About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Saturday, July 16, 2011

Dah Berubah


Pelakon Harry Potter dulu gemuk, kini jadi kacak

KETAMPANAN Matthew Lewis kini menyebabkan para peminat filem Harry Potter berasa terkejut.
(gambar kecil) WAJAH Matthew Lewis semasa dia berlakon dalam filem Harry Potter.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Aktor Matthew Lewis yang popular menerusi watak seorang pelajar gemuk dalam filem pertama Harry Potter mengejutkan ramai peminatnya apabila menjadi seorang pemuda kacak setelah dewasa, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam filem Harry Potter and the Sorcerer's Stone yang ditayangkan pada 2001, Lewis melakonkan watak pelajar sekolah sihir Hogwarts, Neville Longbottom ketika dia berusia 11 tahun.
Perubahan fizikal yang dialami Lewis menyebabkan para peminat filem itu terkejut dengan penampilan aktor tersebut semasa dia menghadiri tayangan perdana filem terakhir Harry Potter: Harry Potter And The Deathly Hallows (Bahagian Kedua) di sini pada minggu lalu. Susuk tubuh dan wajah pelakon tersebut banyak berubah selepas sedekad dia berlakon dalam siri filem berkenaan yang mengisahkan pengembaraan seorang ahli sihir remaja, Harry Potter yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe menentang kuasa jahat Lord Voldemort lakonan Ralph Fiennes.
Semasa melakonkan watak Neville dalam lapan filem Harry Potter, Lewis memakai gigi palsu berwarna kuning, kasut besar dan telinga palsu supaya organ tersebut kelihatan lebih panjang. Dalam satu wawancara baru-baru ini, Lewis secara berjenaka mengaku bahawa wanita lebih menakutkan berbanding ahli sihir jahat Lord Voldermordt yang menjadi musuh ketat Harry Potter. - Agensi

No comments: