About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Monday, November 8, 2010

Mimpi Mainan Tidur

Last night I had a really bad dream, its really bad dream for me. Bukan bermakna aku tak sukakan kanak2 atau baby. Atau takut nak beranak lagi. I LOVED to have a baby. I loves kids.Tapi aku takut aku tak boleh berikan yang terbaik untuknya. Dalam mimpi tu aku menangis semahu-mahunya. Mimpi hanya mainan tido kan. Biarlah aku tumpukan pada yang ada ni. My 3 Angels. Shafiq Akmal, Sarah Damia n Sahira Dina.

Appraisal 2010

Aku telah dengan Berjayanya mensubmitkan ‘Appraisal’ aku ke mata BIG BOSS, dan baru aku sedari hari ini yang akan MENILAI aku adalah BIG BOSS merangkap PARTNER Syarikat. Sebab sebelum ini aku hanya di ‘nilai’ oleh boss kecik sahaja. Mulai tahun ini pihak ‘HR’ telah menukar strategi.

Kecut perut, rasa nak terkencing terberak semua ada bercampur baur perasaan aku ini. Aku tidak senang duduk sekarang ini kerana akan bertentang 4 biji mata dengan BIG BOOS aku yang dot dot itu. Hahaha. I kan pemalu dan amat rasa rendah diri yang terlampau.

My small boss selalu kata [NEK, SAM & MFH] aku takut ngan BIG BOSS. Bukan takut ‘HORMAT’. Sebab terlalu hormat dan ‘RESPECT’ itu aku takut nak pandang muka dia. Oleh sebab kerana aku rasakan betapa rendahnya mertabat seorang ‘kerani cabok’ cam aku di mata BOSS-BOSS di sini.

Semoga tuhan permudahkan segala urusan aku.

MAK BAPAK restuMU amat diperlukan untuk mengiringi perjalanan hidup ku. 
[Moga aku kuat dan terus TABAH dengan segala ujianNYA]

Amin.......

Lebih kurang cam ni lah muka Big Boss aku tu...

Sunday, November 7, 2010

Jamu Kengkawan

Tengahari ni 3S akan datang ke rumah aku for LUNCH, kengkawan masa sekolah dulu. So sekali lagi aku kerajinan untuk memasak dan menjamu mereka, suami-suami mereka dan anak-anak mereka yang kesemuanya perempuan. Itulah keistimewaan kengkawan aku ini. Anak2 mereka semuanya perempuan. Sabrina [Alyssa n Arissa], Sutina [Afiqah, Aqilah n Athirah] N Ina [Aliah n Ayuni]. Teringat aku kepada seorang lagi kawan baik ku Aidawati Ismail anak2nya pun kesemuanya perempuan [Nisa, Nurin n Najwa].  Dan x lupa Salina [Mimi n Dania]. Berbahagialah bersama Puteri-Puteri kalian. Dan aku pun ada 2 orang puteri iaitu [Damia n Dina].
Dan kebetulan my SIL baru je melahirkan baby lelaki ke2nya Muhammad Syahmar, tu yang they all nak gi melawat sekali.

MENU
Nasi Putih
Ikan Kembung Masak Lemak Timun
Sup Ayam Ubi Kentang
Ikan Kembung Goreng
Ulam Raja n Timun
Dan Sambal Belacan.
Sab : Daging Tetel Masak Asam {Delicious}
Sutina: Sambal Ikan Bilis {Marvelous}
Ina : Lauk Bawak Perut [Sab cakap bukan aku, hehehe]

Let the PICTURE TALK
Pehhh penuh tikar

Tina's Princess

 masing2 sedang menikmati makan tengahari dengan khusyuknya
haaa tak caya, kan semua nye gegirls
[my princess MIA not in the picture, ikut BAM memonggit] 


Our 2nd generation.......


Sawan Tido

Betul lah tu. Memang aku kuat tido kalau ada peluang. Peluang yang ado jangan disio-sio kan. Pagi tadi aku bangun awal, sebab nak pass baju Mia. Tembam {roslinda} nak bawak Mia jalan2 hari ni. 7.00 pagi aku dah kena bangun. Serve internet jap, bekpes [bam beli nasi lomak lauk sotong - rugi x makan].
Lepas bagi Afiq n Dina bekpes, mandi kan Dina bagai, tepat jam 12.00 tgh aku sambung tido, kul 3 ptg bangun n siapkan lunch ala kadar. Panaskan lauk semalam je, jangan membazir. Lepas kemas2, rehat jap. 4.00 petang sambung tido, sedar2 dah kul 12.00 tengah malam. Sengal laaaa. Menu Life aku hari ni adalah TIDO sahaja. Ni dah nguap-nguap balik, jap gi nak sambung tido balik. Bahagia tul. Bahagia dapat tido.

Saturday, November 6, 2010

Kini Baru Ku Rasa


Dulu dengar cerita orang, tengok berita dan terpampang di dada-dada akhar berita tentang dan kesah kesengsaraan mereka2 yang tinggal di flat, lagi2 kalau di flat2 kos rendah. Apa ingat kitorang ni golongan pertengahan yang boleh dilekehkan ke, kami pun manusia. Kadang-kadang sampai seminggu tidak dibaiki, walaupun ADUAN telah beberapa kali dibuat.

Setelah lebih 2 tahun duduk di flat kini aku alami sendiri masalah ini. Masalah Lift Rosak. Aku yang masih kuat ni pun mengeluh turun naik tangga sampai 'Cram' kaki aku.Aduiiii sakitnya sampai terhencut-hencut aku berjalan. Mana tidak nya aku duk tingkat 10 babe. Tinggi tu .....

Tak boleh nak salah kan sesiapa, kerosakan ini berpunca dari sikap penduduk sendiri. Aku selalu ingatkan anak2 agar jangan sesekali bermain-main dengan lift atau merosakkan mana2 harta awam kelak akan menyusahkan diri sendiri. Aku selalu terserempak dengan kanak-kanak yang tidak di pantau oleh ibu bapa mereka bermain dengan 'lift'. Nak marah karang anak orang, dalam hati ni mendidih je. Tolonglah pantau anak masing-masing. Tengok sekarang kita sendiri yang susah.

Pihak Yang BERTANGGUNGJAWAP sila lah jalankan tugas anda, tolong lah baiki lift kami......
[kau hengat depa tu nak baca ka blog hang wahai Liza oi]


Friday, November 5, 2010

Kerajinan Terlampau

Hari ni Public Holiday - Dewali Celebration for the Indians in Malaysia. Aku yang tak celebrate pun dapat cuti. Hehehe. Esok Sabtu Half Day, eh aku tak der half day lerrr, cuti lagi. Lusa Sunday, Off Day. 3 days rest at home. Yahhhoooo...Huuurrrryyyyy...Hooliiddaayyy
Malam tadi pukul 2.00 pagi baru tido, operasi kemas rumah besar-besaran kerana aku telah lemas dengan bulu2 luna and luni yang dah penuh mencelah celah tu. Kerja dobi mendobi, lipat melipat, mop lantai bagai..segala-galanya telah selesai awal sebelum subuh lagi. operasi bermula seawal jam 7.30 petang lepas our Dinner.

Kerja membersih besar besaran ini adalah disebabkan oleh my MOM and DAD is coming over for lunch today. Seawal pagi aku dah bangun walaupun tido lambat semalam. Sambung kemas lagi sikit2. Mandi dan terus ke Pasar.

GUEST : MOM CHOMEL, DAD RAZAK, BOB BRO AND MIMA SENGAL

MENU FOR LUNCH TODAY

Nasi Putih
[ala2 x lembik, masak dengan cantiknya]
Ikan Talapia Sambal Cili Api
[Podeh pun Sodap]
Kari Ikan Kembong
[pekat melekat, mano x eh santan RM3]
Ikan Kembong Goreng
[ala2 garing2 - Bob Bro Fav]
Sambal Belacan
[yang terbaik "ayat bapak den"]
salad for ulam2
Air Kelapa.....
[Segar dari ladang :D]
Dessert on the Way 

taaaddddaaaaaaaaa
PENGAT PISANG DIWALI
bukan senang aku nak rajin2 masak macam ni bila weekend, ni angin tengah ok. Bukan setakat masak lunch sahaja tapi siap dessert sekali - Pengat Pisang cicah roti Gardenia...pehhhhhh terangkat bersama kopi panazzzz
Dessert ni special request by Mak Buyung [Roslinda Ab Razak - my sister......]


SELAMAT MENJAMU SELERA MY BELOVED FAMILY

Cau.....senja di petang Jumaat

58 Tahun Sudah Usia Bapak

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE - 58
Happy Besday Bapak ku Tersayang......... 
8 November 2010 - Genap umur Bapak Tersayang 58 tahun. Sayang Bapak. Sorry I hurt you a lot Bapak.

Walaupun ALONG tahu BAPAK tak baca BLOG along ni. Tapi Along just nak jadi  the 1st one yang WISH bapak BESDAY.
Alhamdullillah, Tuhan masih beri BAPAK kesihatan yang baik, walaupun sering sakit2. Biasalah dah nak masuk usia senja ni kan. Bapak bertuah dapat menikmati usia pencennya dengan SELESA dan GEMBIRA. Tanpa perlu bekerja serta segala hutang piutang telah LANGSAI. Bapak boleh rehat sepuas puasnya dan kadang2 kngah tembam and her hubby nizam [menantu terbaik bapak] serta balang bob rajin bawak bapak makan angin.
[ALONG pun teringin nak bawak bapak jalan2, nanti ada rezeki kita jalan2 ya BAPAK]

Bapak adalah bapak yang TERBAIK di DUNIA. Ingat lagi along masa tu, Mak tak da. Balik kampong melahirkan bob, cam tu jugak lah tugas bapak, bila mak melahirkan kakak ila ngan  adik mima. Bapaklah yang akan ambil alih semua tugas-tugas MAK. Bapak balik keje penat2, terus masak untuk kami. Dan menu biasanya adalah 'Telor goreng masak Kicap Tamin'. Heheheh. Bapak jugaklah yang akan basuh baju2 dan kemas rumah.

 Bapak seorang yang memang kuat bekerja, demi membesarkan kami 5 beradik. Moga aku akan mencontohi kerajinan bapak itu. Walaupun sudah memasuki usia senjanya, bapak masih rajin membantu mak mengemas rumah dan memasak di dapur. Mulut bapak pun rajin. Rajin MEMBEBEL. hehehe. Ada saja yang tak kena dimatanya. Bapak lagi kuat membebel dari mak. Itulah kelebihan bapak. Along tahu bapak MEMBEBEL untuk kebaikan KAMI semua.

Banyak benda yang along tak dapat nak laksanakan untuk membalas jasa bapak. Banyak benda yang tertangguh yang patut along laksanakan sebagai ANAK SULONG. Bapak doakan along moga DIMURAHKAN REZEKI ya. Insya'allah kalau umo along panjang dan ada rezeki lebih, along teringin nak bawak BAPAK jalan-jalan.....[airmataku bergenang].
Bapak ampun dosa2 along, halalkan makan minum along selama ni ya.

Moga Tuhan akan sentiasa berikan bapak kesihatan yang baik.

LOVE YOU SO MUCH

BAPAK

Berkelah Ala Ala Terperanjat

31st October 2010 - Sunday

Last Sunday, we all telah membuat aktivit mengejut iaitu berkelah ala-ala kadar di Kemensah, tempat ni terletak di belakang Zoo Negara. Nak jadi cerita masa nak on the way ke sana, my hubby leh hilang ingatan dan terlupa jalan nak kesana. Terpaksa lah kami kembali ke pangkal jalan iaitu ke Bangsar semula. Lebih kurang jam 11.30 pagi baru kami sampai. 
We had breakfeast kat 'JINBARA CAFE'. We had nasi lemak and teh ais. Lepas breakfeast acara bermandi manda pun bermula. Abah take care anak2 ok and Mama macam biasa la ya. Apa lagi kerja Mama T.I.D.U.R. Hehehe. Syok tido dalam hutan ni, udara sejuk dan nyaman. Deruan air sungai yang mengasyikkan bak melodi yang menjadi halwa telinga.
After 3 hours berendam, kami pun bersiap-siap pulang ke Pantai Dalam. Kids happy dan mintak nak datang ke sini lagi. Balik Mana and anak-anak kena tolak kete sebab battery kete kong, hahahha. On the way back we all singgah K.F.C di Brickfields, mana tak nak anak2 dah kelaparan akibat dek berendam terlalu lama tadi. And we eat KFC at Pak Lang Bob house, wif Atok, Pak Lang Bob and Acu Mima.

Wednesday, November 3, 2010

Mak

Kalau AKU ada BANYAK DUIT

- Beli kete auto, so aku leh tunaikan permintaan MAK, pergi keje dengan kete sendiri. So mampu la aku bayar minyak kete dan bayar parking. Kemana saja ngan kete sendiri, drive sendiri…itulah impian MAK.
[AKU tak dapat tunaikan]

- Tak perlu lah selalu nak bertengkar ngan MAK dan AKU akan tunaikan segala permintaan MAK balik kampong every week tanpa nak harapkan orang lain, sebab bila duit banyak nak kemana pun tak kesahkan kan MAK.
[AKU tak dapat tunaikan]

- Belikan apa je yang MAK mintak supaya MAK happy [dan tak perlulah aku bergaduh ngan MAK dan berebut rebut ngan MAK barang2 yang orang sedekah kan kat aku]
[AKU tak dapat tunaikan]

- Tak perlu bertengkar ngan MAK setiap kali ajak pergi kemana mana, AKU akan bawak mana je MAK nak pergi sebab duit dah banyak.
[AKU tak dapat tunaikan]

- Tak perlu lah mak asyik cakap “KAU ni manjang tak berduit’
[AKU tak dapat tunaikan]

- Masa tu, kalau AKU berduit, aku akan bawak MAK keliling dunia, kemana saja.
[AKU tak dapat tunaikan]

- Belikan apa saja yang MAK nak.
[AKU tak dapat tunaikan]

Tapi AKU tak BERDUIT. Maaf MAK, banyak permintaan MAK tak dapat AKU tunaikan. AMPUN MAK
[tak der niat nak sakiti hati MAK] Ampun MAK.

Ada orang nak mintak hidup susah ke…tak daaaaa kannnnnnn………….

So betullah kata AKU “MONEY is EVERYTHING”



Rimas Rimas

Lemas aku, rimas, rimas la cam ni. CIMB LIFE INSURANCE keep calling me dah seminggu. Gangguan betul la. Aper tak faham bahasa ke ?????
[I need quit some times to think about it “insurance for my kid’ , I will call you soon]
Dah sah2 aku tak akan call back. Tapi bila aku tak angkat 2, 3 x tu, maknanya aku tak berminatlah. Bukan aku tak berminat sebenarnya. Aku tak mampu nak buat monthly payment tu. Dah tak payah lah call2 aku lagi. Korang bagitahu aku, mak mana, mama mana, umi mama, mummy mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Semua mama nak kan yang terbaik kan untuk anak2 nya. Sebelum ni aku dah pernah buat “entry” about this. Sekali lagi diri aku disentak dan dihambat dengan isu yang sama. Ermmm, aku tak mampu, nak buat camner kan.
Aku selalu ingatkan diri aku sendiri

BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA, INGATL ADA ORANG LEBIH SUSAH DARI KITA

Aku sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang AKU ada sekarang