About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Monday, July 16, 2012

Jahanam Jahanam....

 Bilo nak kocik badan den ni haaaaa :D



Saturday melantak bagai nak rak sebab ke pasar malam. Apa jer Nampak nak beli, aper je Nampak nak makan. sebab dah lama sangat tak poi pasar malam ni. Ermmm ikutkan sangat selera ‘iblis’. Fuhhhh. Jahanam…jahanam. Sunday ader kenduri. Peh lauk pauk kampong semestinya. Masak lomak nenas + ikan masin, ayam masak merah, sambal belacan made by me, habis licin, + ulam2 kampong, kacang panjang, pegaga dan petai. Ermmm. 3x menambah makan nasi. Dessert Black Forest Cake + Chocolate. 4 kilo yang kurang last month, ontah-ontah2 dah bertambah menjadi 9 kilo. Adohai, ponek den berDIET. Cedey…cedey baru verangan nak kurus sikittttttttttttttt. Kiraan kilo kurang sikit, bertambahnya ya ampunnnnn.

So... MONDAY BLUES, pepagi-pepagi ni ke opis, wa tapau itu limau sunquick sama itu buah lai 2 biji. Sebijik buek bekpes, sejibik lagi ingat nak makan masa lunch, buek melapik porut. Bersulam air suam. Ok Sejam pertama ok. Tapi tepat jam 10.30 pagi, kak ct mai, bukan ct nurhaliza ya. Email. Ada mee hoon goreng Singapore dan cream puff, sila kan makan. Dengan makanya nafsu makan tidak boleh di tahan-tahan. Terussssss. Ambik makan lorrrrr. Wa telah Gagal, wa punya diet musnah pada hari ini. Pelamin angan ku musnah, motip.... Ok perut sudah penuh dengan mee hon bersama udang2 yang besar dan segar serta 4 biji cream puff. Ya ampunnnnn, makan ke malantak. Hahahaha, ni namanya melantak nafsu syaitan niroojim. 

Tepat jam 1.00 tengahari ingat nak melepek jer kat opis sambil2 baca2 blog kengkawan alam maya. 1.01pm my small boss email. “sis, jom out release tension, tak nak makan tapi kita isi minyak jer” ok boss I follow. Tak der maknanya ya. Petrol pam sebelah jer dengan rojak kegemaran we all. “sis nak cendol, rojak kita kongsi” ok boss layannnnn. SeSampei jer opis, boss kecik lagi satu bagi pulak sandwich TUNA kegomaran den. Aduhhh rasa sayang pulak tak makan. Joki jangan ditolak. Tak elok membazir, membazir pun amalan syaitan. Eh eh, ke aku yang syaitan kuat melantak di sini. Huhuhuhu jahanam DIET ku.

Maaf ayat-ayat sedikit melampau dan TERLAMPAU plak hari ni.

DIET KEJADAH NYA :-

8.45am – hirisan buah limau sunquick
10.3.0am – Mee hoon Singapore + 4 biji cream puff
1.15pm – Se'CUP' besar Cendol my peberet gak ni
1.55pm – Sepotong Sandwich Tuna, 
pehhh siap ada kacang macadamia lagi [sodap gilo]
4.00pm – rojak pasemboq yg ditapau dan dikongsi2
5.00pm – hirisan buah lai…
9.30pm - dinner nasi lemak kukus ayam daro...


HOHOHOHOHOHO

DIET la KUNUNNNNN –KUNUNNNNNN….
Podahhhh cittttttttttt





1 comment:

Abil Fikri Ahmad said...

Umang aii, botul punyo mentedarah tu..macam rimau selero eh..tak po, makan yo apo nak sumbek kat tokak tu asalkan jgn lupo bersonam 3 x seminggu..biar berisi tapi cantik badan tu, yo.