About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, October 28, 2010

Orang Berbudi Kita Berbahasa

27 February 2010, ingat tak lagi "Besday Party" Mia at her kindergarden, SK Brickfields 2, KL. Sekotak besar Mia bawak balik present from all her kindergarden friends and teachers. Semenjak dari bulan itu dan seterusnya hinggalah Oktober 2010 ini, mama tidak henti-henti membalas budi kengkawan Mia tu. Every month ada je "Besday Party" her friends dan ini adalah rutin bulanan Mama. Membeli, Membalut hadiah2 untuk kengkawan Mia.
Kengkawaan Berbudi Sarah Damia Berbahasa
Kengkawan Memberi
Sarah Damia Merasa
Dan Tiba masanya
Budi kalian Sarah Damia Membalas.


Terimalah buah tangan yang tidak seberapa ini buat Mia Friends. Hope you guys Happy


HaPPy BiRThdAY to : Sayyidah dan Aleeya

Congrate

Muhammad Syahmar


Congrate to my sister in law, suriah for her new born baby boy. Syukur Mama and baby sehat. Abang Syamir dah ada adik so jangan nakal2 ok. Take care a good care of your little brother and jangan buli adik tau. :D

Wednesday, October 27, 2010

Mixed Felling

Sadness and Happiness is OUR life and parcel of all.


Bukan Senang


Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA lahir dari benih dan rahim yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA dari darah yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA membesar bersama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA dari didikan dan asuhan yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA teman bergurau dan sepermainan bersama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi sepinggan nasi dan secawan air.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi pakaian bersama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi permainan yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi rumah yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi tilam dan selimut yang sama.
Serba serbinya kita KONGSI bersama waktu zaman kecil KITA.
[kenapa masa susah dulu, KITA semua boleh hidup bahagia dan ceria masa zaman kecil KITA]

BERSAMA BELUM TENTU BERSATU DAN BERSEFAHAMAN......
Beralah dan mengalah tidak salah walaupun tua atau muda yang mulakan dulu.
Ini semua bukan salah sesiapa, bukan salah ibu yang mengandung atau bapak tersilap didikan.
Ini semua bukan salah sesiapa, bukan kakak yang sulong tidak reti mendidik adik-adiknya.
Ini semua bukan salah sesiapa, bukan abang yang tersalah beri dorongan dan nasihat.
Semua antara KITA ada kesilapan dan kekurangannya.
Janganlah kita asyik menuding jari menyalahkan sesame sendiri.
Orang keliling hanya akan bertepuk tangan melihatkan sengketa ini.

Ini semua TAKDIR dan KEHENDAKNYA.
Biarlah masa yang menentukan semuanya.
KITA semua hanya mampu BERDOA agar KITA semua kembali bersama.
Bukan hanya bersama, tetapi BERSATU tanpa SENGKETA………………

Tuesday, October 26, 2010

Kehilangan



Mereka kata mama tak faham apa itu erti kehilangan, sebab mereka kata kamu bukan anak kandung mama. Tapi kamu sentiasa di hati. Setiap kenangan bersama akan sentiasa tersemat di Jiwa. Jika cukup amalannya, insya’allah kita bertemu di sana. Nama mu tidak pernah lekang meniti di bibir kami semua Mama Liza, Abang Afiq, Kakak Damia dan adikmu Dina selalu. [ u always call Dina 'adik'] yes, you are 'Great' kakak to her. As all know Dina born 1st before you. Dan bila kamu berdua bersama, orang semua akan tegur "Eh, kembar ke"
Masih jelas hari terakhir bersama mu. Saat memandikan, mengkhafankan dan terakhir sekali menghantar mu bersemadi di pusara selamanya. Lots of LOVE for you my late 'Nurul Aleya Zara'. Bahagialah mu di sana. Saat ini airmata mama tidak henti berjujuran di pipi. 
Apa lagi yang mampu Mama Liza buat, hanya dengan mengingatimu. Kau datang sebersih 'kain putih' tanpa noda dan kau pergi juga sesuci 'kain putih' tanpa dosa. Tiada dosa mu sayang. Moga kau akan doakan kami semua di sini sentiasa hidup bahagia, bersama, bersatu dan yang paling penting sefahaman. Mama Liza sudah tidak mampu lagi sayang.

Sunday, October 24, 2010

Hari Minggu Ini Hampir Melabuhkan Tirainya



Hari ni seawal pagi sudah bangun, mandi kan anak2 dan kami semua bersiap2 untuk ke rumah Kak Intan jiranku. Dia menjemput kami ke kenduri 'Cukur Jambul' anak2 saudaranya dan menyambut 'Hari Jadi' anak bongsu Kak Intan [Syahadah]. So tengahari ni aku tak perlu masak. Dari semalam lagi aku dah sebuk tolong apa2 yang patut. Lewat 12.00 tengah malam baru aku pulang. Tepat jam 2.00 petang selesai 'Marhaban' dan 'Berzanji' serta menikmati juadah yang lazat aku pun pulang ke rumah untuk berehat.
Sejak adanya 'Streamyx' di rumah waktu tidur ku sekarang terpaksa aku KORBANKAN. Kalau tak memang dah lama aku MEMBUTA buat taik mata. Sememangnya aku seorang KAKI TIDO. Dan anak perempuan ku NUR SARAH DAMIA adalah pengikut jejak langkahku. [semalam Mia tido dari jam 4.00 ptg hingga ke pagi].
Buat pengetahuan semua aku dah mengadap benda 'BERHANTU' ni dari jam 2.00ptg hingga sekarang. Lebih baik aku "OFF THE LINE" sebelum Si Harry mengamuk. Its time to prepare 'DINNER'. Jumpa lagi dengan 'ENTRY' terbaru ku. Aku tidak akan berhenti menulis selagi nyawa di kandung badan
....Tata...Titi...Tutu......
Cabut dulu sebelum ada benda yg JAHANAM. Hahahaha
   

Its Really Me


Self and my heart was tough expected.

A Strong Women Knows how to Keep her Life in Order. Even with tears, she still manages to say I'am Ok with a Thousand SMILE.

And does not mean we can rest people stepping on our heads right. And not necessarily when we are silent, we are losing respect and fear in people. Actually, we are too lazy to respond to that kind of shortsighted

Saturday, October 23, 2010

For The Pass 11 Years

7.00 am – 6.00 pm - 12 jam -office ...lama tu
7.00 pm – 12.00pm - 6 jam [or less] if I sleep early [communicate with family members]
1.00 am – 5.00 am - 1 jam [sleep]
6.00 am – 7.00 am - 1 jam, hantar anak2 naik bas sekolah [pergi dan balik keje]

Kengkawan lain dah drive kete sendiri aku masih SETIA menjadi penghunikota bersama foreigners2 [indon, bagla dan sekutu sekutunya.]. Berhimpit himpit ...berebut rebut...menggunakan bas2 awam..huhuhuhus


Maka dengan itu aku lebih banyak menghabiskan masa di pejabat dalam masa seminggu 5 hari bekerja dan aku cuma habiskan masa berkomunikasi dengan anak2  dan suami hanya 30 jam atau kurang sahaja. Selebihnya di pejabat, tido dan buang masa atas jalanraya.

Sepatutnya environment di office haruslah dengan mood happy dan ceria. Tapi tidak bagi aku. Mood aku tension…banyak keje and work under pressure. Makanya pejabat dah seperti rumah aku. [Ghost House] nightmare, kenapa harus begitu.

Cuma sabtu dan hari minggu sahaja saya bersama family tanpa aktiviti2 yang menarik. Masa hanya banyak dihabiskan dengan mengemas rumah [kok saya ngak ada maidnya] tido dan makan sahaja.

Ini lah rutin harian aku sejak 11 tahun lalu…..

Thursday, October 21, 2010

Happy Birthday To Both Of You



Happy Birthday my Boss Fairudz [18.10.10] and Ezrina [20.10.10]


Hope is always cheerful and happy in our Life.
Kak Liza all errors will be corrected from time to time with the help from both of you.
 Let us work in the excitement, not pressure ... hahaha
Lets us working as a good "Team Work"....Caiyuk caiyuk....
Salah silap harap dimaafkan, not heart felling yaaaaa.......

Monday, October 18, 2010

Nukilan Rasa

Sepandai pandai tupai melompat akhir nya jatuh ke tanah juga. Memang kena sangat lah ungkapan . Ya allah betapa berat benar dugaanMU. Walau sekeras kerikil cuba dielak, ia terjadi jua. Betapa lemah  dan goyahnya IMAN insan bergelar manusia YA ALLAH. Apa dosa dan salah hingga dihukum dan diduga Berilah kekuatan YA ALLAH untuk menghadapinya. Sesungguhnya ingin mencari rezeki bagi meneruskan amanat dan tanggunjawap yang telah diberikan olehMU YA ALLAH. Walau apa pun keredhaan haruslah diterima dengan hati terbuka. Mohon padaMU jauhkanlah segalah keburukan dan kejahatan.