About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Sunday, August 14, 2011

Terminal Sejahtera pertama di PPR Sri Pahang



14/08/2011 4:34pm

KUALA LUMPUR — Pusat ulang kaji pelajaran, yang dikenali sebagai Terminal Sejahtera, akan diwujudkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pahang, Bangsar di sini untuk kemudahan pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin di sekitar ibu kota.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata peruntukan bagi pusat itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
"Terminal Sejahtera perlu diwujudkan di setiap kawasan perumahan PPR dan Perumahan Awam di sekitar Lembah Klang kerana persekitaran rumah yang kurang selesa dapat menjejaskan penumpuan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah terhadap pelajaran mereka,” katanya.
Beliau berkata, idea penubuhan Pusat Terminal Sejahtera itu timbul apabila melihat pusat serupa diwujudkan di Lembah Pantai di bawah kendalian pihak swasta. — Bernama

No comments: