About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, January 12, 2012

Seorang MAMA Sanggup Buat Apa Saja


Seorang MAMA Sanggup Buat Apa Saja, ya apa saja.........

Lepas hantar anak2 naik bas sekolah this morning, MAMA pula meneruskan langkah ke Bus Stop untuk ke Opis. Macam Biasa dan rutin biasa untuk 5 hari bekerja. DAN semua MAMA lakukan dengan IKHLAS dari dalam HATI hanya untuk anak-anak tersayang. Jam di tangan baru menunjukkan jam 6.30pg. Hari ni LUCK adalah sangat baik, 2 bas yang MAMA naik, MAMA dapat duduk. DAN dapatlah MAMA melelapkan MATO yang mengantok bona ni ha. Mano tak ngantuk, hari kul 4.00pg MAMA dah sedar, then golek2 hingga jam 5.00pg. Then terus kejutkan anak2 untuk bersiap-siap ke sekolah. 7.35pg masa MAMA dah sampai Opis. Alhamdullillah awal :D. Lepas buat se’MUG’ Nescafe, macam biasa MAMA akan baca paper kosmo online. Dari satu tajuk ke satu yang lain silih berganti. Macam2 berita sensasi. Yang mengerikan pun banyak, orang bunuh diri, dibunuh. Ishhhh sekarang ni silap jer rodok, silap sikit rosok, nauzubillah. Seriau. Tetiba hati ni Sedih dan terharu membaca salah satu tajuk ni, “IBU MENCURI DEMI ANAK-ANAK”. Seorang ibu tu SANGGUP buat aper je kan atas desakan hidup. Kekadang anak2 tidak memahami penderitaan, kesengsaraan dan kesusahan IBU mereka. Yang hanya mereka tahu hanya  meminta dan meminta. Dan mahu segala PERMINTAAN itu ditunaikan dengan KADAR SEGERA serta tidak pernah TERFIKIR di KOTAK FIKIRAN mereka, adakah IBU itu mampu atau tidak. Sebagai seorang MAMA hanya ini DOA ku. “Moga REZEKI anak2 akan lebih MELIMPAH untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Semoga MAMA akan dapat memenuhi sedikit sebanyak PERMINTAAN anak-anak pada masa yang akan datang”. Insya’Allah dengan izinNYA. Moga DIA sentiasa mendengar dan memakbulkan doa seorang ibu yang hina ini.

 

Ibu mencuri demi anak-anak


Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
MELAKA - Akibat mahu memenuhi permintaan anak, seorang ibu dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri pakaian dan peralatan bayi bernilai RM1,451.10 di sebuah pusat beli-belah di sini tahun lalu.
Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Aisyah Abd. Wahid, 30, selepas ibu kepada dua orang anak berusia sebulan dan empat tahun itu mengaku salah atas pertuduhan terhadapnya.
Tertuduh didakwa dengan niat curang telah mencuri 30 barangan termasuk pakaian, peralatan bayi dan permainan kanak-kanak di Jaya Jusco Ayer Keroh di sini pada pukul 5.30 petang, 10 November 2011.
Antara 30 barangan yang dicuri ialah empat unit fail Disney Princess, permainan Transformers, enam jenis sarung tangan bayi pelbagai jenama seperti Puppy Wink dan Baby Anakku, empat pasang baju kanak-kanak jenama Miki Kids, enam pasang seluar pendek jenama Miki Kids House yang kesemuanya bernilai RM1,451.10.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang tinggal di Taman Seri Duyong di sini dan diwakili peguam pelatih dari Pusat Bantuan Guaman Melaka, memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kerana telah insaf.
Muhammad Hazri yang mendengar rayuan tersebut kemudian bertanya kepada tertuduh sama ada dia melakukan jenayah itu atas dasar kehendak atau keperluan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


No comments: