About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Saturday, November 6, 2010

Kini Baru Ku Rasa


Dulu dengar cerita orang, tengok berita dan terpampang di dada-dada akhar berita tentang dan kesah kesengsaraan mereka2 yang tinggal di flat, lagi2 kalau di flat2 kos rendah. Apa ingat kitorang ni golongan pertengahan yang boleh dilekehkan ke, kami pun manusia. Kadang-kadang sampai seminggu tidak dibaiki, walaupun ADUAN telah beberapa kali dibuat.

Setelah lebih 2 tahun duduk di flat kini aku alami sendiri masalah ini. Masalah Lift Rosak. Aku yang masih kuat ni pun mengeluh turun naik tangga sampai 'Cram' kaki aku.Aduiiii sakitnya sampai terhencut-hencut aku berjalan. Mana tidak nya aku duk tingkat 10 babe. Tinggi tu .....

Tak boleh nak salah kan sesiapa, kerosakan ini berpunca dari sikap penduduk sendiri. Aku selalu ingatkan anak2 agar jangan sesekali bermain-main dengan lift atau merosakkan mana2 harta awam kelak akan menyusahkan diri sendiri. Aku selalu terserempak dengan kanak-kanak yang tidak di pantau oleh ibu bapa mereka bermain dengan 'lift'. Nak marah karang anak orang, dalam hati ni mendidih je. Tolonglah pantau anak masing-masing. Tengok sekarang kita sendiri yang susah.

Pihak Yang BERTANGGUNGJAWAP sila lah jalankan tugas anda, tolong lah baiki lift kami......
[kau hengat depa tu nak baca ka blog hang wahai Liza oi]


Friday, November 5, 2010

Kerajinan Terlampau

Hari ni Public Holiday - Dewali Celebration for the Indians in Malaysia. Aku yang tak celebrate pun dapat cuti. Hehehe. Esok Sabtu Half Day, eh aku tak der half day lerrr, cuti lagi. Lusa Sunday, Off Day. 3 days rest at home. Yahhhoooo...Huuurrrryyyyy...Hooliiddaayyy
Malam tadi pukul 2.00 pagi baru tido, operasi kemas rumah besar-besaran kerana aku telah lemas dengan bulu2 luna and luni yang dah penuh mencelah celah tu. Kerja dobi mendobi, lipat melipat, mop lantai bagai..segala-galanya telah selesai awal sebelum subuh lagi. operasi bermula seawal jam 7.30 petang lepas our Dinner.

Kerja membersih besar besaran ini adalah disebabkan oleh my MOM and DAD is coming over for lunch today. Seawal pagi aku dah bangun walaupun tido lambat semalam. Sambung kemas lagi sikit2. Mandi dan terus ke Pasar.

GUEST : MOM CHOMEL, DAD RAZAK, BOB BRO AND MIMA SENGAL

MENU FOR LUNCH TODAY

Nasi Putih
[ala2 x lembik, masak dengan cantiknya]
Ikan Talapia Sambal Cili Api
[Podeh pun Sodap]
Kari Ikan Kembong
[pekat melekat, mano x eh santan RM3]
Ikan Kembong Goreng
[ala2 garing2 - Bob Bro Fav]
Sambal Belacan
[yang terbaik "ayat bapak den"]
salad for ulam2
Air Kelapa.....
[Segar dari ladang :D]
Dessert on the Way 

taaaddddaaaaaaaaa
PENGAT PISANG DIWALI
bukan senang aku nak rajin2 masak macam ni bila weekend, ni angin tengah ok. Bukan setakat masak lunch sahaja tapi siap dessert sekali - Pengat Pisang cicah roti Gardenia...pehhhhhh terangkat bersama kopi panazzzz
Dessert ni special request by Mak Buyung [Roslinda Ab Razak - my sister......]


SELAMAT MENJAMU SELERA MY BELOVED FAMILY

Cau.....senja di petang Jumaat

58 Tahun Sudah Usia Bapak

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE - 58
Happy Besday Bapak ku Tersayang......... 
8 November 2010 - Genap umur Bapak Tersayang 58 tahun. Sayang Bapak. Sorry I hurt you a lot Bapak.

Walaupun ALONG tahu BAPAK tak baca BLOG along ni. Tapi Along just nak jadi  the 1st one yang WISH bapak BESDAY.
Alhamdullillah, Tuhan masih beri BAPAK kesihatan yang baik, walaupun sering sakit2. Biasalah dah nak masuk usia senja ni kan. Bapak bertuah dapat menikmati usia pencennya dengan SELESA dan GEMBIRA. Tanpa perlu bekerja serta segala hutang piutang telah LANGSAI. Bapak boleh rehat sepuas puasnya dan kadang2 kngah tembam and her hubby nizam [menantu terbaik bapak] serta balang bob rajin bawak bapak makan angin.
[ALONG pun teringin nak bawak bapak jalan2, nanti ada rezeki kita jalan2 ya BAPAK]

Bapak adalah bapak yang TERBAIK di DUNIA. Ingat lagi along masa tu, Mak tak da. Balik kampong melahirkan bob, cam tu jugak lah tugas bapak, bila mak melahirkan kakak ila ngan  adik mima. Bapaklah yang akan ambil alih semua tugas-tugas MAK. Bapak balik keje penat2, terus masak untuk kami. Dan menu biasanya adalah 'Telor goreng masak Kicap Tamin'. Heheheh. Bapak jugaklah yang akan basuh baju2 dan kemas rumah.

 Bapak seorang yang memang kuat bekerja, demi membesarkan kami 5 beradik. Moga aku akan mencontohi kerajinan bapak itu. Walaupun sudah memasuki usia senjanya, bapak masih rajin membantu mak mengemas rumah dan memasak di dapur. Mulut bapak pun rajin. Rajin MEMBEBEL. hehehe. Ada saja yang tak kena dimatanya. Bapak lagi kuat membebel dari mak. Itulah kelebihan bapak. Along tahu bapak MEMBEBEL untuk kebaikan KAMI semua.

Banyak benda yang along tak dapat nak laksanakan untuk membalas jasa bapak. Banyak benda yang tertangguh yang patut along laksanakan sebagai ANAK SULONG. Bapak doakan along moga DIMURAHKAN REZEKI ya. Insya'allah kalau umo along panjang dan ada rezeki lebih, along teringin nak bawak BAPAK jalan-jalan.....[airmataku bergenang].
Bapak ampun dosa2 along, halalkan makan minum along selama ni ya.

Moga Tuhan akan sentiasa berikan bapak kesihatan yang baik.

LOVE YOU SO MUCH

BAPAK

Berkelah Ala Ala Terperanjat

31st October 2010 - Sunday

Last Sunday, we all telah membuat aktivit mengejut iaitu berkelah ala-ala kadar di Kemensah, tempat ni terletak di belakang Zoo Negara. Nak jadi cerita masa nak on the way ke sana, my hubby leh hilang ingatan dan terlupa jalan nak kesana. Terpaksa lah kami kembali ke pangkal jalan iaitu ke Bangsar semula. Lebih kurang jam 11.30 pagi baru kami sampai. 
We had breakfeast kat 'JINBARA CAFE'. We had nasi lemak and teh ais. Lepas breakfeast acara bermandi manda pun bermula. Abah take care anak2 ok and Mama macam biasa la ya. Apa lagi kerja Mama T.I.D.U.R. Hehehe. Syok tido dalam hutan ni, udara sejuk dan nyaman. Deruan air sungai yang mengasyikkan bak melodi yang menjadi halwa telinga.
After 3 hours berendam, kami pun bersiap-siap pulang ke Pantai Dalam. Kids happy dan mintak nak datang ke sini lagi. Balik Mana and anak-anak kena tolak kete sebab battery kete kong, hahahha. On the way back we all singgah K.F.C di Brickfields, mana tak nak anak2 dah kelaparan akibat dek berendam terlalu lama tadi. And we eat KFC at Pak Lang Bob house, wif Atok, Pak Lang Bob and Acu Mima.

Wednesday, November 3, 2010

Mak

Kalau AKU ada BANYAK DUIT

- Beli kete auto, so aku leh tunaikan permintaan MAK, pergi keje dengan kete sendiri. So mampu la aku bayar minyak kete dan bayar parking. Kemana saja ngan kete sendiri, drive sendiri…itulah impian MAK.
[AKU tak dapat tunaikan]

- Tak perlu lah selalu nak bertengkar ngan MAK dan AKU akan tunaikan segala permintaan MAK balik kampong every week tanpa nak harapkan orang lain, sebab bila duit banyak nak kemana pun tak kesahkan kan MAK.
[AKU tak dapat tunaikan]

- Belikan apa je yang MAK mintak supaya MAK happy [dan tak perlulah aku bergaduh ngan MAK dan berebut rebut ngan MAK barang2 yang orang sedekah kan kat aku]
[AKU tak dapat tunaikan]

- Tak perlu bertengkar ngan MAK setiap kali ajak pergi kemana mana, AKU akan bawak mana je MAK nak pergi sebab duit dah banyak.
[AKU tak dapat tunaikan]

- Tak perlu lah mak asyik cakap “KAU ni manjang tak berduit’
[AKU tak dapat tunaikan]

- Masa tu, kalau AKU berduit, aku akan bawak MAK keliling dunia, kemana saja.
[AKU tak dapat tunaikan]

- Belikan apa saja yang MAK nak.
[AKU tak dapat tunaikan]

Tapi AKU tak BERDUIT. Maaf MAK, banyak permintaan MAK tak dapat AKU tunaikan. AMPUN MAK
[tak der niat nak sakiti hati MAK] Ampun MAK.

Ada orang nak mintak hidup susah ke…tak daaaaa kannnnnnn………….

So betullah kata AKU “MONEY is EVERYTHING”



Rimas Rimas

Lemas aku, rimas, rimas la cam ni. CIMB LIFE INSURANCE keep calling me dah seminggu. Gangguan betul la. Aper tak faham bahasa ke ?????
[I need quit some times to think about it “insurance for my kid’ , I will call you soon]
Dah sah2 aku tak akan call back. Tapi bila aku tak angkat 2, 3 x tu, maknanya aku tak berminatlah. Bukan aku tak berminat sebenarnya. Aku tak mampu nak buat monthly payment tu. Dah tak payah lah call2 aku lagi. Korang bagitahu aku, mak mana, mama mana, umi mama, mummy mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Semua mama nak kan yang terbaik kan untuk anak2 nya. Sebelum ni aku dah pernah buat “entry” about this. Sekali lagi diri aku disentak dan dihambat dengan isu yang sama. Ermmm, aku tak mampu, nak buat camner kan.
Aku selalu ingatkan diri aku sendiri

BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA, INGATL ADA ORANG LEBIH SUSAH DARI KITA

Aku sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang AKU ada sekarang

Sunday, October 31, 2010

Closing

OCTOBER 2010


 NOVEMBER 2010

Start my day with a Thousand Smile..

Kau Yang Terpilih




Bertuah sungguh sahabat ku ini. Tahniah engkau insan yang terpilih. Baru setengah jam balik dari Shah Alam Seksyen 7. Menghadirkan diri ke Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat sabahat ku Anum. Beliau dan suami akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan haji. Insya'allah minggu depan beliau dan suami akan  ke Tanah Suci. Mekah. Betapa bertuahnya dia masa muda dan sihat berpeluang ke sana. Bila pula aku akan ke sana. Biar Masa Menentukannya. Insya'allah dengan Izin NYA yang maha mengetahui.

 Sutina, Normazila, Aku, Diana and Sabrina 
[ex-smb 91' - 95']


Sabtu Terakhir Untuk Bulan Ini.

Masa terlalu mencemburui kita semua. Diam tak diam lusa kita semua sudah menginjak ke bulan November 2010. Sebulan lagi kita akan masuk ke Tahun baru 2011. Tahun baru orang kata, Tahun baru mesti ada Azam Baru. Apa azam baru aku?. Hidup masih sama tiada perbezaan untuk aku. Azam aku cuma nak kaya je.  Bila  dah kaya semua benda AKU boleh laksanakan. 

Thursday, October 28, 2010

Kami Kehilangan Lagi



Lebih kurang jam 4.30 ptg tadi kami sekeluarga di Kuala Lumpur dan Kuala Pilah dikejutkan dengan berita sedih. Kembalinya Mak Uda kami yang tersayang yang berada nun jauh di Penang. Mak Uda memang dah lama sakit kencing manis. Dan lately ni kesihatan beliau semakin merosot.
Hanya doa yang mengiringi pemergian mu. We all going to miss you so much. 
Empat tahun lebih pemergian anakmu tercinta  Adik Marziana, kini kau pula dijemputnya. Giliran kami yang BERNYAWA ini pula entah bila. Moga ROHmu tenang di sana dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.
Al- Fatihah buatmu......

MAK UDA ACI DALAM KENANGAN


Terlalu banyak kenangan hanyalah yang TERINDAH bersamamu. Akan kami semat di hati selamanya serta tersimpan di sanubari........
Moga Pak Uda, Kak Long Marzulia, suami Sharip dan Emil serta Cha tenang dan tabah menghadapi semua ini.

Doa kami sentiasa mengiringinya.