About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Saturday, August 3, 2013

Reunion SMB 95' - BerIFTAR at Singgahsana Hotel, PJ

Last month tergerak hati aku nak kumpulkan kengkawan separuh gila zaman sekolah dulu. So aku pun create la one group watsupp for ex SMB Badge 95'. Almost 40 ex SMB dapat dikumpulkan. Alhamdullilah. Ramai jugak yang sporting dan ada juga la dalam 7,8 yang out from the group. Its ok. Thanx to yang sporting giler. Yang left the group its ok. Tiada paksaan. Mungkin korang tak setaraf kitorang yang giler-giler ni. Seronok citer mengimbau kenangan masa zaman2 sekolah dulu. Cinta monyet, ponteng sekolah, panjang pagar sekolah, ponteng kelas, ponteng puasa, curi2 makan kat kantin, masuk bilik displin, kena rotan ngan cikgu hadzari cikgu displin yang garang. Tapi we all tak takut. Noty-noty aku tak der la sampai kena panggil mak bapak ke sekolah. Noty2 biasa2 dan suam2 jer. Tetap tetap buat perangai sengal tu. Perangai nakal giler. Pakai kain labuh2 sampai sapu lantai. Ustazah suh pakai tudung aku pakai pinafore. Haha padan muka bila ustaz miang suh diri atas kerusi budak2 lelaki semua nak intai skirt aku. Jahat tul perangai korang, perangai aku jugak. hahaha. Macam syaiton nirajim. Masya'allah. Semua nya yang langgar peraturan sekolah aku dah buat dengan geng budak jahat aku. Bukan jahat ya. NAKAL jer sikit. Hahaha. Adoi janganlah anak3 ikut perangai buruk mama ni ya. Zaman sekolah adalah zaman yang terindah. Paling Indah. Sangat Indah. Walaupun apa yang aku ada semua nya sederhana. Aku adalah remaja yang paling bahagia, gembira dan happening masa tu. Tiada masalah. Semua bapak siapkan. Tiada apa yang perlu aku fikirkan. Cuma belajar dan noty-noty jer sikit. Study cukup masa exam. Study group. Bila PMR and SPM tuition kat Central Market. Lepas tuition lepak Sungai Wang gi Spinning. Joget2, disco remaja giler, tak ingat donia. Alhamdullilah masa tu aku tak terlipat dengat gejala Bohsia ni semua. Aku cuma nakal bukan jahat ya. Jahat2 and nakal2 cam tu jer. Cukup masa balik umah. Lari rumah, balik 2,3 pagi tak pernah buat. Syukur semua exam lulus. walaupun x masuk universiti, sekarang aku ada keje ada gaji. Walaupun x banyak syukur dapat besarkan anak3 sendiri and lonely. syukur sangat. Cinta monyet. Aku memang tak der boifren sampai habis PMR, sebab tu PMR aku lulus, hahaha, kalau fail sure aku dah tak dapat sambung sekolah lagi masa tu. Sure bapak rotan aku kau2 punya. Tapi aku lulus. Insan yang lahir pada tahun 78 ni bertuah, ahaaa bertuah sangat hehehe. 1st yang duduk exam UPSR, 1st yang duduk exam PMR. Dulu namanya lain. Apa bapak aku sebut entah LCE. Entah x ingat. Aku Bukan pelajar yang glamour or favourite pun masa sekolah dulu. comot jer, selekeh and tomboy sikit. kasar cam jantan. Sebab bapak suka potong rambut aku boycut. Tapi semua berubah bila masuk jer form 4, aku dah feminine sikit, dah pandai simpan rambut panjang. ayu la jugak, larikkkk puji diri sendiri. Iya manis la sikit. kalau tak, tak der la abang senior nak ngorat aku kan. Abang tu handsome macam hindustan sikit. Entah sebab apa la abg senior sorang ni nak ngorat2 aku kan, bukan lawa mana pun. Balik sekolah selalu dating kat bus stop. Dia temankan aku sampai nak bas Intrakota masa  tu. Dia duk belakang sekolah jer. Tu la pertama dan terakhir cinta monyet aku. so funny. Sekarang masing2 dah kawin dan ada anak2. Seronok giler bila ingat dan kenang semuanya semula. My friends pun ada gak yang kawin satu sekolah. Cayalah cinta monyet korang sampai ke jinjang pelamin. EedaMan, SabIcam, NashEida. Cinta monyet aku jer yang kecundang di tengah jalan raya. Hahaha.    

Hahaha panjang lebar citer nya. Padahal cuma nak cakap semalam aku organizekan satu re-union after 2011 our last meet. Walaupun dalam 15 orang jer yang datang. Tapi happening. Masing2 ada yang datang single. Yang dah married tu bawak pasangan masing-masing, anak-anak ada ada juga yang angkut mak bapak, adik beradik sekali. Havoc, kecoh seiiii. mana tak nye. Geng-geng giler semuanya. Walaupun we all dah 35 tahun. Tapi malam tadi semua felling-felling sweet 17 balik. Borak sakan.Take photog banyak2. Gelak kuat2, gossip sembang2. End up 10.00pm baru balik. Terlajak Tarawih magrib bagai. Bukan nya selalu. Ok and now let the picture talk on my behalf. Dah ponek den membebek bebek di atas. Missed school day so much. Yang lain2 sila tengok di FB ya. Aku memang suka organize reunion ni. Cuma this time in charge by my bff Salina, Thanx Ina. I buzy la kat opis. Banyak keje. Thanx pada yang sudi datang. Yang can't make it tu lain kali la kita meet up ya kengkawan giler, sewel dan mental. hehehee. Jangan marah. ;). Panjang umor jumpa lah lagi :D

















No comments: