About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, June 22, 2011

Hero Malaya Yang Tengah HOT



Demam Nora Elena tidak habis-habis lagi babe.
Hero Malaya in Town yang tengah HOT…HOT…HOT. 
Semua wanita ternanti-nantikan drama terbaru dari HERO ini. 
Wah hebat. 
Saham tengah naik sekarang ni.
nora-elena-seth-aaron-aziz-siti-saleha

Aaron Aziz berkata mengenai filem dan drama lakonan beliau :-

“Saya terkejut & terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penonton terhadap KL Gangster. Jujur cakap, ini pertama kali saya menonton lakonan saya sebanyak 3 kali, beli tiket sendiri. Dan paling istimewa, ibu saya turut berminat nak menonton filem aksi ini & pada saya itu memang satu kejutan yang tak ternilai,” kongsi Aaron Aziz yang ditemui ketika pelancaran drama terbaru, Stanza Cinta di Sri Pentas, hari ini.
Kata Aaron lagi, “filem action pack jarang diterbitkan di pasaran, namun KL Gangster berjaya menambat hati peminat tanpa bantuan CGI atau disaratkan dengan kisah cinta.”

“Mengenai surat bantahan terhadap drama Nora Elena, saya memang ada baca surat tersebut. Saya dapat tahu yang ramai wanita inginkan lelaki seperti Seth Tan. Pada saya, itu cuma sebuah watak yang dimainkan dalam drama. Saya harap janganlah para isteri diluar sana menggunakan Seth Tan, atau Aaron Aziz sebagai contoh terhadap suami.  Saya tak nak menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga orang lain pula. Apa pun, saya harap penonton take a good side & enjoy menonton drama tersebut,” ujar Aaron memberikan penjelasan mengenai Nora Elena.

Selepas kejayaan memegang watak Seth Tan dalam drama Nora Elena, lakonan mantap Aaron Aziz makin diminat ramai. Drama Stanza Cinta arahan Along Kamaluddin telah pun bersiaran pada hari Ahad yang lepas (19 Jun 20111) jam 9 malam, di Tv3. Drama 13 episod ini diadaptasikan daripada novel tulisan Nurull Halawati yang mengisahkan kisah cinta tiga segi di antara Amni Sorfina (Nur Fathia), Irfan Kamal (Aaron Aziz) & Taufiq (Fizz Fairuz).



No comments: