About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, August 29, 2012

:(



Monday, August 27, 2012

please la babe...arrgghhh


please do not be selfish
I also have my own requirements

ni kejadian benar2 berlaku

kejadian ini benar2 berlaku 
pada seorang kenalan saya. 
nasib baik hanya dapur sahaja 
yang terbakar dan beliau serta anak2 selamat. 


share jer


find fault with others 
and cover their own fault ....
what does it mean???????

please do not act like an angel yes
we are all human being 
and does not shy away 
from committing the offense

Sunday, August 26, 2012

cuti terpanjang dan coti terLAMA

ini adalah cuti terpanjang dan cuti terlama setiap tahun dan sepanjang tahun. busuk-busuk pun 7 atau 8 hari. tapi tahun ni, kali ni adalah yang terlama. 10 hari cuti berhari raya aidilfitri. ambil cuti lama-lama pun bukannya nak ke mana. 4 hari ni Senaling KP wif mak bapak and sibling for raya aidilfitri dan selebihnya berehat di rumah. memerok dan memerap di rumah. memasak, mendobi, menvaccum dan melayan serta mentarzankan my 2 princess. kerenah anak-anak yang macam-macam. dan yang paling tak tahan hari-hari mamalove cooking. task yang paling mamalove suka ngelak selepas waktu pejabat. tapi bila dah memasak, terajin sudah. membuat dadih mangga, mee hoon sup ayam. potato wadges kegemaran Damia n Dina. wah mamalove terajin sudah. DAN esok anak-anak dah mula bersekolah dan mamalove juga sudah mula dengan kerja-kerja di zico yang berTAMBUN-TAMBUN. selamat bekerja mamalove. senyum jer. mulakan hari esok dengan senyuman ya, walaunpun dalam hati hanya TUHAN yang tahu betapa berkemacamuk nya jiwa ini. kerja dan kerja dan kerja dan kerja dan kerja dan dan dan dan dan dan dan ??????????


mamalove the yellow one, KULI HAMBA ABDI....
yang mencari sesuap nasi buat anak-anak tersayang......
hadap dan hadapi semuanya dengan
TENANG dan SENYUM
semoha TUHAN permudahkanlah perjalanan hidupku
aminnnnnnnnnnn
doakan mamalove ya kawan-kawan

Quote - 26.8.2012

orang yang jahat tidak selalunya akan jadi jahat
dan 
yang baik pun kadang-kadang akan jahat juga
jadi
jangan suka baca salah orang
dan 
contohkan yang tak baik pasal orang lain
lebih baik jaga tepi kain sendiri
ada koyak ke tidak.........




raya-raya jangan tak rayorrr

doa selamat from the surau members...

see mamalove tarak tipu punyerrr,
see the 'dessert' presentation 'ala-ala hotel' kan kan
jumaat raya-raya. setelah 4 hari mengeram dan bersarang dalam rumah tanpa kemana-mana. dengan ini makanya keluarlah mamalove dengan anak-anak dari sarang burung. hahaha. jumaat malam sabtu ke seremban menghadiri majlis doa selamat dan rumah terbuka  my pak ngah hj zainol di Coral Height Seremban, N9. Sangat-sangat meriah, sebab apa meriah. sebab anak-anak pak ngah a.k.a my cousin semua nya pandai masak. Hidangan pada malam tu pun ala-ala hotel punya presentation. klassss gitu dan semua menu yang lazar sehingga menjilat pinggan. dan menu utama ku adalah 'lamb chop' huhuhuhu, marvellous. memang meriah dengan kehadiran sanak saudara, pak uda dan anak dari penang pun ada, tak ketinggalan pak anjang dan umi nani. 2.00pagi baru sampai rumah. thank you to all pak ngah family members for the invitation and delicious food.  


sabtu raya-raya. dan sabtunya kami ke klang kampong sungai delek. rumah mak saudara the other half. tapi tidak untuk makan lemang, ketupat, rendang dan kuih muih raya tau. memang datang beraya. tapi sebelum tu kami ke econsave membeli belah lauk pauk untuk di masak. kalau ke rumah mak lang tak sah tak makan nasi. ye lah setahun sekali jer nak rasa air tangan mak lang yang malatop tu. sebab apa setahun sekali. itu kena tanya my other half, my other half ker???? yang penyogan dan pemaleh nak bawak anak bini jalan-jalan. kalau poi mancing sari suntuk ngadap rod pancing tu menyanggup la dio. ishh ishh ishh ishh. speechless. huhuhuhuhuhu. apa cer...ce ce ce citer ce ce ce citer. tak yaj citer. diam kan jer.








Friday, August 24, 2012

Raya Saya Satu Hari Saja...huhuhuhu




my 1st raya and satu raya saja mamalove dan anak-anak berhari raya. sian anak-anak. seawal jam 6.30 pagi mamalove sudah bangun, vaccum satu rumah kemudian mandi dan bersiap-siap berbaju raya yang sedondon untuk anak-anak dan seluruh ahli keluarga AB RAZAK. pakai sedondon adalah wajib bagi keluarga ab razak since 2009. then at 8.00 am, anak bujang dan balang bob serta ayah babah nizam sudah ke masjid berhampiran untuk bersembahyang hari raya. Jam 10.00 pagi agenda seterusnya bersalaman hari raya dengan mak bapak mohon dihalalkan makan dan minum dan bermaaf-maafan, juga tidak ketinggalan berphotog di pagi raya yang indah ini. terus, terus, tidak lupa juga bersarapan dengan rendang dan ketupat segera mak + kuih muih raya segera yang kami adik beradik bawak balik dari kolumpo. 

tepat jam 11.00 pagi maka bermulalah siri penjelajahan hari raya kami. bermula dengan melawat kubur di bukit temensu iaitu kubur arwah atok ab rasip, wan katek, pak ngah majid, mak teh maimon dan arwah abang samek. kemudian ke rumah mak ngah kiah, the anly one kakak bapak yang tinggal di Bukit Temensu. Alhamdullillah kak tam semakin beransur sehat, dah boleh makan sendiri, syukur padaNYA. 

Then terus ke rumah Pak Anjang Abdul Rahim. syukur ke hadrat ilahi walaupun sambutannya hambar, mamalove bersyukur sangat-sangat sebab dapat melawat salah satu pak cik saudara, abang kepada mak. walaupun pada mulanya tidak plan pun nak kesana. syukur dan syukur. janji dapat jumpa Pak Anjang, ini yang lebih penting sebenarnya. makan minum tak penting, janji dapat jumpa pak anjang. 

Kemudian ke tanah perkuburan di Melang melawat arwah-arwah ahli keluarga kami yang telah pergi menghadap illahi. Arwah Atok Hussin, Wan Jarah, Atok Buyong, Ayah Bidin, Mama Leha dan yang amat dikasihi arwah Nurul Aleya Zara, anakanda tercinta. we miss you sayang. Next, ke rumah melang umi nani kakak kepada mak, then terus ke seremban ke rumah pak ngah zainol di Taman Coral Height, Seremban. alhamdullillah. syukur juga kerana sambutan dari keluarga besar pak ngah sangat-sangat meriah, SYUKUR juga dalam hati. Gembira dan syukur dapat melawat mak cik dan pak cik sebelah mak ni. Then terus ke rembau rumah mak long kg bongek di rembau, N9. and last destinasi umah balang bob mother in law, cik ton and pak cik zainal. SYUKRAN. senyum lebar dalam hati :D 

Cuma tak dapat melawat abang-abang mak iaitu pak uda babu di penang, pak lang ali dan pak long ipin di Pasir Mas serta di Kota Bharu Kelantan. Moga satu hari ada rezeki kami semua melawat mereka yang berada jauh nun di UTARA dan PANTAI TIMUR. 

SELESAI lah rumah-rumah yang WAJIB dilawati di Kuala Pilah, Seremban dan Rembau. Dan Esoknya Isnin, 2nd raya mamalove and anak-anak telah diperintahkan pulang ke kolumpo oleh duta besar kerana VISA dah tamat tempoh. Sedih nak balik kolumpo sobab ehhh baru rayo keduo. cuti mamalove panjang lai ni. ermmmm apo nak buek. yang menurut perintah dan makanya sampai hari ni dari rayo ke2 sampai rayo ke5 dengan ini makanya berkurung lah mamalove dan anak-anak di rumah tanpa beraya kemana-mana pun. mood sodey den. rayo yang tak rayo namo ehhhhhh. moga duta besar rajin nak bawak mamalove and kids ke seremban petang ni. kids ada mengomel cuti dok umah sajor. :((


Wednesday, August 22, 2012

Eid Mubarak - Ab Razak Family

mamalove

linda + nizam
zaidan + zakuan

beloved MAK + BAPAK
Rafizi & Hana


Damia + Mamalove + Dina + Afiq

Rosmima, Rosliza + Rafizi

Keperihatinan

sangat shock terbaca blog redmummy pagi ni. 
salah seorang rakan blog beliau tttp://www.teratakarmo.com/
sedang bertarung dengan sakit lung cancer tahap 4. 
Semoga abang Jejai kuatkan semangat menghadapi semua ini....



cerita lanjut, sila ke link ini .....


bagi warga blogger yang perihatin
hulurkan tangan ringan kan beban 

di akaun isteri Abang Jejai.......

Acc No Maybank : 164089741562 Mazliana Othman.




My 4th raya

me : 
ni tempat awak 
[dalam hati "eh apasal buruk sangat cubicle aku ni, pc pun old fashion"]

perempuan bertudung : 
siapkan typing ni 
[dalam hati lagi "eh kenapa lain sangat muka bos aku ni"]

me : 
eh bila plak aku rezign from zico, oh tidakkkkkk.....

di bilik En. Ariff
me : 
en ariff tolong ambik saya bekerja semula di zico.... 
[ nangis ]

ABR : 
you yang nak rezign, kenapa nak kerja cni semula.... 
[ muka bengis ]


me : 
Kak pah tolong pujuk en ariff, 
ambik saya kerja sini semula....

Kak Pah : 
susah laaaa liza.....


me : 
nangisssssssss.........

tetiba : pintu bilik diketok.... mama..mama ...adik nak makan lapar



oh my god, mimpi rupanya mamalove ni. gangguan cuti rupanya. today is wednesday, its the 4th raya. dan mamalove masih bercoti-coti ya. isshhhhh zico dan mamalove sememangnya tidak dapat berenggang. i coti ler, jangan lah ganggu coti-coti i. beri lah ruang daku melupakan sementara kerja-kerja di opis tu. terkezutttt makkkkk. ingatkan betul la dah rezign from zico. 

keboringan, 2nd raya dah balik ke sarang. selesai cuci semua pakaian kotor. apa lagi tido. tak tahu nak buat apa dah. tido dan tido. terlebih sudah tidur ku. bosan dan bosan. tak kemana mana pun. di rumah sajor. tak tahu nak buat apo. kebosanan sungguh. nak jalan-jalan pulak kemalasan.....tensiiiiii makkkkkk  

Friday, August 17, 2012

Quote - 17.8.2012


Ucapan .....Rayo Den




di kesempatan ini mamalove 
dan anak-anak nak ucapankan

SELAMAT HARI RAYA
& MAAF ZAHIR BATIN

dan yang pulang 
ke kampong halaman tu
drive safely.... 

enjoy the Syawal Guys... :D


Di akhir2 Ramadhan



sedih sebab hujung-hujung Ramadhan ni tak dapat nak berpuasa. terasa rugi benar.

menci...menci....


for the time being, 
i really hate commitment 
to a stupid human  which is always think...
he is always think he is right and have right 
and at the same time forget his 
big responsibilities .... 

Wednesday, August 15, 2012

T__T


keras hati sudah


dah tak kesah, ada aku kesah ke????


Sekarang semua benda dah tak kesah
Lantak la nak merajuk ke ….
Nak tergolek ke ….
Kan.. kan … kan

Ye la dah pegang duit sendiri
Tak perlu orang lain nak suapkan makan
Tak perlu orang lain nak belikan pakaian
Tak perlu nak mintak dengan orang lain lagi

Lantak la situ ya

sebelum ni
Tak sampai sehari dah ok
Laaa ni dah masuk 3 hari
Sejuk …dingin …beku…
Bisu tanpa kata

Yela dah pegang duit sendiri
Peduli apa pasal orang lain kan
Wah so egois nya

Dulu dah lain
Sekarang dah lain

Tak suka cakap
Jangan buat cam ni laaaaaaaaaaa

Tuesday, August 14, 2012

sengaja

sedar
sedar ke ??????
semuanya dan apa yang di buat 
selama ini hanyalah 
untuk 
menyakitkan hati
terima kasih. 
semua kehendak dan permintaan 
ditunaikan 
tiada terima kasih
tiada pujian...
tak perlu

Ketepikan hak itu
ketepikan hak ini
diri..... ??????
buang jauh-jauh keperluan diri
apa salah dan 
apa dosa, 
entah tak tahu. 
oh tuhan. 
aduan ini hanya pada mu 
engau yang maha mengetahui
DAN engkau lebih tahu

tidak cukup ke dengan apa yang diberi
semua cukup
semua disediakan.....
selama ini ??????
kurang ke...tapi  
termampu.. itu saja

apa masalah????
apa sebenarnya????

tolong belajar bersyukur
dan belajar bertolak ansur
belajar kerjasama
belajar hormat perasaan manusia lain
belajar  hormat hak manusia lain

kenapa nak dera perasaan  manusia lain
kenapa nak mental torture  manusia lain
sebab manusia ada perasaan
sebab manusia ada juga keinginan

belajarlah dan berilah 
some space untuk manusia lain juga

sebab DUNIA ini bukan hakmilik mutlak
pada satu manusia sahaja

semua MANUSIA berhak hidup bahagia
sebab manusia berhak dan ada hak
melakukan keinginan diri dan 
keperluan jiwa...

DAN 

KENAPA 


harus di DERA

tolong sekali lagi
jangan PENTINGKAN DIRI SENDIRI


Quote for today - 14.8.2012


Sunday, August 12, 2012

Quote - 12.8.2012


A Very Buzy Weekend before Raya Next Week




hi reader, a very simple story before mamalove membuzy lagi jap jer lagi ni ha ya. bermula dengan sabtu, membawak ke ahad. minggu ni yang amat-amat dan memang buzy, mana nak collect baju raya, collect kuih muih raya, nak cari baju melayu and kasut si Abang. Semalam dan hari ni jugak mamalove memBUZY dengan 2,3 program 'khidmat masyarakat'. tinggal 50 mini je lagi nak bersiap-siap baju lom gosok lai ni. esok lusa ada berbuka puasa lagi di luar. anak-anak maaf ya, 2 hari ni jer lagi mama tinggalkan anak-anak berbuka sendirian ya. abang please take care your sisters. isnin with the AJK and on tuesday with the Menteri WPKB. Next week tinggal 4 hari jer hari bekerja dan jumaaat dah start leave. ohhh membuatkan jantung ini seakan terhenti, ada 2,3 deadline yang perlu di settledkan. oh tuhan bantu lah aku. nak rayo-rayo ni la semua nya URGENT. macam dah tak der masa lain dah nak buat. cam lusa dah nak kiamat. semuanya must be out by next week. kau yang nak mengAIR-COND aku yang jadi mangsa. bawak-bawak la mengucap, eh eh reti ke makhluk halus tu mengucap. tension aku ngan manusia ciptaaan tuhan yang sekor ni. really-really menguji kesabaran dan ketakwaan aku pada tugas2 aku di zico. ya'allah lindungi lah aku dari makhluk mu yang sekor ini. sorry i call you sekor. perkataan ini hanya akan keluar bila aku betul2 dah tak tahan dan dah tak leh na BERsabar lagi ngan sesape je. relax la babe, esok belum nak kiamat lagi, kalau kiamat pun, kita semua lenyap dari muka bumi ini. kurang pahala puasa saya hari ni. ok cau to all reader. selamat menjalani ibadah puasa pada minggu-minggu terakhir ini. ok got to go, to attend another program later...see all of you soon dan kalau tak sempat. dikesempatan ini mamalove nak ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..... :)
berhati-hati pada yang memandu ke kampong halaman....:D
dan selamat bercoti rayo

Thursday, August 9, 2012

Iftar - Zico Litigation at Westin Hotel

Iftar f0r Zico Litigatin Department today at Westin Hotel. Food so so so jerrr. On the way ke sana petang tadi, JEM ya ampun. 5.00pm to 7.00pm - 2 hours. Pehh nasib my boss i tu berborak sakan tak lah boring sangat ya. Sempat lagi rounding, cuci mata kat Pavilion and Sephora, ni bukan tempat i la kan. Ni tompek orang kayo punya port shopping.  Berbuka tadi, ada Maya Karin ok. nak take photo tapi malu, sebab i tak der Samsung Note. huhuhuhuhu. Makan 4th round and take taxi go home to Pantai Ria. Kenyang yang amat2. Kemas rumah, cuci baju sikit dan mandikan my 2 princess and told them to sleep and macam biasa ler mamalove nak update blog sat. then titun....sok kijerrr yerrr.




Wednesday, August 8, 2012

Quote 8.8.12



But it still hard for me to do so.... :((


dan adakah orang lain 
akan memaafkan saya ????

Quote for 2day


Save the Date

mang hai, mamalove cam nak kawin lak ai. save the date ni selalunya tuk orang-orang yang nak kawin. hehehehe. ado den peduli. ada mamalove kesah. suka hati ler. so far ni plan-plan untuk bulan-bulan seterusnya for mamalove and ab razak family :D.

17th Aug - 26th Aug 2012 - 
den coti rayo [nak rehat dan rehat ]

8th Sept - 9th Sept 2012 - 
short vacation at PNB Ilham, Port Dickson wif Ab Razak family members

11th Sept - 13th Sept 2012 -
My the only one Son - Shafiq Akmal sit for UPSR papers.
to all readers doakan Shafiq Akmal la, supaya cemerlang
dup dap dup dap jantung mamalove dibuatnya.
Mama doakan yang terbaik buat abang ya..sob sob sob sodihhhh

16th Sept 2012
mesyuarat AGONG - P3UBLP + UBLP

29th Sept - 1st Oct 2012
Kenduri lenggang perut a.k.a baby shower
my sis in law...zainorhana...[balang bob]

15th, 16th & 23rd December 2012
Big Day my sis Rosmima & Fariz Muhazir.

semoga perancangan ini dipermudahkan oleh NYA. Kita hanya merancang hanya DIA yang menentukan. insya'allah amin.



Tuesday, August 7, 2012

Back to Normal

lepas berbuka tadi dah hantar mak n bapak balik semula ke rumah my sis linda. esok back to normal ya. berbuka di bawah. sebab meniaga. dah tak dapek nak manjo-manjo ngan mak lai. mak dah balik, tak der saper nak masak. tak dapat nak makan masakan mak. pas ni kena tunggu raya lerrr jawap nya. and now at 11.50pm baru selesai kemas rumah. update blog. pasni nak titun. sok kojo. :D night reader's. mamalove nak titun :D. jumpa lagi esok, insya'allah. amin 

1st time in my life

ni pertama kali dalam hidup myself. ya myself telah membeli perfume yang paling mahal ya. paling mahal buat diri myself. ahaaa mahal la sangat RM50.00. Pasni mampu nak beli lagi ke???. Tu pun mintak boss belikan on her way back from labuan. bau tu pun tiru my boss punya. sebab mamalove berkenan sangat ngan bau itu. pure seduction from Victoria's Secret, dalam bahasa malaysia ehhhh godaan tulin. hahaha ontah sapo la yang myself nak goda bilo myself memakai perfume ni, den pun tak tahu. Myself mano la nak roti boli bondo maha-maha ni. Selama-lama ni pun, ketiak ni ditenyeh ngan deoderant sajor. Jangan tak der kan, kang bau dah macam ketiak bagla nepal yang tak reti-reti nak pakai deoderant. Pepagi ketiak dah bau, dalam bas manga ai bau-bauan semerbak menusuk ke batang hidung ku lalu menjadi perit. pehhhh, kejadian benar ni, tiada yang tipu selain yang benar-benar belaka. Ni nak sampaikan lah kepada bangla, nepal, indon dan seangkatan dengannya yang sudi baca blog mamalove ni. sudi-sudikanlah tenyeh ketiak kalian dengan deoderant. mamalove ni nak bau yang enak-enak dipagi hari ya, apabila berada di dalam public tranport, thank you. kepada pihak-pihak yang berkenaan selalu-selalu la bagi sample free kat public ya. biar semerbak ketiak we all and they all yang tak mampu nak beli deoderant. baru semangat nak mulakan aktiviti harian. ni tak pepagi mamalove dah poning. tensiiiiii. hehehehehe


Our 1st Silver Medal in London - Olimpik '12




Congratulation to Datuk Lee Chong Wei. 
You is malaysian  Hero. 
Truly Hero bro. 
We all proud of you. 
Congratulation again. 




18th Ramadhan 2012


Dah lama rasanya tidak mengHUPDATEkan. Dah agak berabuk. Al maklum puan punya blog kesibukkan. Kesibukkan kerana apa ya? Kerana bulan puasa ada lah bulan pembawa rezeki buat puan punya blog. And as I told you all earlier, walaupun tidak dapat nak berBIZZ dadih tahun ni. Akan tetapi, mamalove [ehhh, mamalove, suka saya sebab ada seorang pembaca my blog menggelar saya dengan nama ni, senyum sipu-sipu ni, hahahahaha]. Mamalove masih berpeluang membantu seorang kawan meniaga ayor kelapo, makan gaji, bukan sendiri punyo. Ada la sikit-sikit rezeki raya for mak bapak + anak-anak. Mamalove sonyum lai ni. Rindu mamalove tak. Hahahaha. Capo yang nak gindu-gindu an kau, jangan nak perasaan yoooo….. sonyum sipu-sipu lai ni. hahahahaha

Alhamdullillah. PUASA kita semua umat islam dah masuk hari yang ke 18 hari ini. Dan masuk hari ni, sudak  2 hari berturut-turut dapat berbuka puasa with my beloved MAK and beloved BAPAK. Dan sudah 2 malam juga both of them di teratak kecil ku. Dapat lah peluang memenuhi semua kehendak dan juga selera mak dan bapak. Seronok, suka dan puas hati saya. Ini adalah moment indah buat saya. Dan ini adalah perkara yang amat-amat menggumbirakan hati saya ini buat masa ini dan ketika serta saat ini. Berapa banyak “ini” daaa mamalove ni. Thank you ALLAH kerana masih memberikan pada ku peluang menggembirakan MAK dan BAPAK selagi mereka masih di sini. Masih bernyawa di bumi mu yang indah ini. Syukur dan Syukur. Hambamu panjatkan kesyukuran ini kepada MU. amin

Dalam tak do, tak do mood nak rayo ni, mamalove, [sunyum yo lai ni. Hahahaha]. Banyak bondo gak la mamalove dah settledkan. Not for me, but for my MOM, DAD + KIDS. Mak senyum sampai telinga dapat kasut dan handbag baru. Bapak tak habis-habis cakap, thank you..thank you and thank you sebab dapat t-shirt polo colour biru. Belanja raya for lauk-pauk dah pun dihandoverkan ke the only one bro, RAR BALANG. Kuih-kuih untuk umah kampong ado la 3 balang + meruku. Bunga api anak-anak dah ode. This weekend nak poi ambik baju rayo and boli an baju melayu for my anak bujang sorang yang dah mengorder macam-macam. Abang tahun ni ala kadar sajer ya. Ingat. Ingat pesan mama, jangan macam-macam ya Abang.

Sekejap jer rasanya Ramadhan kali ni, pejam celik, pejam celik. Dalam tak da, tak da, banyak jugak dah kuar belanja, dalam nak jimat-jimat tu ya. Tuk diri sendiri dah diketepikan, ompok anak-anak pun banyak yang dah dicatu juga. BERJIMAT selagi boleh. Ramadhan sudah hampir pada penghujungnya. Terima Kasih TUHAN kerana masih menCELIKkan aku. Alhamdullillah. Salam Ramadhan to all the readers :D… from mamalove :D...senyum sipu-sipu yo lai......



Friday, August 3, 2012

Simple Dish for Berbuka Yesterday

Kids mama masak tau hari ni. 
Tapi simple jer untuk juadah berbuka kita. 
Hope you all like it :D

Mama yang LIAT nak masak.. :(



13th Ramadhan


Hari ni dah hari ke 13 kita semua umat islam berpuasa. 
Selamat berPUASA to all my readers :D.
Lebih kurang 2 minggu lagi maka Aidilfitri menjelma pula. 
Sekejap jer rasanya kan . Dah sebuk2 dengan itu dan ini.
Kalau ditanya macamana persiapan raya untuk tahun ni. 
Baju kurung for me n girls dah siap tempah, dan untuk
Abang, cuma nak carikan baju melayu Abang 
biar sedondon dan sandle for me, girls and also for Afiq, my bujang sorang tu.
Yang penting 1st raya ada baju kurung dan 
baju melayu baru yang sedondon. Harus ya for me.


Kuih raya ada la order 3 balang tuk di bawa balik ke Pilah for my mom. 
Kalau di tanya pasal persiapan untuk kediaman
sendiri memang tak da lakan. Cukup lah dengan apa yang ada sekarang ni. 
SYUKUR.
Tapi seronok gak dengar kengkawan, dengan langsir baru
Bekas kuih baru, sarung sofa yang baru, cat rumah dengan warna yang baru.
Pendek kata segala-malanya lah ‘BARU”
Macam tahun-tahun sebelum nya sejak 13 tahun yang lalu, camnilah aku.
Asalkan anak2 ada 1,2 baju baru sudah memadai.
Berbeza dengan tahun lepas, persiapan raya havoc sikit 
untuk anak-anak sebab ada rezeki lebih.
  
Sepatutnya, Tahun ni aku Gembira nak sambut raya, tapi sebaliknya kenapa ya.
Kekadang keliru, aku sendiri keliru dengan diri aku, OMG.
Kekadang aku perlukan dia, kekadang tu, ah lantak la, apa nak jadi kan .
Asalkan anak2 ada ngan aku sudah.
Perasaan-perasan, Aku sendiri keliru dengan perasaan aku.
PELIK.

Adakah aku manusia pelik
Alien kah aku….
Hahahahaha

Apa-apa pun hidup perlu diteruskan
Walau macamana pun perasaan aku itu
Perasaan yang tunggang langgang
But try my best to manage my life
Supaya tidak tunggang langgang macam perasaan aku ni
Especially pasal anak-anak…..
Biarlah macamana tunggang langgangnya perasaan mama
Tapi demi anak-anak
Mama akan berikan yang
TERBAIK buat kalian….
Mama sanggup berkorban apa saja…

YA”ALLAH permudahkanlah
Perjalanan dan amalan ku
Serta pengorbanan ku ….
Buat anak-anak…


Moga engkau ampunkan dosa2ku
dan berkatilah hidupku 
dengan hidayahMU