About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, June 28, 2012

Diva Datuk Sharifah Aini


SHAH ALAM - Pejabat Pos Besar di sini semalam menerima kunjungan pelanggan istimewa iaitu biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang hadir untuk mendaftar sebagai pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.
Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah berkata, walaupun rasa malu dan bersalah kerana sudah terlewat untuk mendaftar namun sebagai warganegara bertanggungjawab, semua itu terpaksa diketepikan demi memastikan masa depan negara akan terjamin.
Menurutnya, kesedaran itu timbul selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatinya agar berbuat demikian pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 Isnin lalu.
"Beliau (Ismail Sabri) memberitahu saya bahawa kerajaan sentiasa ingin membantu kami semua (golongan artis) dan oleh kerana itu, saya rasa ini adalah platform yang sesuai untuk menentukan siapa kerajaan yang ingin dipilih nanti.
"Pendaftaran hari ini (semalam) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi saya pada 2 Julai depan dan saya akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments: