jenayah dan dadah serta perkara kemaksiatan..... mama sentiasa doakan anak-anak mama... :D







Picture2 tahun 2011 - SKBF 2, KL - Sport Day

Medical Leave - 23.7.2012

Nilah bahananya kalau orang yang tidak suka membawa payung ke pejabat. Lebih rela bermandi dan bermain hujan sambil menyambil mengejar bas untuk pulang. bawah kuyup dibuatnya. tak sedar gak diri tu dah tua dan antibodi dah tak kuat macam dulu. Dulu masa 20an selamba badak jer harung hujan, mandi hujan, jangan kata demam, hingus pun susah nak lekat. Sekarang kena sedar diri ya puan punya badan. Dah tahu sekarang musim hujan, jangan maleh-maleh nak heret payung ke opis yerrr. kalau degil lagi. terima lah encik demam, cik hingusan dan pak batukan yang memeritkan dan menyakitkan diri sendiri. Bulan puasa ni kena sehat ya puan punya blog. kang capo nak masakkan sahur tuk anak-anak tersayang. kang capo nak tolong meniago. ye la ye la. dah lah tekak pun memang sukar nak terima ubat batuk. dah sakit den gagah an menolan yo ubek batuk tu. eeeeeeeee. 

malam nanti malam menelan ubattttttt




my 2 princess pun tak sehat. balik dari kampong selsema, batuk dan demam juga. berbuka pulak dengan air batu, memang ngam. mana tak nya berendam dalam 'pool' ci zakuan, memang seronok sampai kembang-kembang semua. malam tadi masing-masing tak tido, berlawan-lawan kung kang kung kang kung kang. Damia badan panas bukan main lagi. tak ketiduran mama menjaganya, risau takut apa-apa. pagi ni 2 girls tak sekolah dan mama medical leave. tekak keperitan. badan kepanasan. tapi memandangkan today is my 1st puasa. ku gagahkan berpuasa juga. all the medicine tu malam karang la eden tunggang ke tokak. puasa tetap puasa. semangat puasa. Cuaca hari ni mang ai paneh kemain lai. sampai ke ubun-ubun paneh ehhhhh. domam-domam ni pun kon yo turun, nak cari duit rayo. meniago ayor kelapo. dah 3 tahu berturut2 membantu. :D Cari duit nak beli baju rayo anak-anak. Nak harap an duit gaji makan pun sekarang kono catu. ya berCATU segalanya. yang kayo makin kayo yang susah makin mengkayap an. renung-renungkan la ya. kalau nak cakap memang sakit. sakit sangat-sangat. tapi tak per ni bahagian ku, dan aku terima. Alhamdullillah masih ada makanan untuk di makan, masih ada baju untuk dipakai dan ada rumah yang sewa ehhhh kekadang bayar kekadang tidak, ermmmm, apa-apa pun syukur ALHAMDULLILLAH. :D senyum jerrrrrr :D sengih jerrrrr :D


Quote - 23.7.2012


Sunday, July 22, 2012

Cuba lagi esok.....

Hari ke 2 buat Damia and Afiq dan hari pertama buat Dina. Damia and abang ok tak der nak bising-bising penat ke, dahaga ke? Tapi si hitam manis ni 1st day berpuasa, ada bising sikit. Bising nak mintak minum jer. Hari ni berbuka macam-macam JUADAHnya, TQ MAK tapaukan lauk-pauk hari ni. Boleh simpan untuk berSAHUR nanti. Fuhhh, masa berbuka tadi dalam tak nak tak nak makan, 2x kali gak lerr ME bertambah nasi. Camner nak kurus ni mama. Ok Damia and Dina esok cuba berPUASA lagi ya. Go go go my kids. And hurrrayyyy, esok ME dah leh puasa :D.

my 2 princess 'old picture'......

2 black & 2 White

Damia, Zakuan, Zaidan & Dina

Saturday, July 21, 2012

Antara Pelakon Favourite Saya Datuk Ismail Hutson


Moga Roh beliau ditempatkan
dikalangan orang2 yang beriman amin...al-fatihah



PETALING JAYA – Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson meninggal dunia pada pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini.
Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.
“Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.
“Dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.
“Saya agak sedih kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini Sabtu.
Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini.
Selain Hafidzah, Allahyarhan juga meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.
Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun.
Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.
Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Zaidan Yang Sembeng

Budak ni dah besar sombong, x nak langsung dia ngan mamaliza, isshhh geram, mama geget2 kang tahu laaaa..
ariq zaidan sudah sembeng ....
Adik Zakuan dah besar jangan sembeng2 cam Abang Zaidan ok....... smile



LOTS OF L.O.V.E
mamaloveyou



Maaf MAK BAPAK

Maaf MAK BAPAK, along tak dapat nak balek sambut 1st Ramadhan kat kampong ya. Damia n Dina sebagai penganti ya. Nanti kita berbuka sama2 kat KL ya. Wah anak-anak mama ni puasa ke tidak. Kalau Puasa jangan berendam lelama ok. Damia Dina really had fun at Taman Pilah Senaling, KP, N9. Esok balik ok, isnin sekolah. 



weekend ni poso





minggu ni lain sikit la kan
siang tak boleh makan ya
pukul 4.30 pagi - tung tang tung tang memasak
5.00 kejut anak bujang bangun sahur
pagi bangun jangan cari makan lakkkk
puasa tau jangan tak puasa
saya cuti puasa ... :D

ok HAPPY WEEKEND




a day b4 ramadhan

Salam readers, ader ke yang sudi baca, heeeee. Almost 12.30pm, kojo menDOBI lom siap -siap lai. Umah dah di MOP. Kang pukul 4.30 nak bangun masak pulak. Anak-anak daro nan 2 itu udah balik kampong. follow my sis RAR BAM. Thanx BAM. Ikut an ati den ni memang  nak balik pilah, nak sambut poso ngan mak bapak n adik2 semuo. tapi apo kan dayo. Tinggal la anak bujang sorang. Hari ni bumi disirami hujan dari pagi membawak ke petang dan ke malam. baru jer stop gonai-gonai si hujan. sejuk. alhamdullillah. Ramadhan kali ini disambut dalam keadaan sejuk. hari ni kl superb JEM, dengan hujan selebat-lebatnya di PBD. Ku harung jugak hujan-hujan yang lobek itu, selsema sudah hidung ini, batuk sudah tekak ini. Peh awat yang teruk sangat JEM ni. Dapat bas awal, tapi very the slow moving. 1/2 jam masih di Jalan Maarof. Last2 ku seretkan kaki ku berjalan dari Rebung Restaurant ke LRT Bangsar, its take about 15 minute kalau melangkah panjang and about 20 minute kalau melangkah pendek. Bagi yang mengenali diri ini, wa buat 15 minute sajor. Den kan bekas pejalan kaki negaro, cumo tak sompek nak poi Olimpik yooo. hahahaha. baco buleh percayo jangan. Hujan masih mencurah-curah. Nah 7.30 malam baru la sampai umah. Yelah esok kan 1st poso, sure2 lah ramai yang balik kampong halaman nak sambut poso ngan omak eh, ngan opak eh dan adik-adik eh. kan kan kan. Selalu eh potang2 sebolum poso den la yang sebok2 poi market, mencari barang2 nak buek dadih. Dah 2 tahun bizz dadih di bulan poso. Tahun ni tak dapek nak buek. Ado teknikal problem sikit banyak. So tahun ni dok diam-diam. Tak do la side income den tahun ni. Tak po la, mungkin DIA nak bori joki lain, kito mano tahu, den pun tak tahu. Tadi poi market poi boli barang-barang dapur for sahur sajor. Bujang den sorang tu bukan buleh tak berSAHUR. masuk angin porut eh kang. Mama doakan abang dapat menjalankan ibadah puasa dengan mudah untuk tahun ini seperti juga tahun2 sebelumnya. semoga ibadah mu diberkati serta dirahmati olehNYA. 


SALAM RAMADHAN.... SELAMAT BERPUASA :D
esok pagi jangan selongkar piuk yooooooo


ok ok ok, den nak nyambung kojo2 menDOBI den ni haaaaaaa




Thursday, July 19, 2012

Selamat Berpuasa 2012

Sabtu ni bermula la kita semua umata islam berpuasa untuk tahun 2012. Mama dah mula pening, nak masak apa untuk sahur nanti for the kiddos. Alhamdullillah tahun ni dah tahun ke 5 anak bujang berpuasa penuh. Syukur pada mu Ya'allah. Moga tahun ni juga dapatlah afiq menunaikan puasa penuh juga. Insya'allah. 2 anak daro belum lai ado yang poso ponoh. Bangun bersahur kan main rajin ehhhhh. Poso yang yang yukkk balik sekolah cari air. Alhamdullillah juga dapat lah kembar tak seiras ni puasa setengah hari. Damia pernah cuba nak berpuasa penuh, sian mama tengok, muntah belillah. Perut masuk angin. Tahun ni tengok la macamana, harap-harap ada la kekuatan Damia dan Dina untuk berpuasa. Kalau tengokkkan badan Damia memang tak gamak mama nak suruh dia puasa. Kerempeng sangat. Adik Dina berisi sikit, tapi bila hujung-hujung, mama adik lapar. :((. Bab ni yang mama lomah ni. Sedih gak Mama tak dapat nak joint 1st puasa sabtu - 21.7.2012 ni, bendera jopun. heeeee. 

To MAK, BAPAK, adik-adik ku semua, adik3 ipar, biras3 sekalian, anak2, mak pak sedaro, cousin2, anak3 buah yang dah godang tu tak lupo juo pada semua readers yang kona mamaloveyou ni. Selamat berposo lah yo. Jangan poso yang yang yuk pepagi selongka periuk belango. 


Salam.


mamaloveyou :D





Quote of 2day


Wednesday, July 18, 2012

B.I.S.A.K.A.H


Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu








Monday, July 16, 2012

Jahanam Jahanam....

 Bilo nak kocik badan den ni haaaaa :D



Saturday melantak bagai nak rak sebab ke pasar malam. Apa jer Nampak nak beli, aper je Nampak nak makan. sebab dah lama sangat tak poi pasar malam ni. Ermmm ikutkan sangat selera ‘iblis’. Fuhhhh. Jahanam…jahanam. Sunday ader kenduri. Peh lauk pauk kampong semestinya. Masak lomak nenas + ikan masin, ayam masak merah, sambal belacan made by me, habis licin, + ulam2 kampong, kacang panjang, pegaga dan petai. Ermmm. 3x menambah makan nasi. Dessert Black Forest Cake + Chocolate. 4 kilo yang kurang last month, ontah-ontah2 dah bertambah menjadi 9 kilo. Adohai, ponek den berDIET. Cedey…cedey baru verangan nak kurus sikittttttttttttttt. Kiraan kilo kurang sikit, bertambahnya ya ampunnnnn.

So... MONDAY BLUES, pepagi-pepagi ni ke opis, wa tapau itu limau sunquick sama itu buah lai 2 biji. Sebijik buek bekpes, sejibik lagi ingat nak makan masa lunch, buek melapik porut. Bersulam air suam. Ok Sejam pertama ok. Tapi tepat jam 10.30 pagi, kak ct mai, bukan ct nurhaliza ya. Email. Ada mee hoon goreng Singapore dan cream puff, sila kan makan. Dengan makanya nafsu makan tidak boleh di tahan-tahan. Terussssss. Ambik makan lorrrrr. Wa telah Gagal, wa punya diet musnah pada hari ini. Pelamin angan ku musnah, motip.... Ok perut sudah penuh dengan mee hon bersama udang2 yang besar dan segar serta 4 biji cream puff. Ya ampunnnnn, makan ke malantak. Hahahaha, ni namanya melantak nafsu syaitan niroojim. 

Tepat jam 1.00 tengahari ingat nak melepek jer kat opis sambil2 baca2 blog kengkawan alam maya. 1.01pm my small boss email. “sis, jom out release tension, tak nak makan tapi kita isi minyak jer” ok boss I follow. Tak der maknanya ya. Petrol pam sebelah jer dengan rojak kegemaran we all. “sis nak cendol, rojak kita kongsi” ok boss layannnnn. SeSampei jer opis, boss kecik lagi satu bagi pulak sandwich TUNA kegomaran den. Aduhhh rasa sayang pulak tak makan. Joki jangan ditolak. Tak elok membazir, membazir pun amalan syaitan. Eh eh, ke aku yang syaitan kuat melantak di sini. Huhuhuhu jahanam DIET ku.

Maaf ayat-ayat sedikit melampau dan TERLAMPAU plak hari ni.

DIET KEJADAH NYA :-

8.45am – hirisan buah limau sunquick
10.3.0am – Mee hoon Singapore + 4 biji cream puff
1.15pm – Se'CUP' besar Cendol my peberet gak ni
1.55pm – Sepotong Sandwich Tuna, 
pehhh siap ada kacang macadamia lagi [sodap gilo]
4.00pm – rojak pasemboq yg ditapau dan dikongsi2
5.00pm – hirisan buah lai…
9.30pm - dinner nasi lemak kukus ayam daro...


HOHOHOHOHOHO

DIET la KUNUNNNNN –KUNUNNNNNN….
Podahhhh cittttttttttt





Friday, July 13, 2012

Weekend 14 - 15 July 2012




saturday - tis weekend buzy ngan kids at SKBF 2, KL. kiddos ado sport esok. Afiq terlalu gumbira, :mama, abang dpt no. 1 tuk lompat tinggi: :mama, adik lari tak laju, macamana ni 'Dina: :Damia, mama esok tak payah bawah buku: Suka sangat Damia kalau tak bawak beg sekolah yang berat macam memikul batu batan di dalamnya. kekadang tu kesian mama tengok. badan dah lah sekeping. balik keje tadi lolap jap. ni baru bangun nak buat keje-keje mendobi. harus ya, no matter how and no matter what, all the dobi task have to settled setiap jumaat malam sabtu. walaupun esok tak der nak kemana-mana. Keje-keje mendobi wajib settled. Kepantangan mama kuar umah, umah bersepah. :jangan kuar cam bidadari, umah cam kandang khinzir:. oh tidak that is not soooo me la ya.  so 6.30am - 2.30pm mama akan menyalaikan diri ditongah hari, tongah paneh demi the kiddos. Ingat selesai sport nak coci2 mato ke KL Sentral, bawak anak2 makan McD jap. Suddenly my bro nak meet up kek lrt bangsar, ada janjinya yang perlu dilunaskan. Dah 4 bulan eden menunggu ni ha, baru an dapek. Petang nak ambik MAK from my sis house. Malam ingat nak jalan2 ke 'night market'., ada pesanan colleague SSJ memesan something, janji mesti ditepati  :D.
Sunday : Ada agenda yang yang hampeh, plan cam hampeh dan aku pun cam hampeh kelapo gak la. Nak poi tidak, poi tidak poi. see how la. 'bila nilai kekeluargaan itu diabaikan, jangan salahkan saya jika saya tidak mempedulikannya, kerana anda juga tidak mempedulikannya langsung, and don't put all the blame on me ok. 'saya sayang keluarga saya dan NILAI KEKELUARGAAN saya sangat tinggi, FAMILY 1st, tapi sebabkan oran-orang yang menolak ketepi nilai kekeluargaan mereka, saya selalu jadi MANGSA - KEJAM :((, jadi ke majlis tu???. tunggu dan lihat sajor ler. 'aper ingat ni besday party ke'. . 3pm nak ke KLCC, bikin rosak anna punya program, kul berapa ya agenda koboi tu??? ONTAH. Ada 'program khidmat masyarakat'. Puan Rajabe tengokkan cucu2 mak jap yo. Sulong poi tak lamo, sebelum suboh sulong balik. Manghai, nak kono pelangkong ko, sebolum suboh nak balik. Mak jangan risau,sulong bukan kaki lepak dan tak akan lupa daratan. Habis program sulong balik ya mak. :D

ok happy weekend to all my readers. 
moga kita semua diberkati dan 
kehidupan kita semua dirahmati amin..... 

Wednesday, July 11, 2012

Quote - 11.7.2012


Quote of Today 11.7.2012


Handphone Oh Handphone

Mama 1st hp, baling peragut maun pocah kepalo ni








Masihkah ku ingat, mana tak ingat. Tapi zaman-zaman 90's belum glamour lagi, belum famous lagi gajet-gajet ni. Masa tu tahun seingat aku 1997, [mana biasa aku lupa], baru 2 tahun kerja selepas menamatkan SPM. Ya, saya hanya lulusan SPM [tak der sape kesah lerrrrr]. Den belajar tak tinggi mano, tapi sekolah den dulu tinggi 4 tingkat.  Kalau terojun ke bawah patah yo tulang pungkoq, Jangan ngado-ngado nak cubo-cubo nak try test ya terojun ke bawah. Hahahaaaaa  [sleng rojak aku, yo la atok den penang pakistan, uwan den negori :D-]



Kerja pun masa tu gaji tak tinggi mano. Bermula dengan angkat telepon di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur dengan gaji sebanyak RM650/-. Ishhh ishhh, tapi 650.00 dulu nilainya besar. Puaslah shopping. Kalau kasut merah, handbag pun merah. Kalau kasuh biru, handbag pun biru. Tak macam sekarang nak beli underware pun cheq kena pikiaq , 10, 20 kali. Muuuahhhh...muauaaahhh. Nillai WANG semakin susut la ni cheq, nak boli apo pun kono la dulukan anak-anak dulu. Apalah sangat dengan RM50.00 tu pada zaman sekarang ni, dalam masa sejam dua dah habih dah. Kalau difikirkan balik, Gaji sekarang dan cara perbelanjaan macam dulu-dulu. Lamborgini pun I boleh pakai you all tau. Ini tidak nak bayar monthly for ‘sebuah kancil’ menghegeh-hegeh yo, itupun sangkut2. Tapi Alhamdulillah ado yo la keto nak angkut anak-anak balik kolo pilah :D-. 




Afiq 1st Handphone......

Menakutkan, its really scary, belum cukup bulan dah kering kontang. Kono la advance dulu kek mano-mano. Pendek kato tutop lubang kiri, bukak lubang kanan. Kambuih lubang ateh, lopong an lak lubang lubang bawah, oppppssss, jangan nak fikir bukan-bukan ya. hehehe.



Anak-anak sekarang, dah moden, dah banyak berubahnya. Dulu masa afiq in standard 5, dia tak pernah mintak pun nak guna hp, tapi as a MAMA yang terOVER risau dan anak bujang tu dah sedikit panjang langkahnya mana dengan kelas tambahan, koko, balik sekolah lewat. Maka nya terpaksa la mama belikan senang nak contack. Abang kat mana, kul berapa nak balik, jangan menyimpang, lepas sekolah balik terus. Ni sebenarnya AGENDA membelikan hp for him. Tapi Abang memang selalu ngelat nak bring along his hp sebab tak canggih kata nya la kan. 

Tapi sejak ditukar yang baru ini, rezeki dari Allah, Mama pun enggak kan mampu nak membelinya. Terima kasih. Tido, makan, main, tution dok berkepit jer ngan hp. Sebab aper ada lagu-lau menarik, ada game2 menarik, pendek kata semua nya menarik lerrrr. Nasib baik masa mandi pun tak diangkutnya sekali. Mau mengamuk mama. Pastu bila someone call, lari masuk dalam bilik, anak-anak zaman MILENIUM. Afiq ‘study come 1st ok’. Make mama proud of you. Prove it on your UPSR [tapi kalau tak mampu mama terima seadanya, mama tahu kemampuan anak mama yang so so so tu].




Afiq latest hp, rezeki terpijak, isshhhh jangan di pejak, pocahhh kang
 [rezeki Allah swt, alhamdullillah aminnn]
Jaga elok2 ya abang, mama pun tak mampu nak boli an yoooo











Saturday, July 7, 2012

MengYERET dan DiSERET



Tiada kena mengena dengan gambar 
di atas mahupun gambar di bawah. 
Gambar-gambar ini hanya 
untuk cuci mato sajor k.

Kenangan mengusik jiwa. Ke Simpang Tiga, Jalan Kubur petang tadi mengheret kaki dan berpeluh sakan menjelajah Taman Rekreasi Yang Baru dan yang satu-satunya di Lembah Pantai ini. Bagi tujuan Perasmian 'Taman Rimba Kerinchi Lembah Pantai' yang dahulunya dikenali sebagai 'Kolam Siam'. Wah sudah berubah wajah 30%. TQ to DBKL dan Kerajaan. Dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Y.B Senator Dato' Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin. Berpeloh sakan melawat sekitar Taman Rimba tersebut. Pasni kalau nak camping, nak BBQ tak leh la main redah-redah jerr derr. Kena mintak permission dari DBKL ya. REMEMBER. Lepas perasmian tadi jom basah-basahkan anak tokak ni ha yang nak mintak ayor. Ke Bazaria, wah menarik tak perlu ke Broga Hill nak meraso 'Cendol Santan Kelapa Sawit' kek Pantai Dalam pun dah ado, sampai 2 mangkuk den belasah + apple jus. Peh hilang dahaga. :D- Around 8.00pm semua bersurai.

Kalau ikut kan hati nak diseret 'Pudu Sentral' , tapi untuk apa aku ke sana. Tak der paedahnya. walaupun 1 KL aku menyeretkan kaki ini. 'It's not going to change anything'. Penyudahnya, balik and 'HOME ALONE'. Afiq Tuition. Damia Dina umah Bam. Home Alone...Home Alone. And like i said just now, 'It's not going to change anything, ever & its still remain the same. Dok umah diam-diam. and the best medicine are 'SLEEPING'.