About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Saturday, June 25, 2011

Menggeletek

Pagi tadi [24.6.2011] masuk opis lambat, sebab ada "Hari Terbuka Sekolah" at SKBF2. Dah lah bengang sebab kena naik turun bas. Ada orang tak nak hantas saya ke sekolah.....Eeeeee gerammmmmmm. Tension punya pasal, masuk jer opis aku monyok jer. Semua orang aku tak tegur. Macam biasa, bukak email. Sebab kan email, mood ceria aku sudah kembali. terkekek-kekek aku mengila gelak....Hahahahahahahaha. Thanx to pengirim email Ayu Sihana. :D


Hahaahahahahhaaaaaaaaaaa

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu
arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran
kelas. Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa
roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais. 
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop
dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi
secara free. Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai
tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba
laptop gua prompt satu window tanya password.. 
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara
macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas. 
"Yes boss?" 
"Sini wifi aper dia punya password?" 
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?"
pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password. 
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password" 
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana
...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat
gua macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga. 
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati
bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa
digunakan. Lantas gua tekan 'OK' 
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password
error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil
balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak. 
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah
you!" 
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh
tukar" 
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan
'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2 sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala. 
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah
cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya

tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka
betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia. 
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain
kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul 'tujuh empat kali' boleh tak?" 

Lunch

Ermmmm, yummy...rezeki jangan ditolak, Lagipun dah memang my favourite.....Thank you so much "NEK"

Maharaja Lawak - FINALE

Huhuhuhu, umah den tak do Astro Warno, camno den nak nengok Maharaja Lawak, finale ni. ermmmm tak po la, esok-esok nengok kek youtube. Oklah tu dari tak dapek nak nengok langsung kan. Setolah dirisik-risik kek kengkawan di facebook. Joro ehhhhh...Sepah[lawak MELAYU terbaik ABAD ini]. Congrate la yo, joki anak lam porut Siti Sarah la tu. Joki baby. Alhamdullilah buat Sepah. Dah joki dio bertigo. Apa-apapun, kesemua finale adalah yang TERBAIK wok.

JUARA 'Champion'

The TOP 5 - Finale- [Sepah, Jozan, Nabil & Jambu]




JUARA - Sepah
NAIB JUARA - Jozan
KETIGA - Nabil
& 
KEEMPAT - Jambu

Friday, June 24, 2011

Hari Terbuka SKBF 2

Terima kasih kerana tidak mahu mengambil tahu
Terima kasih kerana tida mahu hantar saya ke SKBF 2, this morning. 
Thank so much. 


"ya'allah, aku mohon padamu, berilah aku keberanian dan kekuatan untuk memandu sendiri kereta kecil ku itu"


Sorry my black sweet, bukan niat mama nak tipu adik, I promise to bring her along in the 1st place. But someone, someone yang tak tahu his responsibility and  break his promise. Tido lagi penting. 

My black sweet Dina, sorry again mama kena masuk keje before 10.00 am. Dapat surat pun last minute so, nak EL, takottt, so kena la ambik time off jerrr. HOD lately ni bising-bising "lately ramai yang suka ponteng kerja" by his email.  
HOD kalau dah cakap melayu, its mean, betul-betul marah tu. Better be careful yaaaa. 

7.30am reach SKBF2. Hari ni ada perjumpaan dengan guru kelas 1 Bestari dan 5 Bestari. Yelah kan, my son in standard 5 and my princess in standard 1..kan kan kan.

5 Bestari, almost 25 minute, banyak complaint pasal ABANG. Adoi pening mama

Complaint for Shafiq Akmal  
1. tidak fokus [banyak bermain]
2. homework x buat
[padahal Abg, tiap2 malam mama ask you and remind you to finish your homework and your answer...."no homework mama"]
Abang, kenapa tipu mama, kenapa abang buat mama cam ni, Abang tak sayang mama ke?
3.buku selalu tak bawak
"abang, abang dah besar, ringankan sikit beban mama, check you schedule properly, you are big enough to do all that by yourself, mama kena take care mia sbb dia baru darjah satu]. 
4. Peratus KELULUSAN sangat2 menurun. [mengucap mama dalam hati]
Abang kenapa ni, dulu pelajaran abang ok, bagus. 
[jangan marah mama lepas ni kalau mama kawal....
semua kebebasan abang dari biasa ya]

Meninggal kan 5 bestari dengan perasaan cedey :(

1 Bestari tak sampai 10 minit

1. Tak banyak complaint about Mia, cuma banyak termenung
2. Homework - excellant
3. Result exam - GOOD-

lega, kedukaan sedikit terubat......

I think i have to more FOCUS on them.....
Yes....I have to do something.....

sayang, please jangan kecewakan MAMA......Kamu adalah harapan MAMA........ sob ...sob...sob...sob



Congrate Angah


Orang tuo-tuo posan, orang rumah kalau mengandung jang, jangan poi mancing.  Ador den kesah yo ngah.....hehehe.
Eden poi juo mancing...
Sehat++++ comel yoooo anak annnn.... :D

Congrate Pak Ngah + Mak Ngah [bertambah lai cucu pompuan ]
Angah + Kak ngah....syukur one more princess for both of you
Tumpang Gumbira... :D

Ibu Cumi, Ayah Alang, Ayah Tinton, Ibu Yusmeeza + Ibu Yusmidda
[tahun ni duit rayo kono lobih la, anak buah dah ber+ sorang lai ni ha]


Cucu yang ke-7 dalam keluarga Tuan Hj Zainol......
[cer kira cer kira, cicit yg ke berapa...dalam keluarga arwah Atok Hussin?????]




Hurul Qasbah = Bidadari Ilmu

[C][O][N][G][R][A][T][E] 



from AB RAZAK & FAMILY.....


Jumpa rayo nanti...:D

Terapi Diri

Ini entah yang keberapa? Moga ada insan-insan di luar yang sudi meminjamkan novel-novel mereka untuk santapan mindaku. Sesungguhnya dengan membaca membuatkan aku sedikit tenang dan hanyut di dalam alam ciptaan aku sendiri tanpa gangguan. Biarpun mereka-mereka disekelilingku telah la dibuai mimpi indah. Hilang penat bekerja seharian. 



Lara Rindu
Amanda Aniqah
RM 23.90
ISBN: 978-967-5489-76-1
~640 hlm
Bahasa Melayu
Kastia suka kepada kehidupan, apalagi dalam dunia pelajaran. Misinya adalah Long Life Learning (Belajar Sepanjang Hayat). Bukan macam polisi temannya, Chinta, 3L iaitu Long Life Love. Loveaholic. Atau macam etika Makhluk Perosak, Long Life Work. Memang Workaholic. Langsung tidak ceria hidup. Anjakan terbesar dalam catatan hidupnya adalah perkahwinan. Ia wujud bukan atas cinta. Tanpa wasiat, tiada tangkap basah.Tiada kontrak perkahwinan keluarga atau ‘family arrange’. Dia pun tidak tahu macam mana perkahwinan ini boleh terjadi. Menghairankan! Bila rahsia terbongkar, lara hatinya dibawa terbang jauh. Langsung tidak menoleh ke belakang walau rindunya mengundang lara.

Thursday, June 23, 2011

Ebab........

semakin hari makin banyak kerenah..."ARIQ"...eeeee geram

Demam Aaron Aziz




Tetiba plak nak buat citer pasal mamat ni. Sebenarnya termimpi-mimpi pasal watak Seth Tan yang dibawanya. Sungguh meruntun jiwa. Cayalah Terbaik bro.
[pasal drama ini juga telah membuat diriku melekat di depan TV]




Cerita HERO MALAYA terbaru in town. Saham tengah naik la katakan. 
Dalam FB pun tak habis-habis lagi cerita mengenainya dan sering menjadi bualan. 
Drama paling berkesannya masih belum boleh dilupakan. 
Masih mengulangi walaupun hanya di dalam youtube....
Wah memang dasyat.  


[A] [A] [R] [O] [N]     [A] [Z] [I] [Z]


Tidak hairan lah wajahnya benar-benar BERHARGA  sekarangdi pasaran industri filem. Beliau sangat berbakat kerana kemampuan dan dia adalah orang yang kurang KONTROVERSI.Nama penuh beliau ialah Harun Mustapha Aziz dan nationallity ialah Singapura. Beliau adalah orang yang berkahwin dan mempunyai 3  orang anak. Beliau bermula dalam industri sejak 11 tahun yang lalu.DAN pengarah Erma Fatima adalah orang yangbertanggungjawab untuk membawa dia dalam industri filemMalaysia. Dia juga baik dalam komunikasi bahasa Inggeris dan membuktikan beliau telah dipilih untuk menjadi wakil produk, Loreal satu syarikat paling berjaya di dunia.


CONGRATE BRO.......


2nd Module


walau macamana pun stress, senyum tetap SENYUM, hati dalam hanya tuhan jer yg tahu....


1st Module, belum betul-betul meresap dalam kepala otak ni. This morning sudah nak kena attend 2nd Module. Terkulat-kulat nak mendalami segala input-input yang diberikan oleh Tutor. Rasa nak nangis, rasa nak meraung, rasa nak demam pun ada. Seribu satu rasa. 

Saranan my brother Rafizi for further study itu nampak gayanya lebih baik DILUPAKAN dan jangan difikirkan langsung. OTAK ini sudak tidak mengizinkan untuk itu semua. Lebih banyak benda lain yang perlu difikirkan. 

Dengan situasi di office yang agak huru-hara hari ini, bertambah-tambah beku rasanya. Langsung tidak berfungsi hari ini. Tidak fokus dengan apa yang dibuat. Kerja-kerja sudah semakin bertambah banyak. 

I really need a rest. 
REST....ermmmmm. No rest for me.
Lupakan tentang itu semua, vacation, liquid kan ianya dari kotak fikiran mu RAR. Tak mampu buat cara tidak mampu. Tak der buat cara tak der ok. Dok diam-diam.

Ermmmmmmmm.......




   

Wednesday, June 22, 2011

Eeee Tak Lalu Den



Makan taik... Makanan masa depan...adoiiiiii kenapa dah tak der makanan sangat dah kerrrrr. Dengar jer dah nak TERMUNTAH, inikan bila dah ada depan mata.






Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan.Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bacteria yang banyak.Para pengkaji kemudian mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. 'Daging' yang terjadi mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.