About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, July 31, 2013

Zico Iftar at Mandarin Oriental, KLCC

Sorry kids mama tinggalkan sekali lagi. 
Mama promise this friday we all out for Iftar 
at Singgahsana ok. 
And now lets the picture talk on my behalf.....



Kuih Raya....

Alhamdullillah kalau niat kita ikhlas. 
Rezeki 
untuk Bapak.Mak.Anak3 tu pasti ada kan. 
Terima Kasih dan Semoga diberkati.

Tuesday, July 30, 2013

TQ Bam

Tq bam jadi la kan daripada x der langsung. Selai tshirt yang sangat cantek. Girls love it. Tq again.

Mimpi...

Malam semalam Mia mimpi gigi atas nya patah. 
Orang tua2 kata ada orang nak meninggal. 
Pagi ni my friend kata dia mimpi Mia meninggal sebab sakit. 
Ya allah berderau darah mama. 
Ya allah lindungilah anak3 ku 
Afiq.Mia.Dina. 
Sesungguhnya ajal itu ada dimana2. 
Entah esok atau lusa aku yang akan dijemputnya


Monday, July 29, 2013

Be Happy...


10 hari lagi....

Diam x diam cuma tinggal 10 hari sahaja lagi umat islam berpuasa. Adakah berkesempatan buat aku pada ramadhan yang akan datang?. Ini semua kerja tuhan. Tidak siapa yang akan ketahuinya. 10 hari sahaja lagi umat islam akan meraikan kemenangan. Kemenangan dengan menyambut Aidilfitri yang Maha Mulia iaitu bulan Syawal. Aku persiapan raya aku tahun ini. Cuma sediakan duit shopping raya for mak n bapak, kuih raya for mak bapak and duit nak beli daging ayam nak masak rendang juga untuk mak bapak. Untuk anak3...maafkan mama tak der. Tak perlah abang.kakak.adik. Yang lebih penting dari baju baru adalah kita dapat beraya dengan atok dan wan. Itu yang lebih penting. Semoga aku masih berkesempatan bersama2 mak bapak anak3 dan adik beradik di Ramadhan yang akan datang

Sembang Suboh Hari

Dina : mama macamana ara meninggal, adik dah lupa la

Mama : kan ara xcident ngan atam

Dina : Mama, sekarang ni ara ngan remy ada 
kat syurga la ya

Mama : budak kecik tak der dosa.....
kalau meninggal terus masuk syurga

Damia: Umor berapa ada dosa?

Dina : 9thn ada dosa x mama?

Mama : dah akil baligh, baru ada dosa
sekarang dosa adik n kakak.. 
mama yang tanggung. ok

Dina : Besar macam abang ?

Mama : ermmm, adik kakak sayang mama x?

Damia & Dina : sayangggggg

Mama : Jadi jangan buat dosa ok...

Damia & Dina : ok mama

Mama : sayang kakak ... sayang adik ...

Dina : Kalau macam tu adik nak mati sekarang, boleh
la adik masuk syurga, kecik2 x der dosa

Mama : [dalam hati] berderau darah mama pagi2 ni anakku

Ya allah lindungilah anak3 ku dari bahaya dan malapetaka...

amin.....

[doa mama sentiasa mengiringi langkah2 kamu semua
abang, kakak and adik]





Sunday, July 28, 2013

Org x berHENTI cakap ....


Read Carefully No. 6 ok....

Inilah golongan asnaf itu.....

1)Fakir
Orang yang tidak mempunyai harta atau usaha yang dapat menghasilkan 50 peratus daripada keperluan hidupnya seharian (pendapatannya kurang daripada 50%).

2)Miskin
Orang yang mempunyai harta dan usaha yang dapat menghasilkan lebih daripada 50% untuk keperluan hidupnya seharian tetapi tidak mencukupi. (Pendapatannya tidak mampu memenuhi keperluan harian).

3)Amil
Orang yang dilantik atau pekerja-pekerja (kakitangan) yang boleh dipercayai mengurus hal ehwal zakat, mengumpul dan membahagikan kepada yang berhak menerimanya sesuai dengan Hukum Syarak.

4)Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam dan keimanannya belum lagi kukuh. Mereka ini perlu dijinakkan hatinya ataupun seseorang yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam.Nota: Mereka yang telah bertahun-tahun memeluk Islam terkeluar daripada asnaf muallaf.

5)Al-Riqab
Hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan dengan cara menebus dirinya dengan sejumlah wang. Dan juga, membebaskan kaum muslimin daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi fizikal, mental, kejahilan ataupun terkongkong di bawah penguasaan orang yang zalim.

6)Al-Gharimin
Orang yang terpaksa berhutang disebabkan keperluan mendesak yang tidak berlebih-lebihan bagi diri dan masyarakat Islam yang bukan kerana maksiat (nafsu).

7)Fisabilillah
Aktiviti-aktiviti atau perjuangan di jalan Allah S.W.T seperti menegak syiar Islam, menuntut ilmu dan seumpamanya.

8)Ibnu Sabil
Orang yang kekurangan bekalan dalam perjalanan dengan tujuan baik seperti menyiarkan ajaran Agama Islam dan seumpamanya.

2nd n 3rd IFTAR wif Ab Razak family

Seronok dengar mak n bapak nak datang KL. TQ Balang hantar mak bapak ya. Friday berbuka di rumah my sis bam. My mak n bapak is in town. Bam dah seminggu mintak gorengkan mee. Balik jer keje terus ke kedai runcit di block D ppr kerinchi. Sebelum tu singgag Bazaria Pantai nak beli air soya. Sampai jer umah bam terus siapkan barang nak goreng mee. 

MENU BERBUKA - Friday - 26 Julai 2013

Ketam masak lemak
sayur goreng entah aper entah 
sotong goreng
ikan cencaru sambal
dan 
my mee goreng special
air soya :D

Lepas berbuka balik pantai ria. Hari x dapat nak gi terawih. Heading to NSK nak beli barang-barang nak masak esok. Esok turn my housa lak for iftar. Dalam jam 10.30 mlm selesai membeli belah. Balik dah ngantuk. no no no no sleep ya mamalove. mendobi 1st. Esok dah tak sempat sebab ada program PU3 UBLP di Mid Valley at Jusco. Program bersama anak-anak yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan. RM150.00 for each kid for shopping raya. Seronok tengok kids ni bershopping. Sambil me mengelamun. Ada ke rezeki Afiq Damia Dina nak shopping raya tahun ni :(. Around 1.00pm balik umah. Dah tungkus lumus masak. Lebih kurang 3 jam semula selesai. 

MENU - 27 Julai 2013 Saturday

Ikan Kembong masak Asam
Ikan masin pari masak sambal
Ikan Pelaling Goreng
Kangkong goreng Belacan
Sambal Belacan kegemaran ramai
Ulam-ulam....

Balang Bob - 2 large domino...pizza
Bam Ongah Spagetti Olio Kepah & Badak Berendam
Adik - Air Tembikai + Air Tebu

Kurma madu wajib :D

7.30pm Afiq baca doa berbuka dan berbuka lah kami beramai-ramai. Seronok kali ke3 dapat berbuka ngan mak n bapak n my sibling ipar duai...and anak2. Habis licin. itu namanya me pandai masak. hehehe. puji diri sendiri hehehe. Selepas ni jumpa raya Pertama ok. Macam-macam kerenah anak6 especially zaidan n zakuan. Lepas tu melayan main mercun pop-pop. Segenggam segenggam zaidan zakuan baling. Ngekek ngekek atok wan gelak. Semoga ada kesempatan lagi pada Ramadhan akan datang. Uzur benar dah bapak. Semoga tuhan berikan kesihatan yang baik buat bapak. Love you so much bapak. Love you to mak. 


Leka ngan family, hp x tengok langsung and no pic taken from me..... :D

just proud of MYSELF


Friday, July 26, 2013

Alahai apa mama nak jawap ni.....

Semalam lepas berbuka sementara nak tunggu jam 8.30 nak turun gi terawih dok sembang2 with my 3 gems.


Dina: mama..nanti sekolah buat majlis berbuka puasa.....

Damia: mama.. Semalam kakak sakit perut...

Afiq: maaa.... Bila nak shopping raya...

Dina: ahaaa la maaa.. Kawan2 adik semua dah shopping raya...

Damia: sabtu mama cuti kan...kita gi shopping raya ok.....

Afiq: maaaa... Abg nak beli jessy baru n sandle....

Damia: kakak nak baju baru.....


Dina: adik pun




Mama: mama diam seribu bahasa..... :(


Ya, mana Pilihan anda....???

Diam supaya tidak dihentam....

Atau

Bersuara dan dihentam....
Kekadang yang diam tidak bersuara kena hentam jugak.......

Dah adat dunia yang memerintah itu
Berkuasa kan......and they can manage
with their own way and style....


Ermmmmmm......

Salam Nuzul Quran and
Happy weekend.........



Thursday, July 25, 2013

perasaan aku...


Tetiba emo...

Just reading satu blog ni. Dia kata tidak rasa ralat sebab dah belajar tinggi tapi ambik keputusan berhenti kerja dan duduk rumah, jaga anak-anak. Jadi anak2 rapat dengan dia. Anak2 membesar depan mata. Yelah anda seorang yang bertuah. Tidak perlu stress di tempat kerja. Jadi saya tidak pula kata yang saya ni bernasib malang kan. Saya belajar tak tak tinggi. Sekolah aku jer tinggi 4 tingkat. Lepas jer SPM aku tidak tunggu lama ya. Last paper exam SPM petang tu aku dah sebuk beli newspaper tujuan nya nak cari keje la wei. Nak cari keje. Nak cari keje. Mungkin masa tu dalam kepala otak member2 lain nak enjoy jer dulu dan tunggu result SPM, then nak sambung study.Tetapi tidak aku, further study memang tiada dalam diary hidup aku langsung langsung. Lagipun tak der saper yang nak give the spirit or encourage me to further my study. Bapak kata lepas SPM ambik lesen memandu dan kelas computer jer. Nanti bapak bayarkan yuran2 semua. Jadi kerani jer cukup. Tinggi sikit pangkat dari bapak. Bapak drebar lori jer. Hasil kerja dari driver lorry tu lah yang beri kami sekeluarga makan. AKU SANGAT BERBANGGA DAN BANGGA SANGAT2 DENGAN BAPAK AKU. Yelah bapak aku bukan bapak korang pun. Aku datang dari golongan keluarga yang biasa-biasa ajer. Bapak cuma menyediakan makan, tempat tinggal, pakaian yang semua nya ala ala kadar sajak. Tapi aku bersyukur aku ada BAPAK yang bertanggungjawap. Sayang bapak. Dan ada MAK yang penyayang lagi garang. Hehehe. Sayang mak jugak. Sekejap saya, sekejap aku. Bantai la liza. Suka hati ler my blog. Ikut suka dan ikut rasa nak tulis apo kan.


Tetiba nak emo kat sini ya. Bila dah keje baru lah merasa nak beli itu ini. Paling best dapat beli baju2 kegemaran. Emo sangat-sangat2 ni. Saya seorang yang bekerja, makan gaji demi sesuap nasi. Dan sejak dari tahun 1995, lepas jer SPM ya. 7.00pg terbit matahari dah keluar rumah. 7.00 malam terbenam matahari baru balik. Pressure keje jangan cakap la kan. Memang macam hamba. Saya juga seorang mama. Demi menyara dan membesarkan anak3. Walaupun bekerja tapi saya tetap dapat membesarkan anak2 saya yang 3 orang tu. Dan anak3 tetap membesar depan mata saya. 

Lahir.menyiarap.merangkak.berjalan.berlari.melompat.menangis.meraung.bergaduh. Semuanya depan mata saya. Bukan mata kucing, bukan mata rimau, bukan mata korang. Mata aku. Cuma semasa ketiadaan saya anak2 akan diasuh oleh babysitter. Anak3 tetap close.manja.mengadu.berbual dengan saya. Mereka akan cari saya dulu untuk dalam apa jua hal dan keadaan. Malah semua tanggungjawap saya yang pikul sendiri. Dan saya tiada orang gaji. Semua kerja rumah saya jugak yang buat. Jadi moral of the story. Jangan fikir bukan-bukan. Hahahaha.





Tuesday, July 23, 2013

35th year dah...

Mungkin sebab faktor umor kan. Atau sebab muka dah berkedut seribu. Haha terima lah hakikat mamalove. Iya saya seorang yang sangat menerima hakikat hidup. Apa salahnya kan sekali sekala untuk diri sendiri. Lagipun sets Safi Rania Gold ni berpatutan dan harga mampu milik. Itupun hanya beli pencuci, krim siang dan krim kecantikan sahaja. Nak beli yang lain2 kena fikir 1 juta kali. Banyak perut yang perlu diisi oleh mamalove. Almost 5,6 tahun jugak la me tak pakai apa2 product pencuci muka. Sabun mandi tu jeeee lah pengantinya. Itu pun ramai gak la yang bertanya 'you pakai product apa ya'. Kalau dulu memang tak pernah guna apa2 product pun. Orang akan kata 'kulit muka u bersih dan licin tiada jerawat'. Ini adalah kulit muka saya yang semulajadi ya. Baru jer 2 minggu mencuba. Sebabnya kulit muka dah kusam jer. Bila ada problem terserlah kekusamannya. Ini adalah product pilihan mamalove. Dan semalam ada adik ni tegur dalam lift yang selalu naik bas pergi keje sama2 'eh akak dah kawin ke'. Ya dik dah berderet deret anak akak. Rahsianya Safi Rania Gold. Ke adik tu terlupa pakai cermin mata atau contact lense nya tercecer. Hahaha Akak dah tua dik. Huhuhuhu. Kini tiada rahsia lagi. Cuba lah. Agak-agak korang berapa la Wipro Unza (M) Sdn Bhd nak bayar mamalove di atas promotion ini. Hehehe.

Congratulation.....

Congrate 
to the Duke and Duchess 
of Cambridge 
on the birth of their son.

Sunday, July 21, 2013

Tanggungjawap Seorang ANAK

Semalam balang call nak bawak mak bapak shopping. Dalam tak der x der tu myself hulur juga RM100.00 buat mak n bapak. Tahun ni along n anak-anak tak shopping pun tak. Janji mak bapak gembira dan bahagia. Tak per mak tak tahu sebab mak n bapak x akan baca blog along ni kan :D. Call bapak pagi tadi, nangis bapak. Terharu sangat sebab anak-anak belikan baju raya. Yelah pak, dulu masa we all kecik, bapak belikan kitorang baju raya kan. Wajib ada sorang 2 pasang. Sekarang apa salahnya kami pulak balas jasa bapak tu. Apa yang along, angah, balang, kakak n adik bagi ni pun tidak dapat membalas jasa bapak pada kami. Kerja kuat bapak dulu supaya kami adik beradik cukup makan, pakai, sekolah dll. Teringat along dulu satu peristiwa yang menyayat hati. Satu hari bapak bawak kami 5 beradik ke Globe Silk Store ngan mak for shopping raya. Sebok2 membeli belah tiba2 mak perasan yang baju along n angah yang baru bapak bayar dah hilang. Bapak sanggup keluarkan duit lagi beli semula gaun tu. Kami bukan keluarga yang senang dulu. Bapak kerja tungkus lumus nak besarkan we all 5 beradik. Sekarang kami 5 beradik pulak berusaha buat mak bapak bahagia dan gembira semampu mungkin. Alhamdullilah walaupun serba serbi sederhana we all 5 orang cuba berikan yang terbaik buat mak n bapak. In Sha Allah dengan izin NYA. Semoga usaha along yang kecik dan sedikit ini dapat keredhoan dari NYA. Ya Allah murahkanlah rezeki anak3 ku pula di bulan Ramadhan ini. Amin.  

Puasa x Penuh....

Puasa satu hari. Esoknya x puasa. Selang Seli. Camtu lah kerenah my 2 gurl ni. Sian nak paksa2 puasa. Perut jenis x tahan. 1st day puasa lepas jer berbuka muntah. Perut masuk angin. Sian mama tengok. Belajar puasa slow2 ya kakak ya adik. Balik sekolah kalau lembik sangat mama suh berbuka jer x sampai hati nak suh puasa penuh. Tak per ya at least belajar berpuasa ya anak2 ku. Bunga api pulak wajib, tapi weekend jer. Ralat rasanya mama nak bakar duit2 hari2 harap anak2 faham ya. Yang mencari mama sorang :(. Janji merasa main bunga api ya dari tak merasa. 

Permintaan Damia Dina

Semalam bawak my girls ke kedai ikan a.k.a pets shop at petaling jaya. Hajatnya saja jer nak singgah dan tengok2 jer. Tengok2 jer ya Damia Dina. Ermmm yoo lah nengok2. Pujuk punya pujuk, terbang duit belanja dapor mama RM100.00 melayan kehendak the double "D". Hasilnya....

Trust YOU...


Thursday, July 18, 2013

DIA sayang aku....

alhamdullillah.....syukur.
Sebab itu DIA turunkan ujian pada aku......




Wednesday, July 17, 2013

Iftar at PWTC....

Iftar pertama kali di luar bersama2 sahabat pu3 ublp di PWTC. Hari yang ke 8. Anak2 berbuka sendiri ya hari ini. Jumpa time sahur nanti. Ada persembahan dari legend ni, my mom favourite artis. Jamal Abdillah in the house with isma akademi fantasia. Af yang ke berapa I dah terlupa. Reach home at 11.30pm. Kids dah tido. Hanya good night kiss for kids to night. No sembang-sembang especially with my black sweet Dina. Ada jer report dia. Tunggu esok time sahur apa report Dina kali ni. 1st sure marah sebab mama tak balik berbuka bersama Magrib tadi dan tak bawak dia gi Terawih, so sure report dan bebelan yang panjang lebar suboh nanti. So sorry sayang. Esok kita berbuka sama ya.










Monday, July 15, 2013

Lawak Bodoh...


Pelanggan : Pelayan !, datang sini kejap..

Pelayan : ye saya, ada apa Encik?

Pelanggan : saya ada masalah dengan sup saya ni..

Pelayan : kenapa encik?

Pelanggan : cuba kamu rasa sup ni..

Pelayan : kenapa ? sup ni terlalu masin ke encik?

Pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..

Pelayan : ke sup ni terlalu panas?

Pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..

Pelayan : ok, baiklah. Ermm , mana sudunya?

Pelanggan : haaa. tu la masalah dia

Pelayan : @(_!*#@(






moral of the story

straight to the point 
jangan nak berkias-kias....


hahahahaaa




Sunday, July 14, 2013

Congrate Dear.....





Speedy Recovery for Nash...



From my bff Facebook Azida Azhar : 

Suami saya masih kat ICU pantai medical center pantai baru...Alhamdulilah perjalanan dari hospital kuantan ke hospital pantai menaiki ambulan semalam bejln ngan lanjar...pagi ni suami akan menjalani operation pagi ni..suami saya exsiden kereta di muadzam shah pada petang khamis bersama seorang rakan..malangnya rakannya tidak dapat diselamatkan..dua2 tercampak keluar keta..suami saya menggalami kecederaan patahtulang belakang n patah tulang pinggul..dari pinggang ke kaki masih tidak dapat digerakkan..semoga suami saya kuat n tabah menghadapinya n akan sembuh seperti sediakala..amin





Sunday - 14 July 2013 - Pantai Medical Centre
'jangan putus asa k bro, aku tahu kau risaukan anak3, you really a good papa and 
responsible papa ever. Kuatkan semangat jangan putus asa pasti kau dapat berjalan semula seperti sediakala. Jangan stress ok. Kalau kau stress Ida pun stress nanti. Relax ya. Memang la berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku akan sentiasa beri semangat pada kau dan Ida. What are friend for kan.
Aku akan bantu mana yang termampu'

Best Friend Forever..........





Saturday, July 13, 2013

Bersahur.Berbuka.Bertarawih.


Alhamdullillah dapat Bersahur Berbuka dan Bertarawih bersama keluarga tersayang. Walaupun sekali perasaannya macam 30 hari di bulan Ramadhan yang Mulia ini di tahun ini. Pasni dah balik kl. Jalan tanggungjawap di sana pula. Hari Raya Pertama baru bertemu semula jika dipanjangkan umor. In Sha Allah. Seronok dapat seronokkan hati mak dan bapak untuk bersahur.berbuka dan berterawih bersama.


menu

cook by Chef Nizam my bro in law

siakap steam 
sotong goreng tepong
roti john 

cook by me a.k.a chef liza
hahaha perasan chef kunun-kunun
ikan kembong goreng
sup kaki ayam
sup sayur
permintaan khas my sis bro
sambal belacan....

ulam raja. jering.petai.daun selon

tembikai
kuih muih umi nani
dan air cincau soya......

lepas berbuka jom terawih di masjid as-syifa.....
balik sambung makan lagi..... :D






Perasaan TERPAKSA jerrrrr

Thursday, July 11, 2013

Wednesday, July 10, 2013

1st Ramadhan


Ramadhan kali ini adalah yang pertama aku x meniaga. Tahun ni tak der la extra income for hari raya. Tahun ni juga waktu kerja at zico habis pada jam 5.00 petang di bulan Ramadhan. Tahun ni juga anak3 boleh berbuka di rumah dengan selesa. Tahun ni juga haruslah mama memasak. Haaa 1st day dah pening. Petang ni nak masak apa ya? Anak3 sure nak ke bazar ramadhan. Wajib air manisan dan sedikit kuih muih. Perbelanjaan sure bertambah. Afiq.Damia.Dina. Mama akan sediakan mana yang termampu ya. Janji ada makanan untuk berbuka petang ni ya. Tak pernah anak3 x makan. Paling2 simple pun rebus maggi kari. Heeeeeeee. Dah bertahun9..tahun x pergi terawih. 
Moga hidayah ini berpanjangan.......amin




Manusia...


Manusia adalah seperti sebuah buku

Cover depan nya adalah tarikh lahir
Dan.......
cover belakangnya adalah tarikh kematian
Setiap lembaran pula.....
Jalan cerita kehidupan setiap hari
Serta.....
Apa yang kita lakukan


Sekali ianya tertulis

Tidak bisa lagi di EDIT
Tapi seburuk manapun
Setiap halaman sebelumnya
Selalu.......
Akan tersedia halaman selanjutnya
Yang PUTIH lagi BERSIH
BARU dan tiada CACATnya


Ianya sama juga....

Dengan kehidupan kita
SEBURUK manapun dahulu
DIA selalu menyediakan hari yg baru utk kita
Kita selalu....
Diberi KESEMPATAN BARU
Untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup ini 
.........

SETIAP HARI.....

YA......kesempatan....peluang

Guna dan pakailah
Peluang dan kesempatan yang ada
Sebaik baik nya

RENUNGKAN....
Jangan asyik termenung dan mengelamun mengenang nasib diri......
Ayat-ayat nak sedapkan hati