About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Friday, December 28, 2012

Another Me MAMA Task Settled Today


faham x title kali ni. kalau tak, buat-buat faham sudah ler. heeee. wah coti lagi hari ni. jap sambung menDOBI jap ya. after 1/2 and hour. haaa siap pun mendobi. sambung sikit la ya. seharian kesuntukan today melayan my 2 princess double D. 1st thing the the morning orentation for standard 1 at SKBF2 KL. start from 9.00am until 12.00pm. briefing for parents and kids. displin, program LINUS dan satu lagi program tambahan dari Kementerian Pelajaran. its new thing for me. so tak berapa nak faham. tapi hasrat kerajaan tu sangat bagus. tidak mahu seseorang pelajar cuma menjadi 'hard disk' hanya menyimpan data di dalam otak tetapi tidak faham apa-apa. cuma yang mereka tahu boleh jawap peperiksaan. then soalan lepas UPSR, berapa "A". dont give pressure to the student. pasni kena tukar soalan, camner exam ok. one more tidak mahu ada pelajar yang cemerlang akademik sahaja. tapi bab kokurikulum hancus. yang dia tahu buku, buku dan buku sahaja. semoga pihak sekolah akan memberi lebih banyak info mengenai program baru dan benda baru ini and semoga me as the parents lebih memahami ya. harap2 adalah pihak2 sekolah ke, kementerian pelajaran ke terbaca my blog ni ya. amin. done with registration, beli buku-buku Damia Dina di bookshop, collect buku teks pinjaman di bilik 'BOSS' bukan boss kat opis ya. then settledkan sebagainya, bayar yuran segala dan handover all the form. sharp 12.00pm all done. syukur alhamdullillah dipermudahkan olehNYA. Tinggal registration for ABANG at SMBKL plak. me as the ex SMBKL. :( moga urusan untuk abang jua :( dipermudahkan dan hanya KAU maha-maha mengetahui segalanya. same date orentation pun banyak hikmahnya. :C. mama love you abang. my sulong.



Then rushing to Petaling Street, at Pusat Pakaian 'Hari Hari' for redemption the voucher from 'Yayasan Wilayah Persekutuan' back to school program, hulurkan tangan ringankan beban'. thank you so much kerana meringankan beban saya ni. syukur sekali lagi padaNYA. So dapatlah MAMA settled yuran, beli buku-buku tulisan dan buku-buku latihan and the good news nya dapat belikan Double "D" another pair school uniform + the tudung. syukur and syukur. pasni ni concentrate on ABANG jer. 

So settled with that one, mama bawak the double "D" for happy happy hour sat noooo. lets jerit dan sakitkan tekak kita semua selama satu jam ini. the double "D" so happy, even Damia is not felling well, dapat jerit jerit, terus kebah demamnya. 


then last task ke BSC, untuk melepaskan hajat BAM my sis roslinda dan belanja 'voormalige potlood' bekas pensel da. hahahaha. bam TQ so much. sebab sponsored bekas pencil baru and all the new stationaries. tq again. sok sok zaidan and zakuan dah school mama liza beli plak ompok korang yo. then lunch marrybrown + burger bongok yang tak sedap di tepi BCS. isi minyak kete. and then 5.00pm balik umah. penat tok sah cakap. tapi lepas DD mandi and titun. me mendobi, mengira-gira berapa perbelanjaan hari ni. kemas buku-buku sekolah untuk tahun depan. and jap lai nak lipek melipek kain baju yang sebakul itu. then shower. ontah kl berapo me nak lolap. janji semuo kojo udah beres buk. :D and hari ni my bujang balik umah. wah seronok abang di subang seminggu ya. esok agenda lain pulak dah tunggu. esok me story lain k. dah nak sambung kojo. selamat malam sayang. heeheheeeee.....di sudahi ngan picture my double "D". sekali sekali tak per yer, boleh kan. buat anak-anak HAPPY. heeeeeeeeeeee













  


Quote 4 2day


Tuesday, December 25, 2012

35

tetiba dapat sms......
from my mom petang tadi "long umo kau berapa tahun depan"
mak, tahun depan umo along dah 35th on 1st March 2013
Yup 35....

ilang geng...



sian budak tecik ni, siapa lagi my black sweet si dina. 

ma adik bosan, sian adik sorang-sorang
ma, adik nak tido ngan sape?
ma, adik x der kawan nak main
ma, adik nak mandi ngan mama, selalu adik mandi ngan kakak
ma, mana kakak, mana abang????

my Damia, ikut my sis Bam ke Port Dickson for holiday. si Abang Afiq wif Acu Mima Di Subang. semoga abang dapat mengutip sedikit ilmu dari pak cu Fariz. dah 4 hari di Dina keseorangan di rumah. Monday terpaksa la mama nangkut ke zico. rimas pulak dia bila lepas satu satu orang melayan. ok esok ke umah cik Intan la jawapnya. 

Quote of 2day - 25.12.12


Monday, December 24, 2012

Bertandang


alhamdullilah selesai sudah majlis bertandang ke rumah besan bongsu mak iaitu mak nan and ayah muhazir semalam di Subang. majlis sederhana yang meriah. selain kami adik beradik dan ipar-ipar yang hadir semalam. terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi memeriahkan majlis. mak dan adik nizam, makcik zainon dan pengantin baru gak nana. sian kak lin x dapat joint sebab sakit mata. kak teh rembau, abang jeff, adik misriah dan suami zul serta anak-anak buah semua. terima kasih sekali lagi. selesai sudah.


Quote - 24.12.12


Saturday, December 22, 2012

Dapur berasssapppp kecikkkk

miiiyaahahahahaa at 10.30am baru bangun titun, heeeeee. vaccum my small castle + mencuci corridor yang dah bersarang gagak itu. mang hai. mandi dan hari ni dapur mama cuma berasap kecik sajor, sebab apo berasap kocik. sebab mama hanya masak roti telur and half boiled egg for breakfeast and a slice of orange for dessert. wah cam mak salleh la pulak. jom my 2 princess makan buat lapik-lapik perut. dan mungkin kerana faktor usia ku yang dah nak masuk 35 ni, mengigil myself kalau x makan breakfeast. huhuhuhu. dah 35 den lagi 3 bulan 2013. hahahaha den dah tuo. uban pun dah ponoh ateh kepalo. Dan tengahari ni jom serbu warung pak kassim di Bazaria Pantai. Masak Asam terbaik wok. Myself nak rehat-rehat jer hari ni sambil menyiapkan buah tangan ke majlis bertandang adikku mima and fariz. yang lain2 waktunya me want to sleep nak titun sajot :D. daaaaa to all my readers. happy weekend





Friday, December 21, 2012

Quote - 21.12.12


selosai juo + campur aduk


selesai juga keje-keje mendobi ari ni dalam malas-malasan tu. dan yang paling logo. kain baju kotor masa wedding adik mima aritu pun dah selesai semuanya di coci. tak yah nak dry clean..dry clean yo. jimat duit den. hehehe. jimat2 senggek yo. heheheh, dalam maleh-maleh potang tadi. niat di hati nak membuto yo sampai esok. baring kanan, baring kiri, pusing kanan, pusing kiri, telontang, kuak lontang menyarap segaler bagai. tapi aduhai mate kenapa tidak mahu lelap. malas teramat sangat. dan niat nya esok je la mendobi bagai kan. jangan kate mendobi siap lipek melipek bagai. rajin ehhhh puan punyo blog ni yo. hahahaha. kalau i tak buat sape lagi kan. 

esok just concentrate masak dan mengvaccum satu rumah and done. dan satu lagi task. menyiapkan buah tangan untuk di bawa ke subang bagi majlis bertandang di rumah Fariz Muhazir my latest edition bro in law. jangan marah haaaa. selesai sudah semuanya. alhamdullillah. congrate adik n fariz. selamat melayari bahtera rumah tangga yang penuh onak duri. apa yang penting 'team work' apa yang penting 'kerjasama'. insya'allah bahagia dan tenteram la umah tanggo.

pasni satu matter sebelum masuk tahun baru 2013 yang just around the corner. acara dan persiapan 'back to school'. sekarang mood myself. tengah tension, risau, bengang dan jantung dup dap dup dap. semak perut, semak dada, semak hati. sebab. sebab hal pertukaran sekolah tak settled settled lagi. and dah almost 1 month ya semua readers, tunggu dan tunggu, tunggu lagi. in the 1st place kate 2 minggu settled. x settled gak. :(. seminggu lagi sekolah dah nak bukak. wei please la, korang buat keje ke tidak. jabatan pelajaran wilayah persekutuan kata, result dah lama kuar since 17 haribulan la babe. ni korang kata isnin depan pulak. adoi. fuhhh dah macam bola aku kena tendang. minggu ke minggu korang suruh call. tukar sekolah jer pun. come on la. macam mana la masyarakat tak mengeluh. memang payah berurusan dengan you all. lebih baik kata sebulan lagi puan call ya. tak lah aku ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu macam buah tak jatuh. tak der lah hati panazzzzz kan. wa keje, wa pun faham. give la the exact date. senang citer. memang payah. tepuk dada tanya selera la. sapo makan cili dio la yang raso podeh eh. kalau dah semua nak buat online, kenapa result pertukaran tu success ke tidak you all buat online jugak. senang ler i nak semak. ermmm. sabar dan terus bersabar. and my boy hari-hari tanya, ma camner tukar tu lulus ke ok tak , dapat tak?.

that's why my mood swing lately. so sorry to my friends for being so moody ya. tak kena gaya sekarang ni. mudah sangat jiwa ni, hati ni nak marah dan terluahkan di lidah. hope you guys understand. banyak sangat yang bersarang kat jiwa ni. dan ini perubahan ketara diri myself. dulu sabar sesabar umat, buat la apa pun, myself senyum jer. tapi sekarang sejak nak masuk 35 ni. senang jer nak marah orang, senang jer nak menjawap, meninggi suara bila ada yang tak kena di jiwa. mana perginya myself yang penyabar itu dulu. dah tuo kot. ke dah nak mati. ermmmm..... 

dengan masalah kerja nya lagi. wah terang-terang orang calarkan raputasi aku semata-mata nak naik tinggi ke atas. sesuka hati menabur pasir dalam periuk nasik aku. terima kasih sangat-sangat. anything happen. biarlah tuhan yang balas. and i just want you to know. saya ada anak-anak yang masih kecil yang perlu dibesarkan. anak-anak yang perlukan pelajaran. anak-anak yang perlukan makanan minum untuk meneruskan kelangsungan kehidupan. cukup lah kau pasirkan periuk nasi manusia terdahulu. berilah sedikit belas kasihan. atau kau suka melihat aku, dia, mereka merempat. jangan terlalu zalim. semua yang kita ada sekarang semuanya bersifat sementara. sama-sama nak keje. dan sama-sama nak meneruskan hidup. demi mencari sesuap makan dan pakai. 


dugaan demi dugaan. tapi tidak pernah mengeluh. redho adalah sebaiknya. and go with the flow.

dan aku cuba mencari dan mengutip semangat yang hilang. semoga kekuatan itu kembali seiring dengan nafas sebelum terhenti. 

YA'ALLAH...hanya pada mu aku berserah dan hanya padamu aku bermohon. KAU yang maha mendengar dan maha mengetahui. ampun kan aku hambamu yang sehina-hinanya ini....amin

Thursday, December 20, 2012

Quote of 2day - 20.12.12


Kalau Aku Mampu

wanita mana yang tidak suka cantik menawan, gorgeous and beautiful kan. kan. kan. kan. semua wanita inginkan kecantikkan. bila usia dah masuk senja senja ni dan semuanya dah kendur mendur. dah tuo la sonang cito kan. mula la cari alternative kan. ye ke tidak. ya. kan kan kan. now a days macam-macam iklan. lagi2 dalam facebook. kengkawan rekemen ini, rekemen itu. makan ini, makan itu. cuba ini dan cuba itu. cubaan cubaan 123...test, test, test abc. ermmmmmmm.

sekarang ni macam-macam ada, sne lah, bne la, jamu daro la. jamu jando la. terus terang saya tidak mampu. maaf ye kengkawan semua. bukan saya tidak mahu membantu anda semua meniaga. kalau saya mampu jangam kata sne or bne. abcdefghijklmno...sampai z i makan. sorry ya. dan bagi yang tak berduit macam saya ni, selalu nya bersyukur dengan apo yang hadoooooo. heeeeeeeeee



cantiknya rambut dia.......
so admirer....




Wednesday, December 19, 2012

ini Janji MAMA

Alhamdullillah, selesai sudah lega hati mama. sepasang uniform baru + singlet + tudang for the girls, kasut + stokin dan sebuah bag baru setiap seorang. Lega juga sebab ada beg beroda yang murah for the twin girls. hehehe. tak kesah la tahan sekejap pun. janji permintaan the princess telah mama tunaikan dan hajat kali terlaksana. tahun ni merasa la beg beroda setelah sekian lama berhajat oleh adik and kakak. lega hati mama sesangat sebab dah selesai. 

Kan mama dah janji setiap tahun pasti akan ada sepasang uniform baru untuk semangat baru ke sekolah untuk tahun yang baru ini. itu janji mama selagi mama bernafas. dan insya'allah pasti akan ada jer rezeki untuk anak-anak walaupun sepasang. :D. Semangat ke sekolah untuk tahun baru dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. amin ini juga doa mama buat anak2 salalu. setiap denyutan nadi mama. setiap kali itulah mama sentiasa berdoa untuk kalian. walaupun kekadang mama marah-marah, bukan bermakna mama benci. Mama marah bersebab ok. Syukur sekali lagi, 50% SIAP by MAMA. Jadi tinggal nak beli Buku-Buku + Yuran + Registration on 28 December 2012 for Abang and Adik same date, same day and same time but different school. Kalau boleh kerat badan ni, pasti mama kerat DUA. what to do. semua nya on my shoulder. and MAMA happy to do all this untuk anak-anak mama. dan puaskan hati anak-anak mama semua. amin. syukur.






Laksanakan Impian Mak


3 bulan sebelum wedding adik, mak mintak saya carikan someone untuk ukir kan buah-buahan untuk hiasan meja makan. cari punya cari. punya cari dan mencari makanya terjumpa la satu nombor hp di yang diberi oleh adik lelaki saya. orang yang pengukir ni  memang tak pernah kenal ler. deal on the phone sajor. dan seperti yang telah dijanjikan fruits carving telah dicollect awal on thurday oleh my sis Linda . memandangkan semua kena balik awal sebab nak tolong persiapan wedding adik fruits carving pun kena la ditempah awal. tawakal jer la. dan 6 biji buah yang diukir indah, hanya 3 biji buah sajor yang dapat diselamatkan pada hari kejadian. dan hasil dari jari jemari saya. inilah hasilnya. hiasan fruits carving saya yang alo kadar. dan yang penting mak puas hati dan gumbira dan melaksanakan hajat di majlis anak bongsu nya. amin. dengan izin NYA.




Mima + Fariz = Wedding

Selamat pengantin baru adik bongsu saya. kenduri perkahwinan terakhir buat AB RAZAK FAMILY. dah habis, semua dah habis kawin. pas ni jaga lah keluarga masing-masing. pandai-pandai lah bawak diri. pandai-pandai lah nak hidup kat muka bumi ni. 

dasat adik saya dan adik ipar saya ni. semua buat sendiri. pelamin for nikah, pelamin, hantaran semua buat sendiri. dan hajat mak menggunakan khidmat sahabat baiknya dari perlis yang menetap di taman yang sama bagi merialisasikan bilik pengantin yang berhias indah. baju-baju plak dijahit sendiri oleh Mak Nah, Fariz Mak. Cuma make up + catering sajor ditempah + khemah serta DJ. Thank you pada Pak Mat Cathering, makanan semua lazat dan sedap. Fizzie for make up dan DJ dari melaka yang happening membuatkan majlis meriah serta paluan kompang dari kg batang pilah. Dan tambah meriah ada ais krim for the kids and bubur kacang durian for the dessert. 

Alhamdullilah majlis berjalan lancar. dan bagi merialisasikan impian MAK, saya kena berucap. bila dah lepas baca rasa termalu pun hado ya. huhuhuhu. tapi tak per mak punya pasal. lantak ler, aku sebak dan menitiskan airmata semasa menyampaikan ucapan bagi pihak MAK. hahahaha. tak per semua dah selesai. dan orang pun dah lupakan semua tragedi meruntun jiwa tu. hahahaha. 

Selesai sudah agenda ke2 terakhir untuk tahun ini. pasni concentrate on kids. Back to school la pulak. menyopping school uniform, orientasi dan upacara membeli buku-buku sekolah dan membayor yuran-yuran sekolah ya puan punya blog. 

satu lagi task yang entah bila akan selesai, saya sendiri pun tidak pasti. selepas selesai 5 hari 4 malam di Teratak En Razak my beloved bapak. dah moh balik kl. keje. balik ke zico keje ada cerita yang best, best sangta-sangat. and i'am so DOWN. ermmmmm. apo nak buek. kojo totap kojo nak cari joki ompok anak-anak. 

And from bottom of my heart. tulah orang nampak saya senyum, orang nampak saya gelak. but the true is. I'am not happy at all. :(

and.....

lets the picture talk next....
















Wednesday, December 12, 2012

12.12.12



lain macam jer bunyi petir guruh 
dilangit malam ni......

dicampur pula dengan
hati resah gelisah dari siang tadi......

apakah tandanya??????
selamat malam semua

moga esok matahari .....
masih menyinarkan cahaya teriknya 
pada bumi

esok..........

amin

12.12.12


Tuesday, December 11, 2012

banyak nyer on leave bulan ni



sorry bebanyak la yer bos. bulan ni banyak nau den bercoti-coti. hari ni 11.12.12, bawak my son check up pasal broken bone tu. alhamdullillah hari ni dah take out the 'dawai'. next check up 15.1.13. next one leave 13, 14 & 17.12.12. my sis mima wedding. so akan berada di kampong 5 days 4 nights yo. next 28.12.12. Form 1 and standard 1 registration day. 

next task nak menyopping uniform-uniform sekolah for the kids. semua titik peluh mama untuk anak-anak. study hard ok to all my sayang dunia akhirat. tapi tengah pening pasal pertukaran sekolah abang ni. belum ada sebarang keputusan lagi. abang asyik menyanyi kat telinga mama. sri pantai, sri pantai, sri pantai. semua nya mama berserah padaNYA. usaha dan daya mama telah mama lakukan. sekarang berserah pada TUHAN sajer. moga dipermudahkan. layak ke aku nak mintak-mintak padaNYA. 


sok kojo lai satu hari. luso dah start cuti. mood down giler. harap semua nya dipermudhkan la majlis di kampong. layak ke aku nak meminta-minta lagi. 





Quote 4 2day - 11.12.12


Saturday, December 8, 2012

Hapiy Belated Besday





Hepiy Belated 6th Besday 

Dhia Farhana....

from...
Mama Liza
your kawan main, your kawan gaduh-gaduh
your kawan manja-manja...

Double "D"

Damia & Dina

and not forget 

Abang Shafiq... 





Thursday, December 6, 2012

Salam December 12

hari ke-6 disember, baru hari ni ada hati nak menulis di sini. entah kenapa runsing hati ni makin menjadi-jadi dan 3, 4 hari ni asyik bermimpi yang buruk-buruk jer. harap-harap tiada perkara buruk yang berlaku. risau teramat. tidur malam selalu tidak lena. pasti 2,3 kali juga terjaga. ya'allah hanya padamu aku berserah. yang berlaku sudah pun terjadi dengan kehendakMU. tidak boleh diubah walau sebesar kuman. moga aku tabah mengharunginya. tapi, kuat dan tabahkah pihak yang satu lagi. macam-macam yang terfikir di benak ini. bagaimana untuk dilalui untuk dibawa untuk diharungi seumur hidup. kata ampun dan maaf tidak serasi sudah tidak seiring. dengan erti kata lain tidak layak lagi dan tidak perlu lagi diucapkan. bagaimana nak mula, bagaimana nak terangkan pada pihak itu. ya allah sesungguhnya aku tidak layak untuk meminta apa2 dariMU. sesungguhnya hanya padaMU aku berserah segala-galanya.

dapatkah, mampukah aku untuk GEMBIRA kan, BAHAGIA kan setelah apa yang terjadi , dan yang terjadi sudah pun berlaku...... :(
aku tidak akan memaafkan diri ku hingga ke liang lahat atas apa yang sudah TERJADI.... :(

Wednesday, November 28, 2012

Alhamdullilah Syukur

Syukur ku panjatkan kepada maha pencinta. banyak tugasan sudah dapat diselesaikan dengan sempurna dengan izinNYA jua sebelum Disember tiba dalam beberapa hari saje lagi. PadaNYA terima kasih tidak terhingga. Semoga berakhirnya Disember dengan berlapang dada. Tahun baru sebulan lagi. Reach your GOLD. what is my GOLD. ???? And don't to humble. yup my boss says that I'm too humble. itu sifat aku sejak azali dan tidak mungkin akan berubah. sememang nya aku seorang insan yang terlalu merendah diri. biar manusia lain menilai diri aku. tapi selalunya manusia lain ambil kesempatan untuk membuli. biarkan sesiapa saje memijak kepala aku. biarlah. biarlah TUHAN saja yang menilai aku. itu lebih baik. apa yang ada di dunia ini hanya sementara dan pinjaman darinya. bukan boleh ku heret ke dalam liang lahat. hanya kain putih menutupi jasad dan amalan menjadi bekalan di akhirat. ada ke bekalan untuk aku bawa. itu juga biar DIA yang mengadilinya

Persidang PU3 UMNO Malaysia 2012

persidangan terakhirku sebagai PUTERI...

pasni ahli biasa WANITA puler.....

semoga perjuangan akan berterusan dan
tidak berakhir begitu saja

New Born Babies


Congrate to my bro Fizi & Hana 
also to my SIL - Suriah Suki - a bundle of joy
My friend Aidawati Hj Ismail......
di atas kelahiran putera dan puteri yang amat2 dinantikan kalian semua...





Wordless...Rabu..Hahaha


Tuesday, November 27, 2012

Congrate Jangggg.....

dah jadi obah kau jang. 
tahniah la yo den ucap an kek kau. 
sure ekau jadi abah yang kelakar in the world :D



CONGRATE NABIL RAJA LAWAK & WIFE .....
ontah apo pasal, den tak leh nak up pic kau jang.....
ermmm

memBAZIR namanya

dah beli x tahu nak guna. hahaha. orang beli kau pun nak beli. kan dah membazir. ermmmm



Quote of 2day - 27.11.12


Wednesday, November 21, 2012

2 budak kecik

balik keje senyap sunyi jer rumah. tak der lagi jeritan tarzan mama membising marah pada 2 budak kecik ni yang selalu buat sepah. 2 budak kecik ni yang selalu buat mama naik hantu bila balik dari keje. ader jer keje 2 budak kecik ni yang nak buat mama naik meroyan setiap petang. 2 budak kecik suka main ngan water colour sampai habis lantai mama dicatnya. 2 budak kecik yang suka campurkan susu, gula, sos sos dalam mangkuk, main masak-masak katanya. 2 budak kecik yang suka tukar2 baju yang verangan nak jadi artis ke model ke. 2 budak kecik yang suka makan. 2 budak kecik yang suka main air, picit colgate banyak-banyak dan habis kan sebotol cream shower mama. fuhhhh. 2 budak kecik yang sangat gembira merosakkan barang-barang mama. 2 budak kecik. oh budak kecik. 2 budak kecik ni jugak yang buat mama ketawa. 2 budak kecik ni jugak la yang mama kena layan bercakap tanya itu ini. 2 budak kecik yang suka sepah sepah kan rumah. sorang 6 year +++ and sorang lagi budak kecik 8 year +++. orang selalu kata 2 budak kecik ni twin. sorang golap, sorang lagi corah sikit la. 

eh sunyi jer rumah mana 2 budak kecik ni pergi ya. dah 2 minggu rumah sunyi dan sepi tanpa 2 budak kecik ni. mana mereka menghilang ya. hilang 2 budak kecik, sunyi 2 budak kecik ini hanya sementara. kan school holiday ni mama telah menghantar mereka ke kem jati diri, perkasa kan minda serta fizikal di Teratak Tuan Ab Razak dan Puan Rajabee di Taman Pilah Senaling Kuala Pilah. hahahaha.  Wan Chomel jangan dera lebih-lebih ya. Atok Razak jangan bebel banyak-banyak ya. hehehehe. Jadi mama rehat latihan vokal lebih kurang 1 bulan ni :D. Latihan Vokal bersambung tahun depan. hahahahaha. 2 budak kecik jangan nakal-nakal. 2 budak kecik jangan main jauh daripada wan. 2 budak kecik sila dengar kata. dan 2 budak kecik mesti hormat orang tua. be a very good girls. its my 2 princess. Damia and Dina. the 2 budak kecik :D


2 A's - Mama Tetap Bangga

pagi tu mama yang rasa mandi tak basah, makan tak lalu, jalan macam diawang-awangan. pak lang bob kata relax la der, UPSR jer pun. 9.00am call afiq yang dah sampai SKBF2KL. Tapi pagi tu mama tetap mandi jugak sebelum ke opis. hehehehe. Tapi memang tetap tak lalu nak jamah apa-apa. minum air pun tak. telan air liur jer. wan atok bam, pak lang especially dah sebuk tanya berapa result UPSR abang. 

mama: abang camner? dah keluar ke
abang: relax la ma, pukul 11.00am baru umumkan keputusan

mama pun buat kerja macam biasa. dalam hati mama nak la the 1st one yang tahu result abang tu. ralit buat keje yang berlambak. tup tup tap jam dah 11.01 minit, terlewat 1 minit ler. me the 2nd yang call afiq. bam 1st one yang tahu. Bam kata tahniah sulong. Wan Atok kata ok jerrr. pak lang kata ok la ada A. atam terharu dan syahdu nak nangis dan mama panjatkan rasa syukur pada nya . mama cuma nak Afiq tahu mama gembira dan mama tetap berbangga dengan keputusan UPSR abang ni. ini usaha abang yang terbaik buat mama. and sorry to RAR Rafizi. Along disappointing you, untuk tengok Shafiq Akmal ke MRSM. :(. Ini sahaja yang along termampu dan terdaya lakukan. 







DIA lebih BERHAK


walaupun seHINA dan seJAHAT mana pun manusia itu
tidak WAJAR lah dia dijadikan contoh tidak baik kepada sesiapa pun
kerana apa pun yang sudah terjadi itu semua kehendakNYA
dan kita sebagai hambaNYA tidak berhak untuk menjatuhkan apapun 
HUKUMAN dan TUDUHAN serta... bukan kita juga yang 
menerakakan atau mensyurgakan sesiapa.........

ermmm tungguuuuuu

banyak benda nak update kat cni. 
tapi nak lipat kain dulu. 
blog blog jugak 
tanggungjawap sebagai orang gaji 
yang tidak bergaji 
kena la lunaskan jugak ya...
intronya....UPSR abang....
Damia Dina holiday di senaling...
ermmm apa lagi..
banyak..banyak laa sangattttt heeeeeeeeeee 
out nak lipat 3 bakul kain baju dulu :D

Thursday, November 15, 2012

Quote of 2day - 15.11.12


maaf


maafkan aku...
maafkan saya...
maafkan untuk segala-galanya
tidak berhak nak kecil hati
tidak berhak untuk jauh hati 
tidak berhak untuk apa-apa di sini

kalau dulu.......
benda yang kita benci selama ini lah yang semakin dekat
benda yang cuba dielakkan itu lah yang semakin hampir
tapi kini....
selalunya perkara yang kite sayang 
tu pulak semakin jauh....
perkara yang kita sayang dan dekat 
dengan kite tu lah yang selalu menyakitkan...
benda yang dekat yang selalu buat kite menangis 
dan meraung semahunya...
perkara yang baik yang selalu kita idamkan 
memang payah nak dicapai...
walhal, perkara yang tidak itu 
semakin hampir dan dekat dengan hati....

hidup memang tidak sempurna....
tidak ada sesiapa yang sempurna
manusia tidak lari dari melakukan kesilapan....
walaupun kesilapan itu kite sudah tahu salah nya
dan selalu kite cuba untuk elakkan....
dan terkadang benda yang kite tidak suka dulu tu, 
itulah yang kite suka hadap buat masa ini...
perkara yang dibenci itulah yang di tenung dan direnung
mereka yang kite tidak pernah rasa penting
pula, menjadi perkara yang paling penting pula...

terkadang perasaan dan rasa benci sangat mendalam
kalau boleh tidak mau lagi berbicara tentangnya
tetapi hati tidak sampai untuk membenci....
siapa aku untuk membenci orang lain
aku tidak layak berbuat demikian.

kenapa nak lebihkan yang bukan darah daging sendiri.....
kenapa nak lebihkan mereka yang pernah mengkhianati kite.....
kenapa nak lebihkan manusia yang bermuka-muka
kenapa nak lebihkan mereka yang berprasangka pada kite
sungguh tidak faham.....
susah nak puaskan hati semua orang.....
manusia hanya pandai tuding jari
padahal mereka bukan tuhan 
untuk menjatuhkan hukuman
sesuka hati menilai......
kite tidak berhak menilai sesiapa 
itu tidak.... ini bukan............
ini semua bukan kerja kita
semua ini kerja TUHAN.

ahhhhh, kalau nak difikirkan semua
memang tida tertanggung dek otak kecil ini
semuanya aku berserah padaMU .....
TUHAN
yang maha mengetahui segalanya


anak-anakku
makku
bapakku
adik-adikku
hidupku
matiku
rezekiku
kehidupanku
semuanya milikMU
YA'ALLAH
yang dianugerahkan dan dipinjamkan
sementara buatku......
aku hanya mampu berserah pada MU
segalanya.....

AKU sayang semuanya
dan aku berikan yang termampu....




Monday, November 12, 2012

manje nyer

alahai anak omak, sian eh anak omak.
sekarang semuanya mama kena buatkan untuk abang
mandikan...
pakaikan baju...
suapkan makan...
ambik kan itu ini....
pendek kata semuanya la......

abang kata wah seronok nya
dilayan seperti ''RAJA"
he love to buli his 2 sister....

ABANG....
ABANG..........





Photo Booth

1st job from Cik MIMA, so lepas ni saper yang berminat leh lah tempah from my sister ROSMIMA AB RAZAK. sila lah enjois the picture below.