About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, July 25, 2013

Tetiba emo...

Just reading satu blog ni. Dia kata tidak rasa ralat sebab dah belajar tinggi tapi ambik keputusan berhenti kerja dan duduk rumah, jaga anak-anak. Jadi anak2 rapat dengan dia. Anak2 membesar depan mata. Yelah anda seorang yang bertuah. Tidak perlu stress di tempat kerja. Jadi saya tidak pula kata yang saya ni bernasib malang kan. Saya belajar tak tak tinggi. Sekolah aku jer tinggi 4 tingkat. Lepas jer SPM aku tidak tunggu lama ya. Last paper exam SPM petang tu aku dah sebuk beli newspaper tujuan nya nak cari keje la wei. Nak cari keje. Nak cari keje. Mungkin masa tu dalam kepala otak member2 lain nak enjoy jer dulu dan tunggu result SPM, then nak sambung study.Tetapi tidak aku, further study memang tiada dalam diary hidup aku langsung langsung. Lagipun tak der saper yang nak give the spirit or encourage me to further my study. Bapak kata lepas SPM ambik lesen memandu dan kelas computer jer. Nanti bapak bayarkan yuran2 semua. Jadi kerani jer cukup. Tinggi sikit pangkat dari bapak. Bapak drebar lori jer. Hasil kerja dari driver lorry tu lah yang beri kami sekeluarga makan. AKU SANGAT BERBANGGA DAN BANGGA SANGAT2 DENGAN BAPAK AKU. Yelah bapak aku bukan bapak korang pun. Aku datang dari golongan keluarga yang biasa-biasa ajer. Bapak cuma menyediakan makan, tempat tinggal, pakaian yang semua nya ala ala kadar sajak. Tapi aku bersyukur aku ada BAPAK yang bertanggungjawap. Sayang bapak. Dan ada MAK yang penyayang lagi garang. Hehehe. Sayang mak jugak. Sekejap saya, sekejap aku. Bantai la liza. Suka hati ler my blog. Ikut suka dan ikut rasa nak tulis apo kan.


Tetiba nak emo kat sini ya. Bila dah keje baru lah merasa nak beli itu ini. Paling best dapat beli baju2 kegemaran. Emo sangat-sangat2 ni. Saya seorang yang bekerja, makan gaji demi sesuap nasi. Dan sejak dari tahun 1995, lepas jer SPM ya. 7.00pg terbit matahari dah keluar rumah. 7.00 malam terbenam matahari baru balik. Pressure keje jangan cakap la kan. Memang macam hamba. Saya juga seorang mama. Demi menyara dan membesarkan anak3. Walaupun bekerja tapi saya tetap dapat membesarkan anak2 saya yang 3 orang tu. Dan anak3 tetap membesar depan mata saya. 

Lahir.menyiarap.merangkak.berjalan.berlari.melompat.menangis.meraung.bergaduh. Semuanya depan mata saya. Bukan mata kucing, bukan mata rimau, bukan mata korang. Mata aku. Cuma semasa ketiadaan saya anak2 akan diasuh oleh babysitter. Anak3 tetap close.manja.mengadu.berbual dengan saya. Mereka akan cari saya dulu untuk dalam apa jua hal dan keadaan. Malah semua tanggungjawap saya yang pikul sendiri. Dan saya tiada orang gaji. Semua kerja rumah saya jugak yang buat. Jadi moral of the story. Jangan fikir bukan-bukan. Hahahaha.





No comments: