About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, April 12, 2012

DUIT..DUIT

sape kata nak buat anak 
yang tak berapa pandai..
berjaya dalam hidup tidak guna duit....
sekarang semua duit, 

tuition, kelas tambahan, seminar, motivasi....
semua nya DUITni se sesajor.......
ermmmm....



"nak jer sujud kat kaki2 mereka, 
tolong buatkan 
anak-anak saya CEMERLANG,
tapi saya tidak ber WANG"
kerana saya tidak mahu
anak-anak saya SUSAH seperti saya



Wednesday, April 11, 2012

AGONG BARU


Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat 
khasnya  bersetuju mengisytiharkan 
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 
sebagai Yang di-Pertuan Agong 
yang baru berkuatkuasa pada 
13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V 
dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong 
untuk tempoh yang sama, 
menurut kenyataan akhbar 
dari Jabatan Perdana Menteri yang 
dikeluarkan di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong ialah 
gelaran rasmi ketua negara Malaysia. 


DAULAT TUANKU......


Cedey La

really touching la episode 'cinta buat emelda' 
untuk hari ni. 
sehingga menitiskan airmata kesedihan. 
huhuhuhu. luar bukan main matahari terik 
bersinar kepanasan. 

Tapi dalam rumah 
kehujanan kebajiran puan punya blog. 
huhuhuhu again. 
naluri keibuan sentiasa tersentuh. 
huhuhuhuhu
layannnnnnnnnnn






Gegaran

CNN wrote: Breaking News: A magnitude 8.7 earthquake hit off the west coast of the Indonesian island of Sumatra, the U.S. Geological Survey says.





terLEBIH r.i.s.a.u

risaukan anak bujang mama yang asyik 
nak main bola, badminton. fb apa tah lagi. 
setiap hari bekerja jam 4.30 petang ....
Abang akan sms mama di office dan ayat standard dia:-

"mama, balik cepat ya, afiq nak turun main, 
kalau mama balik lambat, afiq bawak turun 
damia n dia dulu, jumpa kat taman"

:(

kan bagus kalau sms nya bertulis seperti ini:-

"mama, abang banyak keje sekolah ni, 
malam nanti kita buat ulangkaji ya"

atau

"mama afiq risau la maths afiq 
teruk tak der improvement"

atau

"mama, UPSR dah tak lama lagi, abang risau"

berleter sudah, pukul pun dah, membebel apa tah lagi. abang, 
nak mama buat macam mana lagi abang. 
Tiada minat langsung pun abang tunjukkan pada pelajaran. 
mama terlampau risau kan abang. 
abang lah harapan besar mama. 

afiqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq..........

Sharing is Caring



C.I.N.T.A Buat Emelda......



Saksikan “Cinta Buat Emelda” menerusi slot Akasia,  yang akan menayangkan pelakon hebat, Almy Nadia,  Fizo Omar, adik Mia Sara Nasuha, Erry Putra, Rabecca Nur Al-Islam, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Diana Amir,  Rykal Iskandar dan ramai lagi, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3 bermula 26 Mac 2012.Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn. Bhd dan di bawah arahan Ismail Bob Hashim.

Sinopsis
Diadaptasi dari novel ‘Kasih Antara Kita’, 
drama ini berkisar mengenai kehidupan 
Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania. 
Sejak Dania di sisi Emelda, 
hubungan Emelda dengan adik lelakinya, 
Emeriz mulai renggang. 
Walaupun tiada lagi persefahaman 
di antara Emeriz dan Emelda, 
namun Emeriz begitu menyayangi Dania.

Tanpa diduga, Emelda bertemu Airil Fatah 
yang merupakan seorang doktor 
yang memberi ceramah di tadika Dania. 
Sejak pertemuan itu, Airil sering termenung 
sambil mengimbas kembali waktu lalunya. 
Rupa paras Emelda menyerupai seseorang 
yang dikenalinya. Di benak fikiran Airil, siapakah Emelda? 
Namun bagi Emelda, dia sangat mengenali Airil 
dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak 7 tahun yang lalu.
Airil begitu berminat untuk mendekati dan 
menyelami sisi kisah hidup wanita bernama Emelda. 
Pada masa yang sama, Emelda gusar jika ia berlaku 
dan Airil mahu merampas Dania daripadanya.  
Namun Emelda terpaksa akur apabila Airil 
meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania. 
Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Airil.

Meskipun pada mulanya Aeril menjadi 
serba salah setelah mendapati Dania adalah anaknya, 
namun lama-kelamaan hubungan Airil dan Dania 
menjadi semakin rapat sehinggakan Dania 
mula memanggil Airil, ‘Papa’. 
Lantas Airil mengambil keputusan 
untuk mengahwini Emelda 
walaupun Emelda tidak bersetuju.
Emelda telah menolak hasrat Airil 
untuk mengahwininya, namun Airil masih 
tetap dengan pendiriannya. Airil menghantar 
rombongan meminang ke rumah Emelda 
tanpa pengetahuan keluarga Emelda. 
Airil juga memberanikan diri memberitahu keluarga 
Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung kepada Dania.

Emelda akhirnya terpaksa akur 
dengan hasrat Airil dan sanggup memperjudikan nasibnya 
bersama lelaki yang bernama Airil Fatah. 
Meskipun hatinya tidak pernah terbuka 
untuk insan yang bernama Airil Fatah, 
namun demi Dania dia tetap mencuba sedaya upaya 
yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang 
dibina bukan atas dasar cinta? 
Mampukah Airil Fatah menawan hati Emelda? 
Apakah rahsia yang disimpan oleh Airil Fatah 
mengenai kehidupan silamnya 7 tahun lalu? 
Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? 

Jangan lupa saksikan setiap 
Isnin hingga Khamis, jam 6.00 - 7.00 petang di TV3



Tabah Ya Rita Rudaini


Dalam SMS berkenaan Aidil antara lain menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.”
Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.
“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.
Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.
Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.
sumber: Utusan Malaysia dan mstar online
"moga rita rudaini tabah menghadapai semua dugaan ini, take care. kuat dan tabah demi anak-anak................



ayat-ayat Aidil satu masa dulu, apa dah jadi bro....

“Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya.
“Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan.
“Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet.
“Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali,”

jika...dan jika..jika


Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan
Jangan jadi lalat yang membusukkannya.

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik
Jadi silakan diam.

Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat
Cukuplah sekadar menghulurkan doa dan munajat.
 
Jika diri sendiri pun tak betul
Jangan cuba nak menasihati orang lain, jikapun diri itu berhak
 
 

Monday, April 9, 2012

ABPBH 2011



Aaron Aziz diapit isterinya Diyana Halik selepas selesai ABPBH2011 di Genting Highlands , malam Ahad. Aaron dipilih sebagai 
Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular 2011.


GENTING HIGHLANDS: Penyanyi tersohor negara, 
Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) 
bersempena dengan sambutan kali ke-25 acara itu.
Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.
DAN tidak lupa juga Hero  Malaya Rosyam Nor.....

Manakala pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular 2011 apabila mengungguli hadiah tertinggi 
pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.
Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada malam itu.

Persembahan Kak  Diva Ziana Zain dan
Azlan Typewriter...the BEST......

Senarai penuh pemenang ABPBH-2011
1) BINTANG PALING POPULAR: 
Aaron Aziz
2) PENYANYI LELAKI POPULAR: 
Hafiz
3) PENYANYI WANITA POPULAR: 
Yuna
4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: 
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: 
Johan Ariff As’ari
6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: 
Tasha Shilla
7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: 
Aaron Aziz
8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: 
Maya Karin
9) PELAKON TV LELAKI POPOLAR: 
Fizz Fairuz
10) PELAKON TV WANITA POPULAR: 
Fasha Sandha
11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: 
Johan Raja Lawak
12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: 
Didie Alias
13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR:
 Zizan Razak
14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: 
Fara Fauzana
15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: 
Faizal Ismail
16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: 
Fara Fauzana


ANUGERAH KHAS

1) ANUGERAH KHAS 
PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: 
Datuk Sheila Majid
2) ANUGERAH SRI PERAK: 
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin