About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Tuesday, January 31, 2012

Almost 4 hours

Semua orang ada kegemaran kan. Ya begitu juga myself. Biarlah apa orang nak kata, actually my other half yang dok membebel2 sedari tadi. Myself tak pernah nak bebek bebek dengan kegemaran dia, Buatlah apa dia nak buat, ikut kata hati dia. Suka hati dia. Dan myself dah tak larat nak bising-bising dah. And for the pass 12 years, enough lets myself keep SILENT and that more more and more better. Dah malas nak bertekak, dah malas nak memekak. Lets everything go with the flow. Biar DIA yang tentukan semuanya. Biar myself dengan CITA2 dan HALA TUJU, nak besarkan anak-anak dan melihat anak-anak BERJAYA, Thats it. Eh, eh, eh tetiba EMO la pulak. Sebenaqnya CHEQ nak citer benda lain. Teruih masuk bab lain, teruih cita bab lain pulak. Senyum sendiri cam kerang busuk, sengih2 cam kambing tak mandi seminggu. Sebenaq-benaq nya lepas dinner tadi + shower. Dah nak masuk 4 jam dok mengadap BLOG ni.  Dah 4 jam menHUPDATE blog. Anak bujang pi mengaji pastu balik sambung ke futsal lak. Bila Bujang balik dari futsal pun, myself tidak sudah-sudah lai ni ha.  the 2 daro tido lepas "Magrib" tadi dah titun kepenatan. Other half dah turun, entah bila myself pun tak sedaq. OK, nak OFF PC. Nak mulakan tugas seorang MAMA, mencuci school uniform, basuh pinggan, kemas rumah. Esok CUTI. SELAMAT HARI WILAYAH semua warga WILAYAH PERSEKUTUAN. Mewah betul ngan Public Holiday untuk 2 bulan ni. Pasni concentrate dan pulun keje, keje, keje. Have to reach, the "TARGET". Kerja rajin barulah rezeki itu BERKAT untuk anak-anak and MAK + BAPAK :D. Daaaa....ok ok ok OFF. My last entry for JANUARY. See you all in FEBRUARY. Kalau panjang UMO. Dah really stress ni, ngadap PC and my back dah start sakit balik ni. MAK nak URUT....huhuhuhuhu. OK daaaa :D. HAPPY HOLIDAY, Jangan marah ha, myself cuti rehat 7 hari :D. Ngeh.ngeh......ngehhhh

tq so much my bff " mr google ' for the picture :D

Capricorn + Aquarius

Dikesempatan ini myself nak ucapkan 
selamat hari lahir 
kepada ahli keluarga, saudara mara, 
sahabat-sahabat, rakan taulan, 
to all my readers yang myself kenal dan yang tak kenal langsung pun ado
YANG menyambut besday dan yang "BERANAK" 
pada bintang-bintang ini. 
Moga panjang umor, diberikan kesihatan yang baik, 
kehidupan yang lebih baik, dilimpahi kebaikan 
dan kesenangan serta dijauhi dari Keburukan. 
insya'allah. 
amin



7 Hari Seminggu


seCOLOURful nya tulip2 ni, dan begitu jualah 
pelbagainya masalah hidup yang perlu dihadapi


Tiada VACATION, no HOLIDAY, No JALAN-JALAN. No nothing. Just stay at HOME. HOME SWEET HOME :D, walau kekadang lepas hujan, pasti ada sikit bau. Ha ni, memang tengah sedap BAU la ni. Sebab baru lopeh hujan lobek kek ciniya. And now gonai-gonai. Mak along guna perkataan peberet mak. Gonai-Gonai, means renyai-renyai :D. 

+ Public Holiday yang bederet-deret and + + WEEKEND together-gether. 7 days 1 week. Tapi tidak ke mana-mana pong myself ni ya di situ. "terus terkenang-kenang my small boss yang dah lam kapa terobang skang ni, nak poi Europe, round the world". Agak-agak eh la kan kalau Myself tengah banyak duit kan sekarang ni kan. Mana myself nak pergi bercuti ya? Ermmm, good QUESTION, kalau myself banyak DUIT, myself nak MEMbawakKAN MAK+BAPAK+OTHERHALF+SHAFIQ+DAMIA+DINA+RAR BAM+NIZAM+ARIQ+RAR BALANG BOB+ANGAH NANA+RAR ATAM+RAR ACU+FUTURE BROTHERS IN LAW gi holiday, semestinya ke PULAU lah kito semuo. "bercuti lah kito sepueh nyo, bercuti-bercuti poi sunday balik monday, mang ai lamo eh, seminggu la" Semuo eh diSPONSOR. BESAR BANGAT angan-angan nya. BESAR BANGAT harapannya. Tapi myself sebonar eh idak la mampu. VERANGAN-VERANGAN lah sajor myself di situ. 

MOOD CEDEY TETIBA: Cepat sungguh MASA berlalu. Rasa tak sempat-sempat nak buat apa-apa. Hidup bagaikan Jarum Jam yang panjang berputar tanpa henti. Laju, memang menlaju. LAJU SANGAT. Tak terkoja pun dek badan den ni ha. Tup tup dah malam dan tup-tup dah siang. Tung tang, tung tang dah potang dan kojap lai yo dah magrib. Semuanya berlalu sangat pantas myself rasakan. Rasa tak menyempat-yempat dah nak buat paper. Sekejap jer JANUARY sudah mahu melabuhkan tirai dan FEBRUARY datang lagi tapi di tahun yang lain. and MARCH just around my neck yang cam nak melilit-lilit suruh myself berhenti bernafas. "Allahu Akbar, allahu akhbar". Tetiba myself teringatkan MATI, amalan belum cukup ditimba, belum cukup ilmu didada. Pelbagai perkara menerjah di MINDA. Tidak mahu penat, tidak juga mahu mengeluh. Redho dengan ketentuan TUHAN. Selagi nyawa dikandung badan. DIA menduga itu dan ini. PELBAGAI-BAGAI dan BERBAGAI-BAGAI. Lepas satu, satu dan satu lagi. Minda tidak berhenti memikir. Apa yang perlu, tindakan apa perlu dibuat dan perlu diambil bagi MENANGANI semua ini, itu dan ini. Tinggal 6 bulan lagi AFIQ akan menduduki UPSR. Myself buntu memikirkan. Apa yang terbaik untuk SHAFIQ. Orang kata fikir positive, tapi kalau terlalu MENGHARAP, takut jatuh tersungkur menyembah bumi. 10 bulan lagi RAR MIMA big day. Hal-hal lain yang berbangkit yang lain sekeliling, zico, boss kecik rezign, bla bla bla bla dan bla bla bla lagi, bu bla bu bla. OTAK ligat berfikir. Fuhhhhh rasa macam tak cukup nafas rasanya. Tidak bole lari dari semua ini. Hadapi jua dengan seribu satu dua tiga...doa agar semua kembali seperti biasa teratur dan lancar. Seperti mengalirnya air sungai tiada halangan. Moga dipermudahkan segala urusan olehNYA yang maha esa. INSYA'allah. Tapi masalah itu datang lepas satu, satu dan satu lagi, terasa bagai tanpa HENTI. :(  

TerBAEK

Sang JUARA

Ikhlas dan sejujurnya, tema "AIR" untuk Juara Lagu yang ke - 26 adalah yang TERBAEK abad ini dan yang TER...GRAND yang pernah saya lihat. TAHNIAH kepada semua "krew-krew TV3" yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. GOOD TEAM WORK. Setiap tahun myself memang tidak pernah "miss" nengok "JUARA LAGU" ni sejak berakal la. Sampai dan sehingga  lah yang terbaru ini pada 29 JANUARY 2012 aritu ahad lepas. 


Tahniah-tahniah sekali lagi kepada pemenang-pemenang, yang tak BERJAYA cuba lagi lain kali. Meremang romang bulu tongkuk myself lorrr, seyes masa tengok Alyah dan juga 3 Suara [Ning, Jacklyn & Shila Hamzah] nyanyi. Yang lain2 biasa jer. SUKA, SUKA, SUKA. :D


OPENING meremang gak menengok "AWIE" + "JAMAL ABDILLAH" nyanyi. Sheila Majid nyanyi biasa je, tak kill sangat. Persembahan PENUTUP pun myself manyak-manyak syok  tengok woo. Myself pun nyanyi samer. Tengah-tengah nyanyi, eh, eh, cam kenal jer pompuan tu. :D. Ala pompuan yang lam tv bosa ni. :D Dan senyum, tak perlu kata apa-apa. Senyum :D


"Tribute to Allahyarham Sudirman Hj Arshad" [Black+Hazama+Azlan The Typewriter - caya lah brossss]. CONGRATE to all the WINNER. And the MOST IMPORTANT is  my favourite song, Alyah + 3 Suara ....MONANG. :D



1. Kalau Berpacaran 
(Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)
2. Karma (Faizal Tahir)
3. Penakut (Yuna)
4. Sedetik Lebih (Jaclyn Victor)
5. Awan Nano (Hafiz)
6. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
7. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)
8. Beribu Sesalan 
(Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah)
9. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)
10. Sungai Lui (Aizat)
11. Kisah Hati (Alyah)
12. Gadis Semasa (Yuna)


**UPDATE Result loooo pulok;

 Anugerah Juara Mobile 
(paling banyak download)
 Vokal Terbaik:
 Persembahan Terbaik:
 Tempat Ketiga:
 Tempat Kedua:
 Juara AJL 26:

Tahniah kepada Hafiz juga "JUARA" 2011 yang menang dengan hanya berseluar track dan tshirt biasa, so sempoi bro. cayalah :D


pengacara yang mantop FBi and Cheryl Samad :D




2 Sharifah


Sinopsis : Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.



Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.


Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.


2 hari lepas baru dapat tengok, itupun entah kali ke berapa Astro dah ulang-ulang citer ni. CIter dah BASI sebenarnya pun. Drama "biar mimpi sampai ke bintang" yelah Myself mana ada masa kalau nak ngadap tv jer. Banyak tugasan lain yang perlu myself siapkan. Cerita remaja yang suam-suam jer bagi wanita yang dah berumur macam myself kan. Al maklum myself dan tuo. Citer macam ni hanya sesuai tuk "teenagers" sajor. Watak yang paling myself suka ialah si "Kinah" tu. This is 1st time myself dapat tengok lakonan nya. Dapatlah myself melepaskan rindu pada pelakon pujaan myself satu masa dulu. Tidak lain tidak bukan "Sharifah Haslinda" kakak kepada "Sharifah Sakinah". Sakinah mempunya banyak persamaan dengan Lynn, gaya lakonan pun ada iras-iras. Terubat gak rindu pada dramatis "Lynn" :D. Pasni myself nak tengok lagi drama2 lakonan sakinah. :D 




Kawallah Lidahku

Anak2 Anugerah Allah swt
Berilah aku KEKUATAN 

Berilah aku KESABARAN 
Di Dalam MENDIDIK dan MEMBESARkan MEREKA...
YA ALLAH moga engkau 

kawal mulut ku dari mengeluarkan
kata2 yg tidak sepatutnya apabila terlalu marah.
Sememangnya semua yang terkeluar dari mulutku
TIDAK TERNIAT pun di dalam hati........
Moga anak2 akan berjaya dunia dan akhirat.....
insya'allah...
amin..............




Sunday, January 29, 2012

Kudis

day 1st.......

PASTI korang GELAKKAN aku sampai 
muntah darah kan.....
Gelak laaa....ada aku kesah
sure korang kata 
"woi, kudis pun nak cito lam blog ko"
suka hati aku la "BLOG" aku
pokok dek DEN la, nak citor apo......
den suko.....hahahahahaaaaaa
lalalalallalalallalalal
Balik dari mengemas rumah kampong aritu, 
badan ada terasa cam gatal-gatal. 
Ingatkan gatal-gatal biasa. 
Dan pada mula nya ingat kena geget nyamuk jahat sajor. 
OH, tapi tidak ya.  
AFTER 2 days, luka makin besar, besar dan
 MEMBESAR. Dan dah macam kena cucuh putung rokok. 
Dan selepas 5 hari luka tu makin besar, 
tak gi klinik pun guna ubat yang ada, 
tapi macam tak surut je. 



Huhuhuhu. MAMA kena 2 biji. 
Ingatkan MAMA sorang jer kena. 
AFIQ 1 big dot kat belakang badan, 
MIA kat siku and DINA kat telinga. 
Alhamdullilah MIA n DINA punya dah kering. 
dalam erti kata lain, sudah sembuh la.


Yang MAMA TerAMAT risau, 
mama punya luka x sembuh-sembuh ni. 
Adoi. Luka oh Luka cepat lah baik ya. 
What BUGS yang telah MENGGEGET kami sebenarnya ni. 
Ermmmmmmmm. Sudah hodoh tangan ku. :(

from just a DOT, sekarang dah makin besar dan sebesar duit syiling 5 sen. huhuhuhuhuhu. Sangat HUDUH 
[pic ikhsan dari my bff "mr.google"]

Joki Potang2 Jangan DiTolak

My Saturday - at 3.00pm. Balik dari melawat rumah one of my friend yang kena ribut aritu at PPR Seri Cempaka, tolong dia kemas2 apa2 yang patut sebab pihak DBKL arahkan dia untuk berpindah akibat dari rumah nya yang rosak teruk. Lepas mengemas bagai, My friend Sab Patzie ajak gi Bangsar South, isi perut. Joki memang harus jangan diTOLAK walaupun perut kenyang. Tak per kira ni makan tuk dinner sekali la. 


Damia and Dina HAPPY bangat dapat play2 ngan anak-anak SAB....Dania and Damia :D. Yup nama anak kitorang sama. :D Lepas makan2, lepak2 jap, gossip2 jap, GOSSIP ya harus. :D Lepas kering air liur we all pun bersurai dan kembali ke sarang masing-masing, Thanx Sab. Till meet again.   


Friday, January 27, 2012

Weekend Datang Lagi


Weekend menjengah lagi, apa aktiviti minggu ni ya. Minggu ni aktivitinya adalah duduk di rumah sajor. Anak-anak jangan nak macam-macam this weekend. Sebab last week kita dah BERJOLI sakan balik kampong, berKAROK, celebrate besday wan, itu ini dan macam-macam lagi. Jangan nak BERMACAM-MACAM. Dan MAMA tak nak dengar perkataan BOSAN keluar dari mulut anak-anak ya. Macam biasa, "Beg Duit MAMA puasa", so jangan nak mengada-ngada nak mintak apa-apa ya. AMARAN KERAS dari MAMA. 

Dok diam-diam kat rumah sajor. Ulangkaji pelajaran. 
HAPPY WEEKEND
everybody :(

Thursday, January 26, 2012

Syukur Sekali Lagi

Alhamdullilah
SYUKUR Sekali lagi
dan saya sebagai HAMBAnya yang HINA
akan selalu BERYUKUR.....padaNYA...
kepada TUHAN yang memberi RAHMAT
End January 2011. 
THANK YOU SO MUCH
Really APPRECIATED IT
And I will work harder and harder
for the better FUTURE.


ALHAMDULLILAH
hanya ini yang mampu
aku UCAPKAN....



Nyaman Suasana Kampong

Nyaman.....menghirup udara di kampong
The real kampong......
Bau rumput, bau tanah.....
bau asap....bahagia... :D


Balik kali ni adalah AGENDA
PEMBERSIHAN RUMAH PUSAKA
peninggalan Arwah ATOK HUSSIN dan
Arwah WAN JARAH [miss her bebelan dan jeritan]
[miss her suapan nasi dalam besen bosar juga]
MISS everything about HER 
Our BELOVED WAN JARAH
Ngan ATOK HUSSIN tak sompek nak jumpo pun
so tak do lah memori yang hendak diingat dan 
tiada apa yang hendak dikenang....
CUMA rumah pusaka ini menjadi kenangan
Hanya kenal dengan sekeping gambar sahaja....


Rumah Pusaka telah pulang ke tangan 
yang PALING BERHAK....
walaupun ada drama yang amat tragis
sedih memang sedih......
AMANAT Arwah Wan JARAH 
telah dapat 
MAK and UMI tunaikan setelah 23 TAHUN berlalu
Biarlah orang nak kata apa.....
Biarlah orang nak fikir apa pun...
ADAT harus diteruskan. HARUS.
Berilah dan pulangkan lah 
kepada yang BERHAK dan kepada 
yang punya HAK.


Jangan disangkal, tidak  dapat disangkal
lagi, memang sudah tetulis.....


Terimalah kenyataan dan hadapilah 
dengan tenang, buka MINDA
dengar lah dari kedua-dua belah pihak
Jangan mendengar sebelah pihak sahaja.
DAN fikir lah serta NILAIkan siapa yang salah 
dan siapa yang BENAR.


KALAU SATU PIHAK SALAH...
SATU PIHAK LAGI BELUM TENTU BETUL......









A small CELEBRATION for MAK

Mula-mula plan nak ke PD untuk celebrate besday MAK
tapi memandangkan masing2 dah nak balik KL untuk memulakan
tugas2 penting untuk negara tercinta, hahahahaha
HASRAT nak ke PD terpaksa CANCELLED
Jangan ngajuk-ngajuk ya MAK
lain kali kita Plan a short VACATION for you


So we all decide to cook MAK favourite food
at Teratak Sumel Tuan Tanah, iaitu Tuan AB RAZAK
Kak Ngah cook Ikan Parang Masak Asam 
AYam goreng tepong En Nizam
Fruit sponsor from Balang
and the most special from FM and Cik Mima gediksssss
STEAMBOAT...pehhhh cam redWok punyo laaaa taste ehhhhhh
And MAMA LIZA tukang goreng and tukang cuci pinggan
hehehehehe......
CUCU2+ATOK+WE ALL....makan ler apo lai


and the delicious BESDAY CAKE from KAK LIN TOI :D
a special "RAINBOW CAKE" for our beloved MAK 


walapun kami tak ramai, kami gembira
sedih dalam TAWA.........


and now lets the PIC talk on our BEHALF














Ber KAROK kite Ya


Tentiu Pak Lang Bob and Mak Lang Nana
BaWak kitorang jenjalan dan berKAROK di pekan pilah
Afiq Damia n Dina 1st time gi KAROK
dan agak Ke sakaian ya di situ.......

Wah happening malam they all hari tu
KIDS so HAPPY 12.00 midnight baru ingat nak balik
Tak per balik lambat2 mama ada together gether
Berjimba bersama KIDS, Afiq, Damia, Dina & Dhia
Our beloved MAK tidak ketinggalan :D







Wednesday, January 25, 2012

Aku Perlu Tahu


‎"Ketika seorang ibu melahirkan, tidak pernah dia meminta anaknya hidup dalam kekecewaan, kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan. Namun Maha Suci kuasa DIA yang menciptakan, setiap kebahagiaan dan kejayaan itu perlu lulus ujian demi ujian. Wahai hati, kuat dan tabahlah bagi mengharungi semua ujian ini..

DAN KITA PERLU TAHU????

"Percaya TAKDIR kita yang tentukan... Apa yang kita mahukan kita boleh capai. Beza antara org yg berjaya dgn org yg kecewa ialah kuatnya hati kita pada apa yang kita impikan. Semua boleh letak impian tetapi siapakah yang paling menginginkan dia yang akan capai. Ujian Allah itu tanda Allah sayang kerana Allah suka hambanya ingatNya, menyebut namaNya, berdoa memohon denganNya, mengadu kepadaNya..

Tuesday, January 24, 2012

Her 52nd Besday

MAK, sayang MAK. 
Terima Kasih kepada NYA 
kerana masih memberi MAK kesihatan yang baik 
di HARIJADI MAK yang ke-52. 


Tiada apa lagi yang MENGGEMBIRAkan 
kami semua bila melihat 
MAK masih sehat dan masih kuat. 
Walaupun hatimu tercalar 
dek perangai-perangai  dan kerenah KAMI, 
yang kekadang entah apa-apa ni,
tapi MAK masih mampu tersenyum. 
Tidak sedikit pun kesedihan itu MAK pamerkan. 
Tapi kami tahu MAK sedih disebalik
senyum tawa itu.

Moga MAK akan sentiasa dilindungi. 
Sedaya-upaya membuat MAK rasa GEMBIRA
membuat MAK rasa BAHAGIA
selagi MAK masih di Dunia ini.





Monday, January 23, 2012

CONGRATE RM


congrate REDFAMILY......
maybe agak terlewat nak buat entry ni
paper pun TAHNIAH
Redmummy dan RedBaby cehat2 jer...

Fresh Air at KP

Berlintas langsung dari KP with fresh..fresh air. Selesaikan mengemas tempat beradu. Anak-anak tak nak bekpes me to. Beloved MAK tengah masak my peberet "Ikan Talapia Cili Api" + Daging Salai [lauk kenduri dari umah along ani di Sepri]. Selesai mengemas, ajak anak-anak finish their "HOMEWORK". Homework mang ai punya lah banyak. Damia Dina sampai mintak rehat, lengguh akibat dek menulis dan mewarna tanpa henti hampir 1/2 jam. Kalau teacher call lagi dan mengadu anak2 tak finishkan homework jugak lepas ni, tak tahu la den nak kato apo. Nak kato den maleh, nak kato den tak bagi perhatian kek anak2. Seh ni adalah seorang MAMA yang sangat-sangat prihatin ya. Setiap hari belum sempat letak bag, belum sempat makan dan belum sempat mandi. 1st QUESTION is, "ada HOMEWORK tak anak2". Setiap malam akan semak buku2 sekolah dan tanya itu ini. 

Kekadang anak2 ni dah terlalu penat, bila tanya tak der, bila tanya jer tak der. Mata dah layu nak tido, sebab esok dah nak bangun awal dan ke sekolah semula. Ok, kita tinggalkan cerita-cerita pasal homework. Kids homework almost finish. Lega hati mama ni. After shower, let them play the puzzle n me, MAMA nak lolap jap. Ish MAMA mana badan tu tak naik kilo nya. huhuhuhuhu. Aper na buat TIDUR adalah agenda utama time coti2 ni. Rumah senyap sunyi, MAK BAPAK n MIMA n AFIQ dah keluar ke PUSAKA. Me Damia n Dina yang tinggal, rumah adalah senyap sunyi, aman damai dan nyaman. :D Titun jap........


Tapi mata tak nak lelap lak. tak rasa mengantuk pulak, hati ni dup dap dup dap. Macamana ya, buntu MEMIKIRKANNYA. Berilah aku kekuatan. 



Sunday, January 22, 2012

3 Jam yang NIGHTMARE

3.00 pm from Pantai Ria ke Central Market. Huhuhuhu, bagaikan mimpi ngeri bagi puan punya blog hari ni. Yup 3 jam yang sungggh-sungguh NIGHTMARE, sangat-sangat. Apa lagi nak kater, apo nak buek nak drive sangat-sangat [S][E][G][A][N]. Terpaksa la aku ANGKUT my kids ngan BAS. Dimanakah saya berada sekarang???

INDONESIAkah
NEPALkah
MYANMARkah
BAGLADESHkah
MUMBAIkah. 
COBA teka lah...

Kah...Kah...Kah..Kah..kah..kah.
Padan muka aku kah. Hahahaha. 

Dimanakan LOKASI sebenar ya?. Ce teka, ce teka, ce ce ce. Tidak dimana-mana pun saya masih di Malaysia, Negara ku yang tercinta. Mana mampu nak ke OBER THE SEA. 3 jam yang lalu lokasi puan punya blog masih di Kuala Lumpur. Mengheret kakiku dan mengheret kaki anak-anakku ke KP N9. 


3 Jam yang amat TRAGIS dan MENYAYAT hati. Ya tak tipu 3 jam ya. Gua INGAT kan ha, kat KL jer ado ini, what we call [F][O][R][E][I][G][N][E][R] ni. Mangkok, periuk belango hayun tol la. Naik bas di Central Market menuju ke Seremban pun adok. DAN diingatkan berkakhirnya penyiksaan ok tidak, nak ko PILAH pun berebut-rebut naik bas bersamo-samo yo. Uuawaahh, nak MERAUNG raso eh kek situ jugak den ni ha. Bau jangan cakap la ya, bau KETIAK HANGIT yang tidak berdeoderant si bangla, nepal, myanmar, indon di dalam BAS yang berair con huhu, ado yoooo lai. Leh PITAM den. Mano they all ni nak poi, kojo apo they all kek pilah ni, adoi yai. 


Dan puan punya blog terasa nak menumbuk sajor muka mamat bagla yang merenung-renung anak2 daro den dengan pandangan yang mengerunkan tadi. Nasib puan punya blog tak do black belt kalo biru tu, kalau tak, memang ado yang ke ICU la tadi.

Akhirnya PENYIKSAAN sudah BERAKHIR. 6.00pm reach KP. TQ Balang ambik we all kat pekan pilah. Dah tak menyanggup nak naik bas dah. 



KAMPONG SWEET KAMPONG....
and i really2 need a
FRESH AIR.......

My Sunday Morning

22 January 2012 - 9.00am
Tajuk muka depan Harian Metro...."scary"

7.00am dah bangun, mandi dan siap2 nak hantar AFIQ ke kelas Fardhu Ain di Masjid Al-Khadijiah Pantai Dalam. Anak bujangku, macam pagi raya, baju melayu satu set siap bersamping songket. Sambil2 berjalan kaki [al-maklum mama segan nak drive, macam biasa] ke masjid sessi luahan perasaan seorang mama bermula, and AFIQ macam bias errrmmm, ya, ok, angguk2 tu je la. Tiada ayat "berjanji atau promise from him" supaya tidak mengulangi kesilapan lalu lagi. Moga segalanya masuk telinga kanan dan TERSIMPAN RAPI di dalam hati AFIQ. DOA mama moga ada perubahan yang positive dari AFIQ. 



Mia plak baca harian metro lepas mama...

Mama meneruskan langkah pulang, singgah beli kuih muih sikit for the girls, bahan tuk di masak for bekpes dah habis, ngamuk2 di Dina nanti lapar2. Dan tidak lupa "Harian Metro". Sampai rumah, girls still sleep. Kemas2 sikit apa yang patut, baca Harian Metro lor. Wah tajuk hari ni meremang bulu idung. Moga anak2 ku dijahui perkara2 buruk seperti ini. dan apa lagi "BERBLOGGING" la.








Friday, January 20, 2012

Salam Weekend


Bertemu lagi kita, bersiaran dari Pantai Ria, ermm harum semerbak bau-bauannya. Petang tadi kita semua dikejutkan dengan berita sedih beliau seorang penyanyi tanahair yang masih muda telah kembali ke pangkuan maha penciptaNYA iaitu "Izwan Pilus" Abang kepada Aril AF7. Al-fatihah buat arwah dan moga ditempatkan di kalangan orang2 yang berIMAN, amin. 

WEEKEND datang lagi, off course la kan, every week. And this weekend adalah weekend yang sedikit panjang. Weekend 2+2 CNY. Gong Xi Fa Chai to all my chinese friends out there. Moga tuah "Dragon Air Year 2012" akan memberi anda semua kebahagian, kebaikan dan KEKAYAAN kepada kita semua. Yang memandu tu hati2 di Highway ok. Malaysia kan, standardlah berbilang kaum, tak kiro rayo apo, melayu, cino dah tontu3 la balik kg, yang india pun samo. Samo2 sebuk nak balik kg. Samo la ngan puan punyo blog ni ha. bukan apo. Nak menNYELEBRETkan Besday My beloved MAK yang ke 52 tahun on the 24th Jan 2012. Insya'allah kalau panjang umor. Tapi den tak do la goso3 bona nak balik yo. Saturday and Sunday still in town. My bujang ada 'Futsal' + Kelas Fardhu Ain + Tuition. WAJIB dan TIDAK WAJIB untuk ponteng di situ ya bujang ku. MONDAY tu den baru nak sebuk2 balik Pilah ngan the KIDS, naik bas yo. Macam biasa puan punya blog ni kan SEGAN nak DRIVE. Hahahahaha. 

And this weekend also, ada 2 jemputan makan kenduri, orang kawin sana sini situ, sabtu ahad free lunch. Hooray tak yah masak. Suka puan punya blog, selagi boleh ngelak nak masak ya. Al maklum jemaat malam sabtu kan puan punya blog ke BUZY-BUZY an mengomeh rumah tanggo. mau bawak ke pagi sobab umah den banyak tanggo ehhh...

And today ada gak citer cedey sikit. Moga aku TABAH dan kuat untuk menghadapi semua ni. dengan izin NYA. insya'allah. YA, allah berilah aku kekuatan dan kesabaran yang luar biasa itu. 


HAPPY WEEKEND EVERBODY :D ....

:D.....:(.......*___*........
anak2 dah lama dibuai mimpi
dan mama nak sambung kerja2 pencucian 
dan pembersihan..... 

Gong Xi Fat Choi