About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, March 31, 2010

1st Meeting


- 31 March 2010 [PIBG]-
Ceh.....poyosss tul, ye lah saya bukan nya boss yang selalu nak kena gi meeting. Meeting at SK Brickfields Dua, KL - 5.30 ptg ni. saya kerani biasa je, so bila sekali sekala kena attend meeting cam poyo lah jadinya. Walhal meeting biasa je, at least saya ambik tahu hal ehwal anak-anak kat sekolah. Jangan hanya pandai hantar anak ke sekolah je, sampaikan anak sepatutnya cuti [cuti peristiwa] ada ibu bapa yang masih hantar anak mereka ke sekolah. Itu nama nya "tak tahu" atau "tak nak ambik tahu". It's really happen, bukan cerita rekaan. Tepuk dada tanya selera. And ada orang kata, attend meeting PIBG [setahun sekali pun susah nak nampak muka] ni 'wasting time" masya'allah......Bukan untuk orang lain pun, untuk anak kita sendiri juga. [Guru Besar selalu kata 'attendance' tidak memuaskan], every year cam tu gak. Bukan lama pun 2, 3 jam je setahun, sebulan sekali [for the AJK]. Memang lah peryertaan Ibu Bapa ni tak seberapa sebab semuanya sekolah dah sediakan. Bagi saya dengan cara ni, anak-anak akan rasa dihargai dan disayangi sebab kita Ibu Bapa ambil berat tentang mereka, walaupun tidak seberapa.

Tragedi

Tragedi di Subuh Hari

Sayuuuu je suaranya......cedey
Tepat jam 6.45 pagi, bila aku capai handbag dan nak melangkah keluar untuk ke tempat kerja...... tiba-tiba
"mama......mama nak gi mana?. Mama nak gi keje ya...."
[dia tanya, dia jawap balik]
"mama tak payah lah pergi keje, duk lah rumah ngan adik [Dina]......kesian adik tak der kawan."
huhuhuhuhuhu [dengan hati yang sayu aku melangkah jua.......]. Nanti mama cuti kita jalan2 ngan abang afiq n kakak damia ok..........




Tuesday, March 30, 2010

My Idea

for bertunang dan akad nikah
Yang berminat bolehlah huhungi saya untuk tempahan, juga mengambil tempahan membuat hantaran2 pertunangan dan perkahwinan dengan harga yang berpatutan.

Syukur


Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka.
Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri.
Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin...
Ya Rabbal 'Alamin...

Renungan


Renung Renungkan Dan Selamat Beramal

UNTUK KESEDARAN DIRI SAYA SENDIRI JUGA....................



Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salahsatu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkanpelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatanseperti seorang businessman yang sibuk.Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia. Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak? Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ? Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka? Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya. Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasamengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ? Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gajiRM750 pun jadilah.Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dahcukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagaitrainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masatu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allahmaka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periukbesarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan... Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Sayapasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kalipernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup? Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.Wallahu'alam...Ya allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULILLAH ....."
" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan padadirimu.Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita " ''..Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang...''

Favourite

Arwah Zara Love This Song.......

06.06.2006 - 01.01.2010

[terlalu cepat engkau meninggalkan kami]
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti. by Aleya - Tak Mungkin Kerana Sayang-

Atok, Wan, Mama Liza, Abah, Abg Afiq, Kakak Mia, Adik Dina, Bam, Ayah Nizam, Pak Lang, Mama Ling & Acu - We miss u so much sayang...... Nurul Aleya Zara in memories..........

Our Bundle of Joy


Jangan salah faham ok. This is not my baby ok, Orang kata dah tua2 cam aku ni selalu nya terima anak sendiri [tak kot, aku dah pakai pendinding] anak saudara ke..... Tapi ni tidak, picture baby ini adalah "my new cousin" sebut betul betul cousin, atau dalam bahasa melayunya 'sepupu' baru.........Mohd Irfan, welcome to your new world.....:D [rezeki pak cu zainal ku] -

x sabar nak balik 10hb April ni, huhuhuhuhu, nak tengok cousin baru

Please Understand Me

Diri ini tidak mampu nak beri apa2 untukmu.
Tapi hati ini meronta ronta untuk berikan segalanya yang TERBAIK bagi membalas JASAMU.
Doakan moga diriku dimurahkan rezeki oleh NYA.
Ampunkanlah dosa2 silamku.
Hanya kini Ku mohon hanyalah KEREDHAAN, KEBERKATAN mu.....

Happy Birthday

My friend Aidawati Ismail is 32nd today....

"Panjang umurnya, panjang umurnya, panjang umurnya Aida"


Selepas genap 30 hari aku menyambut Hari Kelahiran aku , kini tiba masanya kau pulak. Umor makin meningkat, hehehehe.

"semoga terus tabah mengharungi hidup yang penuh onak dan duri, jadilah sekuat kuatnya demi puteri2 mu, moga "KITA" terus sabar dan kuat semangat dan moga BAHAGIA itu jadi milik kita jua satu hari nanti"


sahabatmu liza

Padan Muka Aku



Adjust punya adjust, habis semua aligment lari lintang pukang, nak betulkan balik x reti......:(. Dah tak cantik dah blog aku. Tak per Liza, usaha tangga kejayaan. huhuhuhuhu

Monday, March 29, 2010

Crocs - Afiq


Orang lain pakai crocs, dia pun nak. Sabtu hari tu mama belikanlah tapi 'cap ayam'. Jadilah Abang ya, mama x mampu nak belikan yang 'Ori'...huhuhuhuhuhu

Satu Hari Yang Buzy

PAGI
9.30 pagi sampai 12.30 tengahari attend PIBG meeting di sekolah Afiq & Damia at SK Brickfields Dua, Kuala Lumpur. Setelah setahun berehat daripada sebarang jawatan, tahun ni aku dilantik semula sebagai AJK. Sebuk meeting balik la lepas2 ni.....huhuhuhu

Barisan AJK2 Baru Sessi 2010 - 2011


PETANG

Pukul 3.00 ptg bawak anak2 ke 'Besday Party' - Dania Afiqah, my classmate [Salina Ayed Alias - daugther] - PPR Kg. Limau...... [picture2 besday dalam hp aku dah terdelete]...huhuhuhuhu


Lepas balik dari 'Besday Party' aku bawak anak2 ke Taman Permainan - di Pusat Komuniti Pantai Hillpark, [dekat umah je]
[I'am driving...punya lah mengelabah]...huhuhuhu, dalam air cond pun berpeluh peluh..........
[7.45 mlm baru sampai rumah...tried....tried.... yang penting kids are very happy :D senyum dalam kepenatan...Mama........]

Aaaarrrrghhhhh







GO AND ADVICE TO THE PEOPLE THAT YOU SUPPOSED TO ADVICE, BEFORE YOU WANT TO ADVICE ME. I DONT CARE. I KNOW MY RESPONSIBILITY. AND DONT EVER EVER TRY TO TEACH ME ANYMORE.

Friday, March 26, 2010

Shafiq Akmal is 10th

SHAFIQ AKMAL is 10th today [26 March 2010]

Happy Birthday Abang
.....
Be a very good Son [soleh] for your Mama, [be somebody that I can be proud of you]......
Be a very brave and strong Brother for your both Sisters......
Be a very very good granchild for your Atok Razak & Wan Chomel...
Be a good nephew for your Mak Ngah Bam, Ayah Nizam, Pak Lang Bob, Mak Lang ...eh..eh..belum ada Mak Lang lagi la....... :D, Atam Eila & Acu Mima



Dah 10 tahun mama membesarkan abang, masih jelas lagi di kotak fikiran mama saat mama bergelut dengan kesakitan saat2 melahirkan Abang dulu.....


Hadir mu membawa bahagia,
Hadirmu membawa sinar,
Hadirmu membawa berita gembira,
Hadirmu menghilangkan kesakitanku,
Hadirmu adalah hadiah paling berharga dan bernilai dr NYA,
Hadirmu jua memberiku semangat dan harapan.....

Abang seorang baby yg sehat dan tak banyak kerenah, senang mama menjaga Abang, cuma skrg ni kuat melawan sikit, tapi Abang seorang anak yg sangat perihatin pada Mama......itu yg Mama bangga skrg........[moga sentiasa akan dikurniakan kesihatan dan rezeki yg baik....insya'Allah



P/s: Jadilah anak yang berani serta berguna pada keluarga, agama, bangsa & negara [patriotiknya mama - huhuhuhu]. Jauhilah perkara2 yang akan merosakkanmu wahai anakku. Belajar lah hingga ke menara gading, hanya dengan pelajaran saja akan mengubah nasib kita......Dan Abang jangan tinggal solat ya......
Mama

Carelessness

Akibat kecuaian aku semalam, hari ni aku terkejar2 dan seterusnya kepenatan. Hari ni ada 'Besday Party' kat Kindergarden Damia, sepatutnya aku bawak balik hadiah2 yang aku dah beli untuk kengkawan Damia tu semalam. Tapi disebabkan hujan lebat dan aku kelang kabut nak balik rumah hadiah2 tu dah tertinggal....... :( [sebenarnya dalam hati ni dah teringatkan sambal ikan merah dan siakap kukus yang adik aku masak - Adikku Linda invite me for dinner tonight, hehehehehe]. Semalam petang kan hujan lebat, dalam keadaan yang kesejukan perut sudah tentu-tentulah kelaparan.
Pagi ni seawal 6.15 pg lepas hantar anak2 naik bas sekolah, aku meneruskan misi aku. First go to my office at Pusat Bandar Damansara [7.15 am reach office. Then ambik bas balik pergi SK Brickfield 2 [8.00 am at school]. And Lastly, run to the Office back....huhuhuhuhu. Dan aku kepenatan [tu lah lesen kete dah 14 tahun, bawak kete penakut, nah ambik turun naik, turun naik bas lah jawapnya - padan muka aku]. Syukur by 8.45 am aku dah pun sampai office balik......

Tuesday, March 23, 2010

Sarah Damia is 6th

SARAH DAMIA IS 6th - 27 February 2010

'happy birthay to you, happy birthday to you, happy birthday to Damia, happy Birthday to you.....'


Damia is 6th, we make a small celebration for her at her kindergarden - SK. Brickfields 2, KL.
PESANAN MAMA "be a very good girl for me ok, jadilah anak yang solehah". Lots of Love.
Huge & Kisses...MAMA :D

From : Damia
Thanks a lot to Wan, Bam, Acu Ema, Untie Sabrina, Teachers & Friends for the lovely present, I like it so much.........

Mak & Bapak

ayah dan ibu, ayah dan ibu.....itulah permulaan kami......dapat melihat bulan dan matahari. Aaaaaaaa ayah dan ibulah mesti dihormati......nyanyi versi arwah Sudirman Hj Arshad.
My wish...I will be RICH and bring both of u for wonderful vacation [doing Haji at Mekah especially]...buy anything u want [mom loves shopping :D]. Mak ngan Bapak cakap je nak pergi mana along akan bawak, Mak Bapak cakap je nak beli apa, akan along tunaikan.......Hanya itu yang membuat along gembira....*tapi along tak kaya...huhuhuhuhu


Bapak : Ab Razak Ab Rasip - 08 November 1952
Mak : Rajabee Hussin - 24 Januari 1960
LOTS OF LOVES FROM ME, YOUR DAUGTHER - ROSLIZA a.k.a. KAK LONG

Monday, March 22, 2010

I am 32nd



Happy Birthday to me
-1st March 1978-


I am 32nd on - 1 st March 2010, no birthday cake for me. I wish, I will get a beautiful cuppies like this on my birthday. But no birthday cuppies for me..sob sob sob [melayan perasaan]. Only a birthday wish from my kids, afiq, damia & dina, mak, bapak, bam, balang, adik ema, atam, huda, hana, kak long natrah n some friends at Facebook. Thanks a lot. That's make me HAPPY. But plus happy, happy and happy cause zainurhuda & bam give me baju kelawar, and telekong & handbag from my best friend Sabrina [every year she never forget a birthday present for me - Thanks Sab] :D. And not forget to my 2 boses, Ms. Seira & En. Fairudz - Thanks for your besday present......
may happiness, comfort and richness to be present into my life, and I hope it will come soon....Insya'allah...Amin .....”

Percutian Caraku

PROGRAM CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAKKU
As my promise, this is the entry about 'camping', percutian caraku. Not a 5 star hotel, no swimming pool, no karaoke, no shopping ok. [Percutian yang mudah dan paling penting murah] Yang ada cuma bunyi air sungai mengalir, unggas-unggas hutan sebagai halwa telinga. Jauh dari hiruk pikuk kota yang penuh debu2, asap2 kenderaan yang hanya akan merosakkan paru-paru kita :D. We really had fun, kids especially they are so excited n happy [mana tak happy, 5.00 pagi semua dah bangun dan mengganggu MAMA menyiapkan breakfeast (makaroni goreng-1st time try and not bad la the taste].
About 7 family yang joint sekali. Bertolak dari KL jam 7.00 pagi, around 7.45 a.m. we all dah sampai ke destinasi, Hutan Lipur Sg. Sendat, Ulu Yam, Selangor Darul Ehsan. Udara nyaman lagi menyegarkan, hilang semua stress. *tak banyak picture pun yang I snap, buzy melayan anak2 yang kejap2 mama 2x[penat dan seronok melayan kerenah anak2].. Penat pun ada, geram pun ada, sakit tekak menjerit2. Anak2 biasalah semua benda they all nak cuba. Especially my 2 princess, lasakkkkkkk........
Untuk anak2 mama rela untuk semua tu :D

Venue: Hutan Lipur, Sg. Sendat, Ulu Yam, Selangor.
Date: 20 & 21 March 2010 [last weekend]


camp fire

ikan & ayam tergolek - barbeque for that nite
Dina yang kepenatan seharian berendam

bye...bye hope can come here again

Hasilnya

Hasil Jari2 ku Yg Kasar dan Keras ini


Order from Aidawati - Jalan Gasing. PJ [my schoolmate], made for her niece wedding. I'am sooooo happy sebab Aida n family suka dengan hasilnya. She is one of my regular customer :D. Thanx again Aida.

Anak Teruna Ku Masuk Jawi

Citer ni dah agak basi gak la........ :D Shafiq Akmal and his cousin Azim Aikal [sebelum ke klinik]. Muka masing-masing keras je, sbb takut, mcm2 feeling bak kata Shafiq.
Masa ni, all the gegirls [Damia, Dina, Nada and Zara]
*our last kenduri wif Zara* lots of loved sayang, we all missed you so much]
nyanyi lagu ni...potong...potong...potong-versi PI W!MAX....huhuhuhu
Goddies for family members..... a small give from us......
Kambing for Aqiqah - Shafiq Akmal
Dah selesai........Leeegaaaaa
Venue: Senaling, Kuala Pilah, N. Sembilan
Date: 19 Disember, 2009
Time: 2.00 p.m.

Thank You So Much



Thanks again to Pak Lang Bob



Last 2 weeks punya aktiviti bersama anak2, mak, atam eila & pak lang bob


Venue : Mid Valley

Time: 8.00 p.m.
Afiq
Beloved mom wif Damia
Damia & Dina

Di Mid memang tengah havoc promosi for 'Alice in Wonderland', so tak dapat tengok wayang, snap picture kat taman tema nya pun jadilah, afiq, mia & dina is so happy.....

Tapi tujuan dan agenda utama ke mid ialah untuk 'mengepau' pak lang bob, ini [picture diatas] uniform pengakap... hehehehe. Thanks Pak Lang Bob

Friday, March 19, 2010

Just 5 of Us

Just 5 of Us.....
1. Rosliza a.k.a kak long [mama liza]
2. Roslinda a.k.a kak ngah [bam@tembam]
3. Rafizi a.k.a balang [pak lang bob]
4. Rosfazilah a.k.a kakak [atam ila]
5. Rosmima a.k.a adik [acu mima]

p/s: kita x ramai dan jgnlah kita berpecah belah. Kukuhkan hubungan dengan kasih sayang dan persefahaman. Nothing much I can give, but its only LOVES - lots of LOVES - Kak Long @ Mama Liza, and a.k.a SULONG [Bam like to call me with this name] :D

Congratulation


Add Image


To My Schoolmate - Nash & Azida

Tahniah di atas kehadiran ahli keluarga baru lebih kurang jam 11.30 pagi tadi [Pantai Medical Centre]. Tak aci la wei korang dah 4 orang. Bila tengok baby orang lain rasa teringin plak, huhuhuhuhu. Anyway Congrate again [Pa & Ma] and take care, Hope can see all of you soon.
Actually they stayed at Kuantan, Pandai la baby ni, dia nak lahir di KL gak cam abang n kakak2 dia....... :D. Berkat hari Jumaat [Penghulu segala hari].

Teringat masa lahirkan my 1st princess 27.2.2004 [Jumaat] 6 tahun yang sudah berlalu- 10.30 am - HKL - NUR SARAH DAMIA [2.3 kg] ertinya dalam Islam *Cahaya Isteri Nabi Ibrahim a.s. yg penuh dengan Kebijakan* [dan nyaris2 aku bersalin dalam kereta]. Jadilah kau anak yg solehah, insya'allah...... Doa mama sentiasa untuk kalian, AMIN


p/s. Kalau Kakak dah Balqis, aku suggestkan nama ni utk ur new girl [Batrisyia - cerdik,pintar]. Wei ni anak aku ke, anak kau, aku plak yg pandai2 bagi nama....:D hehehehehehe]

Eeeeee.....gerammmmmm laaaaa, nak geget boleh...... :D

Happy Weekend

Salam,
Have a great great weekend everybody..... :D
Ermmm...nak tulis aper ya...ermmmmm... blurrrr

Ermmmmm, blurrrr.....OK, Lets start with this.....
This week I'am going to bring my kids for a camping - Sg Sendat, Ulu Yam, Selangor. Lapan family yg akan ikut serta. Its is 3rd time for Afiq [1st, when he is only 8 months....org kata aku giler] hehehehe. Its fun actually. And it is 2nd time for Damia n Dina [Damia 2 & Dina 1 year old]. And at that time girls x ingat apa-apa pun. When I told the girls that we are going for camping this weekend, Tercengang cengang and start to ask me "what is camping". So I jawap...[tido dalam hutan], girls kata "tak der HANTU ke mama"..... :D. They all ingat asal hutan je, gelap mesti ada HANTU. So hope everything akan berjalan lancar dan kami semua selamat pergi dan selamat balik..insya'allah, Amin
[nanti I akan buat entry pasal "Camping" ok]

See you guys next week....Happy Happy Weekend.....