About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, March 7, 2012

Aduan Anak2

Bukan sekali dua, dah banyak kali aduan mereka


Damia: mama ada kawan kakak pukul kakak   
Mama: jauhkan diri dari dia, kawan dengan orang lain ok

Dina: mama kawan adik tendang kaki adik
Mama: jauhkan diri dari dia, kawan dengan orang lain ok

Damia: mama, kawan kakak curi pencil kakak
Mama: tak per la, nanti mama belikan yang lain

Dina: mama, kawan adik pukul adik
Mama: jauhkan diri dari dia, kawan dengan orang lain ok

Damia: mama kawan kakak ambik duit kakak...
Mama: tak per la, mungkin dia tak der duit, kesian dia

Dina: mama kawan adik kan, dia ambik pemadam adik
Mama: tak per nanti mama belikan yang lain


Nama mama nak gi jumpa atau marah kawan anak2 tu tidak la kan. itu bukan cara mama untuk campur urusan budak-budak. bagi mama hal anak2 tidak perlu masuk campur, cuma hal budak2 kan. mama tak kata anak mama baik. biasalah nakal budak-budak. selagi tidak memudaratkan tak mengapa. hal kecik jer. tapi pagi ni satu tamparan hebat buat mama. merah menyala muka mama pepagi subuh tadi. ada parents datang mengadu. akibat salah faham. hal duit RM2/-. Biasa lah budak-budak ni kan. tuduh menuduh. saya tuduk awak. awak tuduh saya. entah siapa yang benar. Mama memang tidak tahu menahu hujung pangkal. menapak mama naik ke rumah tingkat 10. fuhhhh. sebab tak nak naik satu lift ngan parents budak tu. kalau mama di tempat parents budak tu. mama senyapkan jer. selagi tidak memudaratkan sesiapa. huhuhuhuhu. camner nak hadap mereka esok. :(


tamparan demi tamparan singgah ke pipi ku...
huhuhuhu....adoyaiiiiiii 


nakal sangat ke anak-anak mama :(


damia..dina 
please behave yourself sayang mama

Tuesday, March 6, 2012

LOST

hilang arah tujuan
DAN...
keadaan makin tegang :(


tu sajor den koba an kek senear yooo.........







Sunday, March 4, 2012

Jari Keras Ku

2 jam masa diambil untuk menyiapkan this 2 things. for me both also perform well. hope kak G like it la. sambil tangan menyiapkan tugasan, si mulut mama pun tak henti-henti memarahi si Damia n si Dina. yang dari mula sampai sudah ganggu kacau kerja-kerja mama. bila dimarah lari sekejap. pastu 2,3 minit datang balik ganggu kacau mama lagi. they all nak mengenen fresh-fresh flower nak main-main mandi bunga, ish ish mandi bunga. tulah peel my princess bila myself play around wif the fresh-fresh flower bila ada 'tempahan'. okies enjois the pic. sirih junjung adat yang entah ke berapa and my 2nd-hand bouquet. :D

tadaaaaaaaaaaaa
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Saturday, March 3, 2012

Weee Weekend

MOM is in TOWN this weekend. berebut-rebut ngan others siblings. mak tido umah den ok, ehh ehhh tak umah den. den yang COP mak dulu ok. eh den dulu la, sila ambil nombor ya. hehehehe. semua anak mak LOVES mak so much. last night supper wif my sis mima n fm together-gether wif MAK until 2.00am in the morning at MEK stall near pantai ria. storey more about their WEDDING. lepak, borak-borak sampai tak sedar dah 2 pagi. abis 2 cawan nescafe tarik for me...ish ish GEMOKKKK this morning subuh2 dah bangun. ada 2,3,4,5 agenda menanti.

1st ke petaling street searching for fresh flower for making sirih junjung and hand bouquet. pastu jenjalan dalam central market cuci-cuci my eyes. nengok sajor. kejap jer, fresh flower2, wet sponge, sirih...DONE balik. and bad news is my weight is increase and now 75 kg. mama do something....diet diet...@__@. huhuhuhuhu cedey, den dah gomok balik... naik 5kg ok. mama please behave yourself. jangan nak melantak sajorrrrr.......

2nd geges ke kedai kak cah, beli bahan2 mentah. myself nak cooking for lunch today, myself cooking OMG. thanx HUDA for the fresh-fresh prawn and crab bought from SABAH. selalu buy something for me bila you gi holiday, TQ darling :D. apo lai yg sodap udang ketam masak lomak lorrrr cili api with kacang buncis, ikan kembong goreng + sambal belacan. [myself x makan pun..:D sebab..tungguuuuu]

3rd sebab myself x makan for lunch, kosongkan perut for my buddy Ina Zurinah daughters besday party, ala sebelah pantai ria sajor and BAPAK suprise along drive ok and motif berbaloi-baloi bapak bayarkan driving fees dulu, dalam PD berani laaa, hehehehehee [seronok sebab dapat makan my favourite nasi impit wif kuah kacang and roti jalan]. Meet up my best buddy Sab, Tina and Zihan there. chit chat chit chat 6.00pm balik...ada tugas menanti me.  

and 4th...... last TASK for today....nak buat HANTARAN, sirih junjung and the hand bouquet. hope my handmade this time perform well. insya'allah. 

ok dada... this is my weeeee weekend for today guys - saturday 3.3.2012...... :D



HAPPY WEEKEND BUDDIES  :D




Friday, March 2, 2012

Permata Hati MAWI

Syukur alhamdullillah, 
ekin rahmat isteri tersayang kepada 
penyanyi asMAWI aNI telah selamat 
melahirkan puteri sulong mereka 
di salah sebuah pusat perubatan di bangi. 
Puteri sulong itu telah diberi 
nama CAHAYA MALAIKA, 
sangat UNIK nama itu. 
semoga baby sehat 
dan selamat berpantang kepada EKIN. 



angin meroyan

angin meroyan ku sudah sampei ke otak
adoi puan punya blog, 
cam ner nak maju kalau tiada self confident.....
this coming weekend, ada 2 tempahan....
mula la meroyan takut 
the tempahan tak perform well well well
TUHAN tolong lembutkan jari jemari ku ini
uhuk uhuk uhuk........


tempahan dari pada KAK G, mothercare
for her sister engagement, tak banyak
hanya 2 sajor, rezeki dariNYA.
alhamdullillah...:D


meh sini punya blog nak 
BERPANTUN sikit ni ha


cik nyonya berkebaya sendat
berjalan sorang sangat bertenang
sirih junjung itu, sirih adat
WAJIB buat hantaran masa bertunang




dulang hantaran berhias indah
air mawar direnjis-renjis
masa bertunang terikat sudah
bunga tangan penyerimu gadis


amboi cehhhwahhhh :D
berpantun-pantu
ya dini hari ni.....
kuang kuang kuang ...hahahaha




selamat bertunang kepada adik kak G
semoga majlis di melaka berjalan lancar... :D
hendaknya...amin

terGUNDALA lorrrr

banyak picture from my cute little C3 
tak leh nak transfer to PC. 
banyak citer yang nak di blog kan. yup memang bebanyak sangat.
semua tergundala la jawapnya. 
ermmm bila la nak mampu belik digital camera sendiri ya :(. 
bila la mimpi dan angan-angan nak jadi kenyataan. 
"puan punya blog, 
kalau DIA nak bagi dah lama DIA bagi dah, 
kalau DIA tak nak bagi, nak buat camner". 
belum ada REZEKI la tu......

ermmm, 
mimpi biar sampai ke bintang
angan-berangan biar jejak bulan.....

huhuhuhuhuhu




Nice

very nice...berkenan yang kat atas kepala Ella tu

Moga Cahaya Tiba Nanti

Semoga DIA akan lebih murahkan rezeki ku
dan moga daku berpeluang 
pula membawa mak n bapak
jalan-jalan.... makan angin
insya'allah....
dengan izinnya

















macam RAR BOB BALANG bawak
mak bapak gi jenjalan makan angin
ke SABAH DIBAWAH BAJU......





Thursday, March 1, 2012

34 Sudah SYUKUR




Hari ni genap 34 tahun hadir nya diri ini.....
sebagai salah seorang makhluk tuhan dipentas dunia ini.
Syukur ku panjatkan kepada maha PENCIPTA.
syukur di atas kurniaan dariNYA.
Redho dengan segala ketentuan dan kehendakNYA
Terhadap aku insan yang hina disisiNYA.


Happy birthday to me...happy birthday to me....
happy birthday to meeeeeeeee

1 Mac 1978 jam 12.30 tengahari bersamaan hari Rabu….
Di Hosp. Daerah Kuala Pilah……
Lahir lah PUTERI sulong MAK BAPAK
Yang tidak cukup bulan, 
halussss cam anak kucing baru lahir…
Maka dok la keseorangan berteman staff2 nurse kat hospital tu
Selama 3 bulan lamanya.
WAN JARAH lah yang selalu melawat kat sepita
sementelahah... mak bapak dah balik kolumpo
lots of love to you arwah wan jarah.....
lama gak la duk ngan wan, almost a year kot....
sampai arwah ayah bidin kono letrik maso kojo LLN dulu
terpaksa lak MAK angkut balik KL...
sebab wan kena jaga arwah ayah bidin 
yang injured teruk masa tu........


Terima kasih padaMU ya allah, kerana memberikan ku
Kesempatan untuk bernyawa hingga detik dan saat ini
SYUKUR padaMU…..


* bila dah sekolah rendah, kalau balik kampong tu
sure mak pak sedara tegur.... 
"hidup budak tak cukup bulan ni ya,"
besar panjang cam galah.... :D

Dari tapak kaki sebesar ibu jari,
mungkin kecik lagi dari tu sebab 
saya lahir tak cukup bulan,
kata mak besarku hanya sebesar anak kucing.
Masya’allah, more tiny than my princess Mia.
Alhamdulillah sampai dah besar panjang sekarang ni.
Terima kasih tidak terhingga pada MAK BAPAK.
Walaupun semua nya serba sederhana bapak beri yang terbaik.
Semua cukup makan, pakai, pelajaran sampai habis tingkatan 5.
Bapak jugak yang bayarkan kelas computer
[kata bapak lepas ni kerja kerani pun dah cukup, :D]
* bapak along memang keje kerani sekarang ni, 
hehehehehe
DAN
Kelas memandu bapak yang bayarkan yurannya
[bapak sampai sekarang ni pun 
anakmu ini masih takut untuk memandu]
huhuhuhuhuhuhuhu

Zaman kanak-kanak yang TERgembira.
Ya sangat-sangat MENGgembiraKAN.
Saya seorang anak yang berTUAH.
Disayangi oleh kedua mak bapak saya.
Couse I’am the 1st in my family…… :D
sulong, kak long....

Dan hari ini……
Almost 12 years I became a very lucky MAMA
In the whole world….
Yup….yes seorang MAMA yang berTUAH
Because of my 3 heart gems, penguat nadi hidup ini
And they LOVE me so much…..
Afiq, Damia & Dina
MAMALOVEYOU until my last breath…..

Abang, Kakak and Adik adalah KEKUATAN MAMA
all of you make me strong……very strong
strength and healing all sorrow and suffering

Moga DIA berikan daku KESIHATAN YANG BAIK
Kesihatan sangat merosot lately….
If something bad happen to me…
How I’am gone to feed my 3 angels….




to MAK and my siblings...thanx..thanx 
for the UCAPAN seme... :D
to all FB friends, cousins......thanx a lot for the 
birthday wishes...sangat2 terharu hingga 
gugoq ayaq mata cheq... :( seyes.... 


tq to my bosses... NEK n MFH for the coco ice blended 
from San Francisso... love it so much :D
gemok gemok...gemok


and not forget my ex BIG BOSS ... Mr KIB 
and Ms SAM...TQ TQ TQ and TQ
for my favourite cheese cake :D from SR
ermmmm yummy .....


TQ TQ TQ...
atas doa-doa kalian.....
semoga TUHAN memberkati hidup kalian semua....
THANX again.....
dan semoga doa-doa anda semua kepada saya
dapat memBERKATI dan memberi RAHMAT 
kepada hidup saya kelak..... :D amin dan insya'allah
atas izin dari NYA
betapa saya menghargai ucapan2 kalian semua


THANX A LOT......


salam......


*ish cam tak nak stop mencorat-coret plak
.....dah dah la puan punya blog
hope they all understand :D


terharu kerana masih ada yang sudi 
mengingati 'hari lahir" saya........
kerana manusia yang sepatutnya 
tidak berbuat demikian :(