About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Sunday, October 24, 2010

Hari Minggu Ini Hampir Melabuhkan Tirainya



Hari ni seawal pagi sudah bangun, mandi kan anak2 dan kami semua bersiap2 untuk ke rumah Kak Intan jiranku. Dia menjemput kami ke kenduri 'Cukur Jambul' anak2 saudaranya dan menyambut 'Hari Jadi' anak bongsu Kak Intan [Syahadah]. So tengahari ni aku tak perlu masak. Dari semalam lagi aku dah sebuk tolong apa2 yang patut. Lewat 12.00 tengah malam baru aku pulang. Tepat jam 2.00 petang selesai 'Marhaban' dan 'Berzanji' serta menikmati juadah yang lazat aku pun pulang ke rumah untuk berehat.
Sejak adanya 'Streamyx' di rumah waktu tidur ku sekarang terpaksa aku KORBANKAN. Kalau tak memang dah lama aku MEMBUTA buat taik mata. Sememangnya aku seorang KAKI TIDO. Dan anak perempuan ku NUR SARAH DAMIA adalah pengikut jejak langkahku. [semalam Mia tido dari jam 4.00 ptg hingga ke pagi].
Buat pengetahuan semua aku dah mengadap benda 'BERHANTU' ni dari jam 2.00ptg hingga sekarang. Lebih baik aku "OFF THE LINE" sebelum Si Harry mengamuk. Its time to prepare 'DINNER'. Jumpa lagi dengan 'ENTRY' terbaru ku. Aku tidak akan berhenti menulis selagi nyawa di kandung badan
....Tata...Titi...Tutu......
Cabut dulu sebelum ada benda yg JAHANAM. Hahahaha
   

Its Really Me


Self and my heart was tough expected.

A Strong Women Knows how to Keep her Life in Order. Even with tears, she still manages to say I'am Ok with a Thousand SMILE.

And does not mean we can rest people stepping on our heads right. And not necessarily when we are silent, we are losing respect and fear in people. Actually, we are too lazy to respond to that kind of shortsighted

Saturday, October 23, 2010

For The Pass 11 Years

7.00 am – 6.00 pm - 12 jam -office ...lama tu
7.00 pm – 12.00pm - 6 jam [or less] if I sleep early [communicate with family members]
1.00 am – 5.00 am - 1 jam [sleep]
6.00 am – 7.00 am - 1 jam, hantar anak2 naik bas sekolah [pergi dan balik keje]

Kengkawan lain dah drive kete sendiri aku masih SETIA menjadi penghunikota bersama foreigners2 [indon, bagla dan sekutu sekutunya.]. Berhimpit himpit ...berebut rebut...menggunakan bas2 awam..huhuhuhus


Maka dengan itu aku lebih banyak menghabiskan masa di pejabat dalam masa seminggu 5 hari bekerja dan aku cuma habiskan masa berkomunikasi dengan anak2  dan suami hanya 30 jam atau kurang sahaja. Selebihnya di pejabat, tido dan buang masa atas jalanraya.

Sepatutnya environment di office haruslah dengan mood happy dan ceria. Tapi tidak bagi aku. Mood aku tension…banyak keje and work under pressure. Makanya pejabat dah seperti rumah aku. [Ghost House] nightmare, kenapa harus begitu.

Cuma sabtu dan hari minggu sahaja saya bersama family tanpa aktiviti2 yang menarik. Masa hanya banyak dihabiskan dengan mengemas rumah [kok saya ngak ada maidnya] tido dan makan sahaja.

Ini lah rutin harian aku sejak 11 tahun lalu…..

Thursday, October 21, 2010

Happy Birthday To Both Of You



Happy Birthday my Boss Fairudz [18.10.10] and Ezrina [20.10.10]


Hope is always cheerful and happy in our Life.
Kak Liza all errors will be corrected from time to time with the help from both of you.
 Let us work in the excitement, not pressure ... hahaha
Lets us working as a good "Team Work"....Caiyuk caiyuk....
Salah silap harap dimaafkan, not heart felling yaaaaa.......

Monday, October 18, 2010

Nukilan Rasa

Sepandai pandai tupai melompat akhir nya jatuh ke tanah juga. Memang kena sangat lah ungkapan . Ya allah betapa berat benar dugaanMU. Walau sekeras kerikil cuba dielak, ia terjadi jua. Betapa lemah  dan goyahnya IMAN insan bergelar manusia YA ALLAH. Apa dosa dan salah hingga dihukum dan diduga Berilah kekuatan YA ALLAH untuk menghadapinya. Sesungguhnya ingin mencari rezeki bagi meneruskan amanat dan tanggunjawap yang telah diberikan olehMU YA ALLAH. Walau apa pun keredhaan haruslah diterima dengan hati terbuka. Mohon padaMU jauhkanlah segalah keburukan dan kejahatan.

Sunday, October 17, 2010

Mini Re-Union

1 October 2010 - Jumaat
Sanggup ambik cuti setengah hari tuuuuu. Semata-mata untuk menhadiri Mini Re-Union ni. Tahu dek laki ku...hahhaha. Kalau mintak izin sure tak dapatkan. Hahaha buat dosa kering. Petang tu jam 2.00 petang we all berkumpul di Chilli's Restaurant, Mid Valley. Dah nama pun mini, so yang confirm datang pun ala-ala mini jugaklah. Lima [5] orang je yang datang petang tu, walaupun invitation ramai, tapi memang 5 kerat tu je la yang datang. Its ok prenz masa tak mengizinkan yerrkkkk. So yang hadir masa tu aku, sabrina, diana, anum  dan dik nor. Walaupun aku tak closed ngan diana, anum serta dik nor masa sekolah dulu tapi we all havoc bergossip. Gelak sampai dah tak fikir orang keliling. Happening dan meriah. Hope to see you all again [dalam perancangan - 29.1.2011]..Tungggguuuuuuuuuu
.

Terikat Sudah


Akhirnya, mama sudah berjaya menambat kaki Abang di rumah dengan ini. Kalau tidak memang susah nak nampak muka. Bosan katanya, kat rumah tak der aktiviti yang menarik. Nah ambik ni, ini yang ditunggu2 selama ini sudah ada didepan mata. Ada rezeki tak kemana kan. Tapi jangan ingat mama nak benarkan Abang terus khayal dengan dunia abang sehari suntuk ya, ada limitnya. Ulangkaji jangan lupa, jangan ingat nak main game je, pelajaran jangan diabaikan ya sayang.

Thursday, October 14, 2010

Seawal Pagi



Sampai je opis pagi ni seawal jam 7.30 pagi. Trun level 18 bekpes jap, sembang2 balik to my cubicle at level 19 dah start keje cam orang gila. A lot of Deadline today.....fuuuhhhhh tak cukup nafas aku. Macam2 instruction my lady boss Ezrina Kamarudin dah tinggalkan atas meja. 1st thing in the morning is to prepare "Rekod Rayuan", have to file by 2.00pm today at Court of Appeal at Putrajaya. Fuuhhh macam lipas kudung aku ke hulu ke hilir [sampaikan manan utilities gelarkan aku "Secretary Mengelupo"] Timo kasih byk2 layo........
Sampaikan LUNCH TIME pun tak rehat, kelang kabut nak kena siapkan bundle2. Stressss......giler ok. Nasib baik dapat siapkan ontime and by 2.00 pm Yoges dah out to Putrajaya for filing all the documents....Fuuhhhhhh lega aku. Wah berbaloi kerja kuat, My lady boss belikan my favourite chocolate cake at Secret Recipe and fresh orange. Syok menikmati my chocolate cake. Thanks Rin, berbaloi keje kuat hari ni.....Hilang sekejap Stresssssss kuuuuuuuuuu...
Dan esok kerja yang berlambak di office telah sedia menantiku. Aaaarrrgggggggghhhhhh stressss balik....its ok dah kewajipan aku menunaikan semua tugas2 ku hingga selesai.responsibility must be resolved. Baru lah boss sayang...cukup tahun dapat bonus and increament
[boss nak bagi tu bagi lobih2 ckit yoooooooo]
.....hehehehehehe 

SeLaMat PenGanTiN BaRu Sue Patzie

Kira masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU [10.10.10] Merlimau, Melaka pada Sue Patzie {my ex-officemate at Messrs Nik Hisham, Fakihah & Co - for almost 3 years}. Tahniah sahabat ku Sabrina Patzie dan keluarga bagi meraikan ahli keluarga baru. Maaf aku tidak dapat hadir ke Majlis kalian yang penuh meriah.
Buat Sue, moga bahagia dan kekal ke anak cucu. Selamat menempuh Alam rumahtangga yang penuh dengan M.I.S.T.E.R.I...huhuhuhu...hehehehehehe.........
Sorry...bukan bertujuan untuk meremangkan bulu roma atau menaikkan bulu tengguk.......
kliza gurau2 je sue.....jangan ambik hati ok...
[macamlah sue nak singgah and read my blog]

Why??????

why people now prefer to treat other human beasts, while they can treat animals like humans