About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, March 22, 2012

Tidak Sama Sekali




Aku tidak pernah membenci
jauh sekali untuk mendendami sesiapa
walau berpuluh kata nista yang telah
Dijadikan halwa telinga


Aku tidak pernah membenci
jauh sekali untuk mendendami
walau beribu tuduhan yang 
Dilemparkan buat santapan minda

Aku tidak pernah membenci
jauh sekali untuk mendendami
walau berjuta cacian dan makian
Dihambur padaku menusuk hati dan kalbu

siapalah aku untuk membenci
tidak pernah terlintas di hati
cuma rasa terkilan 
aku diketepikan
aku tidak dihormati

bukan mintak disanjung
just show some respect........

sesungguhnya aku tidak mahu
membenci
sesungguhnya apa yang berlaku
dijadikan ikhtibar
tidak mencari siapa salah
tidak mencari siapa benar
hanya muhasabah diri
dan mencari jalan
memperbaiki kelemahan diri sendiri ......
ya salah diri sendiri
Dimana silap nya....

Moga suatu hari nanti
KEBAHAGIAN
Moga suatu hari nanti
KEREDHOAN dari NYA
menjadi milik hakiki
buat kita sekalian 
makhluk TUHAN..............



Suka Tengok

CUTE JER LAKI BINI NI
SUKA TENGOK.... :D


ANAK KU





Wahai Anak....


Jika kamu tidak mampu menolong ibubapa mu
maka jangan menyusahkan mereka...

Jika kamu tidak mampu menggembirakan mereka
maka jangan membuat mereka terluka.

Jika kamu tidak mampu membuat mereka tersenyum
maka jangan membuat mereka menangis.

Jika kamu tidak mampu membanggakan mereka
maka jangan kecewakan mereka.

kerana sedarilah…
kamu boleh mencari seribu teman didunia ini

Tapi tidak kasih sayang dari seorang MAK dan BAPAK…....



*mak bapak maafkan dosa2 silapku……
Berusaha sedaya upaya agar tidak melukakan hatimu
Dan berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan hati kalian….



SAYANG MAK

SAYANG BAPAK



SPM Terbaik 2011


Alhamdullillah, tahniah pada calon-calon SPM 2011. SPM 2011 TERBAIK buat keseluruhan Malaysia dan Semenanjung. Bagi parents yang mempunyai anak-anak cemerlang gemilang dan terbilang, sure bangga dengan pencapaian anak masing-masing. Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semoga anak-anak mama akan tergolong di dalam golongan-golongan cemerlang, gemilang dan terbilang, insya’allah dengan izin NYA amin.

"but i cant' recall at all the day gi SMB ambik 
result SPM, mungkin sebab result tak berapa nak cun
dan mungkin diri ni excited nak keje sajor dan cari duit jer....
ermmmmmm"


Semoga anak-anak mama Abang, Kakak and Adik akan cemerlang gemilang dan terbilang hendaknya.  Mama akan sentiasa doakan kalian semua Berjaya dunia dan akhirat. Ingat pesan mama ni and mamaloveyou until my last breath:


INGAT NI, TANAM DALAM HATI YA ANAK-ANAK KU
miskin dan tidak berpelajaran tinggi itu meletakan 
seorang manusia dibawah tapak kaki manusia yang lain
dipijak dan dilenyek semahunya……….. ingat anak-anakku…
.
.
.
.
.
.
pesan mama ni….
pahatkan dalam hati kami semua ya sayang
 
And this is my SPM last paper storey……..
dan seterusnya..... pengalaman kerja
kerja dan kerja...............
Anak-anakku jangan tiru aksi ini
Saya anak sulong dari 5 orang adik beradik, dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Tapi bapak sediakan semua cukup. Cukup makan.cukup pakai. Cukup pelajaran. Semua cukup-cukup. Terima kasih bapak. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa bapak besarkan along. Memang along tak akan terbalas semua ni. Along sayang bapak. Huhuhuhu. Dari lahir sampai la tamat SPM. Yang saya tahu hanya makan, tido, main, mengaji dan sekolah. Tidak perlu fikir apa-apa yang berat. Semua bapak sediakan cukup ikut keperluan yang sederhana. Dan bila dah berakal bantu mak jaga adik-adik. Masak dan cuci baju sekolah serta kasut sendiri. Bila Hari Raya akan dapat baju baru dan bila sekolah awal tahun bermula saya akan dapat ‘uniform sekolah baru’. DAN Bila ada important exam, UPSR, PMR dan SPM, sure bapak hantar tuition. Cukup lengkap. Macam anak-anak orang lain. Cuma kami sekeluarga tidak mewah. Ada kala kehendak tu terpaksa dipendamkan. Tapi saya tidak pernah memberontak. Syukur dengan apa yang ada. Membesar dengan gembira. Sangat-sanga gembira. Bila nakal kena rotan jugak. Hehehehe. Mak garang babe. Selalu kena rotan ngan mak sebab nakal. Bapak jarang rotan mulut sajor yang bebek-bebek.
Bermula dengan UPSR, keputusan cemerlang saya perolehi. PMR cukup-cukup makan dan membolehkan saya mara ke tingkatan 5. Dan SPM. Cukup FULL STOP. Cukup setakat ini rezeki untuk saya. Pernah usaha untuk sambung belajar sudah hadir 2 bulan utk kelas percubaan. Tapi rezeki DIA tidak menyebelahi saya. Terpaksa ditanam dalam-dalam niat tu pun terkubur.
Habis jer last paper petang tu, balik terus beli surat khabar. Cari kerja. So excited nak keje. Nak cari pengalaman dan nak cari duit poket sendiri. Seminggu lepas SPM dah dapat keje. 1st Sales marketing. Ada buyer ada gaji. Kerja pertama saya di ‘Linguaphone’. 3 minggu kerja, dah banyak duit bapak yang saya guna nak buat modal pergi kerja dan makan seme. Tapi sayang 1 sen gaji pun saya tidak terima. Maaf bapak, I’am disappointed you and mak. Nampak sangat marketing cheq failed. Hehehehe. Sebulan saya tanam anggur. Ke sana ke sini. Habis semua kampong kawan baik saya pergi redah. Dan makin banyak la duit bapak saya guna lagi untuk jalan-jalan cari pasal. Sehingga satu hari my best friend Aidawati Hj Ismail call dan dia suruh saya datang ke 2nd JPN Petaling Jaya, Selangor untuk ‘interview’ jawatan ‘temporarily clerk’ merekodkan warganegara Malaysia yang dah ‘innalillah’. Alhamdullillah, saya diterima bekerja dengan gaji kalau tak silap la maso tu RM450.00. tapi masa tu 450.00 besar nilainya, dapat lah bagi mak sikit, belanja family makan, siap ada belen nak bershopping lagi. Wah dasyat tak saya, kasut merah handbag pun merah. :D. 3 bulan kerja sebagai kerani dan dalam masa tu ambik kursus computer dan lesen kete sponsored by bapak. 3 bulan jer keje ngan gomen sebab tidak diserapkan. Setakat tu jer la jodoh bersama gomen. Ada jer jawatan lain dengan gomen tapi entah macam tak der inisiatif nak apply. Tak der saper bagitahu kepentingan keje ngan gomen, ilmu pun cetek lai, dan saya tak tahu ler masa tu. Tapi sekarang baru tahu betapa semua orang nak keje gomen dan banyak benefit nya. Huhuhuhu nyosa botui den. Apo nak buek tak do joki.


Peh tu, x lamo den taman anggur, ado la 2 minggu, dapek lak kojo kek senia - 3rd Messrs Tang & Lee – angkek telepon, sini best merato jalan-jalan, company trip. mula ngan medan Indonesia naik kappa terobang, langkawi naik kapa solam, eh eh gilo apo kappa solam, naik kapak persiaran, Singapore, langkawi. Fuhhh jalan sakan. Balik semestinya ada buah tangan tuk mak bapak dan adik-adik :D. seronok dapat happykan they all macam ni. Jodoh kat cni pun tak panjang. Tapi 3 tahun jugak laaaa. Then 4th dengan syarikat developer yang seakan neraka selamat 5 tahun, memang macam puaka makan maki hamun setiap hari. Fuuhhh, tak nak hengat-hengat. Seterusnya,5th Messrs Nik Hisham Fakihah & Co. 3 year gak. Dan sekarang jodoh saya di sini, dalam line ‘legal’ juga akhirnya, tapi den bukan ‘lawyer’ yerrr. dah masuk tahun ke 4, boss saya yang ke….. 6th ZICOLAW. Moga jodoh ni berpanjangan insya’allah dan rezeki anak-anak di sini sangat-sangat murah. Alhamdullillah. Tapi macam biasa, setakat denga sijil SPM ni apalah jawatan nya kan . Kerani Kuli makan gaji sajor. Den kerani taip surat yoo Tapi saya amat-amat bersyukur saya ada pekerjaan dan masih mampu bekerja mencari rezeki untuk anak-anak untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi tuhan. Ini lah sajor citor kojo den. TAMAT. 
Sudah 17 tahun mengabdikan diri memegang status bekerja :D. Bekerja itu juga satu ibadah kan :D. Syukur sebab ada kerja….. :D
ALHAMDULLILLAH….SYUKUR dan AMIN… :D
 

Saturday, March 17, 2012

Kenapa Tiada Keberanian

tahun ni 2012 dah masuk almost 20 year myself memegang lesen mohor yang 'halal'. iaitu lesen memandu kereta. sebab apa halal. sebab 2 kali ambik "L" baru lulus dan 2 kali pergi ujian memandu di "JPJ" yang berdaftar dan bertauliah. baru myself betul-betul memegang lesen rasmi yang diluluskan oleh kerajaan malaysia. myself tidak tipu atau tidak beli lesen myself. buat ujian semua ikut procedure yang betul dan myself lulus. Thank you so much bapak bayarkan yuran pada 'kelas memandu'. lulus ada lesen memandu "P" iaitu percubaan. 2 tahun "percubaan" alhamdullillah "lulus" jugak. walaupun calar-balar kereta merah bapak myself kerjakan. sampai dating ngan boipren ke 'hutan lipur kanching' rawang selangor. then ke 'bukit cahaya sri alam' a.k.a. 'bukit cerakah'. kemek-kemek gak la keto tu sikit-sikit. yelah lesen fresh kuar dari mesin oven 'jpj'. sampai ke seremban myself drive bawak adik-adik. senyap sunyi lam kete masa tu. semua ketakutan. hahahahahahaha. alhamdullillah sampei seromban ngan selamat yo. hidup yo adik-adik den ngan omak den sampei sekarang ni ha. bapak redho jer kete merahnya dijahanam. huhuhuhu. demi melihat myself memandu. ampun bapak. tapi anak mu ni tidak jugak berani memandu sekarang. sedih. sedih sangat-sangat. ada kete, bayar installmant tiap2 bulan. tapi kete orang lain yang bawak. 

susahkan tak berani nak drive. berani setakat pantai dalam. tu pun basah lenjun myself lam kete akibat peluh menahan ketakutan. anak-anak pun akan tegur, 'nape mama bawak kete peluh2 ekkk'. takut calar dan takut remukan kete sendiri dan takut terlanggar orang lain, takut accident. takut dan takut kang kete dah kemek, tak der duit lak nak repair. huhuhuhuhu. calar-balar gak, remuk dendam gak si kecil ku itu. sampai la ni tak ber'repair' an yo. sobab ehhhh tak do 'budget'. hahahahahaha. macam-macam myself fikirkan. boleh la myself memandu. tapi dalam kawasan liputan sajor. begorak yo keto tu kalau den start an enjin ehhhh.

sebab tu myself masih menjadi teman setia pegangkutan awam sampai dah anak 3 ni.  dari komuter bawak ke lrt putra dan sekarang membawak dan pembawakan ke bas rapid kl. hehehehe. hempet-hempet ngan bagla, indo, myanmar dan lain-lain yang sama waktu dengan nya. bau ketiak asam masam pekat melekat dorang yg tak ber'deoderant' tu. huhuhuhuhu. sodih. sodih :(, memang sodih diri den. myself naik bas memang kasar la. so kalau tak leh kena tolak ngan myself. jangan naik bas ok. gi la tahan teksi yerr... lantak laa kan, tak tolak. tak hempet tak dapat lah nak balik awal. kena pandai selit. itulah gayanya naik bas a.k.a apo sajor pegangkutan awam ke melesia ni ha. itu TIPS-TIPS berguna pada sesiapa yang berhajat dan ada niat nak naik pengangkutan awak.

so bila tak boleh memandu walau ada lesen. nak kemana-mana terpaksa la menompang. :(. setiap kali nak kemana-mana kena lah jadi cam 'pengemis'. ikut luck. ada luck, ada la orang nak la tompangkan. tak der luck, dok diam-diam. sedih. sedih sangat-sangat. sodih hati den. apa nak buat dah nasib badan. 


bila la myself akan ada 
keberanian itu. 


sedih tak dapat hantar abang gi tuition setiap weekend,
sian kena jalan jauh.
moga setiap langkah abang
akan perolehi
kejayaan. mama
selalu doakan untuk mu semua anak2 ku... :(
sob sob sob sob..........

Mama Happy

Abang, Kakak ...Adik
Hari ni kita jalan-jalan ya.....
Hope you guys enjoy the jalan-jalan.....
Pasni jangan complaint bosan lagi ya....



Friday, March 16, 2012

Ariq Junior



Alhamdullillah...Syukur pada NYA
Introduce you our new family members.....
Muhammad Ariq Zaquan Zakuan Bin. Mohd Nizam
*correction from her mama bam..... :D



Ariq Junior

16 March 2012
*semua cucu lelaki mak bapak lahir bulan 
march 
^__^ 

Eh Tak Perasan

eh dah jumaat hari ni
betul, memang betul
betul-betul buzy at zico
this week...
rasa sekejap betul masa berlalu
alih-alih dah 5.45pm
tak cukup masa rasanya...
semua nak URGENT before 5.45pm
memandangkan ada tanggungjawap lain at home
terpaksa la balik ya...
sambung esok la ya boss
dan hari ni
ayat lain sikit la....sebab jumaat
sambung minggu depan pulak laaa boss oiii


my small boss fairudz just left us
so keadaan memang kelang kabut sikit...
harap-harap minggu depan
tidak sesibuk minggu ini...
harap......


fuuhhhhh rasa tak sempat-sempat nak bernafas
tak sempat-sempat nak bekpes
tak sempat-sempat nak lunch
tak sempat-sempat nak syyyysyyyyyy...
tak sempat
tak sempat
dan semua benda pun tak sempat.....


dalam sebuk-sebuk dan tak sempat2 tu
jeling-jeling gak.....hehehehe


dengan hal-hal kat rumah yang bercampur baur
jap-jap call mama
"mama sikat mana"
"mama nampak tak jam afiq"
"mama...itu...mama ini"
"hang itu...hang ini"


fuhhhhh mencabar buat mama
cabaran cabaran.....
cabaran sungguh laaaaaaaaa


moga semua back to normal soooo soon
insya'allah dengan izinNYA






amin................





OTAK


My Weekend This Weekend


Hi babe….

Happy weekend again to all
My reader especially to my silent readers…..
Thanx for reading babe :D

Weekend ni akan lebih meriah 
to ab razak family members
My sis tengah menunggu 
kelahiran her 2nd baby
Moga bam selamat bersalin…and
Moga mommy and cute little baby 
sehat dan selamat lahir ke dunia
ARIQ JUNIOR is on the way…..
[congrate mama bam and babah nizam]

*at 8.30pm dpt berita gumbira, 
ariq junior dah lahir
syukur alhamdullillah.......
mama n baby cehat semuanya



And today nak celebrate besday ci yayik….
Venue belum confirm lagi….
May be kat sepital….or maybe kat umah sajor….
Tengok condition mama bam camnor….
Katanya nak get deliver ariq junior today gak….
Biar samer ngan otai yayik…
*senang nak celebrate besday nanti….1 cake 1 party

Moga Tuhan permudahkan segalanya….
dan moga keluarga kecil ini a.k.a ab razak family 
yang serba kurang ni diberkati olehNYA. 
Amin

*kete kecil mama buat hal hari ni, soooo
tak dapat nak gi hospital, dan hasrat nak sama2
sambut besday yayik otai pun tak kesampaian :(
yayik nanti tinggalkan mama cake sikit ya

Weekend ni jugak akan tinggalkan 
anak-anak sebentar demi tugas
Pada agama bangsa dan negara
Mama nak kuar berperang
The war was begin
Huhuhuhu, moga segala urusan 
dipermudahkan olehNYA jua

Lain-lain tak der rasanya….
Cam biasa…..mencuci….menyidai, melipat…menyelak…
Hahahaahhahahahhahaaaa
My small little house yang dah berkapar karam
Sebab apa kapal karam
Sebab kids school holiday….
Abang ampun lagi….laaaa
Ni my 2 princess keje mengiraiiiiiiiii yooooooo
Habihhhh di kirai-kirai bilik ehhhhhh
Memang dah macam ruti kiraiiiiiiiiii bona rupo ehhhh
………………..

Dahhhhh happy weekend……. :D