About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Monday, November 11, 2013

15th... 11.11...

Yang manis, ermmm. yang pahit perit masam masin terlalu banyak. Derita berpanjangan. Dari pandangan mata kasar memang nampak jer bahagia. Tapi siapa tahu dari pandangan mata halus, yang halus dari pasir yang halus itu, memang tidak siapa yang tahu. Terus menghadap takdir tuhan yang maha esa ini. This is my fate. Harungi jua demi anugerah nya yang 3 ini. Walau bagaimana payah dan perit tetap perlu diteruskan. Sesungguhnya tidak berani melakukan apa-apa tindakan dan perubahan untuk masa yang akan datang. Hadap jer dan harunginya walau berjuta kerikil dihadapan. 


Saturday, November 9, 2013

14 tahun berlalu...

congrate my boy...my baby boy...mama selalu doakan kejayaan abang dunia akhirat...buat yang terbaik untuk diri abang sendiri ya...maaf ada kala mama tak mampu nak tunaikan beberapa permintaan abang...maafkan maafkan mama ya...buat yang terbaik...mama always support minat abang semampu mungkin...Congrate 1st place in Futsal Tournament... anak mama dah besar panjang...size mama 8...abang dah size 11...5 thn lagi lah tinggi melampai.

Spending Time Together....

Both of U always make mama HAPPY

Friday, November 8, 2013

usahalah sendiri...bukan asyik nak mintak2 jerrr.....

apalah daya lagi semua kemahuan kehendak kesenangan walau tidak mewah telah diberikan. tanggunjawap yang sepatutnya pun semua dipikul dan dilaksanakan. Sampai hutang keliling pinggang. Permintaan kali ini memang terlampau dan sudah melampau. Semua kehendak dan keinginan sendiri sudah diketepikan. 

Lupakah pada permata hati yang 3 ini juga perlu diberi makan, perlu diberi perhatian, perlu dipenuhi keinginan. Terlalu pentingkan diri. Ya allah apa lah dayanya lagi. Hanya pada mu tempat mengadu. Apalah lagi kudrat yang ada ini. Kesabaran sudah setinggi awan. Apa lagi. Apa lagi. Tidak diikutkan, diri sendiri yang susah. Ermm. Ya Allah Dugaan MU ini. Apakah dimanakah kesudahannya. Tidak layakkah diri ini gembira. Anak-Anak bukan beban. Tapi yang satu ini memang beban, sangat-sangat terbeban. 

Bilakah ianya akan berakhir. Semua ini adalah kehendakMU. Jika ianya berakhir, akhirkanlah dengan perkara-perkara dan berita-berita yang baik-baik. Hanya kau maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Berilah peluang untuk membahagiakan mak dan bapak serta Anak3 yang 3 ini. Tapi sampai bila semua ini akan berlarutan ? 



picture ehsan mr google.....

Congrate Intan ...

wah title tak ingat, macam dah lama kenal jer kan. Macam ucap tahniah pada bff plak rasanya. Its ok la kan, sedara Islam. Kita sebaya. Hehe padahal tak pernah nak bertentang mata pun. This is my favourite dramatis. Dah lama tak berlakon. Buat lah comeback balik. Miss your acting dear Intan. Congrate and selamat mengharungi kehidupan berumahtangga yang mencabar ;) ini. Cepat-cepat dapat baby k. Love till Jannah, amin. Congrate again to you and to loves ones.




He's is 61st today...


Happy 61st Birthday to my beloved Bapak Ab Razak Ab Rasip....
Semoga dikurniakan kesihatan yg baik2.. di usia senja ini 
Semoga Along berpeluang merasakan kasih sayang Bapak yg tidak berbelah bagi ini. 
Juga agar DIA memberi along peluang dan ruang untuk terus bersama Bapak...
Sayang Bapak


Cuba yang terbaik dan termampu mungkin untuk Bapak...
Ya allah murahkan rezekiku utk berikan yang terbaik buat Bapak
Banyak yang aku tidak mampu...
maafkan along bapak :( :(


Thursday, November 7, 2013

Sayang Bapak, Bahagiakan Bapak Selagi Mampu

Masuk hari ni dah 5 hari Bapak stay with me. Biasa lah jaga bapak kena ikut time makan, time tido dia. Kalau tak nanti perut masuk angin, badan pulak sakit2 kalau tak cukup tido. Hati panas jer kalau tak cukup tido. So far tak nampak langsung Bapak marah-marah. Gelak jer, happy jer, suka jer. Semua dijaga dengan baik. Maaf ya bapak kalau Damia and Dina bising-bising sikit. Biasa lah cucu2 Bapak yang 2 ni asyik nak beramok jer. Kalau dah baik gelak pulak tak henti2. Entah apa yang seronok sangat pun tak tahu. Dan masuk hari ni sudah 5 hari jugaklah sebagai anak me bangun seawal pagi lepas hantar the double "D" go to school. Me akan start masak untuk beloved bapak. Ni jer yang along mampu buat untuk jaga bapak selagi DIA izinkan kita bersama bernafas untuk sekian kalinya. Ni sahaja yang termampu. Maafkan along kalau ada yang terkurang ya bapak. 

MENU


Nasi adalah WAJIB

Ahad - Udang Cendawan Masak Lemak + Ikan Goreng + Sambal Belacan + Goreng Tauge

Isnin- Masak Singgang Ikan Bawal Kecil + Goreng Telur Dadar + Sambal Belacan

Selasa - Ayam Masak Kicap + Orang for Dessert

Rabu - Ikan Pari Masin Sambal + Sup Ikan Jenahak + Ikan Goreng + Sambal Belacan 

Khamis - Kari Kepala Ikan + Ikan Jenahak Goreng + Sambal Belacan











Wednesday, November 6, 2013

My Schoolmate Son's Birthday Party

Seronok my "D" dapat gi Birthday Party. Akkie's Son Birthday Party Semalam at Zam Zam Restaurant Shah Alam. My Girls really had fun. Thanx for the invitation babe. Dapat gak lah my Girl Hiburan dan Kegembiraan. Thanx again. Lain kali invite lagi ya.

And now lets the picture do the talking....