About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, May 30, 2013

sakit mata sakit hati

sakit mata
sakit hati tengok manusia lain
dok senang lenang serve internet
datang opis buat keje ala kadar
dan belum masanya dah boleh balik......
manusia lain kena buat keje orang lain
keje sendiri tak tertanggung
typo error sikit2 macam kesalahan tu besar la sangat kan
kerja semua nak urgent, tidak ada yang urgent
melainkan yang urgent, urgent belaka.....
1 jam termenung tanpa berbuat apa-apa
asyik fikir dan fikir dan otak terus berfikir
tekanan makin bertambah
dan otak ini semakin tidak sanggup
untuk menampung nya lagi.
sekurang kurangnya 15 tahun lagi
kalau dipanjangkang umor oleh nya
akan begini....mampukah otak ini
menampung lagi bebanan ini
kerja itu perlu untuk mendapatkan
gaji, mendapatkan duit
untuk meneruskan kelangsungan hidup....
ini bukan rintihan....
tapi ini bicara hati
dengan resmi alam
yang senang lenang akan terus senang lenang
cukup bulan dapat gaji.....
kerja kuat pun dapat gaji
tapi tidak berbaloi dengan apa yang dilakukan...
asyik dok la buat keje orang lain :(
moga rezeki ini diberkati
amin....
syukur....

serba salah

cakap salah, tak bercakap pun salah
tak cakap hati sakit
pekak + bisu + buta
hakikatnya
tak pekak
tak bisu
tidak juga buta
buta perut 
serba salah
semak la

arrrgggghhhhhhhhh

Dhia El-Zarra

Congrate.. to my cousin Ashraf and wife...
[ashraf anak arwah mama leha]nomeyyyyyy nyaaaaa


rehat rehat + kolo pilah + lepak lepak

wah wah mamalove, kids school holiday and blog pun holiday. almost a week x berhupdate my blog ya. camner nak update. balik keje membuto. nak buat aper lagi kan. Sleep is the best therapy in the world for me. Dengan tido tak perlu nak fikir all the main problem. I x mampu nak gi gi spa ni semua. ermmm. sakit hati sakit jiwa sakit badan, sengal-sengal orang berduit boleh la gi spa spa bagai. gi shopping. gi makan-makan, gi jalan-jalan tempat yang best best. gi holiday. Apa yang aku boleh buat lagi selain tido. biar la orang nak kata tido buang masa. pedulikan apa orang nak kata ni semua. masalah aku tak der saper nak tolong. orang jauhkan diri lagi ada. saper nak dekat ngan orang bermasalah macam aku ni. people only can says. kesian. kesian. kesian. they will never lambakkan seguni jongkong emas or seguni duit to solve my problem. dan manusia berjanji itu ini pada aku tapi semua penipuan belaka. cakap pung pang pung pang. habuk pun tarak. orang lain yang senang. orang lain yang kaya. cakap banyak tak guna. tak cakap hati aku sakit. what do you expect rosliza. ahaaa ye la. what do i expect. and if that happen dah lama semua masalah aku itu selesai. for me money is everything. money can buy love and money can buy real world. wow sungguh hebat penangan duit ni ya. aku yang susah nak dapatkan sesuatu dan terlalu berharap kan. Janji ditepati. Bukan janji dicapati. ermmmm. again what do you expect 'rosliza'. Semoga dia yang maha mengetahui, maha tahu, maha pencipta ku sahaja yang akan menolong aku. ini yang sebaik baik nya. pasrah segalanya. Its a school holiday maka x putus2 juga 'kenduri' sana sini. Kenduri Aqiqah, kenduri kawin. Aqiqah anak kawan, aqiqah anak sedara, kenduri kawin anak kawan, kenduri kawin sepupu, kenduri kawin anak sedara. wow anak sedara sepupu dah kawin. dah tua dah aku ni ya. ermm dah 2,3 orang jugak lah cucu sedara yang aku ada sebelah bapak. ni sebelah mak pulak. last week aqiqah ahmah al-falah, this week cousin wedding lak. tiap2 minggu balik kampong. bak kato orang ayam betolo, kucing nak beranak pun balik. kampong den dokek. den kalau berani drive, kalau duit den banyak, memang tiap-tiap minggu den balik, tiap2 minggu den bawak mak bapak + my kids jenjalan ni seme. Kampong is the best place to lepak-lepak. :D


my bro MIL house......
not my mom house.... :D



oh ya my 2 black sweet wif mak at senawang. sunyi sepi rumah. this week havoc la balik, dengar the 2 black sweet bergaduh, berebut itu ini. my gegirls twin tak seiras ni. kalau nak beli apa2 semua kena sama, semua kena dua. :D. Anak kembar ku. oh ya, Hutang mama dengan kids pun tak langsai lagi. janji lepas PRU nak gi camping. tapi semua cancel sebab kenduri sana sini situ. monyok jer.  ayat ini amat menguris hati naluri seorang mama 'mama penipu, mama penipu'. Mama bukan penipu anak-anak ku. setiap langkah tu semua memerlukan 'duit'. Mana mungkin mama nak penuhi semuanya. semua nya di atas bahu mama. :(. anak2 doakan rezeki mama sentiasa dimurahkan ya sayang.

kalau boleh, kalau mama mampu
semua permintaan anak2 mama ingin TUNAIKAN........

hati terubat lately...
my boss NEK buy for me souvenirs from London and Vietnam.... 
hahaha... tu la kawan gaduh, kawan sembang
kawan luah perasaan at zico....
Thanx NEK.....
Apa la akan jd pada I if you left ZICO soon :(

macamana I merajuk, kecik hati dengan you.....
at last.... berbaik jugak..........
i tak kan jumpa lagi KAWAN macam you.... :(
    

FOOLING


Thursday, May 23, 2013

Mid Term School Holiday Start 2day....

Today is the last school day and kids start their Mid Term School holiday until 10 June 2013.. 17 hari all total. Jadi mama akan berehat jugak dari bangun seawal 5am in the morning. And kapasiti laundry every friday also akan berkurangan juga. Cause x perlu nak cuci all the school uniform. After what happen i decided not to send Damia n Dina to Cik Intan house. Since Monday, mama at home cause mama was on Medical leave, tuesday latihan sukan, Wednesday and Thursday duk umah Cik Ani At  level 17 their school friend house Najihah a.k.a Nona. School holiday ni pulak 1 week stay with wan at senawang, thanx balang. And another 1 week abang afiq will take care his sisters. After this start worried. But i have decide the girls will stay with their friend Najihah after school until 7pm when mama come back from the office. Doa mama selalunya yang baik2 buat anak2 mama. Tapi kalau benda tak elok nak jadi, semua nya kehendakNYA. Apalah daya mama lagi, mama dah buat yang terbaik untuk anak2 mama, maafkan mama to what happen. :(  





Mendobi dah selesai....
Baju dah packing....
jom kids esok kita balik kampong....
oh oh oh balik kampong....
oh oh oh balik kampong
oh oh oh balik kampong....
good bye hirup pikuk kl
good bye orang2 kl.....

Damia Dina sorry
apa yang mama cakapkan tadi 
mama tidak terniat dan tidak berniat
langsung....
nak cakap macam tu
sakit hati mama ni belum habis lagi
entah bila?????
really2 sorry mama really dont' mean it
sebab dengan menjerit mama akan rasa release sikit
sooo sorry again.....
ya allah ampun kan aku...........
tabiat marahkan  nyamuk
kelambu di bakar ni
harus dibuang segera...
marahkan anak sindir menantu
its really bad habit.... :(

:(

:(

:(

:(


Wednesday, May 22, 2013

x FAHAM tul la....

baru tersedar dari tido at11.05pm
setelah perbincangan petang tadi 
diakhiri dengan pertelingkahan....
lebih baik me tido jer dari mengadap
muka orang yang perasaan dia dah hilang entah ke mana
x guna cakap banyak
x guna bincang semua ni
end up perang.....
padahal me cakap perlahan dan sopan
cakap elok2 salah, cakap jerit2 lagi
laaa x betul nya.....

apa yang PAYAH sangat laaa.....
x faham..x faham..
oh lupa your friend is more IMPORTANT....
x per la kids, 

kita balik kolo pilah naik KOMUTER jerrrrrrrr
ehhhh ader ke kolo pilah railway station.... 

mama kuat kan....
kids promise tak sakitkan hati mama
hati mama yang sekeping ni always disakiti lately 





Tuesday, May 21, 2013

Monday, May 20, 2013

Buang Jerrrrr

tak sehat pun kena juga buat....housekeeping...
nak buang sayang...
berpegang pada sepotong ayat ini

"ingat kalau mati bukan boleh 
bawak masuk kubor, 
buang jerrrrr"
jom kemas rumah
kemas lah sorang2..... :(
Operasi buang barang2 yang sayang sangat
nak dibuang terutama
kain baju lama2.....
dengan harapan Damia Dina boleh lah pakai....
huhuhuhuhuhu
buang jer lah mama, time2
they all sok sok dah lain fesyen nya
macam tu lah orang susah macam mamalove ni 
selalu fikir, nak beli sesuatu barang tu amat payah
yelah kita orang susahkan......
nak beli selai tshirt pun kena menabong....

sebab tu hati ni berat jerrrr nak buang :(
teringat macamana susah bapak keje berat
dulu nak bagi kitorang adik beradik 
pakaian hari raya......
setahun sekali jer shopping baju......
baju sekolah pun, bapak beli kain e'la
hantar umah akak sebelah jer jahit, kasut pulak
bapak beli ikut ukuran kaki yang diukur guna tali rafia.....
sedih bila dikenang2 kan balik
Betapa susah nya hidup dulu
Sebab tu bila orang nak buang jer barang2
mamalove jadi tukang kutip.....
sebab teringatkan bapak dulu susah......
kami hidup susah..... :(
Tapi tidak semestinya umah mamalove 
penuh sampah sarap ya
semua brg2 disusun seelok eloknya, teratur, kemas. 
Cuma sekarang dah tak der tempat nak disimpan
Jadi penamatnya buang....

Buang jerrrrr

yelah yelah nak buang la niiiiiiiiiiiiiii


Sunday, May 19, 2013

penat...

dah penat memaki hamun
nak rehat 
nak tido....

bukan maki hamun my readers ya...
jangan salah faham
tak der kena mengena dengan 
orang2 diluar sana....

night.....
sweet dream.....

Ni Satu Lagi Kes Lelaki GILA


MELAKA - Seorang ibu yang sebelum ini terpaksa mengambil risiko meninggalkan tiga anak kecilnya di rumahnya di Pantai Peringgit di sini untuk keluar bekerja kini mendapat pembelaan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.
Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan membantu Norjahan Haja Kamarazaman, 24.
Selain bantuan kewangan, pihaknya mencari penjaga kepada ketiga-tiga kanak-kanak berusia enam, lima dan tiga tahun itu.
Ketika ditemui, Norjahan berkata, dia terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah selama lapan jam setiap hari kerana keluar bekerja di sebuah restoran di bandar Melaka kerana tiada pilihan lain.
"Saya dalam proses perceraian dengan suami dan dia menganggur.
Dia tidak mahu menjaga anak-anak.
"Disebabkan terpaksa mencari wang, saya tiada pilihan kecuali meninggalkan mereka di rumah untuk keluar bekerja," katanya ketika dikunjungi Amir Hamzah di rumahnya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lelaki Zaman Skrg Banyak yg GILA


PETALING JAYA - Seorang wanita yang mempunyai empat anak menemui ajal di tangan suami sendiri yang bertindak mendera dengan memijak dan menikam pisau di tubuh mangsa dalam satu kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Lot 18, Kampung Petaling Bahagia, Puchong dekat sini malam kelmarin.
Tragedi menyayat hati itu menimpa Nur Hidayah A. Ghani, 28, yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah hotel di Jalan Klang Lama di sini dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati si suami apabila isterinya itu mahu menuntut cerai.
Bagaimanapun pada malam kejadian, suspek bertindak membawa isterinya yang cedera parah itu untuk mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada kira-kira pukul 1 pagi tetapi mangsa mati dalam perjalanan.
Kosmo! Ahad difahamkan, rumah tangga pasangan tersebut kerap bergolak berpunca daripada sikap panas baran dan kaki pukul si suami sejak mereka mendirikan rumah tangga 11 tahun lalu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bengong.....

Patutnya macamana sayangkan kawan2
Macam tu jugaklah sayangkan Family ... 
Family 1st la babe.... 
Tok guru mana lah hang menuntut dulu....
ajaran sesat betul laaaaaa
bengong.....

Gotong Royong Kenduri....

Meriah ramai2 merewang at Block A, PPR Pantai Ria.....
for Sis Anis Mohamed Sidek and Bro Dresar Klinik 

daughter Wedding tengahari ni....
and this situation still happen in Kuala Lumpur..... 
Good Job to all Block A Pantai Ria Community

Walaupun anak2 mamalove masih kecik....
tak semestinya tak perlu tolong kan...
i love for what I'am being doing ......

And at 10.00am semua dah ready.....
tinggal menanti kehadiran para jemputan
selesai kenduri, penat.....
sampai tetamu luar ingat 
i anak tuan rumah....hehehehe
and i feel so young.....
muda nya mak i... kak ani oiiiiii :D

nak mandi and nak rehat :)

Esok keje semula......


Bapak Pengantin, karokkkk

Congrate atin n hubby...
moga kekal ke anak cucu :D

Semua Teringin, Semua Nak.....

Nak make up bilik the gegirls 
supaya more properly....

Nak pakai NOTE.....
simpanan tak cukup-cukup

Nak beli set bilik yang baru...
old one pun x pernah beli :(

Nak Jalan2  makan angin
orang lain poi milan Italy, poi london
poi Paris....
poi amerika....poi Port Dickson
den.... dok yo lah PD gak
Pantai Dalam
hahahaha

Nak buat rambut baru....
rambut lama dah serabai sangat ....
mahal sangat lorrrrr

Nak make over rumah cantik2
tapi umah ni bukan umah den
orang lain punyer....

nak belajar diver
nak round the island in and out malaysia

nak boli moto bosar
leh rempit every weekend........

Nak itu Nak ini
tapi tak sedar diri 
semua tak mampu

ayat nak sedapkan hati
semua tu tak leh bawak mati 
tak leh angkot bawak masok kubur


syukur jer lah dengan 
apo yang hado.....

:(


besar lah cita-cita
besar gak la duit ehhhhhhhhhh


dok diam2 x mampu buek caro
tak mampu
den sekeh kepalo kau kang
milahhhhhh oiiiiiii



Sabar??? Tp Kenapa Manusia Lain Jd Mangsa...????

Bersabarlah atas ujian & dugaan yang ALLAH S.W.T kurniakan 
kerna bukan semua orang dikurniakan dugaan sebegini hebat..
Dengan dugaan la kita boleh menjadi kuat 
& ALLAH S.W.T adalah tempat terbaik utk mengadu..
menangisla...
Cubalah berfikiran positif 
Jangan merungut..ini mungkin dosa2 silam kita..
bertaubatlah sebelum terlambat sementara 
ALLAH S.W.T masih menerima taubatmu 
Kerna ajal bila2 sahaja boleh menjemputmu..
Ingatla setiap perbuatan ada balasannya..
Setiap perbuatan kita ada yang mencatitnya..
Beringatlah sebelum membuat dosa...
Ya kita manusia biasa mana mungkin 
menghukum setiap perbuatan 
salah seseorang itu biarlah setiap 
perbuatan itu ALLAH sahaja yang membalasnya...
Tapi setiap detik ingin bertaubat ada saja halangannya...

Wednesday, May 15, 2013

long lost .....

for me ....
i have long lost my other half....

my heart has been long dead ...
This body of life only
for my children



Jangan Hanya Pandai Buat anak shj.....

Reminder for myself to. bukan bukan bukan anak mamalove yang nak kawin. they all baligh pun belum. Perjalanan Kehidupan mereka masih jauh jika diizinkan tuhan. Pelajaran adalah keutamaan. Baru balik dari meeting KRT Pantai Ria. Meeting berkisar mengenai 2 Majlis Perkahwinan yang akan diadakan secara Gotong Royong bagi 2 buah keluarga di Blok "A". 1st on 19th May and 2nd on the 19th June. Fuhhh mula dari 10th May hingga lah 19th June ni full house jemputan Aqiqah and Al-Kawin for me. Musim orang kawinkan anak. Bukan majlis doa selamat ya. Ni majlis nak kawinkan anak dara, nak kawinkan anak bujang. Besar tanggungjawap tu. Tetiba mamalove yang tercuak sendiri. Mampukah Mamalove nak nikahkkan anak-anak ku nanti. Belanja bukan sikit2 anak ya. Perbelanjaan mahu makan belas2 ribu or kalau nak grand sikit mahu makan puluh2 ribu. Kalau tak mampu jugak nikahkan jer kat masjid and then goreng mee hoon or buat laksa. Ishh hajat seorang mama memang lah setinggi gunung tidak tercapai dek akal. kalau dah sorang jer yang mencari jenuh cheq. Moga rezeki anak-anak akan ada nanti. ish ish ke situ pulak melayangnya fikiran. The most important sekarang ni adalah education dulu ya. 



Semoga dia murahkan rezeki mamalove untuk anak-anak ku dan semoga Afiq, Mia and Dina belajar hingga ke menara gading yang sayang2 mama. Dah mamalove lagi banyak fikir lagi sakit jiwa nanti. Fikir mana yang termampu. Hidup ni bukan setakat pandai buat anak sahaja ya. Buat anak jer reti. Bagi makan, pakai, pelajaran dan lain-lain satu orang yang hadap. Peringatan pada si polan. Aku hanya mahu tuhan tahu bahawa kerja aku, rezeki aku, kerahan tulang 4 kerat aku, kudrat aku, kepenatan aku, kepayahan aku semuanya aku buat ikhlas hanya untuk anak-anakku Afiq, Mia n Dina. Ikhlas seikhlas ikhlas nya. amin 

Sampai Bila ya?????

Setahun lagi ke????
Dua Tiga Tahun akan datang ke????
Atau
7, 8 tahun lagi
ke
10 ... 20 tahun lagi?????
Dah 14 Tahun dah...
Lama sangat dah.....
Semua masih sama.......
Tidak Ada yang berubah....
Salah Siapa ????
Salah aku?????
Yelah semua aku yang 
salah 
dan bersalah


Sakit....Lama Dah...


Sakit Perit...


Sakit Perit....Menusuk hatiku
Saat Kamu .... Persiakan aku....
Ku Hanya Menitis kan Air Mata
Jatuh Rasanya Langit ini.....

Apa Salah ku
Hingga kau Tega Buat Ku Begini
Padahal aku telah berikan
segalanya........




Sampai Bila Hati ini harus MENANGIS Derita ?????


Ya Allah Lindungilah aku




:(


middle waiting for a bus in the rain
there is no husband to pick me up
familiar with this situation :(

Monday, May 13, 2013

Panazzzz.....


bikin panazzz...dah lah cuaca pun panaz...

memang dah takdir kan naik turun tangga bas, 
jalan kaki ni semua...
sampai mati....

while the gegirls berendam menyejukkan badan...
biarlah hati ni sejuk sendiri....

hidup @#$@$ walaupun x mewah
semua dah hamba abdi ni siapkan...
senang lenang....
sungguh...

apa pun @#$@ tak tahu....
kalau hamba abdi ni pendek umor 
tunggang langgang la hidup

......

apa yang @#@$%% tahu
semua benda pun tak tahu
semua benda ada hamba abdi
tolong siapkan semuanya
ya semuanya.......




!@#$%^&*%^$$##%$&

:(



Saturday, May 11, 2013

Aqiqah Iman at Ampang


5.00pg bangun macam biasa jugak walaupun hari sabtu hari coti. Sambung mendobi yang semalam tak siap sebab ngantuk. tido dulu la. Sebulan tido tak cukup ni nak kena recover balik. Hahaha melampau hidup mamalove. Siap mendobi mengvaccum satu umah. tung tang tung tang, 9.30am semua bereh. Rumah dah bersih leh lah kuar jalan-jalan. Tengahari ni ada jemputan Majlis Aqiqah and Cukur Jambul 'Nur Aina Iman' 1st daughter of Rozeta a.k.a Kak Gee of Mothercare a.k.a bestfriend of Kak Ngan a.k.a Bam. Berapa banyak a.k.a daaaaaa. Tahniah Kak Gee, 13th years menunggung, wow lama tu, mana menyorok si Iman ni. Lama Ibu Ayah tunggu nak lihat Iman lahir ke dunia. Kalau dah rezeki tak kemana kan. Walaupun lambat tapi berbaloi baloi. Congrate again for both of you. Berkat kesabaran dan usaha yang tidak putus-putus lahir lah 'nur aina iman' ke dunia. Wah anak sulong majlis pun sangat meriah dan best. Makanan yang best and candy buffet yang cun from 'Fantastic Moment Studio'. Tapi me mamalove tak selero nak makan, kari kambing, Sambal Daun Kayu, Kembong Masak Asam, Ayam Goreng Tepong, Ikan masin bulu ayam, sambal belacan + ulam2, kuih muih and dessert watermelon and papaya. Raso yo sikit sebab ketidak sehatan badan. Niat memang nak makan banyak3 sebab dah 3 hari tak makan nasi and lauk pauk sedap2 belaka :(. Congrate again kak gee. And to Iman, suka nama tu maybe for my 4th coming soon child. hahahaha. Tapi ibunya panggil 'Aina' semoga membesar dengan sehat serta menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat. amin. 







Happy Mothers Day....'13


for me everyday is a Mother's Day since 26th March 2000....

and since 1st March 1978 for my Beloved Mom... 

- Rajabee-

Love you so much mak.....

Try hard as I can to make you happy :D
Happy Mother's Day to all Mommies 
on the tough World.....
Semoga mamalove akan terus menjalankan tanggungjawap 

mamalove sebagai seorang mama 
dengan penuh dedikasi dan dengan rasa penuh 
kasih sayang serta setulus jiwa raya 
as "abah" as well to my beloved kids. 
to my gems - afiq, damia n dina
mama love all of you so much
please love me 
as mama love all of you......
all the time tanpa rasa tidak berbelah bahagi
tulus ikhlas dari hati :D


no celebration for me on the mother's day....
its ok...tak kesah pun
Mama bukan ingin dirai cuma ingin dihargai
mungkin sebab anak2 masih kecil...
semoga anak2 akan lebih menghargai mama
bila mereka dewasa kelak....
dan hanya mereka [abang, kakak & adik]
yang tahu menghargai mama dari orang2 yang sepatutnya
dengan tulus jiwa dan raga
-mama cuma ingin dihargai dan disayangi-
bukan
sentiasa disakiti dan dikhianati :(

Lirik umi a.k.a mama - by Dato' Shake

mama... ku tahu engkau derita
Hidup... dalam duka sengsara
Namun... diiringi doa
Agar kau bahagia

mama... ku sunting kuntum melati

Harum... sewangi kasih suci

mama... ku bawa penawar

Hapuskan derita

( korus 1 )

Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu

Andai ku tak daya membuat kau gembira


mama... ku petik bintang bintang

Menyinar... cahaya hidup mu

mama... dekatlah wajahku

Yang selalu rindu

( korus 2 )

Ku tak relakan kau mederita selamanya

Biarlah aku yang menanggung derita mu

Ohhh...

mama... ku ingin kau menyaksikan

Sinar... yang ku cipta untuk mu

mama... berikan senyuman

Agar kau bahgia


mama... mama...cinta padamu ( 3 X )