About Me
- MAMALOVEYOU
- Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
- Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Monday, March 4, 2013
Arwah Adik Raimi Dalam Kenangan
allah hu akhbar...allah hu akhbar. allah maha besar. allah maha besar. apa yang engkau rencanakan, apa yang engkau utuskan buat kami sememangnya rahsia. tiada siapa yang tahu. apa yang akan terjadi dan sudah tertulis amat payah dan berat kami semua terima. tapi kami semua harus redho dengan takdir ini. baru hari ni mak long ada kesempatan untuk mencoretkan sesuatu buatmu sayang. Masih berlegar-legar di kotak fikiran maklong minggu-minggu terakhir mak long melayan adik raimi, abang danish, kakak Damia n Dina di Mid Valley. Adik Raimi riang sama seperti orang lain. Suara lembut adik Raimi memangggil nama mak long, "mak long, mak long abang, damia dina pergi kat tempat game sana, tinggalkan adik" tiada sebarang tanda atau perangai pelik adik Raimi pamerkan. Berkejaran ke sana ke mari, mak long pun turut sama berlari. takut adik dan yang lain2 hilang dari pandangan mata mak long. Rabu, 2 hari sebelum kejadian tu, tu lah hari terakhir mak long lihat adik, tu pun sebab adik keluar lewat ke sekolah. macam biasa perangai pemalu adik, sengih-sengih adik masih segar terpahat diingatan mak long. Tiada kundrat yang boleh menghalang, tiada daya lagi. dia lebih menyayangi adik, dan yang lebih buat mak long sedih dan hiba adik Raimi pergi pada tarikh hari lahir mak long. selagi mak long bernyawa, selagi itu mak long akan ingat tarikh ini Adik Raimi. Buat ayu dan goh supaya sabar dan tabah untuk menghadapi semua ini. Adik Raimi menunggu kalian berdua di syurga indah di sana. Sesungguhnya Jannah itu pasti buat mu sayang....
Adik Danish Raimi dalam kenangan kami semua..... 03.07.2007 - 01.03.2013
Friday, March 1, 2013
35th - ME 0n 1.3.13
alhamdullillah syukur sesyukurnya, walaupun aku terkadang lalai dengan perintahMU dan tidak sesekali aku melupakanMU. sentiasa bersyukur wahai penciptaku yang maha agong, tidak terluah dengan kata2. terima kasih pada MU maha suci allah swt. Kerana masih memberi dan meminjamkan nafas dan roh ini buatku. Genap 35 tahun sudah hari ini. Tidak pernah lupa bersyukur dan berterima kasih sekasihnya padaMU jua sekali lagi ya allah. Berilah aku hidayah dan petunjuk mu di usia yang semakin lanjut ini. entah esok, entah lusa engkau akan menjemputku ke alam yang kekal itu. amin
sekarang kalau sesiapa tanya, apa yang aku mahu dalam hidup...
"hanya kesihatan yang baik dan dapat besarkan anak2 dengan sempurna dan semampu mungkin dan murah rezeki serta hidayah dariNYA.........
Ucapan lain dalam sanubari, moga ikatan adik beradik yang kukuh dan erat selamanya, gaduh2 manja tu biasa la, tarik-tarik rambut bertikam lidah tu pun biasa la, hahahaha. adik beradik kan gaduh camno pun lelamo baik yo. Ini pun sama penting anak-anak yang cemerlang dunia akhirat dan most important is selalu sayang mama, jangan buang mama kalau mama dah hodoh dan tua nanti. mama tahu walaupun kite miskin ya anak-anakku, kita kayo dengan kasih sayang" Terima kasih mak atas ucapan hari lahir ini "long mak tak sangka umor kau sebanyak ini, jadi mama yang penyayang" Thanx mak, mungkin mak tak cayo anak sulongnya yang lahir tak cukup bulan dan hanya sebesar anak kucing ini akan hidup lama hingga sekarang ni. Mak doakan along supaya panjang umor lagi macam mak ya. Along akan jadi mama yang paling penyayang dalam dunia, tapi kalau afiq, mia n dina nakal-nakal, along cubit jugak hehehe, along rotan jugak, huhuhu hanya untuk memberi pengajaran, mak pun rotan along gak dulu, bega bona kan. :D. bapak sonyap yo bukan tak ingat sajor yo tak nak cakap kan bapak "remember i'am ur 1st baby. hehehe. Your old baby bapak. Terima kasih juga pada ongah bam, balang bob, kakak atam n acu mima, "hadiah along mano". Terima kasih juga pada anak-anak , deyyy berapa kali anak2 daaa, biar an walau 100x pun, anak den, suko hati den la, yang mengingati ulangtahun kelahiran mama "mengingati sudah memadai" ada orang tu langsung tak ingat, wish apo pun tadakkk. Terima kasih juga ucapan dari kengkawan di facebook, thanx sebab nak kawan ngan aku, kawan sejati kawan yang abadi dan memahami. To kawan2 kat opis jangan selalu sangat buli-buli aku, sesungguhnya aku selalu dibuli, sian aku kan....hahahaha. Sebab aku paling JUNIOR kat opis. budak kecik memang selalu kena buli. hahahha. Kalau yang bagi hadiah tu den ambik yo, joki jangan ditolak kan, musuh jangan dicari.
Happy Birthday to me.....
35th
1.3.13
7th Anniversary my SIS
Syukur dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7 Buat Roslinda [Bam] and Mohd Nizam. Semoga berbahagia di samping 2 hero, permata hati [Upin Ipin] Ariq Zaidan & Ariq Zakuan. Walaupun semua nya sederhana tetapi gembira dan bahagia. Alhamdullillah Lengkap sudah walaupun terpaksa menunggu lama. Lama tu 5 years ok baru lah diceriakan oleh 2 cahaya mata yang chomel, cute and bam bam macam kau gak ngah.
Thursday, February 28, 2013
DD story
Double "D" dah ready nak ke school mama. Pagi ni mama kerajinan sangat, bangun awal, masak nasi goreng. jadi dengan ini hari ni anak2 bawak bekal ke sekolah. nasi goreng ikan masin :D. Dan seketul KFC lebih semalam, elakkan pembaziran.
![]() |
| nasi goreng ikan masin + ayam goreng kfc....... |
Damia hari ni sebuk nak pergi latihan bola jaring wakil sekolah. "tak yah la kak, badan kakak kecik sangat, tak sesuai, tunggu kakak darjah 6 ya"... "ok mama" balas Damia. Lega sebab Damia dengar kata. kalau tidak saper pulak yang nak ambik dia lepas waktu sekolah nanti. she is a girl and me memang tak harap dia naik bas luar, she still small and for me girls Damia n Dina will always small. "Dina pulak cikgu kata adik tak yah sekolah hari ni, sebab adik semput"... "aik bila pulak anak aku ada semput, cuma batuk biasa jer kan" cikgu jangan macam2 ya, kalau betul kenapa tak call jer semalam. Moga cepat baiknya batuk Dina tu. Weekend aritu atok razak dok jamu ais krim, haaaa kan dah batok......
Dugaan sangat dan maha hebat nak besarkan anak-anak perempuan ni ya. afiq anak lelaki yang sangat matang, umor 5 tahun dia dah pandai jaga diri sendiri, pergi kedai, tapi hati mama tetap risau. terlebih kawan tersilap langkah bahaya jua yang menanti. Anak2 perempuan lagi lah berganda risaunya mama ni. ya'allah lindungilah anak2 ku semasa mereka tidak di dalam penglihatanku, bahaya ada dimana-mana moga engkau memelihari keselamatan dan kesejahteraan mereka Afiq, Mia & Dina.
lain risau mama, ada orang tu "ala tak per, biarlah pandai la"
no I'am not that person " "...... readers bukan anda semua ya...
orang itu adalah "....." adalah........
Wednesday, February 27, 2013
Pembangkang2, Sila RENUNGkan Ya......
Dari sumber yang dipetik dari Facebook.....
2013/02/27 - 03:09:15 AM Oleh Mohd Azrone SarabatinCetakEmel Kawan Kuala Lumpur: Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan lebih RM400 juta setahun untuk melaksanakan pendidikan percuma. Jumlah itu bagaimanapun hanya pembiayaan yuran pengajian, tidak termasuk tuisyen, asrama pelajar serta sara hidup pelajar dan gaji atau elaun kakitangan universiti. Ini berikutan semua 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memerlukan peruntukan tambahan lebih RM10 juta setiap semester untuk menampung yuran pengajian penuntutnya. Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Seri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berpendapat manifesto pembangkang untuk memberi pendidikan percuma mustahil dilaksanakan. Katanya, perbelanjaan sebenar untuk seorang pelajar kejuruteraan di universiti awam adalah RM60,000 hingga RM70,000, tidak termasuk elaun sara hidup dan yuran tuisyen. “Bagi saya, manifesto pakatan pembangkang tidak masuk akal dan ia tidak lebih daripada janji pilihan raya yang kemudian dimungkiri,” katanya kepada BH, semalam. Manifesto pembangkang yang dilancarkan, kelmarin, turut menjanjikan yuran bagi pengajian tinggi di semua IPTA ditanggung kerajaan, manakala di institusi swasta akan diberi subsidi setara kos tanggungan kerajaan di universiti awam. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa turut mengakui manifesto itu sukar dilaksanakan, termasuk di UPSI biarpun yuran pengajiannya lebih rendah berbanding universiti awam lain. Katanya, purata yuran pengajian untuk setiap pelajar di universiti itu adalah RM28,000, tidak termasuk elaun sara hidup yang meliputi asrama iaitu RM4.50 sehari. Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata dengan membayar sendiri sedikit yuran, pelajar akan menghargai ijazah diperoleh, berbanding jika ia diperoleh secara percuma kerana nilainya susut. Katanya, ia bukan soal kemampuan kerana kerajaan ketika ini sudah pun membiayai 85 hingga 95 peratus daripada yuran pengajian setiap penuntut IPTA dalam bentuk subsidi. “Kita lebih menghargai sesuatu jika ia diperoleh dengan sedikit cabaran dari aspek pembayaran yuran, berbanding jika ia diberikan secara percuma seperti dicadang pembangkang,” katanya.

A slice of cake
mama speechless.....
menangis dalam hati....
menangis dalam hati....
nur sarah damia.... 9th Besday
anak mama semakin membesar
Mia 9th Birthday
27 February 2013, Meningkat lagi setahun umur mu anakku Damia. Cepatnya anak dara mama membesar. kalau boleh mama tidak mahu anak-anak mama membesar secepat ini. Sebabnya mama belum puas memanjakan, membelai, bergurau senda dengan kamu semua. masa memang terlalu mencemburui kitekan sayang. Banyak yang mama tertinggal dan banyak sangat yang hendak mama laksanakan rasanya. tapi kekadang kudrat mama tidak mampu. mama tahu memang banyak keinginan kakak itu dan ini. you really have a big dream and angan-angan. Sama seperti kanak-kanak lain. Ya mama faham. tapi kakak kena bersyukur dengan apa yang kakak ada sekarang ni. Itulah yang mama pesan selalu dan akan sentiasa berpesan. bersyukur. Selagi mama termampu, mama akan cuba berikan yang terbaik buat kamu. mama sayang kamu. love you with million heart. hug ketat-ketat. :D. Hepiy 9th Besday sayang mama Sarah Damia.
![]() | |
|
Kelahiran kakak 9 tahun dulu yang penuh dengan kejutan dan amat-amat dinantikan. Walaupun mama dah ada seorang anak lelaki iaitu abang kamu shafiq akmal. kelahiran kedua pun mama sangat-sangat teruja. nyaris2 kakak tak lahir dalam kereta. kalau tak glamour mama masa tu sure-sure la masuk Harian Metro. Jalan nak ke Hospital Bersalin HKL memang sejak jem jangan cakap, sebab semua orang tengah berpusu-pusu nak ke pejabat masa tu. hahaha. Mama memang tidak pernah impikan seorang anak perempuan. bukan mama tidak suka anak perempuan. tapi entah 9 tahun lalu itulah perasaan yang berlegar-legar di fikiran mama. kakak jangan fikir yang bukan-bukan tau sayang. mama memang tidak mahukan anak perempuan masa tu jer. tapi benar lah orang kata dan mungkin ini sudah tetulis di mana-mana, apa yang kite tidak mahu selalunya itulah yang selalu kiter akan dapat.
![]() |
| picture ehsan from Mr Google...... |
Nak melahirkan kakak memang senang. tak sempat2 nak masuk labour room. mama memang dah sakit sangat masa tu. sampai jer labour room, tak sempat nak salin baju hospital. Tepat jam 10.00 cam tu maka, bunyi bayi kecik uwek...uwek... tak henti2. Dan lahir lah seorang bayi yang sangat comel dan kecik sangat. you only 2.3kg my love and so surprisingly me sebab perut mama besar macam pregnant kembar. And tadaaaa, suprise you is a girl. Lepas melihat kamu mama bersyukur. lelaki ke perempuan ke, ini rezeki tuhan dan ini amanah tuhan yang perlu mama besarkan dan didik sebaik mungkin. kakak tetap anak mama yang lahir dari rahim mama. and i want you to know mama love you so much selagi mama bernafas. And we share the same zodiac sayang iaitu pieces. You are the pieces girl. Membesarlah sebagai seorang anak yang solehah dan berguna pada agama bangsa dan negara.
![]() | |
|
Monday, February 25, 2013
Quote of Today
ishhh marah ni. tak suka jangan lah
tunjukkan sangat
me bukan mintak makan ngan korang ya.....
WTF la wei....lupa daratan, lupa diri....kan
korang punya perangai....
wei korang..korang..korang
tengkorak korang laaaaaaaaaaa
semua tak leh bawak ke mana ok
kat akhirat sok kite semua
sama...ya
ingat semuanya sama
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)