About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Sunday, May 30, 2010

Alangkah Gembira Beta Punya Hati

Wahhhhh conok nya, pucuk di cita, ulam mendatang. Adik ku telah dtg ke rumah dan membawa gajetnya. Aku telah melepaskan segala 'KEMARUK' ku di sini. Dan aku juga telah mengambil kesempatan to update my blog. Mengodek FACEBOOK sepuas puasnya.Wah PUAS HATI AKU.

Sebagai Teman

Sebagai Teman

Sejauh manakah ketabahan hati
Menempuhi dunia
Walaupun kau jauh
Kau tetap di hati
Temanku
Percayalah... (CT)

Begitu tulusnya perhatian kamu
Kepada diriku
Hidupku berombak
Namun kau selalu ada kuatkanku
Chorus
Oh mengapa...dunia ini begini
Ku cuma manusia biasa
Yang hanya inginkan hidup
Seperti yang lain
Mengapa harus begini (KD)

Sejak hari itu hatiku terluka
Namun ku sembunyi
Ku juga mengerti
Walaupun terselindung
Kau teman...
Aku fahami... (CT)

Ulang Chorus

Oh Tuhan...
Tunjukkanlah jalanMu
Padaku untuk bahagia
Selamanya... oh...
Ulang Chorus (CT n KD)

Kuatkanlah diri menjalani semua ini

Wednesday, May 26, 2010

Miss You Like Crazy

Salam kengkawan semua, Miss to blogging so much. Ermmm, cam orang gila kat opis tak leh update blog, bla bla bla bla. Tension. Sekarang ni saya tengah mencuri curi mengupdatekan BLOG saya yg tak berapa nak CHOMEL ni. Memandangkan opis telah MEMBLOCK everything, jadi lah saya seperti KATAK BAWAK TEMPURUNG. Balik ke zaman batu semula. I'am really CRAZY ok. Dah cam kera sumbang kat opis bila tiba time lunch. Cukuplah tu cerita pasal life saya yang dah semakin BOSAN ni. Ermmmm apa nak buat.Dah nasib saya. 

Last week ME, kids, my sibling [Bam, Balang & Adik Ema] and my mom and dad, not forget to ZAINORHANA, future sister in law, kami semua ke Tangjong Malim. Kerana Kerja-kerja memunggah barang2 adik ku EMA yang dah TAMAT belajar di sana telah bermula.[2007 - 2010 - Politeknik Sultan Azlan Shah]. Sebelum tu we all sempatlah ke KELUMPANG RESORT for mandi manda. Mandi sampai menggigil dan kecut2 semunya. :D . Sila lah menikmati picture2 yang telah diambil oleh TUKANG AMBIK GAMBAR tak bertauliah iaitu ROSMIMA AB RAZAK. Sila sila kan lah ya. Hingga ke temu lagi di entry2 yang akan datang. Bila saya berkesempatan meminjam laptop kengkawan di opisku ini. huhuhuhuhuhu. SIAN SAYA.



Thursday, May 20, 2010

What a Beautiful Moment

Tidak akan mama lupa PERISTIWA ini. Masih HANGAT detik itu. Mama telah dikurniakan 2 Cahayamata pada tanggal 27 February 2004. Lahirlah my First Princess. "PRINCESS MIA". Setelah 4 tahun menanti. Its so supprise for MAMA. Masa pregant mama tak pernah scan my baby. So MAMA memang tak tahu apa jantina baby mama, hinggalah saat mama melahirkan.......
ITS SO SURPRISED FOR ME.

 Shafiq dah jadi "ABANG" sekarang
 Sarah Damia - 1 weeks
Shafiq Akmal - 4 years old




Sempat Lagi

Balik dr Lunch tadi terus Mama rushing ke deretan kedai2 bersebelahan dengan Menara Milenium. Terus mama masuk ke kedai "QD SHOP" [kedai cenderamata]. Teringat Mia yang merengek pagi tadi  sebelum ke sekolah suruh belikan present for her teacher. Afiq pun sama dah REMIND mama gak pagi tadi.. So, without any reason mama have to buy the present for tomorrow "MAJLIS HARI GURU". Huhuhuhu dah lah mama belum gaji wahai anak-anakku. Tak per lah pakai je lah mana yang ada. Mia nak 3 present and AFiq pulak 2, so all ttogether 5 present mama have to buy. For not to dissappointed both of you, so terima lah, hanya ini yang mampu mama belikan. Hope you guys H.A.P.P.Y.


TO ALL TEACHERS OUT THERE ESPECIALLY TO ALL TEACHERS AT 
S.K. BRICKFIELDS 2, KL

"HAPPY TEACHERS DAY"



Last Entry Kot

Cedey ni, cedey sangat2, may be  this is my last entries until I got my own pc and internet at home.....:( ermmmmm. Tengahari tadi me and officemate angie having my lunch with my small BOSS, Ms. Seira Sacha because Monday is her last day at ZICO. Huuuhuuuhuuu so sad . Hari ni 2x I Sedih tau.

Zalim

Before this my company already BLOCK facebook, frenster, youtube...bla...bla....semua yg berkaitan dengan ENTERTAINMENT except YAHOO. I still can YM with all my friends through Yahoo Email. 
Huhuhuhuhu, so sad la, from tomorrow onwards, my company will block all the Yahoo website. So that , Saya akan TERPUTUS terus ngan kengkawan saya. Dah lah kat rumah Saya di KONGKONG, sekarang di OFFICE pulak. There is no INTERNET at home and office. So, jadilah saya KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. Tak payah dah berdunia ngan orang luar......SUNGGUH ZALIM...MEMANG ZALIM. BerBLOG pun dah tak boleh.................... ZALIM....ZALIM...ZALIM

Loyal Forever

This is my 1st try, to write my BLOG in english. Huhuhuhuhu, How bad my english is ????. {AT least I have Try la kan]....huhuhuhuhuhu
Orang kata bila memulakan sesuatu aura EXCITED tu memang mencurah curahkan. And I hope,  I will always EXCITED to updated my BLOG forever [until my last breath]. At least ONE POST per day, at least la :D.
Sometimes I was thinking, untuk apa I buat BLOG ini, sebab orang lain ada BLOG and I supposed to Created mind....???????. 
And now I realize that, the main thing I created this BLOG is for my K.I.D.S. to observe intently. Let them know how much I L.O.V.E them. Also let them know how much I C.A.R.E. And let them know how much I WORK HARD to give the best thing for their LIFE.
Moga TUHAN akan beri AKU KEKUATAN dan KEREDHAAN NYA.

ok ke my english  :D.......[jenuh aku belek dictionary] Hahahahaha

Wednesday, May 19, 2010

Maszianty is 32nd today

Kita mula kenal tanggal 15 July 2005, masa tu 1st day aku daftarkan diri sebagai salah seorang staff di Messrs Nik Hisham, Fakihah & Co. Kita sebaya, cuma aku tua kurang 2 bulan dari kau. Kita memegang status yang sama iaitu status 'MAMA' dan masing2 mempunyai 3 orang anak. Cuma beza nya kau mempunyai sepasang kembar lelaki yg Chomel. 
Memang banyak persamaan antara kita. PERJALANAN hidup dan kesah RUMAHTANGGA yang tidak banyak BEZA. Kita sama-sama senyum, ketawa, menangis, berkongsi segala cerita dan masalah. Berkongsi cerita mengenai hal anak2. Kau memang suka melayan 2 puteriku Damia N Dina, sebab  kau belum dikurniakan anak PEREMPUAN. Kita jugak sama-sama merayap tuk BERSHOPPING di KLCC dan MASJID INDIA bila tiba time BERFOYA-FOYA iaitu 'HARI JUMAAT'
Tidak lupa juga bila time tengah bulan, bila POKET kita berdua dah KERING KONTANG, kita  berkongsi BEKALAN MAKANAN bersama, walaupun cuma telur masak kicap dan tomyam bodoh yang selalu kau buat tu.
Kau ingat tak, kita sama2 mengangkut beg camping YANG BESAR dan sarat dengan TOTO2 BUNDLE, KAIN2 ELA, BAJU2. Kau keluar modal, kita sama2 JUAL untuk menambahkan PENDAPATAN kita. Aku tak akan LUPA semua tu MASZ
Sungguh indah MEMORY itu MASZ. Dan saat aku menulis ini, airmataku tidak henti tumpah mengenangkan PERSAHABATAN ini terpaksa kita lalui sakarang hanya BERTANYA KHABAR tanpa melihat muka melalui talipon, email dan YM. Aku terpaksa menerima TAWARAN kerja di tempat lain, demi mengubah nasih AKU. [masing2 SEBUK dengan URUSAN masing2]
Sampai mati aku tak akan lupakan JASA2 kau pada aku dan anak2, walaupun kita susah, Kau susah dan aku pun susah. Kau masih sanggup MEMBANTU aku yang dalam KESUSAHAN. Tak akan aku jumpa lagi SABAHAT sepertimu, yang sanggup BERSUSAH PAYAH BERSAMA.
Moga PERSAHABATAN ini AKAN KEKAL hingga HUJUNG NYAWA

SELAMAT ULANG TAHUN YG KE -32


Dari SAHABAT mu yang KEJAUHAN

Ingat Ingatlah Selalu

INGAT
Kita tidak akan selalunya di ATAS
Kita tidak akan selalunya  GEMBIRA 
Kita tidak akan selalunya SENANG
Kita tidak akan selalunya SEHAT

Tiba masanya kita akan berada di BAWAH 
Tiba masanya kita akan  berasa SEDIH 
Tiba masanya kita akan berasa SUSAH 
Tiba masanya kita akan berasa SAKIT 
Hidup ini BAGAIKAN RODA yang BERPUSING 

Ingatlah kita masih MEMERLUKAN manusia-manusia di SEKELILING kita. Jangan lah TERLALU MEMENTINGKAN diri sendiri. One day you will need that HELP from OTHERS.REMEMBER that.

Tuesday, May 18, 2010

Future Family Members

""Happy Besday to both of you....Happy Besday to both of  you .......Happy besday...Happy Besday.....Happy Besday to BOTh of YOU HUDA and HANA...Happy Besday to BOTH of You""

Sorry to both of you for late E.N.T.R.Y. Jangan marah ok. FEBRUARY 2010, I'am not activated my BLOG yet :D.No present from me, cuma DOA sentiasa mengiringgi setiap hari moga kita akan menjadi KAWAN SEJATI [macam MAMA & MAK]. Lots of LOVES and HAPPINESS.
Huda is 30th [28 February 1980]

and

Hana is 28th [24 February 1982]
Walaupun dah hampir 9 Tahun berjiran [Tmn Pilah Senaling, KP, N9], baru sekarang kita rapat dan berkenalan MESRA antara satu sama lain. Dan tak lama lagi akan menjadi ONE BIG HAPPY FAMILY. INSYA'ALLAH.

16 May 2010 [Janji Di IKAT]
3 July 2010 [Cincin DiSARUNG & Janji TERMETERAI]
Next STEPS [Hanya Menunggu HARI LANGSUNG]

CONGRATULATION to RAFIZI [ the only one brother] & ZAINORHANA

Tak Suka Tak Suka Tak Suka

Tolonglah jangan buat cam ni, saya tak nak BERMUSUH ngan sesiapa kat sini. Saya nak cari REZEKI je. Dont put all the B.L.A.M.E on me. Please, please, please, please. Saya jadi SERBA SALAH lah.Huhuhuhuhu sian saya. Why I have to facing all this kind of S.I.T.U.A.T.I.O.N. Oh GOD please help me. Aku hanya HAMBAmu  yang LEMAH dan tak BERDAYA.

Pesan Arwah Atok Ab Rasip

Dah jangan kacau mama, pergi main bear2 dalam bilik tu. Mama tengah concentrate to my favourite drama ni.. Bukan apa, Damia ngan Dina memang mempunyai 1001 soalan pada MAMAnya ini. Bila mereka dah start bertanya, maka akan hilang lah tumpuan mama pada my favourite drama ni.

Bila menonton Drama ni MAMA memang akan ilang akal, semua kerja rumah akan terhenti dan MAMA berikan 100% TUMPUAN pada jalan cerita hingg ke akhirnya. Terus teringat pada kata-kata arwah ATOK mama dulu. [hilang tumpuan pada drama tu, terus aku mengelamun dan mengelamun SEJENAK.

Atok Rasip pernah cakap cam ni :-
"SEKOLAH RAJIN2, ESOK DAH BOSAR JADI INSPEKTER POLIS KAU SOK MEMANG ADO GAYO JADI INSPEKTER NI"
[sbb bapak ku Ab Razak memang suka potong rambut ku pendek, my dad always treat me like a boy, dah serupa tomboy aku dibuatnya]
[maap tok , den tak dapek nak tunai an permintaan atok tu, den dapek jadi kerani cabok yo skrg ni, sobab ehh, bilo den dah bosa, den dah masuk sekolah menongah yang ado ramai boyfriend. Den dah jadi FEMININ ckit, den dah pandai simpan rambut panjang, hehehehe, ala-ala ayu, pehhhh puji diri sendiri tak hengat, ayu ke.......hahahahahha]

Alhamdullilah MAMA tak jadi TOMBOY sampai TUA
[kalau tak, tak der lah MAMA anak2 yg chomel skrg ni]

DAN DISEBAB KAN KE"TOMBOY"AN MAMA TU
Mama pernah curi2 bawak basikal tua atok yang selalu di parking kat bawah umah kat kampong dulu. Habis RABAK kepala lutut mama. Mama jugak rajin memanjat pokok rambutan bila pokok tu dah BERBUAH lebat. Maka menjerit-jerit la Puan Rajabee Hussin memarahi mama. Dan akan merasa lah rotan di punggung mama selepas itu. Tu lah kesah kanak-kanak mama yg penuh  dengan  KEINDAHAN  dan KEGEMBIRAAN. Memang hilang terus tumpuan mama pada Drama malam tadi, sedar2 je, my alarm clock is RINGGING, maka bermulalah tugas mama sebagai seorang MAMA tepat jam 5.00 pagi [5 days a weeks] :D 



di bawah ini adalah picture2 my favorite Drama at Astro
.
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;



Alamak

ALAMAK AKU MEMANG SUKA MANDI MALAM NI.
Balik keje 6.30ptg - 7.00 ptg baru sampai, siapkan anak2 mengaji, bagi makan, tup...tup... dah kul 8.00, baru nak mandi. Habis camno.......

Di petik dari akhbar kosmo online
MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya

Apa Sudah Jadi

Di petik dari akhbar kosmo online

Kuala Lumpur : Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

Apa sudah jadi?

berita lanjut, sila rujuk Kosmo - 18 May 2010

Emosi Terganggu

AKU dah mula rasa tak BEST. Lantak kau la liza. ORang lain peduli aper. Lantak kau lah kat situ. Janji THEY ARE HAPPY. Lu sapa. Aku rasa aku semakin JAUH...JAUH dan JAUH dalam semua PERKARA. Dalam semua benda aku dah BANYAK KETINGGALAN. What is my objective ????????

Aku jadi macam ni SEBAB aku tak punya apa2 kan.Ahah BEtul tu.
Aku rasa kalau aku KAYA [tak yah kaya raya la], senang pun dah S.Y.U.K.U.R. 
Tapak kaki aku pun orang akan JILAT. So ada sape KESAH.

Monday, May 17, 2010

Lemau

Hari ini my life betul2 lemau, dah lah malas nak fikir boleh.Sebab apa ya?
Sebab keje2 berlambak-LAMBAK kat opis kot. Tension My boss seira nak rezign, kena buat 'Status Report' all the non active files. Tension laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Enviroment pun tak begitu best. Pendek kata, pendek lah yang kata, Panjang tak kate paper pun. Seluruh jiwa dan diri aku hari ni kosong dan L.E.M.A.U
Sebab musabab nya aku jadi cam ni...Jangan ditanya. Oklah bagi tahu jugaklah. Sebab banyak dengar citer2 yang TAK BEST. Sebab tu aku LEMAU.
Plz friends out there. Cheeer Me up.........

Friday, May 14, 2010

Happy Weekend

Terlalu cepat masa berlalu, hari ni jumaat esok sabtu, hujung minggu menjengah lagi. Selamat berhujung minggu dan bergembira. Semoga majlis ahad ni akan berjalan dengan lancar tanpa aku :D. Alaaaa baru majlis merisik je. Bertunang  nanti sure aku akan balik, sebab aku orang penting, kalau tak nanti cacatlah majlis tu tanpa barang2 hantaran hasil dari jari2 ku ini. :D [nantikan hasil idea2 ku yang baru]

Ada ke Peluang Kedua ?

Actually this thing happen last week, malam khamis 6 May 2010. Lepas solat isyak, [kalau mata ni tak mengantuk] aku dok mengaji quran sorang2 kat dalam bilik anak bujang ku. [Afiq n Mia tak der pergi baca yasin kat umah ustaz yang mengajar mengaji tu].  Tengah khusyuk mengaji anak bongsu datang. Dia mintak dipeluk dicium. Suddenly Dina says :

Dina : "Mama dah lama adik tak jumpa Ara, Adik rindu Ara, kalau adik jumpa Ara adik nak mintak  maaf ngan Ara, sebab Adik selalu gaduh ngan Ara. Ara suka kakak je. Ara tak suka adik"

Tanpa aku sedari airmata ku sudah mengalir berjurai jurai membasahi pipi. Tidak mampu untuk aku menjawap semua pertanyaan itu.

Dina : Mama bila kita boleh jumpa Ara lagi mama?

Aku hanya membiarkan soalan2 itu tergantung tanpa sebarang jawapan. Sungguh kuat memory anak kecil sebesar Dina. Harap Dina akan sentiasa mengingati 'Nurul Aleya Zara'. hingga dewasa ya sayang.


Hari ni Genap 4 bulan 13 hari Nurul Aleya Zara pergi meninggalkan kami semua buat selamanya 
[we all miss u so much sayang, especially Atok n Uwan, they take care u since u was born]

Lots of L.O.V.E for our Late Nurul Aleya Zara - U always in our Memories, 4 ever

There is no 2nd chances for us, Yang Pergi Takkan Kembali

Ini Serius Ok


?

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah.

Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.

Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri." 

aku ada 2 org anak pompuan yang perlu dijaga sebaik baik nya . bukan itu saja anak lelaki juga berat tanggungjawap dalam mendidik nya. [moga2 Tuhan akan berikan aku kekuatan itu]

Hantu Tido

Macam biasa lepas hantar Afiq n Mia naik bas ke sekolah aku terus mengorak langkahku ke PERHENTIAN BAS. Biasalah lepas bayar RM1/- duit tiket, aku terus meneruskan projek ku. Projek yang H.A.R.U.S setiap pagi. Hehehehe. Aku terus melelapkan mata. 
Pagi ni aku Nyaris-nyaris terlepas perhentian Lrt Bangsar, selalu nya sampai je hentian Apartment Putra Ria aku sudah sedar dan dah get ready nak turun je. Entah hantu apa yang dah rasuk aku, aku leh tak tersedar [gamaknya hari ni Jin Mata Buta yang dah masuk dalam badan aku kot] tu yang langsung tak sedar dan terus tido MATI. Sedar2 je bas dah nak mula meningglkan hentian Lrt Bangsar, apa lagi dengan langkah seribu aku pun turun, huuuhhh nasib baik sempat :D. Kalau tak sampai ke Brickfields la aku jawapnya. Lagi satu hal pulak nak patah balik ke Bangsar. :D. FUhhhhh

Ni lah padahnya kalau tebiat memang suka TIDUR

Thursday, May 13, 2010

Sebak

Entah kenapa tiba-tiba hati aku sebak, cedey. Cedey kenapa ya?. Mungkin sebab majlis hari Ahad ni kot. huhuhuhuhu [menangis di dalam hati]. Moga B.E.R.B.A.H.A.G.I.A adik ku. Akhirnya kau bertemu JODOH jua. Jangan lupakan along bila dah kawin nanti.

Tertarik dan Menarik

Masjid Ar Rahman, Jalan Pantai Bahru (Universiti Malaya) akan mengadakan Program 
Kem Anak Soleh untuk anak2 yang berumur 12 hingga 17 tahun 
Tarikh : 8 hingga 10 Jun 2010 (Selasa hingga Khamis)
Bayaran : RM10.00 setiap peserta kem 
tarikh baru dimaklumkan oleh Ustaz Md Isa . 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Imam Masjid Ar Rahman, Ustaz Zamri 

Saya amat tertarikh pada program di atas, program yang sangat baik untuk para2 remaja sekarang dan bayarannya sangatlah berpatutan dan saya rasa semua IBU BAPA mampu untuk bayar. Sayangnya anak saya Shafiq Akmal, baru berusia 10 tahun. Harap2 akan ada lagi program2 seperti ini untuk kanak2 sebaya Shafiq. Kata orang melentur buluh biarlah dari Rebungnya. Pada umur beginilah saya rasa, saya patut dedahkan anak saya dengan program2 keagamaan sebegini. Moga-moga saya belum terlambat.

Wednesday, May 12, 2010

Tolonglah

Today is the 2nd meeting for this year, as one of the AJK PIBG., Sek. Keb. Brickfields Dua, KL. Macam biasa, walaupun payah nak mendapatkan P.E.L.E.P.A.S.A.N Tapi aku gagahkan jua, kena perang mulut dulu, perang dingin, semua jenis perang la.Macamana nak buat kau faham. Last2 dapat juga aku pelepasan walaupun kena campur ngan KETIDAKRELAAN the other side. Entah apa yang susah sangatlah nak bagi lesen kat aku. Camtu gak la keadaannya bila aku nak kuar for activiti Pu3. Tulah jadinya kalau dah TAKUT ngan bayang2 sendiri. Berubahlah jangan asyik di TAKUK lama. Aku tidak mahu menjadi seperti katak dibawah TEMPURUNG. Aku tidak mahu diary hidupku TERLALU LURUS. Aku jugak ingin menerokai dunia luar. Perlukan pergaulan [opss jangan salah faham, bukan pergaulan bebas  ya], pergaulan yang sehat agar minda aku terbuka, tahu serba sedikit tentang apa yang berlaku disekeliling aku. Berilah aku sedikit ruang. Jangan lah kau PENJARAkan aku  di atas kehendakmu. Janganlah kau terlalu 'S.E.L.F.I.S.H, aku hanya manusia biasa yang ingin menikmati dunia ini dengan cara aku. Tapi aku masih tahu BATASAN-BATASAN  PERGAULAN itu. AKu MASIH tahu TANGGUNGJAWAP-TANGGUNGJAWAP AKU SEBAGAI MAMA kepada anak2 aku. Janganlah kau risau selagi MINDA dan AKAL aku masih WARAS, aku tidak akan lupakan itu semua, insya'allah. Ya'allah tetapkan lah HATIKU. amin

Tapi jika TERJADI SEBALIKNYA, itu semua adalah ketentuan TUHAN dan aku tiada khudrat untuk melawan TAKDIR itu.

Hamba Allah yang lemah

Sabahat atau Kawan

“SELAMAT HARI SAHABAT SEDUNIA”


Sahabat yang sejati adalah sahabat yang kita boleh percayai dalam menyimpan rahsia kita ;
Sahabat yang sejati adalah sahabat yang kita boleh berkongsi kegembiraan ;
Sahabat yang sejati adalah sahabat yang kita boleh berkongsi kesedihan ;
Sahabat yang sejati adalah sahabat yang tidak akan membiarkan kita seorang diri tatkala kita bersendirian ;



Kawan adalah kawan yang tidak boleh menyimpan rahsia kita ;
Kawan adalah kawan yang hanya akan berkongsi kegembiraan di saat kita senang
Kawan adalah kawan yang tidak akan bersama kita di saat kita ditimpa musibah
Kawan adalah kawan yang tidak akan bersama kita bilamana kita bersendirian


Carilah SAHABAT dan bukan KAWAN
Kerana sahabat akan menangis bersama kita tetapi kawan hanya akan ketawa bersama kita … ingat-ingatlah!!!

Kawan memang berjuta, S.A.H.A.B.A.T boleh kah kita menemui nya.....
Tepuk Dada tanya selera :D

My First Experience

Especially created by MAMA….
To the one and only, my beloved son SHAFIQ AKMAL.

Jam di dinding menunjukkan tepat jam 8.00 malam. Masuk ni dah dekat 10 kali mama ke toilet tuk buang air kecil. Arwah tok dah bising2 kat abah.

Arwah Tok: Hang pi cari keta [masa baru2 kawin memang we all tak der kete],  liza ni dah nak beranak dah ni, pi hantaq hospital deraih” [sebagai seorang bekas bidan, Tok lebih tahu dari aku] Bising arwah Tok dalam dailek perlisnya.

Hubby: Buat dek je…huhuhuhuh

Mama panik, dah nak beranak ke mama ni, mama berkata-kata di dalam hati.  “Mama tak rasa sakit pun, Cuma kerap buang air kecil je”. Mama mula seram seram sejuk, takut semua segala. Takut punya pasal sampai rasa nak terbuang tut....:D. Sesungguhnya MAMA ni memang akan panik, gelabah beruk tiba-tiba bila dengar perkataan “HOSPITAL”. [aku sememangnya FOBIA ngan doc. jarum suntikan, ubat semua lah yg berkaitan ngan hospital]

Hubby : Esok-esok la nak beranak pun, aku ngantuk ni, esuk kejaaa
Arwah Tok : Hang gila apa, beranak mana boleh nak tahan-tahan.
Dah pi bangun deraih cari keta….bangun

Dengan keadaan pisat2, Abah pun call his friend and about ½ hour later Uncle Lan - Bonafide datang and send us to the gomen hospital. :D. Hospital TEngku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Kat situ lah anak sulong MAMA dilahirkan. Setelah check up Mama terus ditolak ke wad, Dr. yang memeriksa mama kata jalan dah buka 3 cm,. PELIK…tak sakit langsung pun, tapi pintu rahim dah terbuka 3 cm. [ingatkan sakit baru jalan terbuka]

Dah banyak citer yang mama dengar tentang sakit nak bersalin ni. Ada yang sakit satu hari suntuk tapi masih tak bersalin salin jugak. Mama punya lah takut sampai mama rasakan yang mama akan mati dan tak sempat nak menatap wajah baby chomel mama nanti.

Malam tu lebih kurang jam 10.30 mlm, mama memang dah tak leh lelapkan mata, mama cuba untuk tido tapi mata ni tak mau lelap. Abah dah lama balik. Sambung tido gamaknya. Lebih kurang jam 2.00 pagi tiba2 pinggang mama sakit….Sakit tu datang setiap ½ jam. Makin lama, sakit tadi datang setiap 5 minit. Lalu mama terbongkok bongko berjalan dan memaklumkan tentang sakit mama pada nurse yang bertugas pada malam tu. Staff nurse yang periksa mama tu terus mengarahkan mama supaya berbaring di atas troli. Mama terus di bawa ke ‘Labour Room’. [ aku jadi kejong sbb terlalu takut]

Lama jugak mama di Labour Room, lebih kurang 3 jam lebih mama bergelut dengan kesakitan yang amat sangat. Kesakitan masa diiringi dengan laungan zan subuh yang mendayu dayu. Tepat jam 6.50 am lahirlah anak Mama yang sulung iaitu seorang putera. Bila mendengar saja tangisan anak sulong mama terus SEMUA KESAKITAN tadi hilang dan hanya linangan air mata KEGEMBIRAAN jadi pengubat sebaik sahaja menatap wajahmu yang chomel. Lalu mama kucup tanda syukur dengan KELAHIRAN mu sayang. [bila 1st time pegangbayi pertama ku, aku terus membelek jari2 tangannya yang halus, lalu ku kira cukup ke tak jari bayi ku, so funny.] Alhamdullilah anak mama sehat dan cukup semua SIFAT.

Hadirmu memberi semangat dan kekuatan baru
Agar dapat kuteruskan ceriteraku
Lahirmu pancarkan sinar cahaya tanpa batasan waktu
Walau kelam dan berliku haluan itu
Tetap kuteruskan tanpa rasa kesal didada

Ku tempuhi jua demi melihat kau dewasa
Hari ini tanpa ku sedar 
Telah genap 10 tahun kau membesar didepan mata.
Tapi terasa bagai baru semalam 
Engkau menjenguk dunia dengan tangisan pertamamu
Besarlah menjadi anak yang sempurna 
Dengan ilmu penuh di jiwa

Akanku sedaya upaya memberi yang TERBAIK
Untuk bekalan meniti dunia yang penuh pancaroba
Membesarlah supaya menjadi anak yang SEMPURNA
Doaku sentiasa menemaniMU hingga akhir hayatku [MAMA]

Lalu mama berikan mu nama

SHAFIQ - Lembut Penyayang / Pencinta Kesempurnaan
AKMAL - Yang lebih Mulia / Pemurah

p/s: Atok Razak and wan Chomel adalah insan yang paling gembira menerima berita kelahiran cucu sulung mereka, dan merekalah orang yang terawal datang ke hospital melawat mama dan baby  waktu itu.

Tuesday, May 11, 2010

Dah Jangan Gatal-Gatal

Sudah tu LIza, jangan gatal-gatal lagi. Ooopsss jangan salah faham ok. Bukanya I nak menGGatal ok. Sebab Belum BERJUMPA kot. Hahahahah statemenet berani mati. Ok dah...dah...dah tu jangan fikir bukan-bukan OK. Tak sebenarnya camni, sebab dah hari2 mengadap BLOG kan. Melompat dari satu BLOG ke satu BLOG yang lain, so dah banyak benda yang saya BELAJAR dan dah Banyak BEnda yang saya tengok. Mula la jari2 ni nak menunjukkan skill dan MENCUBA. Adjust punya adjust template. Nah ambik kau dah tunggang langgang balik Blog KU ini.NI lah yang TERBAIK dapat ku PERSEMBAHKAN.

Monday, May 10, 2010

Besar Erti Nya

Semoga kalian membesar seiring dengan E.R.T.I dan M.A.K.N.A nama-nama mu anak-anakKU.


SHAFIQ - Lembut Penyayang / Pencinta Kesempurnaan
AKMAL - Yang lebih Mulia / Pemurah


NUR - Cahaya
SARAH  - Isteri Nabi Ibrahim
DAMIA - Keberkatan / Kebajikan


NUR - Cahaya
SAHIRA - Memikat Hati
DINA - Ketaatan/ Adat

Teringin

Sejak anak2 dah besar ni. Diaorang semua sangat gemar M.A.K.A.N. Saya tetiba teringin nak masak2 yang best2 for them. Peti Sejuk kat umah tu memang pantang penuh. Non Stop la kids buka tutup, buka katup Peti Sejuk tu. Especially Dina. Memang KUAT MAKAN ok. Kalau kita buat sendiri boleh dapat dalam kuantiti yang agak banyak kan?. Betul Tak..:D

For the time being, saya teringin sangat nak belajar buat K.E.K. So bila besday anak2, tak yah susah2 beli. Harga kek kat pasaran pun dah melambung tinggi. Errmmm kalau nak kenang kan harga barang2 sekarang saya jadi GERUN. Ye lah dengan RM50.00 apa sangatlah yang kita boleh beli.Moga2 hajat tuk belajar buat kek tu akan BERJAYA.

Eh Liza kau mana ada 'Oven' cheq nak bakaq kek tang mana?. Hang guna Dapuq ARANG je la....huhuhuhu

Tugas Bermula


Tugas bermula kembali, last saturday bertempat di SINGGAHSANA Hotel, PJ. Saya menjadi wakil Pu3ULP ke Persidangan Cawangan Bukit Bakong. Semoga saya akan mendapat lagi KEIZINAN untuk menghadirkan diri ke persidangan2 yang akan datang. Dah banyak perkara yang saya sudah TERLEPAS. 

Mother's Day 2010

9 May 2010- Sunday. Semua insan yang bergelar Ibu, Mak, Mama, Mummy, Umi & Bonda meraikan 'Mother's Day'. Aku pun tidak terkecuali, aku gembira dan BAHAGIA memegang S.T.A.T.U.S ini setelah hampir 12 tahun. Tidak pernah TERDETIK DI HATI ini menyesal dengan gelaran itu. Walaupun tiada sebarang majlis, mungkin anak2 masih  kecil dan belum mampu, tapi aku sungguh TERHARU dan rasa  sangat-sangat BAHAGIA, BAHAGIA TERAMAT SANGAT. Kids have their own way to appreciate me as their MAMA.[especially Afiq n DaMia]. Thanks Afiq, Thanks Mia n Thanks Dina.

TO ALL MOM's out there 
'Happy Mother's Day Dear
You all deserve to be LOVE and HAPPY

T.H.A.N.K. YOU SO MUCH SAYANG
LOTS OF L.O.V.E FROM MAMA
p/s: To my MAK kat Kampung tu.....be happy
"Selamat Hari Ibu'
from your useless daugther. DOAKAN anakmu akan sentiasa dimurahkan rezeki dan CEPAT KAYA [ayat tamak aku :D]. Akanku TUNAIKAN apa saja PERMINTAAN MU, demi melihat KAU bahagia.

Mak kata [Balang ada belikan kan kek aiskrim tuk mak].

Maaf mak hanya doa along bersama mak,  moga mak sentiasa sehat dan bahagia 


MAK......MAK ADALAH MAK YG TERBAIK DI DUNIA, SAYANG MAK, SAYANG SANGAT2
 DAN RESTUILAH HIDUP ALONG. 
Rindu kat lauk2 mak especially my favourite 'Ikan KEmbong Masak Asam Sayur Sawi' 
 

Monday Blues

Morning everybody, Monday Blues. Syukur masih bernafas lagi. Tuhan panjangkan UMO ku...:D. So leh lah terus berblogging....Alhamdullillah. Later later I will updated about "Mothers day'. Satu lagi, May & June saya akan BUZY with MEETING. Wah kelas kita kan. Cam Big Boss lak buzy ngan meeting. Later saya citer meeting apa :D.Pagi2 ni my Boss Ms. Seira dah email "My Duty' for today Daaa......:D

Friday, May 7, 2010

Lega

LEGA Sangat-sangat, Dua beradik tu dah BERBAIK -BAIK SEMUla.SyuKUR.ALHAMDULLILLAH

THANKS to  Allah swt. AMIN

Hope HAppy-Happy SeMUA NYA.

Happy Weekend

Weekend is coming again friends. Wah so teruja this Sunday nak gi "SeNaM Tari", this is my 2nd attend. LEh lah Saya membuang LEbihan LEMAK-LEmAk yang Ada ni :D. SeMalam jumpa kaWAN ex PU3. Dia kAta Saya dah GEMoK, BeriSI.....ermmmm tak  suka, tak suka. Dalam Masa yang sama leh lah mengeluarkan Berpeluh, Orang kata BERpeluh baik tuk KEsihatAN. Ye...BEtul La TU :D. Mlm ni clearkan umah...sabtu ahad leh RELAX DAN REhat PUAS2...Have a GREAT GreAT weekend friends. Jika umo panjang jumpa lagi . See u guys on MOnday ...Bye Bye 

Sahira Dina is 4th

D.O.B : 8 May 2006
P.O.B : Hosp. Bersalin KL
Time : 5.55 a.m

Yaaaa my 2nd daugther [anakku yg Ke-3]Nur Sahira DIna, anak mama yang paling lambat keluar, malu la tu sampai 10 hari lewat dari tarikh yang sepatutnya. Baby buat mama P.A.N.I.C. On 7th May afther lunch mama admitted kat hkl for the 2nd time [1st time on 27.4.2006 admitted adik tak kuar lagi, Dr suh mama balik je dulu]. Ptg tu around 3.30 pm Dr. kata if by tomorrow I dont deliver my BABY. Dr. will OPERATE MAMA. Seram sejuk ketakutan. Mama takut sangat masa tu.Alhamdullilah berkat DOA kepada NYA 3.45 am mama dah start sakit pinggang. Tapi mama tunggu lagi. At 4.30 am MAMA dah tak leh tahan, terus jumpa staff nurse, dia check and syukur dah bukak 5 cm. Terus mama di tolak ke LABOUR ROOM. Tepat jam 5.55 dengan diselang seli dengan laungan azan suboh lahirlah seorang lagi Puteri MAMA yang tomei tomei tomei 10x tomei lagi. Mula2 MAMA nak letak nama Nur Safiyyah Dina, ada orang tak berkenan la pulak. Maka MAMA berikan nama nya NUR SAHIRA DINA. Semoga membesar seiring dengan makna nama mu itu. Penat mama search dalam Interne. :D [sakit dan penat tau beranak, tapi MAMA tak pernah SERIK]. I am happy to be a mother. Dah banyak kali aku asyik mention pasal benda ni. Orang pun dah naik benci nak dengar.

NUR - CAHAYA
SAHIRA -MEMIKAT HATI
DINA - KETAATAN & ADAT

This is a song for you ok.....

"Hitam manis, hitam manis, yang hitam manis
Pandang tak jemu, pandang tak jemu..."..........

Happy 4th Birthday sayang mama. Mana still treat you like a baby you know. Adik anak MAMA yang paling lama Breast Feed. 2 1/2 year. Cedey masa adik nak putus susu dulu.

Adik: Maaa...nak tek...boleh laaaa kejap jeeee
Mama : tak leh, tek ma cakit, sian mama
Adik : boleh la mama, kejap je....sekejapppp jeeee.....
Mama : mama menangis di dalam hati........[sampai tertido adik mintak tek tak dapat]
Camtulah dia sampai lupa. Sekarang kalau bg tek dia lari jauh2, sambil cakap tak nak tek, tek mama shuk laaaaaa...so funny......[what a great moment that time]

Jadilah seorang anak yang SOLEHAH, membesar sebagai anak yg Berguna pada agama, bangsa dan negara.

There is no Special present for you cayang syukkk.....
But there is only love....... LoTs of L.O.V.E from MAMA

Nakal-nakal tetap kena R.O.T.A.N gak, tidak terkecuali. Sama macam abang Afiq n Kakak Mia dapat ok......Tiada pilih kasih.Semua anak2 mama sama je.

nanti mama sambung citer lagi pasal adik ok...later2 k. jam dah tepat kul 2.oo ptg mama nak sambung keje, nanti BOSS rotan mama, huhuhuhuhuhu. Be a VERY GOOD GIRL

Present

Kids dapat present from SOMEONE. They are so Happy. Thank YOu So Much Dear. Hanya TUHAN je yg dpt membalas semua BUDI2 you tu. huhuhuhu [I'am so touching]

Layan

Tetiba 6.05 am, my phone ringing with song from Aleya 'Tak Mungkin Kerna Sayang'. Terkejut gak sapa lah dok call aku pagi2 buta ni. Laaaa Pija rupanya, my friend kat level 11th. She is pregnant 8 months.  Ajak aku gi temankan dia 'Breakfeast'. Tak leh tidoq katanya, LAPAQ tak SANGGA. AKu jenis yang jarang makan pagi2 ni, tapi L.A.Y.A.N kan aje, Kang KEMPUNAN baby dia. Hehe tengok orang pregnant CHEQ Pun TERINGIN nak pregnant gak. Boleh Gitu....LAYAN je MENGIDAM GATAL KU...:D. Rinduuuu nak belai2 BabY.

Gelojoh

Aaadddussshhhh, what is happen yesterday make me so DisaPPoinTEd huhuhu, itulah gelojoh sangat tak sabar.Kelang KeliBut, nah Ambik.I Feel so Down Babe. Kita mintak maaf sangat2 kat both of you ok. Kita x leh tido semlm [mata ni dok berpasiaq ni, ngantuk sangat], dok pikiaq pasai benda ni tau.Rasa tak best la. ermmmmmmm. so SaD. Pasai Cheq, 2 bEradik Ni dah "MisUNdERStanding". I'am so so SORRy OK. Sorry Again. Jangan 'GADUH' lama-lama ok. BERDaMai ya.   

Thursday, May 6, 2010

New Work Station

Alhamdullilah rezeki anak-anak.Semoga rezeki kami sekeluarga akan lebih lagi dariNYA pada masa-masa yang akan datang. Afiq, Damia n Dina doakan MAMA Ok. Bila kita sentiasa ingatkanNYA. DIA juga akan sentiasa ingat dan sayang pada kita semua. Jangan berhenti berdoa dan minta pertunjuk dariNYA.One step UP. Bila gred dinaikkan di ZICO, work station pun kena tukar juga. SYUKUR. Taadaaaaaa my new CUBICLE.

Sajak di Tengahari

Liza kau mengulat lagi ya.....hehehe my bosses is out station. Tetiba Idea mari untuk berKARYA. Karya taik kucing nama nya. hahahaha. So aku curi masa untuk mengUPDATE my BLOG. Sekejap je x lama......:D. Entah mana datang nya angin kus kus ni, tetiba plak nak tulis sajak...hehehe kelakar giler babe......terimalah hasil nukilan ku. Ini bukan cetak rompak ok.

Senyumlah
Ketawalah
Walau hati dan mindamu KELIRU
Berselindung disebalik SENYUMANmu itu
Agar tiada siapa yang tahu
Batapa AMARAHnya hatimu
Betapa Kau TERPEROSOK di sebalik LAWAK dan JENAKAmu
Kau diperlakukan seperti manusia yang tidak BERPERASAAN
Tiada EMOSI, Tiada HATI
Kau hanya BONEKA yang jadi PERMAINANAN duniawi

Dah cukup tu pergi sambung keje....tompang lalu.......:D

Wednesday, May 5, 2010

Alhamdullillah Sudah Berjumpa

Syukur sangat2, setelah 5 bulan mencari, akhirnya Mama dah berjumpa dengan orang yang boleh mengajar Afiq n Mia mengaji. GURU MENGAJI YANG BARU. Masuk yang ni dah 5 kali anak2 bertukaR guru MENGAji. HaraP-HAraP kali NI KEKAL ya anak-anakku. Lega hati MAMA. Syukur pada Allah swt.


Thank You So Much To Someone



Thank you so much to someone. ahHa aHha...JANGAN SALAH FAHAM ok. bukan sugar daddy, bukan kekasih gelap atau kekasih terang ya. TAPI someone that I call F.R.I.E.N.D. THANX again, again and again. [I'am speechless]Last saturday atas jasa baik kawan MAMA tu, maka dapatlah MAMA bawak anak-anak MAMA keluar berjalan-jalan [weekend ni Afiq, Mia & Dina tak akan BOSAN lagi ok]. Seawal 9.00 pagi we all, yes just 4 of us, just us ok [MAMA, AFIQ, MIA & DINA] dah ke M.O.T.H.E.R.C.A.R.E at Bangsar Shopping Centre. Ooopsss NOT FOR SHOPPING ok, just nak mengacau BAM yang kena keje on the PUBLIC HOLIDAY huhuhuhu, sian BAM.K.I.D.S really had F.U.N. Play around with the TOYS, buat bising [pagi-pagi mana ada orang datang shopping lagi] :D.

Lepas 3 hour play around and keletihan dan kelaparan, we all semua ke AMCORP MALL, PJ. Perut pun dah LAPAR...kita semua bergegas ke Mc. DONALS for MAKAN-MAKAN. MAkan Sampai KEnyang :D. Around 3.00 p.m. baru balik umah. Dan semua T.I.D.U.R kepeNAtAN..............
Hanya T.U.H.A.N saja yang dapat membalasNYA.
T.H.A.N.X  A.G.A.I.N to ........and HUBBY  
[nama terpaksa dirahsiakan atas permintaan tuan punya badan]