About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, December 20, 2012

Kalau Aku Mampu

wanita mana yang tidak suka cantik menawan, gorgeous and beautiful kan. kan. kan. kan. semua wanita inginkan kecantikkan. bila usia dah masuk senja senja ni dan semuanya dah kendur mendur. dah tuo la sonang cito kan. mula la cari alternative kan. ye ke tidak. ya. kan kan kan. now a days macam-macam iklan. lagi2 dalam facebook. kengkawan rekemen ini, rekemen itu. makan ini, makan itu. cuba ini dan cuba itu. cubaan cubaan 123...test, test, test abc. ermmmmmmm.

sekarang ni macam-macam ada, sne lah, bne la, jamu daro la. jamu jando la. terus terang saya tidak mampu. maaf ye kengkawan semua. bukan saya tidak mahu membantu anda semua meniaga. kalau saya mampu jangam kata sne or bne. abcdefghijklmno...sampai z i makan. sorry ya. dan bagi yang tak berduit macam saya ni, selalu nya bersyukur dengan apo yang hadoooooo. heeeeeeeeee



cantiknya rambut dia.......
so admirer....




Wednesday, December 19, 2012

ini Janji MAMA

Alhamdullillah, selesai sudah lega hati mama. sepasang uniform baru + singlet + tudang for the girls, kasut + stokin dan sebuah bag baru setiap seorang. Lega juga sebab ada beg beroda yang murah for the twin girls. hehehe. tak kesah la tahan sekejap pun. janji permintaan the princess telah mama tunaikan dan hajat kali terlaksana. tahun ni merasa la beg beroda setelah sekian lama berhajat oleh adik and kakak. lega hati mama sesangat sebab dah selesai. 

Kan mama dah janji setiap tahun pasti akan ada sepasang uniform baru untuk semangat baru ke sekolah untuk tahun yang baru ini. itu janji mama selagi mama bernafas. dan insya'allah pasti akan ada jer rezeki untuk anak-anak walaupun sepasang. :D. Semangat ke sekolah untuk tahun baru dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. amin ini juga doa mama buat anak2 salalu. setiap denyutan nadi mama. setiap kali itulah mama sentiasa berdoa untuk kalian. walaupun kekadang mama marah-marah, bukan bermakna mama benci. Mama marah bersebab ok. Syukur sekali lagi, 50% SIAP by MAMA. Jadi tinggal nak beli Buku-Buku + Yuran + Registration on 28 December 2012 for Abang and Adik same date, same day and same time but different school. Kalau boleh kerat badan ni, pasti mama kerat DUA. what to do. semua nya on my shoulder. and MAMA happy to do all this untuk anak-anak mama. dan puaskan hati anak-anak mama semua. amin. syukur.






Laksanakan Impian Mak


3 bulan sebelum wedding adik, mak mintak saya carikan someone untuk ukir kan buah-buahan untuk hiasan meja makan. cari punya cari. punya cari dan mencari makanya terjumpa la satu nombor hp di yang diberi oleh adik lelaki saya. orang yang pengukir ni  memang tak pernah kenal ler. deal on the phone sajor. dan seperti yang telah dijanjikan fruits carving telah dicollect awal on thurday oleh my sis Linda . memandangkan semua kena balik awal sebab nak tolong persiapan wedding adik fruits carving pun kena la ditempah awal. tawakal jer la. dan 6 biji buah yang diukir indah, hanya 3 biji buah sajor yang dapat diselamatkan pada hari kejadian. dan hasil dari jari jemari saya. inilah hasilnya. hiasan fruits carving saya yang alo kadar. dan yang penting mak puas hati dan gumbira dan melaksanakan hajat di majlis anak bongsu nya. amin. dengan izin NYA.




Mima + Fariz = Wedding

Selamat pengantin baru adik bongsu saya. kenduri perkahwinan terakhir buat AB RAZAK FAMILY. dah habis, semua dah habis kawin. pas ni jaga lah keluarga masing-masing. pandai-pandai lah bawak diri. pandai-pandai lah nak hidup kat muka bumi ni. 

dasat adik saya dan adik ipar saya ni. semua buat sendiri. pelamin for nikah, pelamin, hantaran semua buat sendiri. dan hajat mak menggunakan khidmat sahabat baiknya dari perlis yang menetap di taman yang sama bagi merialisasikan bilik pengantin yang berhias indah. baju-baju plak dijahit sendiri oleh Mak Nah, Fariz Mak. Cuma make up + catering sajor ditempah + khemah serta DJ. Thank you pada Pak Mat Cathering, makanan semua lazat dan sedap. Fizzie for make up dan DJ dari melaka yang happening membuatkan majlis meriah serta paluan kompang dari kg batang pilah. Dan tambah meriah ada ais krim for the kids and bubur kacang durian for the dessert. 

Alhamdullilah majlis berjalan lancar. dan bagi merialisasikan impian MAK, saya kena berucap. bila dah lepas baca rasa termalu pun hado ya. huhuhuhu. tapi tak per mak punya pasal. lantak ler, aku sebak dan menitiskan airmata semasa menyampaikan ucapan bagi pihak MAK. hahahaha. tak per semua dah selesai. dan orang pun dah lupakan semua tragedi meruntun jiwa tu. hahahaha. 

Selesai sudah agenda ke2 terakhir untuk tahun ini. pasni concentrate on kids. Back to school la pulak. menyopping school uniform, orientasi dan upacara membeli buku-buku sekolah dan membayor yuran-yuran sekolah ya puan punya blog. 

satu lagi task yang entah bila akan selesai, saya sendiri pun tidak pasti. selepas selesai 5 hari 4 malam di Teratak En Razak my beloved bapak. dah moh balik kl. keje. balik ke zico keje ada cerita yang best, best sangta-sangat. and i'am so DOWN. ermmmmm. apo nak buek. kojo totap kojo nak cari joki ompok anak-anak. 

And from bottom of my heart. tulah orang nampak saya senyum, orang nampak saya gelak. but the true is. I'am not happy at all. :(

and.....

lets the picture talk next....
















Wednesday, December 12, 2012

12.12.12



lain macam jer bunyi petir guruh 
dilangit malam ni......

dicampur pula dengan
hati resah gelisah dari siang tadi......

apakah tandanya??????
selamat malam semua

moga esok matahari .....
masih menyinarkan cahaya teriknya 
pada bumi

esok..........

amin

12.12.12


Tuesday, December 11, 2012

banyak nyer on leave bulan ni



sorry bebanyak la yer bos. bulan ni banyak nau den bercoti-coti. hari ni 11.12.12, bawak my son check up pasal broken bone tu. alhamdullillah hari ni dah take out the 'dawai'. next check up 15.1.13. next one leave 13, 14 & 17.12.12. my sis mima wedding. so akan berada di kampong 5 days 4 nights yo. next 28.12.12. Form 1 and standard 1 registration day. 

next task nak menyopping uniform-uniform sekolah for the kids. semua titik peluh mama untuk anak-anak. study hard ok to all my sayang dunia akhirat. tapi tengah pening pasal pertukaran sekolah abang ni. belum ada sebarang keputusan lagi. abang asyik menyanyi kat telinga mama. sri pantai, sri pantai, sri pantai. semua nya mama berserah padaNYA. usaha dan daya mama telah mama lakukan. sekarang berserah pada TUHAN sajer. moga dipermudahkan. layak ke aku nak mintak-mintak padaNYA. 


sok kojo lai satu hari. luso dah start cuti. mood down giler. harap semua nya dipermudhkan la majlis di kampong. layak ke aku nak meminta-minta lagi. 





Quote 4 2day - 11.12.12


Saturday, December 8, 2012

Hapiy Belated Besday





Hepiy Belated 6th Besday 

Dhia Farhana....

from...
Mama Liza
your kawan main, your kawan gaduh-gaduh
your kawan manja-manja...

Double "D"

Damia & Dina

and not forget 

Abang Shafiq... 





Thursday, December 6, 2012

Salam December 12

hari ke-6 disember, baru hari ni ada hati nak menulis di sini. entah kenapa runsing hati ni makin menjadi-jadi dan 3, 4 hari ni asyik bermimpi yang buruk-buruk jer. harap-harap tiada perkara buruk yang berlaku. risau teramat. tidur malam selalu tidak lena. pasti 2,3 kali juga terjaga. ya'allah hanya padamu aku berserah. yang berlaku sudah pun terjadi dengan kehendakMU. tidak boleh diubah walau sebesar kuman. moga aku tabah mengharunginya. tapi, kuat dan tabahkah pihak yang satu lagi. macam-macam yang terfikir di benak ini. bagaimana untuk dilalui untuk dibawa untuk diharungi seumur hidup. kata ampun dan maaf tidak serasi sudah tidak seiring. dengan erti kata lain tidak layak lagi dan tidak perlu lagi diucapkan. bagaimana nak mula, bagaimana nak terangkan pada pihak itu. ya allah sesungguhnya aku tidak layak untuk meminta apa2 dariMU. sesungguhnya hanya padaMU aku berserah segala-galanya.

dapatkah, mampukah aku untuk GEMBIRA kan, BAHAGIA kan setelah apa yang terjadi , dan yang terjadi sudah pun berlaku...... :(
aku tidak akan memaafkan diri ku hingga ke liang lahat atas apa yang sudah TERJADI.... :(