About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Friday, March 22, 2013

22 March 1929




Selamat hari lahir Allahyarham Tan Sri P. Ramlee 
..Jika arwah masih hidup hari ini 
genap umurnya 84 tahun
....Al-Fatihah


Sedikit latar belakang mengenai P.Ramlee

Beliau dilahirkan pada 22hb Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347 di Pulau Pinang. Nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria Bin Teuku Nyah Puteh. Nama bapa beliau ialah Teuku Nyah Puteh dan ibunya ialah Che Mah. Nama beliau ditukar Ramlee kerana neneknya suka dengan nama tersebut. Maka lahirlah Ramlee.

Pendidikan.

Ramlee mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Kampung Jawa, Pulau Pinang.Lulus peperiksaan darjah 4 dengan mendapat pangkat ke-3.Kemudian Ramlee sambung pelajarannya di sekolah Francis Light sehingga darjah 5,kemudian sambung pelajarannya ke Penang Free School.Ramlee telah pergi ke Sekolah Tentera Jepun (Kaigun) pada zaman penjajahan Jepun dan lulus bahasa Jepun.Lepas tamat perang, Ramlee sambung semula belajar di Penang Free School.

PERKAHWINAN.

P.Ramlee berkahwin dengan Junaidah pada tahun 1950. mereka dikurniakn 2 orang cahayamata iaitu Nasir P.Ramlee dan Arfan P.Ramlee. Namun pada tahun 1954 keduanya bercerai.Norizan merupakan isteri kedua P.Ramlee. Bersama Norizan P.Ramlee telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang dinamakan Sazali. Sazali dikatakan buah hati P.Ramlee sampaikan beliau tidak membenarkan sesiapa pun untuk berlaku kasar dengan Sazali. P.Ramlee dan Norizan bercerai dalam tahun 1961. Salmah Ismail atau Saloma merupakan isteri ketiga dan terakhir P.Ramlee. Mereka dikahwinkan pada 31 Oktober 1961 dan berlangsung di Singapura. Cinta mereka berputik taktala "Panca Sitara II" dibentuk iaitu ketika Saloma dijadikan ahli "Panca Sitara". Masa P.Ramlee melamar Saloma, Saloma ingatkan yang P.Ramlee hanya bergurau tetapi ternyata bukan gurauan.





1 comment:

Anonymous said...

gawat