About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, September 8, 2011

Pencinta Meaw Meaw


Tujuh Artis 'Celepets' Kecam Pendera Haiwan
Oleh KEMALIA OTHMAN


My LUNA.......




Geng 'Celepets' bersama kawan-kawan lain dalam satu majlis
PETALING JAYA: Rakan artis yang menggelar diri mereka "Celebriti Pet" (The Celepets) mengecam tindakan pemilik hotel haiwan Petsknode yang dikatakan melakukan penderaan kepada haiwan yang dihantar ke pusat penjagaan itu.
Tujuh selebriti Celepets ialah Atilia, Serena Choong, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas, Daphne Iking dan Aishah Sinclair.
Bagi penyanyi Atilia, 37, dia kesal dengan berita tersebut dan menganggap perbuatan mengabaikan tanggungjawab menjaga haiwan yang diamanahkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Saya rasa sangat sedih dan marah selepas mendapat tahu tentang kucing-kucing yang dihantar ke pusat penjagaan itu telah diseksa dengan tidak diberi makan sehingga ada yang mati.
Atilia bersama dua ekor kucing peliharaannya.
"Saya memahami perasaan pemilik-pemilik haiwan yang meninggalkan binatang kesayangan mereka di pusat jagaan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ahad lalu, kira-kira 50 pemilik haiwan peliharaan dan aktivis hak asasi haiwan dilaporkan telah membuat laporan polis di Balai PolisDamansara Damai dekat sini ekoran kematian dan kehilangan binatang peliharaan mereka yang diletakkan di pusat jagaan haiwan berkenaan sempena cuti perayaan Aidilfitri
Mereka mendakwa pemilik pusat jagaan haiwan itu sengaja membiarkan kucing-kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga menyebabkan 12 ekor daripadanya mati.
Tambah Atilia, denda terhadap pendera binatang harus setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan.
Sementara itu, bagi Aishah Sinclair perkara tersebut perlu menjadi iktibar kepada masyarakat tentang penderaan haiwan yang semakin menjadi-jadi.
“Saya kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik pusat jagaan haiwan tersebut. Dia seharusnya menjaga amanah yang telah diberikan untuk menjaga kucing-kucing tersebut dan bukannya melakukan kekejaman begitu,” ujarnya.
Aishah Sinclair
Tambah Aishah, binatang peliharaan seperti kucing sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Manakala Yasmin Hani turut sedih dan marah dengan kejadian yang dianggap melampaui batas kemanusiaan.
“Ini merupakan kejadian paling besar yang terjadi dan saya harap dengan kejadian ini kerajaan ambil tindakan undang-undang yang setimpal dengan kekejaman mereka.
“Mereka yang mendera haiwan sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal kerana haiwan merupakan binatang yang bernyawa," katanya.
Tambah Yasmin, pemilik haiwan peliharaan juga perlu mempunyai pengetahuan secukupnya tentang penjagaan haiwan masing-masing.


Sumber – mStar online

Raya Tanpa Mama

Sudah lama rasanya.....
tak berjumpa dengan anak-anak arwah
masing2 dah besar.....


Sofea, Chuan, Ci Kema, Akmal, 
Haikal, Hakim, Shereen and Nurin...


Arwah memang kaya dengan anak
8 semuanya..... makin dewasa...makin cantik
dan handsome :D


Tuhan lebih sayangkan MAMA mereka....
walaupun mereka belum puas bermanja
Arwah MAK TEK Rosmawati, 
my other half late untie


Tahun ni dapatlah beraya bersama...
sejak ketiadaan arwah, semua telah berhijrah ke 
Paka, Terengganu untuk kehidupan yang lebih baik


Sofea, you really2 a very good sister ever...
all your brothers and sister are so LUCKY 
to have you as their BIG SISTER.....


Moga Pea tabah dan kuatkan semangat
demi membesarkan adik-adik....


I was not able to HELP you.....
be strong ok..... keep in touch
LOVE you all......




 yang bujang2 dah besar, malu nak bergambar.... :D

Muak Sudah Dengan Nasi





Asyik makan nasik jerr, dah muak...
Malam ni nak tukar selera la pulak....
google punya google, 
bertemu dengan resepi ini.....
memandangkan 
TEPUNG subsidi ada berkoyan di dapur...
maka dengan ini, 
ini lah RESEPI yang paling SESUAI 
mak rasa ya tuan2...dan puan2


lunch time tadi berkejaran ke GIANT
membeli bahan2 mentah....
so excited nak masak2 petang ni
for our DINNER tonight......
tak tahu lah MENJADI ke tidak......


Bahan-Bahan


Tepung + sedikit garam + tepung penaik
DiULI sehingga menjadi 'DOH"
masak di atas kuali leper hingga garing.....


Daging + Ayam diperap dengan serbuk lada sula, lada hitam
sedikit garam dan gula [peram dalam 15 minit] 
Dannnnnn di bakar tanpa minyak diatas kuala leper....
hingga naik bau....


Salah + Tomato + Timun 
Mayonis + Sos Cili......


Tadaaaaaaaaaaa ....dah siap, leh di MAMAM
satu pun dah kenyang sampai esok.... hehehehe




MAMALOVEYOU KEBAB - dimasak dengan penuh kasih sayang......







Wednesday, September 7, 2011

Dah Jadi Papa dan Dah Jadi Mama Juga

call me MAK
cal me MAMA, call me MUMMY
call me UMI, call me IBU

call me BAPAK, call me AYAH
call me PAPA, call me BABAH
call me ABAH, 
call me DADDY......
call WALIT.....

tak kesah lah panggil aper pun...
tapi makSuh nya semua sama jerrrrr


Congrate Aqasha kerana sudah bergelar PAPA. 
Wah nama babynya pun menarik dan lain dari yang lain.  Isteri beliau Noor Baizura sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki 
yang diberi nama 
Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha.


Semoga baby dan mummynya sehat2 hendaknya 
and SELAMAT BERPANTANG.......




Juga congrate buat penyanyi Krisdayanti dan Suami, 
di atas kelahiran baby girl mereka. 
Cumel dan mungel. 
Selamat karena telah melahirkan bayi yang sehat. 
Pasti cantik dan jelita persis ibunya yang jelita. 
Tak gitu. Apa apa pun TAHNIAH sekali lagi.




TAHNIAH JUGA BUAT 
ELYANA dan hubby...
chomul gak baby girl nya....
nama nya belum finalize lagi :D
Moga sehat2 dah berbahagia 
di samping ahli keluarga baru... :D












[T][A][H][N][I][A][H]

1st Raya di Pantai Ria + Telok Gadong Klang



ni jer pic yang ada, puan punya blog belum ada camera sendiri lagi. so di KL + KLANG, nan ado la picture ya..........




Hari ke 3 bekerja hari ni, setelah 9 hari berHOLIDAY. Ini adalah cuti tahun TERPANJANG yang pernah di ambil + dengan PUBLIC HOLIDAY. Tak rehat mana pun. Masuk jer keje..keje dah menimbun2 menunggu. 


Sabtu Ahad kemas rumah tak sudah2. MOOD raya sudah bermula. Pagi hingga ke petang bawak ke malam RAYA tu, merebus KETUPAT segera satu periuk besar dan ketupat palas for me, MIL + SIL.

Malam nya pulak membuat kuah kacang. Ye lah selama ni semua MAK tersayang PUAN RAJABEE yang buatkan. Me, just tolong2 prepare barang2 yang nak di masak jer. Bila mak mula menumis, bukan nak tengok. Nah, bila MIL mintak buat kuah kacang. MENGELABAH kejap. 5,6 kali gak la call My mom kat kampong, tanya macamana nak buat kuah kacang. Ada hikmahnya. Nah CUBAAN pertama, mendapat PUJIAN dari MIL n SIL. MENJADI lah kuah kacang eden. Hehehehe. TQ TQ TQ. atas puji pujian.


Bawak ke tengah malam menemani my other half membakor lemang bersama2 jirang tetangga berkongsi2 membuat lemang untuk hari raya. BAPAK awal2 dah pesan bawak balik lemang tahun ya, macam biasa jangan lupa. OK BOSS.

1st raya, lepas sembahyang raya at MIL house berkumpul with all SIL + IPAR LAMAI + ANAK2 SAUDARA, lepas salam2 raya dan makan2, pastu ke rumah kengkawan my other half puler.


Petangnya pulak ke Klang, rumah Mak Lang Nab. Semua ada, MIL+SIL+IPAR2+ANAK2 SAUDARA+PAK TEH+PAK SU sefamily. Wah kami semua makan besar. Gotong royong memasak. Ikan TALAPIA BAKAR cicah air asam, sayur gorang......wah pembuka selera. Di+ dengan kerabu mangga. Pehhhhh sehingga bertambah nasi. 3, 4 x. Haaaa sebab tu lepas balik dari cuti raya badan makin menjadi-jadi. Berat badan BERTAMBAH-TAMBAH. Sampai ke malam, lepas magrib bergerak pulang ke Pantai Ria semula. 

Puan Punya Blog lebih baiklah kamu BERDIET semula. kalau tidak, badan bagaikan di pam-pam ya. Hahahahahaha

Malamnya pula around 9.00pm, My SIL, CT, AYU & ADIK pulak beraya at my house. Riuh rendah, mana taknya, myself 3+2+2+3...Gamat rumah jadinya. MERIAH. Anak2 semua tengah nak membesar. Berkumpul sekali sekali memang MERIAH + GAMAT. Bila semua dah pulang, operasi mengemas bermula. 

Dan esoknya seawal 5.00am dah nak gerak ke Senaling, KP N9. Masanya beraya with my "R" family and pusing satu N9.....Seremban+Rembau+Kuala Pilah.............

Cuti yang memenatkan...............







Sunday, September 4, 2011

E.L.I.T.E

Puan Punya Blog MEMBESAR dengan lagu-lagu mereka.
ELITE memang menjadi KEGILAAN dan IKUTAN remaja2 masa tu
termasuklah Puan Punya Blog.


Antara lagu2 mereka , trauma...manisnya senyumanmu...



tamparan wanita...sesuatu didalam dirimu..... 
dan banyak lagi




Wah, apa ELITE pakai, I pun nak juga,
STYLE baju, seluar, rambut and everything lorrr....
ELITE sorang2 kawin, I pun kawin ok
hehehehe......anak2 kami pun ada yang sebaya....
Tapi I an ordinary person, idak lerr seGLAMOUR dan 
SECANTIK dan SELAWA ahli2 ELITE......


Yang paling diikuti hingga kini, kesah ABBY ABADI.....cedeyyyy
moga ABBY ABADI dan anak2 tabah.....dan saling menyayangi......
LOVE you Abby Abadi....and your kids is so CUTE


Selalu mengikuti perkembangan story mory they all
hingga kini dan selamanya....








kan i dah kata, anak2 we all pun lebih kurang sebaya jerrrr :D

Cerita dari Wartawan Bernama TV


‘Saya terdengar dua das tembakan’

KESAN tembakan pada cermin tepi tempat duduk belakang kenderaan pacuan tempat roda yang dinaiki Noramfaizul.


MOGADISHU – “Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.
Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.

NORAMFAIZUL yang dalam keadaan nazak selepas ditembak sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.
“Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Al-Fatihah Buat Jurukamera Bernama TV






MOGADISHU: Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, 
terbunuh selepas ditembak ketika membuat liputan Misi Bantuan 
Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan 
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri 
dan Timbalan Menteri (Bakti) di sini, 
malam tadi. Allahyarham meninggal dunia jam 11.15 malam 
tadi (jam 6.15 petang di Somalia) iaitu kira-kira sejam selepas 
terkena tembakan curi dipercayai 
dilepaskan kumpulan pemberontak. 
Dalam kejadian serang hendap itu, 
seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan 
turut dilaporkan cedera di 
tangan terkena tembakan yang 
dipercayai dilepaskan secara rambang. 
Wartawan Harian Metro, 
Mohamad Apendy Issahak ketika dihubungi 
di Mogadishu lewat malam tadi memberitahu, 
ketika kejadian 
kira-kira jam 5.15 petang waktu tempatan, 
Allahyarham bersama petugas media Malaysia 
sedang dalam perjalanan pulang 
ke hotel penginapan di sini selepas 
melawat kem penempatan dalaman 
(IDPs) Waveri, dekat sini. Seramai 53 lagi 
anggota misi bantuan kemanusiaan 
dari Malaysia termasuk petugas 
media bagaimanapun terselamat dalam serangan itu 
dan mereka kini dalam proses 
pemindahan ke lokasi selamat.




Ketika kejadian kedua-dua mangsa 
berada dalam kenderaan yang sedang menuju ke hotel. 
Sementara itu, wartawan BernamaTV,  
ANUAR YAHYA yang turut serta dalam misi itu berkata, 
kejadian itu berlaku ketika 
Noramfaizul bersama rakan media 
elektronik yang sedang menaiki trak dalam 
perjalanan ke sebuah 
pusat komersial untuk menghantar laporan 
berita apabila terkena tembakan curi 
yang mengenai bahunya dan menembusi 
paru-parunya.Mangsa yang dibawa 
masuk ke dalam hotel sejurus 
selepas kejadian, disahkan 
meninggal dunia ketika 
menerima rawatan pada jam 
11.07 malam waktu Malaysia.




Khairulanuar berkata, tembakan itu 
ditujukan kepada trak tentera kerajaan 
yang mengiringi pasukan media Malaysia, 
tetapi tersasar dan mengena 
Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi berkenaan yang berlepas pada 
28 Ogos dari Kuala Lumpur dijangka 
pulang pada 8 September ini.
Wartawan Astro Awani Tan Su Lin 
yang membuat liputan langsung di Astro 
malam tadi memberitahu Aji Saregar 
cedera ringan di bahu kanan 
terkena serpihan peluru.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku 
pada kira-kira 5.40 petang waktu tempatan 
(Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) 
ketika mereka seramai enam orang 
sedang menaiki pacuan empat roda dalam 
perjalanan pulang ke tempat 
penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.
"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari 
sebelah kanan dan ada bau asap. 
Saya tidak menyangka 
kenderaan kami terkena tembakan apabila 
menoleh ke belakang, 
Aji dalam kesakitan dan 
Faizul dalam keadaan pucat," katanya.


Noramfaizul meninggalkan seorang isteri 
Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki, 
Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.
Sementara itu, Norazrina, 
yang sedang dalam perjalanan 
balik dari Johor ke rumah 
mentuanya di Serdang Raya, dekat sini, 
terkejut dan sedih dengan 
pemergian Allahyarham.
Norazrina berkata sebelum 
suaminya berlepas ke Somalia, 
Allahyarham berpesan supaya 
menjaga diri dan anak mereka dengan baik.
"Dia turut berpesan dia pergi 
kerana berkhidmat untuk negara 
dan jangan bimbang dengan 
keselamatan dirinya," kata 
eksekutif perhubungan awam sebuah 
agensi kerajaan di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Tan berkata mereka 
pulang ke tempat 
penginapan untuk berkemas 
kerana dijangka pulang ke Malaysia 
pada kira-kira 5.30 pagi 
waktu tempatan hari ini.
Beliau berkata, ketua misi Datuk 
Abdul Azeez Abdul Rahim, 
yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, 
sedang berbincang dengan 
pihak pengurusan untuk membawa balik 
jenazah Allahyarham 
bersama rombongan misi, hari ini.


sumber : metro

Saturday, September 3, 2011

Istana Seri Menanti on 4th Hari Raya

Bagai orang ngantuk disorong bantal....
Bagai monyet dapat cincin....
Hahaha suka laaa.....
suka hati puan punya blog lerrrr
FM and adik MIMA dah ajak, I FOLLOW.....

Lepas berposing sana sini....
we all berkelah dgn KFC di tepi istana...
sehingga menjilat jari....

Thank you so much FM n MIMA
ingat artis jer leh posing2..... i pun leh gak 
walaupun kadang...kadang......










Friday, September 2, 2011

My 1st Raya '11 wif "R" family




Tahun ni seperti tahun-tahun sebelumnya, 3 tahun berturut-turut my family raya di Kuala Lumpur wif my IN LAW family. 5.00am on 2nd raya baru balik KP. Disebabkan masalah teknikal, my 1st raya wif my BAPAK n MAK tertunda ke 3rd raya. 

So, on 2nd raya we all just lepak n titun jer. Raya tahun ni tak brapa nak syok. Entahlah kenapa tak syok, mungkin sebab masalah TEKNIKAL jugak la. Masalah teknikal sana-sini. Tak per la, yang penting anak-anak HAPPY cukup. Itu yang lebih penting. Walaupun BAPAK selalu marah-marah. Its ok, BAPAK tu dah uzur.

On 3rd raya baru kami adik beradik berkumpul dengan mak n bapak. Salam raya, bermaaf-maafan bersama. Dan..dan tidak lupa agih-agihkan duit2 raya pada mak, bapak serta anak-anak. [Afiq, Damia, Dina n Ariq]. Kids so happy dapat duit raya.

Selesai bersalam-salaman, terus gerak ke Kubur Bukit Temensu. Arwah2 Atok Rasip, Wan Katek, Pak Ngah Majid, Mak Teh n Abang Samek. Dan seterusnya ke kubur di Melang, arwah2 Atok Hussin, Wan Jarah, Mama Leha, Ayah Bidin and our beloved n always in our mind Nurul Aleya Zara. Our 2nd Raya without her. Amanlah kau di sana sayang.

Agenda seterusnya, berjalan2 di rumah saudara mara. Dah 3rd raya so ramai saudara mara tidak ada dirumah masing2. Bermula dengan rumah Pak Long Volvo di Taman Rashibah, Seremban dan seterusnya ke Sepri Rembau, rumah anak buah bapak Kak long Ani. Seterusnya ke Bongek Rembau, rumah mak long dan pak long yahya.

Kemudian pulang ke Senaling dah singgah di rumah Pak Cu Jenal, adik bongsu bapak. Last sekali ke rumah Balang MIL, Cik Ton n Pak Cik Zainal. Dannnnnn pulang ke rumah KELETIHAN. Itulah story my 1st raya wif my all mak bapak, sibling, ipar n kids.........