About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Monday, July 4, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

2 Julai 2011 - Sabtu, SKBF2,KL. Walaupun bukan nak gi holiday dan walau cuma nak ke sekolah jer, Afiq Mia n Dina still excited bangun pagi-pagi. 6.30 pagi semua dah siap here we go.  

Seluruh Sekolah di Malaysia khabarnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang sama pada pagi tu. Banyak sukan telah disediakan oleh pihak sekolah. Diantaranya Street Soccer, Netball. Dan antara sukan-sukan rakyat yang disedikan pula adalah seperti Batu Seremban, Congkak, Baling Selipar dan Teng Teng. 

Setiap pelajar yang hadir akan mencuba semua permainan yang disediakan tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Yup...Pelajar Lelaki akan main Netball, boleh tahan anak jantan mama, 10 mata dia score for the netball game. Good job boy, dan begitu sebaliknya  pelajar perempuan akan bermain Street Soccer.








Friday, July 1, 2011

Buat Para Suami


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Saturday Night

Dah BULAN JULAI ya, CEPAT SUNGGUH MASA BERLALU. Mulakan hari ni dengan sesuatu yang baru. Yelah sebab BULAN BARU. APA yang BARU tu ntah la. Tiada apa-apa yang baru, semuanya sama sahaja. Moga-moga dengan izinNYA yang MAHA ESA, semoga ada REZEKI BARU untuk ANAK-ANAK. itu sahaja harapannya setakat ini. Bila ada REZEKI baru, bolehlah gembirakan... ANAK-ANAK, MAK, BAPAK, ROSLINDA & RAFIZI FAMILY, ROSMIMA & ROSFAZILAH.


Thursday, June 30, 2011

Penutup June

Hari ni 30 June, hari terakhir bagi bulan JUNE, 
Bye Bye June, 
WELCOME Mr. July. 
6.15pm dah reach home. 
Seronok dapat balik awal. Thanx ZAS. 
Tengahari tadi dah terliur story pasal sambal sardin Rin.


Dari Opis tadi memang dah berkobar-kobar jiwa raga nak memasak '
My Style Sambal Sardin'. 
Dah lama tak memasak, dah lama daporrr den tak BERGAS.
Bukan eden maleh yoooo....
Eden balik kojo selalu dah ponek. 
Weekdays selalunya anak-anak makan ala kadar, 
tak banyak kerenah. 
Janji porut konyang. 

And for the pass 3, 4, 5 weeks adooooo yo jompotan makan nasik minyak. 
Joki jangan di tolak. :D 
MUSUH JANGAN DI CARI.....

Bukan susah sangat pun, 1/2 jam semua dah siap. 
Jom kids, jom kito makan. :D

moh moh moh kiteeee....ateeeeee
makan lerrrrr


Makan dah sudah, komeh cuci pinggan pun sudah. Sekarang den nak lipek dan cuci kain...lopeh tu den nak lolap, esok den kojo.....sabtu ahad ni program dah ponoh...layannnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, June 29, 2011

Eh Besaday Lagi

Eh ramai pulak kenalan yang  sambut besday bulan ni. JUNE 2011. Sorry no present for your all. Hanya Doa mengiringi kehidupan harian kalian.
A very HEpiy Besday Young Gifted Black. May GOD blessed you and your family. May your life success and a please..please ....please....take a very good care of my sista. Dengan Soklan bila nak "nikah". Lebih afdal ...heheheeeeeeeee.


A Very Happy Besday.......



Happy belated Birthday Mak Su. [28 June 2011]

Walaupun ikatan itu telah terlerai.... 
tapi lidah ini masih selesa dengan panggilan itu. 
MAK SU.
Selamat Ulangtahun.
Moga hari-hari yang mendatang lebih bahagia DAN 
gembira serta CERIA.

Walaupun pelbagai TOMAHAN yang dilemparkan DAN 
juga pelbagai ujian mendatang.
MAK SU terus CEKAL menghadapi segalanya ….
dengan TENANG walaupun 
MINDA sarat dengan beban yang tidak tertanggung.

Mungkin dulu apa yang terjadi, 
Nampak salah HANYA di pihak mu,
Tapi sekarang baru ku sedar….
dan  FAHAM segala-galanya yang berlaku

Hanya yang MENGALAMI yang akan MEMAHAMI.
Dan hanya yang pernah MENGHADAPI 
yang maha-maha MENGETAHUI apa yang tersirat di hati.

Pedulikan apa yang orang sekeliling hendak kata….
Sesungguhnya apa yang berlaku adalah takdirNYA
Penuh tersurat dan tersirat.

MOGA KEBAHAGIAN ITU AKAN TERUS.....
 BERSAMA MILIK MU HINGGA KE AKHIRNYA……..


Hepiy 30th Besday Sis

to my SIS, Roslinda a.k.a B.A.M, Hepiy 30th Besday Sis. Tahun 2011 sangat bermakna buat mu tahun ini. [M][A][M][A] title yang dinanti-nantikan sekian lama. Penantian 5 tahun yang sangat berbaloi. Hadiah tidak ternilai dariNYA. Jerit perih KESABARAN telah lahirnya ARIQ ZAIDAN yang CHOMEL. Ya, ARIQ ZAIDAN, adalah HADIAH  'BESDAY' yang sangat BERNILAI untuk tahun ini.

SELAMAT HARI LAHIR, moga BERTAMBAH lagi REZEKI. Moga-moga akan ada seorang lagi 'ARIQ'  atau seorang adik perempuan buat ARIQ ZAIDAN. Good Luck Sista. :D.

MAY GOD BLESSED YOU and your company NIZAM & ARIQ. Serta Dikurniakan KESIHATAN yang baik juga dan akan ada ROSLINDA JUNIOR in the future. I have mine Rosliza Junior, not one but two. Siapa lagi kalau bukan my Dut DaMia and Kasyuk Dina. 

HEPIY 30th BESDAY - L.I.N.D.A




Monday, June 27, 2011

Effendi Reception

Tahniah buat sahabat kami Effendi dan pasangannya. Wah Fendi gadis dari pulau jodohnya. Anak Mami. Cantik dan jelita lagi. Tahniah. Moga bahagia ke anak cucu. Kami semua doakan. 

Yang berjanji memang lah ramai, yang datangnya adalah 2,3 kerat. Me, Salina, Anum & Diana. adalah tetamu yang paling awal tiba. hehehehehe on time, Pantuality itu penting. 1/2 jam kemudian, ketibaan mempelai bersanding di pelamin. 

Dalam pada itu, barulah tiba, Fuad, Basha, Azmi Lajin, Wan. 

Lepas mengisi perut dan bergambar bersama pengantin, kami pun beredar pulang. Al-maklum, esok keje. 













Sunday, June 26, 2011

Ingat Lagi Tak ?

This is one of my favorite ARTIS dedolu. Masih ingat kah anda semua dengan lagu ini.....


Masih Aku Terasa 

Sejenak aku dikejutkan
Bersama ombak cinta luka
Perpisahan melanda kita
Hanya kerna peristiwa itu

Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi

( korus )
Akan kusimpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah

Tangisan sedu di hatiku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkanmu
Hanya engkau yang aku sayangi

( ulang korus )

Dengar2 Man Bai nak buat comeback...So good Luck Bro... :D


Anak oh Anak

Aritu Damia, hari ni Dina. 
Habis credit HP mama. 
Yang aku heran tu, 
pandai plak tu purchase-purchase game in my HP-C3 tu. 
Huhuhuhuhhu. 
ANAK...ANAK....
Habis credit MAMA. 
Ermmmmmm. 
Pantang lepa, ada jer keje they all nak menggodek mama HP. 
Anak-anak zaman sekarang, 
terror bebenor nak menggodek gagjet2 canggih zaman laaaaa ni.