About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, July 6, 2011

Fafau Story


Fara amatur teater



UMUM mengenali Fara Fauzana sebagai penyampai radio, pengacara dan pelakon drama serta filem. Namun, ramai yang tidak tahu kehebatan sebenar Farah adalah di pentas teater. Sejak sekolah lagi, Farah Fauzana Md. Fadzil, 30, atau nama komersialnya Fafau sudah terlibat dengan pementasan teater. Minatnya itu diteruskan apabila dia mengambil subjek elektif teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Namun, langkah ke dunia teater tidak kesampaian apabila rezekinya lebih ke arah penyampai radio. Lama benar minatnya itu dipendamkan sahaja di benak hatinya. Namun, semuanya menjadi kenyataan saat dirinya dilamar penerbit teater Siti Rohayah Attan penghujung Mei lalu. "Walaupun pernah berlakon drama dan filem tetapi berlakon teater adalah sangat berbeza. Saya memang suka teater dan pernah terlibat dalam teater semasa di sekolah lagi.
"Sehingga semasa di UiTM pun saya sanggup ambil subjek tambahan teater. Memang saya teringin benar berlakon teater selepas habis belajar dan jadikannya sebagai kerjaya tetapi saya tidak begitu yakin kerana suara saya serak dan kuat. Alhamdulillah rezeki saya ada dalam bidang teater. Saya dapat tawaran berlakon teater Mak Dara Nyonya pada akhir bulan Mei lalu. Penerbit teater iaitu Siti Rohayah atau Kak Roy menghubungi saya dan bertanyakan sama ada saya minat untuk berlakon teater.
"Saya yang ketika itu sedang melawat adik belajar di Amerika Syarikat terus bersetuju tanpa berfikir panjang," katanya ketika ditemui semasa sidang media teater Mak Dara Nyonya yang berlangsung di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Fara juga dikatakan bersetuju berlakon teater Mak Dara Nyonya disebabkan watak yang dilakonkan di dalam teater tersebut terlalu berbeza dengan watak sebenarnya. "Saya setuju kerana watak yang bakal saya lakonkan adalah sangat berbeza dengan diri sendiri. Saya mahu mencabar diri melakonkan watak yang berbeza. Saya kena melontar dialog dalam bahasa Indonesia dan menggedik di atas pentas. Jujurnya saya tidak pandai menggedik, nasib baik pelakon-pelakon yang lebih senior di dalam teater seperti Norzizi, Sarimah dan Misha banyak memberi tunjuk ajar," katanya yang bakal menghasilkan program realiti TV sendiri.
Menjadi tanda tanya apabila Fara dikatakan telah melarikan diri semasa sesi latihan pertama teater Mak Dara Nyonya. Apabila diajukan soalan tersebut kepadanya, Fara mengaku melarikan diri disebabkan gentar dan takut dengan pelakon teater hebat Juhara Ayob. "Hari pertama latihan apabila nampak Juhara saya terus keluar. Dengan tiba-tiba saya jadi tertekan sebab semua orang tahu Juhara sangat hebat di pentas teater," katanya yang kemudiannya banyak menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada Juhara dan pelakon-pelakon lain.
Program realiti
PERTAMA kali berlakon teater, Fara teruja kerana dapat berkongsi mengembangkan bakat lakonannya.


Menyentuh mengenai rancangannya untuk menerbitkan program realiti sendiri, Fara tidak mahu lagi menjaja perkara tersebut sebelum ia benar-benar terhasil. Fara juga tidak mahu mengulas lanjut saat ditanya sama ada program realiti milik syarikatnya iaitu Fafau Entertainment itu nanti menyerupai program Akademi Fantasia, Mentor atau program-program realiti lain yang sedia ada. Apa yang jelas, kata Fara program realiti itu nanti akan disiarkan di stesen Astro.
"Bukan Fara tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai program realiti Fara, cuma ia belum sesuai lagi kerana buat masa ini ia masih dalam perancangan. "Tunggu masa sesuai dan program itu benar-benar sudah terhasil, maka Fara akan umumkan. InsyaAllah program realiti TV terbitan Fafau Entertainment itu nanti akan disiarkan pada hujung tahun ini di Astro," katanya yang bersyukur kerana rezeki datang tidak putus-putus sejak dia meninggalkan Melodi.
Kata Fara, masanya pada setiap hujung minggu juga kini dapat diisikan dengan aktiviti bersama keluarga, menerima tawaran pengacaraan majlis, berteater dan juga berniaga pakaian bersama rakan baiknya, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 27, yang kini sudahpun bergelar penyampai radio Hot FM. "Kalau dulu, Nana terpaksa menjaga perniagaan pakaian kami seorang diri disebabkan saya terlalu sibuk. Kini, kami sama-sama boleh menjalankan perniagaan pakaian secara dalam talian. "Antara yang dijual adalah baju raya, baju T Fara dan Nana, jaket dan sebagainya," katanya mengenai perniagaan secara dalam talian yang dijual menerusi laman web www.faranana.com atau http://www.facebook.com/pages/ Faranana. Farah juga memberitahu bakal muncul dengan program baharu bersama Nana.

Harap Ini Yang Terakhir





Alhamdullillah, harap ini yang terakhir hingga Qatam ya anak-anak ku Afiq, Damia n Dina. Masuk kali ni sudah 6 kali bertukar guru mengaji. Susah betul nak dapat GURU MENGAJI yang BAGUS sekarang ni. Ada yang ELOK dan BAGUS, we all pindah rumah pulak. 

MAMA dulu satu jer guru mengaji. ATOK tak hantar MAMA sekolah agama. Jadi mengaji tu adalah sangat PENTING. Sekarang macam tu jugaklah MAMA terapkan untuk anak-anak MAMA. 

Syukur, ABANG dah boleh mengaji dengan baik dan lancar. Moga-moga Damia dan Dina pun akan lancar lidahnya mengaji AL-QURAN kelak seperti Abang Afiq.

Today is 1st day for DINA, my black sweet mengaji IQRA. Mengaji dengan lancar ya DINA KASYUK. Damia sedikit merisaukan. Dah 2 tahun mengaji masih dengan IQRA 1. Mungkin disebabkan selalu sangat bertukar guru mengaji, dia jadi a little bit slow. Harapan MAMA, kali ni biarlah lancar bacaan DAMIA. Begitu juga DINA.

Sorry MAMA tak mampu nak hantar kamu semua ke sekolah agama macam kebiasaan kanak-kanak di sini. 

YA'ALLAH terangkan hati anak-anakku untuk menerima ilmu dan lancarkan lidah mereka untuk membaca ayat-ayat suci mu. AMIN...Insya'allah dengan izin MU.






Tuesday, July 5, 2011

Aku Jadi Semakin Tidak Faham

Aku balik keje penat-penat, pastu aku tolong. 
Boleh plak nak maki-maki aku depan orang. 
Terima Kasih pun tak da. 
Terima Kasih banyak-banyak ya, 
untuk maki-makian ini.

Monday, July 4, 2011

Panazzzz

2 malam berturut-turut makan Lamb, 
mana tak panas, saturday night at HR Steak House. 

Sunday Afternoon until night, 
lunch and dinner pun Lamb. 
My other half with his friends collect2 
AND we all had a very marvellous BARBEQUE on Sunday.

Lokasi Kolam Siam, 
Bukit Gasing, Pantai Dalam Border 
anak-anak berendam sampai kembang. 

Bergotong-royong beramai2 memasak


MENU:

Lamb Percik
Chicken Percik
and Ikan Talapia Percik

Nasi Masak dalam Buloh
Kari Ayam Kaw Punya
Fresh Jagung Bakar
Fresh Watermelon
and delicious Fresh Mango Juice........

Ermmmmm yummyyyyyyyy........

KIDS HAPPY AND HAVE SO MUCH FUN...... :D



Time For Swimming

Sunday morning 3-7-2011 [9.00am - 11.00am], 
we all ke PUSAT KOMUNITI KERINCHI, HILLPARK. 
Temankan ARIQ berendam. 

This is first attend  for ARIQ ZAIDAN for swimming. 
Padahal MAMA ARIQ yang EXCITED terlobih-lobih. 
AFIQ, DAMIA n DINA apa lagi, pantang di sogok. 

They all yang lebih-lebih lagi EXCITED BERENDAM.
MAMA LIZA celup-celup kaki jer.

Pasni kalau MAMA ARIQ cuti weekend, 
leh la selalu 2 gi swimming, 
leh gak we all joint..... :D


  


Hitam Manisku

She try to get use with her future pre-school. 
Seorang yang peramah dan cepat berkawan. 
Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. 
Tidaklah MAMA risau sangat, 
less than 6 month from now, 

ADIK KASYUK akan mula bersekolah. 
Sorry MAMA tak dapat sekolahkan adik this year. 
MAMA tahu, that you are sooo excited to go to school my dear. 
STUDY HARD OK.  




Cuma satu jerrr MAMA risau...
When new friends ask her name
she will answer 
"nama saya Aisyah"
Dina sebuk nak tukar nama dia, 
Why ADIK tak sedap ke nama yang MAMA bagi tu


huhuhuhuhu


NUR SAHIRA DINA


kan cantik nama tu...........








Dinner Special For RAR BAM

Hapiy 30th Besday RAR BAM aka MAMA ARIQ. Malamnya kami ke HR Steak House. Repeat tu sekali lagi. Puas dan kekenyangan DINNER at HR STEAK HOUSE. Seronok sebab my sis puas hati makan kat situ. Mana tak nya, my brother in Law Nizam ORDER 2 special menu. Hope both of you like it. Sian ARIQ tak dapat makan lagi. 

Malam tu manusia punya lah ramai di HR STEAK HOUSE. tapi Alhamdullillah, service bagus dan cepat. ORDER sampai cepat dan kami semua makan dengan sungguh berselera. Walaupun anak-anak keletihan sebab disebelah paginya ada Sukan 1 MALAYSIA. 

Lepas jer makan, we all balik dan kids pengsan dalam kete dengan kepenatan serta keletihan tapi perut penuh KEKENYANGAN.

Thanc BAM, bawak we all jalan-jalan......




1Murid 1Sukan 1Malaysia

2 Julai 2011 - Sabtu, SKBF2,KL. Walaupun bukan nak gi holiday dan walau cuma nak ke sekolah jer, Afiq Mia n Dina still excited bangun pagi-pagi. 6.30 pagi semua dah siap here we go.  

Seluruh Sekolah di Malaysia khabarnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang sama pada pagi tu. Banyak sukan telah disediakan oleh pihak sekolah. Diantaranya Street Soccer, Netball. Dan antara sukan-sukan rakyat yang disedikan pula adalah seperti Batu Seremban, Congkak, Baling Selipar dan Teng Teng. 

Setiap pelajar yang hadir akan mencuba semua permainan yang disediakan tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Yup...Pelajar Lelaki akan main Netball, boleh tahan anak jantan mama, 10 mata dia score for the netball game. Good job boy, dan begitu sebaliknya  pelajar perempuan akan bermain Street Soccer.








Friday, July 1, 2011

Buat Para Suami


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Saturday Night

Dah BULAN JULAI ya, CEPAT SUNGGUH MASA BERLALU. Mulakan hari ni dengan sesuatu yang baru. Yelah sebab BULAN BARU. APA yang BARU tu ntah la. Tiada apa-apa yang baru, semuanya sama sahaja. Moga-moga dengan izinNYA yang MAHA ESA, semoga ada REZEKI BARU untuk ANAK-ANAK. itu sahaja harapannya setakat ini. Bila ada REZEKI baru, bolehlah gembirakan... ANAK-ANAK, MAK, BAPAK, ROSLINDA & RAFIZI FAMILY, ROSMIMA & ROSFAZILAH.