About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Tuesday, October 29, 2013

Bye Bye ZICO

masa mula2 joint zico dulu 15 Ogos 2008. Dalam diri terus berazam, "aku nak pencen kat cini, boleh". Ini adalah tempat terbaik dan terhebat yang pernah aku perolehi selama aku mula bekerja sebagai seorang kerani since 1996. Sememangnya percaturan untuk hidup kita ini, kita sendiri tidak tahu, jodoh, maut, pertemuan, perpisahan, rezeki semuanya milik mutlak tuhan. Today is my last day here. Left zico with mixed felling. 5 tahun 2 bulan dan 14 hari yang pahit manis semua terpahat teguh dalam kepala otak aku ni. ermmmm. macam-macam perangai manusia yang aku jumpa selama di sini. Mana2 pun sama, dengki, ngumpat, kutuk, hina tu tetap ada. Aku bagai tidak dapat lari dari semua ni. 

Apa punya malang nasib aku. Setiap kali nak ke tempat baru. Aku pasti akan tinggalkan tempat lama dengan perasaan yang tak syok. Ada jer Orang2 terdahulu macam tidak gembira dengan apa yang aku buat. Berhijrah ke tempat baru. Tuduh aku macam-macam. Dan aku tidak diraikan. Tak kesah lah semua tu. Aku tidak mintak untuk diraikan. I hate "farewell'. Oh ya aku terlupa. Mereka akan kehilangan aku, manusia yang boleh dibuli sesuka hati. Ermmmm. Biarlah TUHAN yang menilaikan aku. Terima Kasih atas segalanya.   



Mungkin TUHAN sudah menjanjikan yang terbaik buat aku untuk hari hari yang seterusnya. Terbaik dan tidak baik selepas ini, life goes on. semoga yang baik2 hendaknya. Macamana payah pun selepas ini aku kena terus terus kuat kan semangat. Terus Terus kuatkan minda dan segalanya mental and fizikal have to be 100% ready dengan segala kemungkinan di hadapan. Ingat tiada lagi boss sebaik dan sekamcing dulu macam Ezrina, Aisyah dan Fairudz yang boleh back up my small2 mistake, boleh tegur elok2 lagi selepas ni.  

Dugaan dan cabaran yang macamana itu belum pasti. Sebab belum berada di dalam situasi itu lagi. Semoga dia permudahkan kerja-kerja harian aku. Walaupun 15 tahun pengalaman dalam bidang ini. aku masih takut, aku masik penakut. Ahh aku segalanya menakutkan. Tidak ada yang tidak takut melainkan yang takut takut belaka. Bukan takut dengan orang. Its just the way I show my respect to other people yang lebih tinggi pangkatnya dari aku :D. Apa apa pun aku tetap takut. Hahahaha. Takut takut aku harung jugakkan. Yes i have to face it. ahhh kenapa aku dilahirkan dengan low self confident. Ya allah bantulah aku. Lindungilah aku. Permudahkanlah urusan urusan ku, demi mencari rezeki halal. amin DEMI ANAK3... AFIQ, DAMIA, DINA.

Monday, October 28, 2013

Budget oh Budget....

Budget, budget, oh budget. padahal dah selesa dah kan. tapi demi anak3 i have to move on. how happy and comfy I'am here. I have to go with bad felling. Budget, budget dah bertambah. Semua benda pun dah naik harga. meraung airmata darahpun tidak akan merubah apa2 kan. Bayar tetap kena bayar. Kalau tidak tak makan  la. But i have to move on. Yes, move on. In Shaa Allah ada lah lebih sikit, bersyukur sangat-sangat. Tapi ada orang sewenang-wenang menambah expenses bulanan aku. Suka-suka buat keputusan tanpa berbincang dan semestinya lah semua tu aku yang kena tanggung. Sudah lah tidak menyumbang apa-apa dalam kehidupan. Tapi mintak itu ini. aku belum kata ya. Benda-benda tu semua dah ada depan mata. Nak tak nak aku kena la langsaikan. Pastu layan aku macam rubbish. ermmm entahlah sampai bila semua ni akan berlarutan. Hanya DIA maha mengetahu. This morning breakfeast with my sis and her friend kak gee. 

she said "along ok". 
aku jawap, "eh along ok jer".
she said again "ye lah status fb sedih jer"

yup, untuk mereka-mereka yang tidak mengenali aku, memang aku nampak gembira, happy go lucky and murah sangat sangat dengan senyuman. Yes, just smiling, walaupun hati dan jiwa dalaman tidak pernah gembira. Walau Hati dan jiwa tidak pernah tersenyum. Anak3 mama, Abang, Kakak and Adik, kalian adalah kekuatan mama. Mama akan buat yang terbaik untuk kalian. Mama nak kalian tahu. Kesengsaraan mama bukan datangnya dari kamu semua. Kamu semua adalah kekuatan dan semangat mama. Sayang korang ketat-ketat. Doakan kesihatan mama baik-baik jer ya. Moga mama akan terus kuat bekerja untuk kamu semua. Amin. dengan izin NYA. DIA yang mengetahui semuanya.

Sebab tu aku marah sangat dengan orang luar yang mengkhianati aku. Kenapa korang buat aku macam ni ha. aku tak pernah kacau hidup korang. tapi ni semua jua kehendaknya. segala dugaan ini adalah tanda dia sayangkan aku hambanya yang hina. Aku REDHO




syukur banyak2....

Saturday, October 26, 2013

apa lah daya ku...

wah seronok tengok orang lain jalan2 berholiday. langkawi sampai 10x. when is my 1st visit to langkawi?. Oh on 1996. ermmmm tu la sekali. cameron highland on 2001 and it was my 2nd visit and 1st was on 1990. my last holiday was on 2012 to Penang. tu pun sebab company trip. Kalau tak, jangan harap nak merasa apa itu holiday. ermmmm. Holiday terbaik adalah pada tahun 2007. Sponsored by my beloved bapak to Pulau Redang. Fun and exciting. semoga aku dimurahkan rezeki agar dapat pulak bawak the whole family member for a holiday. in shaa allah amin.

Friday, October 25, 2013

Betray..Guilty....

Ermmmm.......
why should I feel guilty ?????
despite what happened not come from me
that's me, it was difficult for me to hate
though they have betray me...

Thursday, October 24, 2013

jangan di tanya lagi...

jangan di tanya kenapa air mata ini mengalir 
masih ada lagi insan yang sedang tersenyum ...
menyembunyikan pedihnya hati.. 

Monday, October 21, 2013

Ok ke K.O

walau apa pun yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. walau pun saya kata "ok, tak marah" atau "ok jer". Tapi sakit hati dikhianati hanya dia yang tahu keperitan dan kesakitannya. Perit bagai dihiris. Tergamak saya diperlakukan begini. Hidup saya memang tidak sehebat mana. Tidak ada apa-apa yang HEBAT pun. Tidak ada apa yang perlu diirihatikan. Tidak apa apa yang perlu saya banggakan. Hidup saya sangat2 tidak menarik pun untuk diriakkan. Apa yang segelintir sakitkan tentang saya. Saya masih begini, hidup masih begitu. Memang tidak menarik langsung. Tapi saya cuba sedaya upaya untuk menggembirakan mak, bapak yang dikasihi, anak3 permata hati saya afiq, damia dina, dan buah hati saya zaidan, zakuan, adam & al-falah serta adik4 tersayang saya yang 4 kerat tu. Maafkan saya jika saya pernah sakitkan hati kalian semua tanpa saya sedari. Hidup ini hanya sementara. Tidak pernah terdetik di hati untuk menyaingi sesiapa. Sebab saya memang tidak punya apa-apa pun. TIADA APA-APA. Maafkan saya. Cukup saya dikhianti. Sesungguhnya biarkanlah saya. Jangan pedulikan hidup saya lagi. Kerana tidak ada pun yang menariknya. FULL STOP.


yup...agreed

Sunday, October 20, 2013

lets PARTY... Yeayyyyy

thanx to my schoolmate anum yang menginvite we all ker besday party her baby afrina yang nomei nomei tu. thanx babe nyaris nyaris aku x dapat nak attend the pool birthday party. Thanx to my bff sabrina sebab sudi jemput tadi. My Damia Dina really had fun. Thanx for the invitation.

siapa kawan..siapa lawan..

Friday, October 18, 2013

Muhasabah Diri


Salam jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari2 ku yang mendatang lebih cerah dari semalam, yang seakan mendung kesedihan, keperitan yang berpanjangan dan kemurungan yang berlarutan pergi bersama kelmarin. Jangan toleh lagi. Nak kata aku lupa diri, banyak benda yang aku kena teraniaya dan dianiaya sebenarnya. i really down to earth. aku sedar banyak benda aku terlepas pandang, banyak juga yang aku tinggalkan. tapi orang lain asyik jer susahkan hidup aku yang dah sedia susah. apa yang orang bencikan aku sangat sampai tergamak buat aku macam ni. satu satu DIA ambil dari aku. Mungkin DIA nak beri yang lebih baik dari yang ada ni kan pada kemudian hari. Apa pun yang berlaku aku redho. But a little bit sad. And still sad. Lately buat apa pun semua tak kena. Tapi alhamdullilah jua di panjatkan kerana ada 2, 3 perkara atau masalah selesai walaupun terpaksa menambah hutang. Syukur jua ku panjatkan padaMU. Lega sangat hati ni. Semoga penghijrahan ini akan menambah baikan kehidupan aku terutama nya untuk anak-anak ku yang 3 ini. Kata orang apa pun yang kita lakukan, apa jua perubahannya kita perlu lakukan peringkat demi peringkat. Ya walaupun sudah 14 tahun aku lalui semua ini. Hari ini aku masih merangkak. Walaupun sehingga ke hari ini masih lagi merangkak rangkak tapi banyak benda telah dibaik pulih. Syukur tidak terhingga pada mu ya allah. Semoga engkau sentiasa membimbing aku ke jalan yang engkau redhai. Masih banyak yang perlu diperbaiki, terlalu banyak yang kurang, perjalanan masih panjang. Masih kah aku diberi peluang dan ruang untuk terus bernafas. Juga hanya dia yang maha mengetahui. Pengalaman mematangkan. Biarlah manusia diluar sana bersusun susun menjudge diri aku. Buruk baik aku hanya hambanya yang kerdil lagi hina. Semua nya hanya dia yang maha mengetahui isi hati dan tangkai jantung aku ini. Mengharap agar ada sedikit sinar yang akan diberikan olehNYA, sedikit kegembiraan dan sedikit kesenangan buat diri aku kelak. amin.


Wednesday, October 16, 2013

Langgar pantang...

Habislah gugur susuk emas I. Hahaha. 
Kecewa punya pasal. 
Ubat 3 hari terlupa makan. 
Dah dekat setahun tak minum coke and coffee. 
Semalam semua ku langgar. Ermmmm. 

white coffee my favourite....

Salam AidilAdha..

Hehehe, sorry lambat nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha. Camni lah orang kecewa. Kecewa tak habis-habis lagi. Macam-macam hal, tak habis-habis lagi. Its ok mama. Esok lusa tulat reda la tu kan. Ermmmm. Sorry anak3 mama. Mama abaikan untuk 2,3, 4 hari yang kecewa ni. Tapi tulah doa anak3. Nak kan mama duduk rumah. Seronok dengar bila mama dah kalah. huhuhuhuhu. Ya, ya, ya, mama akan duduk rumah jer lepas ni. dulu2 pun mama keluar mama x pernah abaikan anak3 mama kan. Keluar mama berkhidmat untuk masyarakat. Keluar mama bersebab. Dan bukan hari2 pun mama tinggalkan anak3 kan. Sedih. Bye PU3UBLP. Di al-fatihah sebelum waktu nya. Terima Kasih banyak2 la korang. Tak per ni hari aku. esok lusa hari korang hanya DIA yang tahu. 

Semalam 12.00 noon baru nak bangun and mandi. 2,3 kali bangun, then sambung tido balik. Bangun dan mandi, Itu pun sebab kawan dah 2,3 kali call suh datang jugak rumah dia. Kawan3 hiking dulu, Firdaus and his brother Fahmi. Orang rumah Fahmi pun geng2 hiking gak dulu. Kira macam small re-union gak la. 1.00pm - 4.00pm. Bersembang dari hal-hal politik, hiking, re-union, gajets, bla bla bla macam2 sampai tak sedar dah borak sampai 3 jam. Ermmm camtu la kalau dah berjumpa. Nasib baik 2, tahun sekali meet up. Hari Raya Aidilfitri and AidilAdha. Kalau nasib kurang baik sekali setahun jer la jumpa. Itu pun kalau ada rezeki. Kecoh, haru biru kalau dah jumpa. Sampai anak3 dah tarik muka ajak balik. Camtu lah gayanya kalau dah berjumpa. Cerita cerita tak pernah yang nak habis. 




Monday, October 14, 2013

Diam..diam...

Semakin aku diam semakin kepala aku dipijak. A macam ni B macam ni C macam ni D macam ni E macam ni. Belum lagi dengan FGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ. Ingin saja aku lari dari semua ini. Tapi hakikatnya aku tidak mampu. Resam dan sudah Resminya. Hoi tak boleh ke korang berfikir. Jangan kacau hidup aku boleh x. Please give me some space. I need my own life. FULL STOP. Semuanya menyesakkan nafas aku kecuali anak3 yang tiga + 3 orang itu, mak bapak serta adik adik.

Layan anak3.. Layan Perasaan..

Semalam rasa down sangat2. Bangun dah tengahari siap2 terus cari tempat makan nak isi perut. 3 x pusing akhirnya baru berjumpa. Ikan Bakar Jalan Bellamy, belakang istana lama. Camni lah katak bawah tempurung yang jarang2 keluar. :D. Nasib baik anak3 kata sedap. Lepas tu ke Istana Lama. Tak masuk pun kat pagar jer layan anak3 makan ais krim. 

Balik umah lepas tu lepak at car park baru. Bawah pokok redup dan berangin. Layan perasaan kecewa. Nasib baik berangin kuat. Macam betul2 duduk tepi pantai Port Dickson. Nak poi holiday kek Port Dickson tak mampu. Hirup yo lah angin Pantai Dalam. Sejuk gak lah hati ni. Why people treat me like this. Apa salah aku. Ermmmmm. Sampai terlelap kat situ.

Ermmmmm. 6.00pm dinner dengan mantan2. Balik umah 2nd dinner lagi at Taman Bukit Angkasa. 9.00pm balik tido dalam kekecewaan yang tak habis2. Bertanya dalam hati apa salah aku. Apa salah aku. Kenapa dianiaya begini. Muhasabah diri di dalam mimpi. Ada hikmah disebaliknya. REDHO adalah sebaik baik nya. Syukur TUHAN masih meminjamkan nyawa ku untuk satu hari lagi, Jika aku mati esoknya, ampunkanlah dosa2 aku. 


Sunday, October 13, 2013

Penghinaan yang pedih untuk ditelan


Syukur padaMU. Alhamdullilah dan saya sangat2 redho. Sudah selesai semua tanggungjawap dan tugas terakhir dengan sempurna. Maaf jika terdapat kekurangan yang tidak disengajakan. Kita manusia tidak lari dari membuat kesilapan, tapi jangan sampai mengkhianati orang lain. Pijak dan menindih orang lain untuk naik ke atas. Itu bukan sifat saya. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Sebak tiba-tiba hingga mengalir air mata setelah selesai membuang undi, walaupun keputusan belum saya ketahui. Bukan sedih di atas KEKALAHAN. Mungkin bagi sesetengah orang ini akan nampak remeh. Tetapi tidak bagi saya. I was kick dengan penuh penghinaan. So disappointed the way I left this group. Sedih. Banyak sangat pengkhianatan yang diterima lately ni. Ya allah saya amat3 redho dengan ketentuan mu. 


Maka berakhirlah 1 episode kisah hidup saya for the past 12 years. 2 minggu lagi bermulalah episode baru untuk meneruskan kehidupan. 123456789....10. Berkira-kira lagi untuk episode2 seterusnnya yang bersifat sementara. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari saya. Amin. Hukuman dijatuhkan tanpa menerima penjelasan yang sebenarnya. Hanya DIA tahu isi hati saya. full stop.




Tuesday, October 8, 2013

berSYUKUR....


ujian satu teguran dariNYA


its really P.A.I.N


TEARS...


permudahkan penghijrahan ini.... amin dengan izinMU

semakin aku diam semakin ramai pulak orang pijak kepala aku. cepat lah semua ini berakhir. 11 november ini akan mulakan kehidupan baru. Baru tak baru la, masih banyak yang lama perlu dikekalkan. ada yang tidak boleh dibuang dan dihilangkan. lari dari semua orang yang entah apa-apa kat sekeliling aku ni. masih ada yang perlu disimpan dengan kehendaknya. entah sampai bila. ermmmm penat. semakin aku penat semakin aku di uji. Demi allah aku bukan mengeluh.

ya allah aku redho. semakin aku belajar untuk redho semakin banyak dugaannnya. mungkin hati ini belum betul-betul redho. ya allah ampun kan dosa-dosa aku. sewenang wenangnya manusia lain menganjing kan aku. ya allah besar sungguh dugaan ini. terima kasih kerana menjadikan aku manusia yang sabar. sabar sesabarnya. amin. semoga dengan penghijrahan ini akan melupakan segala kenangan pahit di sini sana situ. Bukan tidak ada yang manis cuma yang pahit lebih banyak dari yang manisya. semoga kesabaran akan terus ada dalam diri ini. ya allah permudahkan lah semuanya walaupun sudah aku tahu tidak semudah yang aku sangka. ampunkanlah dosa-dosa ku. hanya kau maha mengetahui apa yang tersirah di dalam hati ini. biarlah segala tuduhan mereka lemparkan. biarkanlah segala cacian mereka hamburkan.  


inilah takdir ku. Segala jerit perih, tomahan, umpatan dan kejian mama terima demi anak3 mama yang 3 ini.... Afiq, Damia, Dina. Mama Sayang kamu semua dan kamu semualah pembakar semangat mama yang makin hilang ini. Semoga mama kuat hadapi semua ini demi kamu semua. Doakan mama, semoga DIA berikan mama kesihatan yang baik. amin. Terima kasih atas segalanya. Untuk anak3 mama mama tidak pernah mengeluh penat. Mama sayang kamu semua.
 

Sunday, October 6, 2013

Sunday Activities...

FAVOURITE COUSIN.....


1972 -2013 - Arwah Alang Zai Dalam Kenangan
4 October 2013
Zai Iskandar 

Seorang lagi Cousin favourite dan kesayangan myself pergi kepada penciptanya semula. Alang Zai 4 October 2013 tarikh itu. ARWAH memang ada sakit astma.buah pinggang.darah tinggi. Tapi masih dapat dikawal. Last jumpa alang masa raya hari tu. Sakan bercerita pasal sakit dan ubat2 yang dia ambil. Arwah juga ada suggest some medicine untuk bapak jugak.



Myself memang close dengan arwah. Masa datang KL dulu memang arwah duduk dengan kami. Arwah belajar menjahit dengan Den Wahab. Siapa sangka belajar menjahit tapi akhirnya Arwah jadi Chef. I'am going to miss his cooking after this. Miss his huge n kisses. Gaji pertama arwah dulu dia bawak aku pergi tengok wayang cerita Jurassic Park. Seronok sangat masa tu. Hari2 balik dari belajar menjahit, Macam2 jenis getah ikat rambut arwah bawak balik. Getah rambut tu dia jahit sendiri dari lebihan kain2 perca yang ada. Gurau senda gaduh2 mesra tu biasa la kan Alang. 



Masa2 kecik dulu asal cuti sekolah jer aku akan bertandang ke rumah Pak Ngah di Kg Dioh, kuala pilah. Aku. Ayu. Alang. Abang Tinton (mano dapek namo tinton tu ekkk) and BangChik memang close sangat2. Ado yo aka eh kan. Teman sepermainan time school holiday. 



Bekerja dengan MISC dulu, lama jugak Arwah merantau keliling dunia sebagai seorang Chef. Sekali sekala jumpa pasti kami seronok bercerita tentang negara2 yang arwah singgah. He really round the WORLD.

Kini tiada lagi gurau senda Alang. Lepas Bangchik kini Alang. Damailah kamu di sana. Going to miss you a lot. Tiada lagi peluk cium dari Alang lepas ni.

A-fatihah buat keduanya. My 3rd favourite cousin pergi. Adakah selepas ini giliran aku. Hanya DIA yang maha mengetahui. Al-fatihah buat Arwah2 Adik Marziana [2006], BangChik[2007] and Alang Zai[2013]


Arwah AbangChik
1977 -2001
zai azeze(20.12.2007) 
dalam kenangan adik Arwah Alang Zai


Geng BFF berjimba

Me.Sab.Suriah a.k.a sister in law.Deq Sue.Zihan.Azura. Geng ex PU3LP. Sekarang cuma tinggal aku sorang jer yang masih aktif PU3. Ina n Tina x dapat joint. Makan3.Cuci2 mata at Mid valley. Then terpekik terlolong at Red Box. Really had fun and release sangat2 my pressure. SERONOK. lain kali kita buat lagi k. Any how sometime we need some space to had fun. Makan2 sampai 4 kali gila. Makan sesajer.


Wednesday, October 2, 2013

RM1.50 and 20 sen

minyak naik lagi 20sen. mujur saya tidak memandu ke pejabat. tapi mintak kereta tetap saya kena isi. Jimat kot ni, kena keluaq kot lain. ermmmm. mengeluh, menangis air mata darah sekalipun, merintih lah. Ianya tidak akan berubah apa-apa. Minyak kereta tetap kena isi. Hadapi dengan tenang. Bakar duit untuk membawa anak-anak kesana kemari tak per mama tak kesah. Bakar duit bawak anak3 balik kampong, jalan-jalan memang mama tak kesah. Sebab bernafasnya mama dan bekerja nya mama adalah demi anak-anak tersayang. Mama tak kesah. Memang mama ikhlas. Anak-anak bukan beban mama.

2nd Ni yang sakit hati ni ok. naik RM2.00. memang mama kesah. Kerja orang-orang yang membakar duit. Naik la RM20.00 pun tidak akan berhenti nyer.Tetap akan hisap rokon. Terbakar hati macam terbakarnya duit RM12.00 tu. aku sanggup ikat perut segala bagai. Senang-senang jer bakar duit. Seminggu RM24.00 x 4 minggu = RM96.00



di Rumah sekian....
tapi sekian itu bukan untuk anak-anak, 
untuk anak-anak mama memang x kesah 
dan sentiasa ikhlas


di Pejabat sekian....
bila aku dah buat mogok senyap
keadaan sedikit OK.. its ok i will leave soo soon

di Persatuan sekian....
backstabber.... itu lumrah

SEKIAN.....