About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Saturday, May 28, 2011

1 Juta Belia at Putrjaya


Himpunan Sejuta Belia meriah



AHMAD SHABERY (tengah) menunggang basikal bersama ahli Jambori Pengakap Malaysia di Dataran Boulevard, Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA - Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 bermula semalam dengan pelbagai acara menarik.
Sejak awal pagi lagi, ribuan belia membanjiri pelbagai lokasi di sini bagi menyertai kira-kira 220 aktiviti yang dianjurkan sepanjang program tiga hari itu.
Dengan penganjuran aktiviti khusus bagi belia, sasaran untuk mencipta sejarah dengan mengumpul sejuta anak muda di Putrajaya dijangka menjadi kenyataan.
Belia bukan sahaja berpeluang berhibur, tetapi juga meneroka pelbagai bidang serta menyerlahkan kebolehan masing-masing.
Aktiviti yang dianjurkan terbahagi kepada beberapa segmen utama iaitu Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus), persembahan dan pertunjukan pula adalah sebanyak 20 acara (10.4 peratus).
Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluangkan masa meninjau pelbagai aktiviti yang diadakan di Putrajaya semalam.
Beliau turut hadir pada pelancaran Info On Wheel Crime Awareness Team (CAT) dan Y-Avenue iaitu program yang bertujuan menarik minat belia dalam membanteras jenayah.
Pelancaran program itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.


Ikuti berita lanjut di akhbar KOSMO........ hari ini

No comments: