About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Saturday, July 16, 2011

Dah Berubah


Pelakon Harry Potter dulu gemuk, kini jadi kacak

KETAMPANAN Matthew Lewis kini menyebabkan para peminat filem Harry Potter berasa terkejut.
(gambar kecil) WAJAH Matthew Lewis semasa dia berlakon dalam filem Harry Potter.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Aktor Matthew Lewis yang popular menerusi watak seorang pelajar gemuk dalam filem pertama Harry Potter mengejutkan ramai peminatnya apabila menjadi seorang pemuda kacak setelah dewasa, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam filem Harry Potter and the Sorcerer's Stone yang ditayangkan pada 2001, Lewis melakonkan watak pelajar sekolah sihir Hogwarts, Neville Longbottom ketika dia berusia 11 tahun.
Perubahan fizikal yang dialami Lewis menyebabkan para peminat filem itu terkejut dengan penampilan aktor tersebut semasa dia menghadiri tayangan perdana filem terakhir Harry Potter: Harry Potter And The Deathly Hallows (Bahagian Kedua) di sini pada minggu lalu. Susuk tubuh dan wajah pelakon tersebut banyak berubah selepas sedekad dia berlakon dalam siri filem berkenaan yang mengisahkan pengembaraan seorang ahli sihir remaja, Harry Potter yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe menentang kuasa jahat Lord Voldemort lakonan Ralph Fiennes.
Semasa melakonkan watak Neville dalam lapan filem Harry Potter, Lewis memakai gigi palsu berwarna kuning, kasut besar dan telinga palsu supaya organ tersebut kelihatan lebih panjang. Dalam satu wawancara baru-baru ini, Lewis secara berjenaka mengaku bahawa wanita lebih menakutkan berbanding ahli sihir jahat Lord Voldermordt yang menjadi musuh ketat Harry Potter. - Agensi

Moral of the Story

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....   Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan? Ayah: Hmmm....nak tanya apa? Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking. Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya. Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi. Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya. Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah? Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.   Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"   Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"   Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.   "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...   Moral: Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi… yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya… yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..   Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati… pihak syarikat akan senang2 cari orang lain… gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?… untuk insan yang kita sayang??

Friday, July 15, 2011

1/2 Bulan Julai 2011

Selalunya tengah-tengah bulan begini sepatutnya entry blog sudah mencecah 25 ke 30 entry. Bulan Julai adalah bulan yang tak berapa nak HAPPENING. Kurang aktiviti. MOOD lebih kepada, kepada apa ya?. Errmmmmm, mood Puan Punya Blog lebih kepada senang cakap "APERRRR PUN TAK BOLEH". Apa aku buat, apa aku fikir. ENTAH. SERABUT. JULAI adalah bulan SERABUT bagi Puan Punya Blog. 

Sejak kebelakangan ini, HIDUP sangat SERABUT, BERCELARU senang cakap "APERRRRR PUN TAK BOLEH". Dengan itu, maka dengan INI, untuk MENGUPDATE Blog pun tidak ado idea-idea yang bagus untuk BERKARyA. Hahahaha. BERKARYA la kunun. pirahhhhhhh. Orang berkarya datangkan HASIL. Aku "APERRRRR PUN TAK BOLEH". Satu hasil pun tak der.

Entahlah

KERA DI HUTAN DISUSUKAN
ANAK DIRUMAH KEBULURAN

ANAK ORANG KESIAN
ANAK SENDIRI ABAIKAN

ORANG SIMPATI
AKU MENAGIH SIMPATI .....????????




BAGAIMANA HARUS HORMATI 
DAN
 BERLEMBUT LIDAH
DENGAN  MANUSIA SEPERTI INI


HARAPKAN LAYANAN SEPERTI RAJA
JANGAN SALAH KAN SESIAPA
JIKA DIRI MENERIMA LAYANAN YANG 
KASAR

Another Weekend.......



Happy Weekend again to all my reader,
hehehe. Macam wakil rakyat nak berucap la pulak.
Dah lama tak buat entry pasal “WEEKEND”

Ada HAPPY WEEKEND, and ada BORED WEEKEND
Kalau ada aktiviti, kids semestinya HAPPY dan GOMBIROOOOO

Last weekend, langsung tidak ada apa satu pun program for the kids
With all Malaysian citizen,
and may be some of the 
foreign worker from Indonesia , Myanmar , Bagladesh dll
WORRIED about the “BERSIH 2.0” +  Reformasi
Yang diadakan oleh pihak-pihak PEMBANGKANG.
Ishhh...Ish.....

Bizz a little bit slow, not becaouse of the 'BERSIH'
its because of the RAINING........
[almost 2 weeks ambil alih sementara gerai air kelapa]
TAUKE nya tak sehat ......
[semoga kesihatan abg joe kembali pulih sedia kala hendaknya ya]

So for this coming Sunday, KIDS ready for some “FUN”
2 invitation for Besday Party,
1 invitation for Kenduri Kesyukuran.
Kalau ada rezeki kita pergi ya. 

Ermmmm, sungguh cepat masa berlalu
samaada sedar atau pun tidak, 
RAMADHAN  akan menjelma tidak lama lagi.

Bulan RAMADHAN,
Bulan beribadat
Bulan rezeki
Bulan berniaga
Bulan buat duit

but this year, a little bit up sad, 
business Bulan Ramdhan masih samar-samar
masih tidak jelas.
TAUKE yang we all work with tu 
KESIHATAN beliau tidak mengizinkan.......

Worried thinking about the problem
understand or not ....HARI RAYA is USE  a lot of money 
[sian anak2....tiada baju baru]

ADAKAH Raya tahun ini akan SURAM seperti 
HARI RAYA 2009.....
[moga ada REZEKI tuk anak2..eden]

wait and see...
Ini semua adalah KEHENDAKNYA
dan sebagai HAMBA NYA
 yang lemah lagi HINA

Aku pasrah dan REDHO.....



Thursday, July 14, 2011

Tahniah Mawi & Ekin

TAHNIAH buat penyanyi 
MAWI dan isteri beliau. 
Semoga Ekin dan kandungannya sehat hendaknya. 
Dikhabarkan usia kandungan Ekin sudah masuk 7 minggu. 
MAWI sekeluarga menjaga EKIN 
bagaikan menatang minyak yang penuh. 
Maklumlah EKIN pernah 
keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini. 

Moga kali ini cita-cita mereka berdua 
untuk bergelar IBU AYAH akan TERLAKSANA 
dengan izinNYA. 
Insya'allah...
Amin

Dengan berkat doa semua. 



Tuesday, July 12, 2011

Pengacara MELODI Bertunang


TAHNIAH..TAHNIAH...TAHNIAH sekali lagi 
buat DIRA ABU ZAHAR yang telah 
SELAMAT BERTUNANG 
dengan buah hatinya iaitu Helmi. 
Dengar-dengar nya 
mereka akan dilangsungkan pada 11.11.11  ni. 
Tarikh KERAMAT tu......
Moga KEKAL ke AKHIR HAYAT


DAKU doakan buatmu.....Dira


amin.....

David and Victoria Beckham



CONGRATE to both of you........

SEPANJANG dalam tempoh hamil, beberapa nama telah disenaraikan untuk diberikan kepada bayi perempuan yang masih dalam kandungan Victoria Beckham.
Malah nama Justina Bieber turut tersenarai sebagai nama anak keempat pemain bola sepak David Beckham.
Bagaimanapun, Beckhem yang sangat teruja dengan kelahiran bayinya itu pada Ahad sempat menulis pada akaun Twitter miliknya.
"Saya sangat bangga dan bahagia untuk mengumumkan kelahiran puteri kami yang diberi nama Harper Seven Beckham. Ia lahir pada 7.55 pagi tadi (Ahad) di Los Angeles," tulisnya.
Tambah Beckhem, isterinya berada dalam keadaan sihat, manakala anak-anaknya yang lain sangat gembira menyambut kelahiran adik mereka itu.
Seperti dipetik dari DailyMail, Harper, nama berkenaan adalah nama Inggeris kuno yang sangat disukai oleh Victoria manakala Seven pula merupakan nombor bertuah iaitu dilahirkan pada pukul tujuh pada bulan tujuh.

Congrate Zai Azizul & Wife


TAHNIAH ABANG TINTON, 
dah lahir dah TINTON JUNIOR. 
Sedap Namanya, sempena nama Arwah Pak Cik nya, 
ZAI AZEZE. 
INTRODUCE to all 
HUSSIN & JARAH family members.MUHAMAD ADAM AZIZI, maaf kalau tersalah ejaan ya. 

ADAM , kalau  tidak silap adalah 
CUCUNDA yang ke-68
dari keluarga   Hussin & Jarah family, 
dan yang ke -8
bagi keluar Hj Zainol and Hjh Maimon.
TAHNIAH sekali lagi, 
bertambah seorang lagi cucu yang chomel.


Bertambah-tambah  MERIAH lah
Hari Raya Aidilfitri   
akan menjelma  tidak lama lagi,
Its just around the corner.

Semoga baby dan IBU LIZA sehat-sehat hendaknya.
SELAMAT MENJALANI 
HARI-HARI BERPANTANG.

Get Well Soon..... :D

Salam Sayang.....

Monday, July 11, 2011

[B][E][R][S][I][H]



Pengertian BERSIH bagi saya adalah
Bukan BERHIMPUN beramai-ramai ya
Oh tidak, itu bukan saya laaaaa

Rumah Kecil saya mestilah sentiada BERSIH
Walapun rumah saya berwarna KUNING
Saya tidak berminat dengan 
Perhimpunan BERSIH ni
Hehehehe
Rumah kecilku memang sentiasa BERSIH